Alhamdulillah, selesai tempoh ziarah ibu dan ayah tempoh hari bagi menghadiri upacara graduasi kakak yang berlangsung di Scotland tempoh hari.. Tak lama lagi mereka akan tiba di KLIA.. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan bahagia..
Been reading a lot these couple of days.. Seriously a lot... Kalau ada orang dengar aku baca dua tiga buku dalam seminggu dua nie.. Sama ada aku dah jadi 'weng' or memang buang tabiat.. Aku pun tak pasti kenapa tiba-tiba aku mula membaca kembali.. Sejak jauh kaki ini melangkah melihat dunia luar.. Semakin banyak masa aku luangkan bersama buku.. Kalau dulu, setiap kali keluar tak pernah menjengah di fikiran ini untuk mengambil mana-mana buku yang tersusun rapi di atas meja.. Tapi kali ini berbeda.. buku pasti akan terselit kemas dalam beg sandang..
Dan selepas membaca beberapa buku dan melihat alam terbentang luas.. Diri ini mula berfikir bertapa indahnya ciptaan Allah dan sudah berapa lama rasa syukur pada nikmat Allah tidak menjengah setiap sel dalam tubuh ini.. Kali ini setiap kali terpukau dengan kehebatan dan keindahan ciptaan Allah, seluruh tubuh seolah-olah bergetar bagaikan arus elektrik melintasi setiap sel dan tisu dalam badan ini.. Lalu membuatkan diri ini terpaku dan merasakan cukup bertuah hidup ini.. Membuatkan diri ini merasakan tidak perlu akan semua kemewahan dan kekayaan namun cukuplah dapat hidup dan menghargai kehidupan ini sebaiknya.. Tak dinafikan dengan kekayaan akan mempunyai lebihan kapasiti untuk membantu insan lain namun dengan apa yang dimiliki sekarang ianya sudah cukup sebenarnya untuk menikmati kehidupan..
Sambil menikmati pemandangan, mata ini bersilih ganti melihat teks-teks di dalam buku dan juga panorama di sekitar gunung, laut dan lembah yang terbentang luas.. Lalu terus berfikir bertapa banyaknya nikmat yang diberikan.. yang mana sering kali diri ini alpa sebelum ini.. Nikmat bernafas, nikmat berjalan, nikmat untuk berfikir dan nikmat untuk berkomunikasi dengan menggunakan 5 pancaindera.. Alangkah lalainya diri ini kerna jarang dan mungkin tidak pernah terlintas untuk berfikir bertapa bertuahnya hidupku jika dibandingkan dengan insan-insan lain yang kurang bertuah..
Bukan wang ringgit, harta mahupun rakan-rakan sebagai kayu ukur kebahagiaan hidup seseorang.. Namun bertapa teguh dan utuhnya hubungan dirinya dengan Allah yang membuatkan diri ini bahagia.. Hubungan kita dengan Allah lebih hebat dan lebih menakjubkan jika dibandingkan dengan internet, broadband dan wireless technology.. Hubungan kita dengan Sang Pencipta direct dan tanpa halangan.. Setiap rintihan dan tangisan terus kepada dirinya dan dengan sepintas lalu, ketenangan dan keharmonian pasti menjengah kerana Dia tak pernah sesekali meninggalkan hambanya yang datang kepadaNya.. Namun aku alpa dan terlupa semua ini.. Tanpa ku sedari aku kadangkala mencari entiti lain untuk aku lepaskan perasaan.. Cuba mencari rakan, mencari teman berbicara untuk meluahkan perasaan.. Tapi aku terlupa pada yang Maha Mendengar lagi Maha Memahami.. Aku terlupa akan penjaga-penjaga yang diutuskan kepadaku.. Bagi menjaga diri ini agar selamat dan sihat sentiasa..
Jika aku percayakan pada kekuasaan-Nya... Aku tidak seharusnya rasa risau dan gusar akan hidupku.. Jika aku percaya pada ketentuan-Nya.. aku hanya perlu berusaha dan percaya.. Tidak perlu aku letakkan pada hubungan dengan insan lain.. Memanglah tak dinafikan hubungan sesama manusia itu penting.. Namun jika hidup ini kerana Allah, apa jenis hubungan yang terjalin pasti akan terjalin mengikut kehendaknya.. Kerana Dia Maha Mengetahui..
Dan ini terus membuatkan aku terfikir.. Ada beberapa bentuk hubungan yang aku rasakan aku perlu dan kadangkala aku paksa dalam kehidupanku.. Dan sesetengah hubungan ini aku berusaha untuk membuatkan ianya terhasil.. Namun selalunya kekecewaan yang kembali kepadaku.. Tidakkah aku terfikir yang jika hubungan itu tidak baik untukku, maka Allah tidak akan mengizinkannya? Tidakkah aku terfikir..
Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah yang terbaik untuk hambaMu ini.. Aku akui aku lemah dan tak bermaya dan seringkali terlupa akan tugasku sebagai hambaMu.. Tetapi tetapkanlah hatiku hanya untuk mendamba kasih sayangMu dan rasa cinta pada diriMu.. Berikanlah apa yang terbaik untuk diriku Ya Allah.. Jadikanlah aku sebaik-sebaik makhluk ciptaanMu, sebaik-baik manusia.. Yang tak menyimpan perasaan hasad, dengki, iri hati, cemburu, tamak, riak dan semua perkara mungkar Ya Allah ya Tuhanku.. Aku tahu aku tak layak untuk meminta semua ini namun berikanlah apa yang terbaik dalam hidupku.. dalam hubunganku denganMu.. hubunganku dengan manusia, makhluk dan alam ini.. Jauhkanlah diriku dari keburukan dunia dan akhirat dan juga dari fitnah dunia serta fitnah dajjal.. Jika ilmu itu baik untukku kurniakanlah padaku, jika tidak jauhkanlah padaku.. Jika kejayaan itu baik untukku kurniakanlah padaku dan jika tidak, jauhkanlah dari diriku Ya Allah... Jika harta, kekayaan dan nikmat dunia itu baik untuk diriku, kurniakanlah dan jika tidak jauhkanlah ianya dari diriku.. Berikanlah dan kurniakanlah apa yang terbaik untuk diriku Ya Allah kerana kau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana... Dan jika Dikau tarik sesuatu yang aku rasakan sebagai nikmat dan jika Dikau tidak memberikan sesuatu nikmat yang aku rasakan perlu tapi sebenarnya ianya memudaratkan diriku, berikanlah aku kekuatan, kesabaran, ketabahan dan kecekalan serta teguhkan kepercayaan aku dengan ketentuanMu Ya Allah.. kerana Dirimu Tuhan sekalian alam, Tuhan kepada langit dan bumi, matahari dan bulan.. Ampunilah segala dosa diriku, ibu bapaku, keluargaku, guru-guruku, rakan-rakan ku serta semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.. Amin Ya Allah...
No comments:
Post a Comment