Aku tak tau la dah bape kali aku cakap pasal fresh start.. dan tak pasti kalau manusia lain ada berapa banyak diorg punyer fresh start.. Tapi bila aku pergi berjalan.. melihat negara orang sambil dapat ceramah percuma pasal kehidupan dan kata-kata berbisa dari insan bergelar ibu.. Makin aku sedari yang aku dah jauh menyimpang dari pembentukan dan didikan ibu bapaku yang telah diterapkan dalam diri ini sewaktu kecil.. Dengan duduk jauh dari mereka dan juga dalam proses adaptasi dan asimilasi aku lupa untuk mengekalkan keunikan didikan mereka.. Walaupun tajam dan berbisa didikan waktu kecilku namun itulah didikan terbaik yang pernah aku terima.. Kasih sayang diberikan dalam bentuk yang berlainan.. dan cukup dengan keunikan yang sedia ada.. Didikan sebegitu mengajar aku untuk hidup dengan cara aku sendiri.. dengan haluan aku sendiri.. Bukan dengan mengikut gaya hidup dan jalan yang dibina insan terdahulu.. Tapi dengan membina kepercayaan dan keteguhan hidup ini sendiri... Didikan itu jugalah yang mengajar untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.. Melakukan sesuatu dengan sepenuh hati dan tidak sesekali meninggalkan kerja separuh jalan.. Didikan itu juga yang mendidik hati ini untuk mengurangkan kebarangkalian melakukan kesilapan dan pada masa yang sama memperbaiki kesilapan yang sedia ada.. Didikan ini jugalah yang mengajar diri ini untuk berfikir sebelum bertindak dan memaksimakan kapasiti tindakan dan mengurangkan pergerakan yang sia-sia... Setiap langkah penuh dengan makna.. Setiap sentuhan akan sentiasa terisi dan setiap persinggahan akan wujudnya peninggalan.. Biar tangan ini sentiasa memberi dari sentiasa menerima.. Biar diri ini be a bigger person.. Beralah tak semestinya kalah namun keteguhan dan prinsip jalan sesekali diperkotak-katikkan..
Namun setelah beberapa hari melihat negara luar.. Kebolehan hasil dari didikan itu dicabar tahap penguasaannya.. Keputusan harus dilakukan sepantas kilat dengan mengambil kira semua aspek dari segi kekuatan dan kelemahan anggota rombongan.. Jalan yang terbaik dan optimum harus diputuskan dalam sesingkat mungkin tanpa mengabaikan kebajikan mana-mana pihak sambil meminimumkan perbelanjaan serta pembaziran tenaga.. Semua kapasiti harus diambil kira dan semua limitasi harus diberikan perhatian.. Perjalanan kali ini seolah-seolah satu siri latihan untuk minda ini bergerak pantas memutuskan keputusan dan melaksanakan keputusan.. Latihan untuk memantapkan lagi keteguhan didikan yang diterapkan sejak kecil..
Maka selepas berfikir sejenak.. Ini merupakan masa yang terbaik untuk memulakan sesuatu yang baru.. To kick a fresh start.. Lagi-lagi selepas ini semua rakan-rakan rapatku di sini akan pulang.. Bolehlah strategi dirancang bagi mengoptimumkan masa untuk melaksanakan percutian pada tahap yang maksimum.. To kick the final gear.. Kalau dalam cerita one piece nie dah start gear two dan masuk gear three dah nie.. Kalau dalam bleach dan start nak lancarkan Bankai.. kalau dalam naruto dan masuk Kyubi Mode.. kalau dalam wira tunggal belang tarung dah muncul dan tinggal nak laksanakan kuasa 1 juta HP jer..
So basically to start fresh.. Hidup pown kene fresh.. So ni pown tgh bercuti so balik dari cuti kali ni... InsyaAllah akan fresh.. Lepas tu nak cari rumah baru.. Another fresh start.. Cari rumah yang sesuai dengan aura aku sendiri... Takpe la kalau mahal sikit pown.. yang penting boleh enhance mood aku untuk kick this final gear and try to maintain it as long as possible.. Dan bila kawan rapatku semuanya dah kat Malaysia.. Will be another push untuk aku start a fresh life without them.. Somehow it is a good time to start fresh.. Lagi-lagi balik nie pown start new project.. Another fresh start.. Semoga kali ini usaha aku lebih optimum dan berlipat kali ganda.. InsyaAllah tangan-tangan ni (Macam ada banyak tangan pulak kan.. hehehe) akan cuba melaksanakan sebaik mungkin dan seoptimum mungkin kerja-kerja yang bakal dilaksanakan dalam hari-hari mendatang..
P/S: Pakcik Paul dah luluskan abstrak untuk ke Boston.. Tinggal nak hantar ke web persidangan jer.. InsyaAllah kalau ada rezeki akan aku singgah ke bumi sana pulak.. (Another fresh start kan)
No comments:
Post a Comment