Untuk pulih dari ketagihan, tabiat atau sesuatu perkara yang menyeronokkan tapi memudaratkan bukan satu perkara yang senang.. Bila lihat macam mana abang aku struggle nak berhenti merokok.. Kawan aku struggle nak stop ketagihan main game dan macam-macam contoh lain bukan suatu yang mudah.. Ianya pasti takkan jadi lagi mudah bila diri kita sendiri yang mengalaminya.. Itu yang aku rasa.. Mungkin 24 jam pertama ni impak dia makin terasa.. Bila aku sedar yang mana apa yang aku genggam dan pegang selama ini.. Kasih dan sayang yang aku rela lepaskan beberapa jam yang lalu.. Setiap pengalaman dan memori indah makin pudar dalam ingatan ini..
Cuma pabila hakikat diterima akal bahawa semuanya akan tamat.. Setiap perhubungan telah diputuskan.. Tiada satu ikatan pun bersama.. Tiada satu memori pun bersama.. Hati ini mula rasa kosong.. jiwa ini seolah-olah tidak terisi.. Yang mana selalunya dinding-dindingnya ditampal kisah berbunga-bunga suatu masa lalu.. Lelangitnya diwarnai rasa bahagia bersama.. Kini ianya telah dicat dan digilap seumpama dinding dan lelangit yang baru..
Ianya ditambah perit yang membara pabila waktu dan ketika aku ingin melupakan semua onar dan duri.. Kebahagiaan yang palsu dan jalan yang penuh dosa.. Cabaran mula melanda.. Percutian mula memainkan onarnya tersendiri.. Cabaran dari bidang yang suka mencabar diri aku... Simulasi dan permodelan sifat semikonduktor berlian.. Tak dinafikan setiap kali aku menghadapi cabaran ini, pasti aku larikan diri aku pada tabiat lama yang membuatkan aku lupa akan masalah ini.. Setiap kali aku akan lari dari cabaran ini, aku akan mencari jalan dan peluang untuk diulit perasaan kasih dan sayang.. Kebahagiaan yang sementara.. Namun kali ini aku dah berjanji dengan diri aku untuk tidak mengulanginya..
Maka ianya akan menjadi titik tolak dalam proses aku meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan terkutuk itu buat selamanya.. Adakah aku akan kembali melakukannya, ataupun aku akan cuba berdepan dengan cabaran kali ini.. Kalau nak ikut keadaan hati ni.. Email sebentar tadi membuatkan ianya remuk, hancur dan musnah.. Terasa percutian ini segaja hendak membunuh aku mental dan fizikal.. Aku ingatkan kerja-kerja simulasi aku dah boleh ditamatkan tahun lepas.. Kini aku rasakan ianya takkan habis-habis.. Never ending.. Nak menangis pun ada, nak menjerit pun ada.. Namun kerana Allah masih lagi memberikan aku nikmat dalam data-data yang aku peroleh di sini.. Aku tak boleh berkelakuan begitu.. kufur nikmat namanya..
Ya aku tahu, semua ini Dia menyuruh supaya aku kembali dekat padaNya.. Menjadi hamba yang baik padaNya.. Mengadu padaNya.. Bercerita padaNya.. Bukannya kasih sayang manusia yang aku harus dambakan.. Bukan pujuk rayu manusia yang aku patut dengari.. Bukannya keseronokan sementara untuk melupakan masalah aku..
Mungkin inilah tujuan aku dicampakkan ditengah-tengah padang pasir kali ini.. Untuk memperbetulkan diri aku dengan memberikan double triple combo pack sekaligus.. Sama ada aku survive dan jadi insan yang lebih baik.. Ataupun aku hancur remuk diranapkan di tengah-tengah padang pasir ini.. Kali ini takde manusia lain yang boleh bantu aku.. Tiada tempat untuk mengadu.. tiada ruang untuk bercerita.. dan jauh sekali untuk ada yang mendengar.. Ianya akan jadi sebuah pertempuran Agung antara aku dan diriku sendiri.. Perlawanan yang bakal mengubah sejarah hidup aku.. Kini aku berlawan dengan diriku.. Kalah menang diletakkan pada diriku sendiri..
Sejauh mana keteguhan aku akan berpaksikan pada Iman yang ada.. Tumpas atau tidak bergantung pada kecekalan aku pada Islam dan Allah serta RasulNya.. Kalau aku lemah dan tewas dengan pujukan Iblis serta Syaitan.. Itu salahku..
Kini setiap masa, setiap saat ianya peperangan antara diriku.. Rajin dan Malas.. Baik dan Jahat.. Berfaedah dan Sia-sia.. Keperluan dan Kehendak.. Iman dan Nafsu.. Ultimate Clash.. Dan tiada siapa yang boleh membantu diri ini.. Tiada sesiapa melainkan Pecipta Yang Maha Agung..
Ya Allah Ya Tuhanku.. Dikau berikanlah aku kekuatan untuk sentiasa mencari keredhaanMu.. Kekuatan untuk terus mendambakan kasih sayangMu.. Kekuataun untuk menghindarkan diriku dari mencari MurkaMu.. Ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan peliharalah imanku, pertingkatkanlah imanku supaya diriMu terus redha dengan diriku Ya Allah..
No comments:
Post a Comment