Tajuk kali nie cm agak melampaui batas jer.. seolah-olah macam hidup 100 tahun yang lalu jer.. haha.. but bare with me kalo nak tau lebih lanjut... Dah lama rasanya tak dapat soalan macam semalam dari junior-junior aku.. Rasanya last yang tanye either Jo or Aliff.. might be Madhi.. tapi set-set diorg la.. kalo tak silap nak masuk 3 tahun sejak soalan tu diutarakan.. Bentuk soalan mungkin berbeza tapi jawapan aku tetap sama.. Antara soalan yang possible:
Macam mana Abg Zamir belajar?
Apa rahsia kejayaan?
Macam mana nak memotivasikan diri?
Apa yang penting dalam menuntut ilmu ni?
Macam mana nak skor?
Macam mana nak balance kan akademik, sosial, penyelidikan dan sebagainya?
So respond aku.. Post ni akan jadi sangat panjang.. so kalau dah tau jawapan takyah la nak baca.. takut buang masa korg jer...
Okeyh, pape pown kite pergi trademark keratan akhbar pada tahun 2009.. Keikhlasan azimat kejayaan.. Secara jujurnya ini kunci kepada soalan yang telah ditanya dan akan ditanya pada masa hadapan.. Ikhlaslah dalam membuat semua pekerjaan.. kerna niat dan kerja yang datang dari hati yang iklas akan menghasilkan kerja yang berkualiti (Pingat, award dan pengiktirafan tu kire bonus jer)... Untuk menjadi lebih ikhlas, kene betulkan niat balik.. Kalau dulu niat belajar sebab nak dapat 5A UPSR, 8A PMR, 12 A+ SPM, 4.00 CGPA.. sekarang tukar niat tu.. belajar sebab ilmu.. kerna ingin mendalami ilmu tu dan demi menggunakannya kelak di masa hadapan.. Belajar untuk diri sendiri.. untuk memiliki ilmu tu dan boleh menggaplikasikannya.. Gred, markah dan pointer tu tidak perlu dirisaukan.. InsyaAllah dengan hati yang ikhlas dan niat yang betul.. Semua tu akan datang dengan sendiri.. Diri aku tak pernah sesekali kisah kowt pasal markah dan pointer.. baik dari segi kuiz, mahupun test.. apetah lagi exam (Mungkin ada yang akan berbicara, ala, zamir boleh la, dah memang scorer, takyah kisah pown).. Nope, bukan sebab aku scorer ke ape.. sebab bagi aku, bila aku mendalami sesuatu ilmu, aku akan buat yang terbaik.. dan kuiz, ujian dan exam hanya sebagai medan untuk aku menguji sama ada aku dah mendalami dengan baik atau tidak.. Dan aku tak pernah sesekali compare markah aku dengan rakan yang lain.. Apa yang dah lepas, lepaskan lah... tak yah nak kenang-kenang.. just learnt from the mistake.. Aku ingt lagi.. ada kawan aku sanggup hafal no I/C budak-budak lain just untuk tau markah diorg.. haha.. zaman tak matang lagi.. XD.. but to be honest.. lagi kita compare markah.. lagi sakit hati.. the best thing to do.. Compare dengan diri sendiri.. pastikan ada improvement.. biarpun sedikit.. daripad takde improvement langsung ataupun makin teruk.. InsyaAllah we will get better and better..
Tu yang pertama.. Ikhlaskan diri dan betulkan kembali niat untuk belajar..
Yang kedua.. Jangan sesekali ponteng kelas.. Alhamdulillah dalam 3 tahun aku menuntut di UTM, tak pernah kowt ponteng kelas tanpa alasan yang kukuh (macam research competition, debate competition etc).. takde la ponteng kelas sebab pensyarah nie bosan la, kelas nie mengantuk la.. ala, nie bukan kelas wajib, tak pergi pun takpe.. bayangkan, kalo kelas wajib je kene pergi, ikhlas atau tidak hati tu untuk menuntut ilmu.. Bagi aku, walau sikit manapun yang kita dapat dalam kelas tu.. dan 70% kita tak faham.. tu benda normal dan biasa.. Makhluk luar biasa jer bleh faham 95% dalam lecture.. Tapi once dah pegi kelas, lepas habis kelas jer dalam hari yang sama, cuba fahamkan balik semua yang dipelajari.. Jangan berlengah dan tunggu lama-lama.. Percayalah, kalau terus revise balik.. akan jadi lebih mudah.. bila baca balik, rujuk example balik.. sume akan lebih terarah.. sebab walaupun tak banyak yang kita dapat dari lecture. tapi semuanya tersimpan dalam sub-concious mind.. dan bila revise balik.. all the puzzle will come together and settle down bit by bit...
So, yang kedua.. jangan ponteng kelas... jangan sesekali start.. dan ofkos jangan tido dalam kelas la.. try untuk stay awake.. kalau kene makan gula, makan.. kalo kene kunyah chewing gum, kunyah.. kalo kene sumbat roti, sumbat..
Yang ketiga, mula-mula aku buat saja-saja.. lama-lama aku try experiment dekat beberapa orang.. it seems it works.. dan lama kelamaan aku jumpa beberapa orang yang memberikan ceramah mengenai perkara nie.. Waktu malam adalah waktu untuk berehat dan tido.. So nie teori aku mula-mula dlu.. waktu time naif dan tak matang.. secnario dia macam nie..
Otak manusia macam rak kasut dan semua input lain macam kasut.. setiap malam waktu kita tido, semua kasut akan disusun dengan teratur.. Bila tiba waktu pagi.. semua kasut tersusun dengan rapi.. dan bila masuk kelas, kalo kene refresh balik subjek semalam, dengan mudah kita dapat access, sebab dah tau kat mane ianya tersimpan..
Ikut teori nie jugak leh avoid black out waktu exam.. sebab dia senang jer.. lagi-lagi yang suka study last minute sampai tak tido.. So malam sebelum exam.. pulun abes-abesan.. so abes bersepah sume kasut.. dan sebab tak tido or tido sekejap sangat.. sume kasut tak sempat disusun.. Akhirnya, bila time exam, sebab sume maklumat tak disusun rapi.. otak kita sendiri tak dapat cari maklumat tu.. even dia tau ade dalam otak.. at the end.. just being overused untuk cari maklumat.. otak burn out and empunya badan pown blank dalam exam...
So tido yang cukup sangat penting.. Aku tido dalam pukul 9 ke 10 kowt.. tak caya tanye ar sape-sape yang pernah serumah, sebilik dan sebagainya.. Kalah baby... sebab bangun pown dalam 6.30 pg..
Then lama kelamaan, aku jumpe ade few people bercerita pasal waktu tido.. dan rupa-rupanya waktu tido paling effektif ialah dari pukul 10 sampai 1 pg.. kerna mengikut kajian.. kalo dapat tido 3 jam dalam waktu berkenaan, ianya bersamaaan dengan 6 jam waktu biasa.. Nie lah maknanya a good sleep.. Dan kalo tak caya cubalah.. kalo dapat tido sebelum pkol 10, insyaAllah bangun esok akan lebih segar.. Dan kalau kita pergi lebih jauh dan merungkai dari segi Islam pulak.. kan ade diseru untk kita bangun 2/3 malam untuk melakukan ibadah dan the best part is.. 2/3 malam ialah 1 or 2 pagi.. Kekadang aku bangun and memang fresh.. seolah-olah dah tido cukup lama.. time tu kalo bangun untuk solat sunat dan belajar.. memang cukup effektif.. tak yah lama.. dalam sejam dah cukup.. then take a nap balik.. bangun pkol 6..
Dengan cara ini, insyaAllah otak akan berfungsi dengan lebih baik dan jugak kesihatannya akan lebih terjamin..
Buat masa nie, cukuplah sampai situ.. menjawab atau tidak persoalan tu.. renung-renungkan lah.. dan ada sambungan lagi.. tak cukup kowt kalo cerita apa yang aku amalkan.. nie baru dari segi niat dan kesihatan mental.. belum lagi dari segi pemakanan dan psikologi seorang pelajar..
4 comments:
Useful info and sharing.
yang tido awal and bgn pkol 1 tu mmg sgt best!!! hehe
btol2..walaupon aku tak cemerlang macam ko..waktu tido is very important..
stuju2.. mmg btul sume tue.. cme, bab tertdo dlm klas tu smpai skrang, ak x leh nak selesaikan lagi.. dpan2 pensyarah, ak tertdo..hu3
Tiha: dah try ke? mmg effektif kan.. XD
Rye: takde maknenyer.. sume orang cemerlang dalam diri dan hidup masing2..
Saufi: haha.. try-try ar kurangkan tido dalam kelas tu.. walaupun nama ko mmg dh tersohor bab tido-tido dalam kelas nie..
Post a Comment