Sedar tak sedar bulan 6 akan meninggalkan kita tak lama lagi.. Dan semalam terjadinya fenomena soltis musim panas.. Merupakan hari terpanjang dalam tahun ini bagi mana-mana negara 4 musim di hemisfera utara.. Jika nak di lihat kembali.. Tahun nie merupakan tahun yang agak perlahan bagi diriku.. Aku sendiri tak pasti kenapa dan mengapa.. Cuma tahun ini aku lihat perkembangan diriku kurang pesat.. Tidak fokus dan mudah hilang arah. Kini aku duduk di depan kaca komputer, menatap dalam-dalam apa yang perlu aku lakukan dan ape yang aku perlu ubah untuk meningkatkan lagi produktiviti diri.. Ada sesuatu yang tak lengkap dalam diri ini untuk memancarkan tenaga pecutan yang dah lama terpendam..
Namun bila dikenangkan pencapaian lain.. Alhamdulillah banyak yang dapat dilaksanakan dalam hidup ini.. Dan pencapaian yang paling aku suka dan hargai ialah terbukanya hati ini untuk fokus dalam mendalami ilmu ekonomi dan kewangan Islam... Alhamdulillah atas berkat usaha kawan-kawan aku.. Kiteorang lebih memahami konsep dan maksud sebenar hadith-hadith dari Rasulullah saw.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadith dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Dan beberapa ayat dari Al-Quran itu sendiri
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)
"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)
Maka tidakkah kita berfikir kenapa begitu tingginya diangkat darjat 2 elemen yang wujud jika dibandingkan dengan 109 elemen-elemen lain yang bertaburan di dunia dan angkasa ini.. Tidakkah kita memikirkannya.. Dinar (Emas, Au) dan Dirham (Perak, Ag) merupakan matawang yang sering diceritakan dalam kisah para anbia suatu masa dulu, namun selepas wafatnya Rasulullah dan jatuhnya semua empayar Islam, jati diri dan status Emas dan Perak makin hilang nilainya dan pabila bermula abad ke 20 nilai dan statusnya mula dibayangi dengan kertas-kertas yang diletakkan nilainya (matawang fiat). Yang mana wang kertas yang digunakan sekarang hanyalah kertas-kertas biasa.. namun setelah diletakkan nilai semua manusia berebut-rebut untuk memilikinya namun kita lupa akan hakikat sebenar bahawa wang kertas ini bukan matawang sebenar dan hanyalah kertas biasa dan akan tiba suatu masa ianya tak ubah seperti kertas dijalanan kerana siapa kita untuk menidakkan kata-kata Rasulullah.
Tambahan lagi duit kertas yang kita gunakan saban hari penuh dengan riba yang jelas haram di sisi Allah. (InsyaAllah jika ada masa akan aku kupas bagaimana riba terlibat dalam penjanaan duit kertas). Mungkin ada yang akan cepat melatah bila aku katakan wang kertas itu haram dan menunding jari pada diriku yang mana aku masih gunakan.. Aku tak nafi aku masih gunakan duit kertas namun aku tetap melawan dan menentang penggunaannya.. Di samping itu aku meminimumkan penggunaan duit kertas, terhad untuk keperluan asas dan tanggungjawab sebagai seorang anak. Alhamdulillah selepas dibuka pintu hati aku dan diberikan kesedaran. Aku mula menolak sistem matawang fiat (duit kertas/ wang kertas) sekeras-kerasnya.. Aku mula kembali kepada Emas dan Perak.. Walaupun aku baru bermula.. Aku yakin dan percaya Emas dan Peraklah merupakan matawang yang sebenar.. Yang mempunyai nilai dalam urusan jual beli dan merupakan aset serta harta seseorang individu.. Dan untuk mengukuhkan lagi akan keunikan Emas dan Perak sebagai harta, tidakkah pernah kita terfikir kenapa hanya dua logam ini sahaja yang dikenakan zakat dan wujud zakat khas untuk mereka dan dipisahkan dari zakat harta. Tidakkah kita terfikir dan berfikir akan hal ini..
Maka aku menyeru pada rakan-rakan dan sahabt taulan.. Kalau boleh, minimumkanlah penggunaan duit kertas dan matawang fiat ni. Kerana percyalah kalau bukan tahun ni mungkin tahun depan atau tahun berikutnya, akan tiba satu zaman semua duit kertas/matawang fiat yang kita simpan dalam bank tu akan hilang nilainya.. Mulalah kumpul emas dan perak.. Namun disebabkan kita tak mempunyai kekuatan untuk menukar sistem matawang lagi, bagi aku tak salah (kerana terpaksa) menggunakan sistem mawatang fiat tapi kurangkan dan minimumkan.. Dan mulai saat ini, semua duit simpanan, gunakan untuk beli emas dan perak.. Pastikan emas dan perak dibeli dengan duit simpanan dan bukannya duit keperluan.. Nanti kesian anak bini tak dapat beli makanan sebab duit semua guna untuk beli Emas dan Perak..
Semoga kita sentiasa berada dibawah rahmat Ilahi kerana terus menerus berjuang untuk membersihkan harta, diri dan keluarga dari riba serta fitnah dunia..
No comments:
Post a Comment