Pages

Thursday, 7 February 2013

7 tahun dah berlalu..

Makin jauh aku pergi.. makin jauh aku panjat.. makin jauh aku dihantar ke suatu destinasi.. makin jauh dari famili.. Alhamdulillah makin banyak smasa aku refleks akan perbuatan aku.. makin banyak aku ungkapkan kejahilan diri ini.. makin aku cuba keluar dari state of denial.. Sedar tak sedar aku kene terima hakikat dan akui aku dah tua. Itu yang pertama.. Dah tak boleh dah nak senyum dan termakan dengan kata-kata orang yang aku nampak muda la.. Nampak macam baru lepas SPM.. Macam budak undergrad dan sebagainya.. Paling tak leh blah ada senario ingat aku baru abis PMR.. Bukan setakat tu, aku dah tak boleh nak sedap-sedap melayan perasaan orang cakap youngest person ke.. youngest Malaysian yang buat percutian ni.. Semua perkataan muda dan seangkatannya dah tak relevan.. Aku kene sedar dan keluar dari kepompong yang aku masih muda.. Terima hakikat aku dah keluar dari sekolah 7 tahun yang lalu.. Aku dah tamatkan pengajian mengikut sistem yang wajib diambil di Malaysia 7 tahun yang lalu.. 7 tahun yang lalu aku dah diberi kuasa untuk menentukan hala tuju hidup aku mengikut undang-undang.. 7 tahun yang lalu.. masa dah berlalu..

Aku bukan budak lagi yang boleh bermain dengan onar dan duri.. Yang boleh bergelumang dengan dosa-dosa lalu.. Kalau dulu orang boleh cakap.. Ala dia budak lagi.. namun sekarang dah tak relevan.. Itu kisah 7 tahun yang lalu.. Kalau sekarang ni tengok ahli sukan ke, pelakon ke atau sesiapa saja.. Semua tu baya aku tak pun tua sikit dan paling teruk lagi muda kot.. Maka ingat-ingatlah aku dah berumur dah lama dah menghirup udara di muka bumi ini.. Tak semestinya kalau aku kawan dengan mereka yang masih muda.. Aku kekal muda selamanya.. Kawan boleh mencerminkan akhlak dan peribadi kita namun ianya tidak akan sesekali melambangkan siapa diri kita yang sebenarnya..

Ini antara siri refleksi aku yang pertama untuk tahun ni.. Untuk sedar akan usiaku.. Selagi aku ingat aku masih muda.. akan aku teruskan kesilapan dan dosa-dosa yang lalu.. Bila aku lihat persekitaran aku.. aku bukan budak lagi.. aku bukan anak kecil yang salah silapnya tak memberikan impak pada sesiapa.. Mungkin aku pernah berkata-kata aku tak ingin membesar dan kekal seperti dahulu... Namun aku tak hidup di alam fantasi yang mana usiaku statik.. tak bergerak dan kekal begitu selamanya..

Aku sedar banyak tindakan ku begitu kebudak-budakan sehinggakan aku melukakan hati dan perasaan pelbagai pihak.. Makin aku lihat persekitaran aku, makin aku sedar yang mana aku bukan seperti dahulu lagi.. Setiap tindakan dan kata-kataku bakal jadi ataupun dah jadi perhatian pelbagai pihak.. Bukan macam dulu yang mana bila aku ponteng takde sapa yang kisah.. Bila aku bakar padang takde siapa yang perasan.. Bila aku musnahkan sesuatu tiada siapa yang dapat meneka.. Apatah lagi bila jadi kes-kes 'nakal' dari aspek bunga api dan mercun sampai la ke tahap booby trap siapa sangka tok dalangnya datang dari insan yang tak dijangka..

Itu semua 7 tahun yang lalu.. Makin aku menghirup udara malam ni makin aku sedar aku hidup dalam fantasi aku sendiri yang mengharapkan orang mengikut kehendak dan telunjuk ku.. bagaikan anak kecil yang inginkan permainan hanya untuk dirinya sendiri.. Namun aku silap.. usia yang bakal mencecah suku abad ni harus sedar.. dirinya bukan budak-budak seperti 7 tahun dahulu.. Kenakalannya bukan sesuatu yang boleh diterima oleh pelbagai pihak.. Permainannya bukan lagi sesuatu yang relevan kerana ramai yang akan terluka..

Harapnya selepas ini.. Walaupun penampilan kekal dalam keadaan yang masih muda.. Tapi aku harapkan pemikiran, tindak-tanduk, emosi dan kematangan berada dalam lingkungan usia yang sepatutnya.. Berada dalam keadaan lebih dinamik.. Bukannya manja dan kebudak-budakan.. Sifat manja, mengada-ngada dan dambakan perhatian.. Itu kisah 7 tahun yang lalu.. itu kisah sewaktu dalam alam remaja dan ingin meneroka dunia luar.. Sepatutnya dalam tempoh 7 tahun ni aku dah sepatutnya puas dengan gaya hidup macam tu..

Dan kini tibalah masanya untuk aku amik serius akan kehidupan insan disekeliling aku.. Lebih sensitif terhadap perasaan mereka dan pastinya lebih menghormati diri mereka sebagaimana mereka harus dihormati.. Tampak mudah tapi insyaAllah aku akan usahakan..

No comments: