Air yang bergenang mula jatuh membasahi pipi.. Mata ini masih lagi terus menatap skrin kopmuter.. tak berkelip tak berganjak.. Rasa syahdu dan sebak terus setia dalam hati.. Email yang diterima dari Dr Rusmidah membuatkan diriku hidup dalam kenangan di UTM kembali.. Membuatkan diriku selesa dalam pelukan rakan-rakan dan kehangatan itu cukup selesa.. Seolah-olah ianya memberikan diri ini sedikit sebanyak semangat untuk meneruskan percutian yang diriku sendiri tak pasti bila akan tiba penamatnya.. Walaupun dirinya tiada lagi di depan mataku.. Tiada lagi cerita yang kami berkongsi dan tiada lagi makan mahupun outing bersama.. Kata-katanya bagaikan datang dari seorang ibu kepada anaknya.. Ianya cukup bermakna.. Walaupun ianya tidak menyelesaikan apa-apa masalah namun ianya memberikan kekuatan untuk aku terus mencari solusi.. mencari penyelesaian dalam percutian kali ini..
Tak sangka dikala aku kesunyian.. di kala aku perlukan kata-kata dan mungkin hanya hadirnya insan seperti ini.. Mereka hadir dan bertemu dalam persimpangan kehidupanku.. Allah itu Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.. Memberikan aku kekuatan dan memberikan aku keteguhan untuk terus berjuang.. Untuk tidak sesekali menyerah kalah... Untuk terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir..
Selepas menatap lama skrin computer.. Aku berlalu ke makmal penyelidikan.. menyiapkan beberapa kerja yang tertunggak.. Melihat-melihat reaktor-reaktor kesayangan sambil bercerita dan berbicara (Aku tak giler lagi okay.. saje-saje borak-borak sebab dalam lab tu sunyi sangat).. Beberapa minit kemudian, pakcik Paul datang menjenguk.. Berborak progress kali ini (walaupun takde pape sangat) dan beliau meminta untuk aku uruskan perjalanan ke Leeds untuk menggunakan kemudahan di sana.. Dan tiba-tiba beliau bertanya (untuk kali kedua or ketiga).. Tak nak pegi Boston ke tahun ni.. Aku acap kali mengelak dari perbualan ini.. bukan aku tak nak pergi conference kali ni.. Cuma aku tak jumpa kekuatan untuk percutian aku kali ni.. Aku takut dan risau.. cuma tak pasti apa yang aku risaukan atau takutkan.. Dan aku memberikan alasan mungkin tahun depan sebab aku sendiri tak pasti nak bentangkan apa.. sebab aku takde pape nak dibentangkan.. Dan dia cakap.. No no no, you have your surface study and bulk study. Even if you wanted to present your computational also it is fine. It is a great opportunity for you to get the feedback from the rest of the diamond’s people. Bila dikenang balik.. Ramai je kawan-kawan aku nak pegi US present paper tapi tak kesampaian.. Ada yang berusaha macam-macam baru dapat. Yang aku ni.. yang bulat dah datang bergolek, apatah lagi yang pipih.. dah pasti melayang.. Inilah rezeki aku dan mungkin inilah yang telah tertulis pada diri aku.. Maka, aku kene kuatkan hati dan tenangkan hati.. Tulis abstrak elok-elok.. Dan Paul siap pesan lagi.. Kalau nak tulis 2 abstrak dan present 2 poster pown tak ape.. Dia kata takde masalah.. Macam mana la Paul boleh yakin dengan aku sedangkan aku sendiri tak yakin dengan diri aku.. Kalau dia kata aku dah ready maksudnya memang aku dah ready la kowt kan? Ramai yang berkata orang lain lagi nampak akan diri kita berbanding kita sendiri.. Selain tu, dia pesan, tahun depan dia carikan kan aku spot untuk talk waktu Hasselt kat Belgium.. Aku pown tak tau apa la yang dia nampak kat diri aku dan kajian aku nie.. Macam-macam dia arrange untuk aku.. Cuma aku je yang takde keyakinan.. Self-esteem rendah sangat kowt..
Semoga dikau Ya Allah memberikan kekuatan kepada diri ini untuk meneruskan hidup dalam bahtera pelayaranMu. Dan semoga Dikau limpahkan Rahmat dan Nikmat yang membawa kebaikan pada diriku ini..
Alhamdulillah kerja aku makin teratur kembali.. Dapat buat dua ke tiga kerja dalam satu masa dan siapkan dengan baik.. Walaupun boleh jadikan lebih sempurna.. Ianya cukup baik sebagai permulaan.. Sedikit sebanyak kekuatan dan dorongan dari rakan-rakan yang masih mengingati diri ini dapat membuatkan aku melangkah semula.. Walaupun perlahan.. InsyaAllah langkah kali ini akan bertukar menjadi larian di masa akan datang...
4 comments:
Berusaha zamirrrr. Never giving up. Ktorg kat malaysia ni sentiasa mendoakan kejayaan dan kemudahan untuk zamir. Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Dan setiap kesusahan pasti ada kesenangan dan kemudahan bersama-samanya. Itu janji Allah. You are one of our IDOL from UTM. Jia you!!! ^__^
Zamir,
Tetibe akak rasa rindu ngan awak, moment2 kita kat UK dulu. kite makan, borak, minum, berjalan.. serious rindu... sob3! btw, stay strong! You almost there.
Salamualeykum,
I may not have my wings spread as wide as yours. But what i definitely know is, the moment you put your believe in yourself is when you could really achieve the best you can. Keep your faith up zamir. He's guiding you slowly but definitely.
Best wishes :)
Thanks Tiha,
Lepas Dr Zie cerita kat Dr Rusmidah terus dia email.. rasa terharu sangat-sangat.. Rasa macam bilik aktiviti, C10, C18, C19 dekat sangat.. dapat dengar suara korang semua.. Gelak tawa.. Gurau senda.. Lega sangat-sangat.. Bila masuk lab balik buat kerja memang terasa bayangan korang sume dalam lab.. Cukup selesa cukup aman.. Setuju tiha, dalam kesusahan pasti ada kesenangan dan dalam kepayahan pasti ada kemudahan.. Dalam permasalahan pasti ada penyelesaian.. Yang penting kita semua terus berusaha sebaik mungkin dan serahkan yang lain pada urusan-Nya..
Akak...
Sama la kita kak.. Rindu tu takyah cakap la (ooppsss marah abg yazid kang).. Skang nie geng lepak n makan-makan dah takde sangat.. apatah lagi geng wayang.. Sedih-sedih.. ada masa tu saya tengok dua wayang sorang-sorang je hari rabu.. hahaha.. Teringat lagi kenangan kat Studio 58.. lagi-lagi time masak bila budak kecik dari oxford tu nak datang.. hahaha..
Thanks Cik Anon,
Yup it is soooo true.. Just need to find the strength in believing myself. That is the hardest part so far.. Just need to search the inner strength, the confidence and the strong heart that is always reside in this heart all day long.. Maybe 'they' are waiting for the right moment to sparkle and shine as beauty as the butterfly sprung out from the cocoon.. XD
Post a Comment