Pages

Tuesday, 29 November 2011

It is working...

Alhamdulillah, hari ni berjalan dengan lancar.. walaupun tak dapat buat semua perkara yang aku rancangkan tapi banyak jugak la yang tercapai:

1. Try booking gunting rambut free :)
2. Book viewing session rumah :)
3. Tanda demo lab yang lama terbengkalai :)
4. Run simulation on modelling diamond :)
5. Meter reading dan bill statement :)
6. Update perbelanjaan Oct dan Nov :)
7. Update hutang piutang :)
8. Prepare sampel untuk hari Khamis :(
9. Bersihkan sampel untuk esok :(
10. Potong sampel guna laser :(
11. Setelkan abstrak RAFSS :(

Kalau tengok macam banyak benda tak relevan yang berjaya dibuat.. takde kaitan sangat dengan percutian.. tapi aku still happy.. sebab hidup aku makin terurus dan terasa banyak benda yang aku dah buat... In fact, sempat bincang dengan kawan aku pasal data percutian dan input sangat memberangsangkan.. banyak idea yang dia bagi walaupun field of expertise berbeza.. rasa seronok dapat pandangan dari pihak lain...

Somehow, it's working.. bila fikirkan pasal diri aku sendiri.. tanpa fikirkan pasal orang lain.. or dengan kata lain agak selfish dan individualistik.. kerja makin bergerak dengan baik.. bukan nyer aku tak tolong orang pown.. aku lebih pentingkan keutamaan aku dari orang lain.. ayat lembut dia sayangi diri sendiri dulu.. So, takde la aku terhegeh-hegeh nak tolong orang nak jaga hati orang dan sedapkan hati orang lain.. Aku buatnya semua untuk diri aku dan pastinya kerana Allah..

Alhamdulilah rasa hidup kembali lancar.. setakat nie tak de tekanan perasaan yang dapat dirasakan.. Semoga ianya berterusan.. Rasanya dah lama tak rasa banyak benda berfaedah dilakukan berbanding masa terbuang begitu saja.. Mungkin lepas tengok perbelanjaan dan hal-hal lain.. sebenarnyer hidup aku dalam keadaan stabil.. aku je rasa-rasa cam tak stabil..

Padahal smooth jer hidup nie.. cuma tak take control hidup dan tak reflect balik hidup betul-betul.. InsyaAllah cukup je masa untuk lakukan semua yang terbaik.. dan tadi antara moment paling seronok bila bukak balik sume data aku dan start relatekan dengan kawan aku tadi.. rasa cam banyak idea datang mencurah-curah... Rasanya hujung minggu nie nak buat la macam tu.. print sume data.. letak sume atas lantai dan try relatekan dan mula membina cerita dan merangka cerita.. buat balik macam dulu.. let the imigination run wild.. biar minda separuh sedar bergerak seiring dengan minda sedar.. tadi mmg rasa betul-betul fresh.. When I just think about it and other things doesn't matter.. terasa adrenalin rush.. seolah-olah semangat membara yang luar biasa.. kalau orang len mungkin dapat perasaan nie bila bersukan, main bola or any tournament.. tapi slalu aku dapat bila mula mencabar diri untuk selesaikan masalah.. so tadi mmg best.. seriously puas.. cuma sebab tadi 30 minit jer.. lepas nie nak prolong lagi.. 

Feel good to be back.. Sikit demi sikit semangat dan abiliti tu datang balik.. all the enthusiasm dan summarisation skill... InsyaAllah kalau semua datang kembali, tak mustahil jalan penyelesaian is just around the corner... InsyaAllah...

No comments: