Pages

Monday, 14 November 2011

Legendary always remain as mystery...

Pabila aku sering kali mengejar masa depan aku terlupa yang bukan masa depan yang perlu dikejar.. tapi masa depan perlu dibina dan binaannya bermula dari sekarang.. Masa depan perlu dibina dan bukan dikejar.. bermain-main frasa ini sejak aku teliti satu persatu dalam buku yang masih digenggam rapi tempoh hari... Disebabkan aku terlalu asyik mengejar masa depan.. aku hampir terlupa kualiti dan kekuatan diri yang telah bertapak lamanya.. sebagai bahan utama dalam masa depanku..

Setelah sekian lama aku disini.. aku makin melupakan diri aku yang lalu.. aku lupa akan semangat ingin tahuku yang membara.. perbincangan demi perbincangan wujud dan makin berkembang.. makin lama aku di sini.. aku rasakan diriku aku terlalu selesa.. penyelia yang supercool.. research yang tiada siapa pernah dan cuba pertikaikan.. zon hidupku terlalu selesa.. membuatkan survival instinct aku makin tumpul.. dalam masa yang sama seolah-olah membuatkan aku rasa aku serba tahu dan tidak terlalu risaukan akan masa depanku... Namun, setiap hari hatiku terus bergolak.. minda separuh sedarku cuba membangkitkan diriku dari mimpi ini.. membuatkan aku untuk melompat keluar dari zon selesa ini.. menyedarkan aku dari kesesatan yang bakal menyesatkan aku selamanya...

Hujung minggu yang lalu menyedarkan bertapa kerdilnya diri ini pada masa yang sama mengingatkan pada diri ini.. jasad ini pernah memberi inspirasi kepada puluhan mahupun ratusan anak muda suatu masa dahulu.. menerusi kepayahan, ketekunan dan juga perasaan tidak kenal erti putus asa.. Diri ini juga tidak pernah lokek menyampaikan ilmu didada.. malahan tidak pula malu dan berlutut untuk mendapatkan ilmu bagi terus tersemat didada..

Perkongsian ilmu mengingatkan diri ini tentang tinggi nya nilai harga sebuah ilmu.. tidak kiralah ianya bertukar di dalam bas.. sambil menikmati minuman mahupun selepas sarapan pagi.. semua itu mengingatkan aku tentang indahnya perkongsian ilmu.. indahnya pabila berbicara mengenai sesuatu permasalahan.. indahnya pabila otak ini digunakan sepenuhnya.. break the rutin.. rutin harian zon selesa.. musnah sama sekali.. Pabila sebuah permasalahan diletakkan dihadapan.. dan minda ini digunakan semula.. semua fail-fail lama dibuka kembali bagi menyelesaikan permasalahan... Ianya merupakan saat dan perasaan yang cukup indah.. walaupun tidak berjaya mendapatkan jawapan yang konklusif.. 

Tetapi indahnya pabila akal dan minda bersatu dengan jasad dan roh.. perasaaan dan kemanisannya tidak dapat digambarkan.. Ianya mengingatkan kembali akan kekuatanku, siapa diriku dan betapa seronoknya diri ini pabila dicabar dengan permasalahan... permasalahan yang membawa aku keluar dari kepompong keselesaan..

Pabila diri ini mengenali kembali akan kekuatan dan kelemahannya.. pabila ianya keluar dari zon selesa.. Senyuman makin senang diukir.. pabila rakan-rakan mengingatkan kembali siapa diri ini.. membuatkan aku lebih menghargai diriku yang dahulu.. dimana bukan aku yang mengejar masa depan.. tetapi masa depan itu sendiri menjemputku kerna telah ku bina rumah untuknya.. ke mana ia pergi, ianya tetap akan pulang ke rumah yang terus kukuh dan utuh tegak berdiri sepanjang hari...

Makin dibelek buku yang tersisip rapi ini.. makin direnung hati dan sanubari.. seolah-olah buku yang tersisip rapi dan juga pengalaman dinihari merupakan jawapan kepada rontaan hati yang lalu.. 
Selain ingin dingatkan kembali akan kekuatan diri.. hati ini hanya mahu dibelai dan dikasih seperti dulu.. ianya mahu mendengar dari resonance hati kawan-kawannya yang mengatakan dirimu telah lakukan yang terbaik dan akan sentiasa melakukan yang terbaik.. kerna mereka lebih mengenali ku sebelum aku berada di puncak kecil ini..

Dan aku hanya manusia biasa yang inginkan belaian dan juga layanan seperti insan biasa.. bukan pada taraf yang berlainan, bukan pada kasta yang berbeza dan bukan kerna pengiktirafan yang ada.. hanya layanan sebagai seorang rakan kepada rakannya yang lain tanpa perlu menghiraukan latar belakang dan perkara-perkara lain.. kerna aku hanya manusia biasa dan akan terus menjadi insan biasa... tidak lebih dari itu.. aku tetap hamba-Nya.. dan hanya hamba-Nya..

No comments: