Sedar tak sedar Disember akhirnya kunjung tiba.. sekejap saja masa berlalu.. terlalu singkat dan akhirnya tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dalam masa 30 hari lagi.. kalo tak silap tinggal 12 bulan untuk data percutian dan 9 bulan untuk menyiapkan penulisan dan segala yang lain..
Di awal percutian aku diberikan tugas untuk menyelesaikan masalah dunia berkaitan dengan terciptanya n-type semikonduktor.. namun setelah 19 bulan berusaha memahami apa yang tersirat dan tersurat.. sebagai ahli kimia, aku rasakan lebih sesuai untuk memahami perilaku dan sifat lithium dan nitrogen berbanding berusaha untuk menjadikan ia sebagai n-type semikonduktor..
Bila fikirkan kepada keadaan ini.. hatiku bertambah riang dan seronok.. intuisi aku sebagai seorang chemist mula menonjolkan diri.. rasa macam zaman kanak-kanak kat taman permainan.. nak cuba itu ini.. main sana main sini.. lari sana lari sini.. Perasaan bermain-main yang lama menghilangkan diri telah muncul kembali.. percutian yang pada mulanya bosan dan terlalu rigid kini seolah-olah tiada pengakhirannya.. terlalu banyak misteri yang ingin dirungkai.. seronok-seronok.. dah lama tak rasa lively macam nie..
Bila tengok balik data dan buang persepsi kene selesaikan masalah dunia mengenai n-type semikonduktor.. semua data make sense.. sume ada cerita tersendiri dan logika masing-masing.. sebab selama ini terlalu percayakan yang lithium nitrogen dan kawan-kawan yang lain akan memberikana jawapan kepada n-type tapi aku sendiri tak pernah cuba memahami asas n-type sendiri.. dan mungkin semua sangkaan diorang salah.. dan kalau aku berjaya memahami kenapa dan mengapa atom-atom ini bertindak dan berkelakuan macam tu.. mungkin satu penemuan yang memberangsangkan akan wujud..
Dengan ini, objektif percutian berubah dari mencipta material baru sebagai material scientist kepada memahami perilaku dan tindakan atom-atom dalam struktur berlian sebagai full-pledge chemist, seorang chemist yang memahami setiap tindakan secara teori mahupun eksperimen.. Sesuatu yang aku inginkan sejak dulu lagi.. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit hala tujuku kian menjurus kearah impian dan cita-cita serta harapan yang dipupuk dari kecil lagi.. Thanks kepada semua yang setia dan terus berdoa yang terbaik buat diriku ini..
No comments:
Post a Comment