It is been a rough weekend... a tough one.. Khabar berita tempoh hari masih berlegar dalam ruang lingkup pemikiran ini.. Namun kini, kabar berita itu bertukar dari terkesima, terkedu, speechless kepada sesuatu yang lain.. better.. lebih baik.. Maaf dipinta kalau-kalau diri ini membuatkan perasaan pihak-pihak lain gusar dan juga risau disebabkan kejadian semalam dan jugak berdasarkan penulisan post sebelum ini.. Been better since last night.. lepas dengar few talk about our existance in this world.. Thanks to both Raihan and Abg Zul for the piece of advice.. for being there when I'm not sure to what basis should I hold on.. Thanks also to kak kin, for being there.. listening and trusting myself even further.. and just for being there to listen..
The talk by brother Hamza.. left a deep impact in myself.. Crushing the ego in myself and made me believe in something greater.. Kata-kata dia semalam.. tepat dan jitu.. seolah-olah merasakan sepanjang dua jam tu, seolah-olah it is one to one talk.. very personal, very deep..
Beliau mengingatkan diri ini bahawa scientific truth is not the real truth.. and what we claim is not certainly true either.. Bukan kerja kite untuk katakan apa yang benar dan apa yang tidak.. Tujuan kita mudah, hanya untuk mencari kebenaran.. seeking the truth and not claiming the truth.. kerana kebenaran itu hanyalah milik Allah.. Kita sebagai manusia, sebagai muslim.. kita tiada hak untuk katakan bahawa si polan nie masuk syurga dan si polan nie masuk neraka.. Kebenaran semuanya terletak pada tangan Allah.. That simple.. it is that simple.. Manusia hanya diseru untuk percaya pada Tuhan yang satu dan melakukan kebaikan.. Mudah.. dan bukannya untuk melabel ini benar dan itu batil... apatah lagi kalau kebenaran itu datangnya dari ilmu Allah.. siapa kita untuk katakan itu benar dan itu salah.. Ilmu Allah dah termaktub sejak azali lagi begitu dan begini.. dan kita hanya dipertanggunjawabkan untuk mencari dan menerokai.. Ilmu tu dah sedia ada di situ dan memang macam tu.. So there is no reason to be upset when I'm wrong but there is lots of reason why I need to keep seraching rather than questioning it..
Dan disitu musnahlah ego seorang manusia terhadp paradigma materialisma.. Dalam pencarian ilmu yang bermanfaat.. Allah itu sentiasa akan membimbing hambanya.. jika tidak benar, maka Dia akan menunjukkan kebenaran.. dan kenapa, kita sebagai manusia bila diri kita salah/gagal.. kita perlu risau dan sedih.. padahal pabila kita salah dan gagal.. Allah sebenarnya membawa dan memberi petunjuk bahawa jalan itu tidak akan membawa kita pada kebenaran-Nya.. mudah.. itu jer.. So, bila manusia mempunyai expectation, ada target pada diri sendiri, maka jika target itu tidak tercapai, expectation dan prediction itu tak dipenuhi.. maka impaknya akan menjadi negatif.. Tetapi pabila manusia itu melakukan yang terbaik, sentiasa melakukan terbaik dan meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi dalam segala aspek dan perkara.. Maka, dirinya tidak akan rasa gagal mahupun sedih pabila setiap jangkaan, target dan expectation tidak dipenuhi... dan takkan ada expectation target dan sebagainya in the first place jika Allah diletakkan dalam segala aspek kehidupan ini.. kerna Allah lebih mengetahui akan perihal hambanya berbanding hambanya sendiri..
Dengan itu, daripada bersedih atas perkara yang tidak sepatutnya.. lebih baik tenaga itu ditumpukan untuk mengatasi perkara tersebut.. dan lakukannya dengan sebaik mungkin.. Dengan tidak meletakkan entiti PhD sebagai expectation dalam hidup.. sebagai kayu ukur dalam hidup... sebagai target dalam hidup.. Maka bila seseorang itu tamat PhDnya, tempoh PhD beliau, bidang PhD beliau dan sebagainya tidak akan menjadi persoalan.. Sama sahaja dalam konteks lain jugak.. dalam pelajaran, pekerjaan dan sebagainya.. Jika apa yang dikejar itu satu bentuk material seperti pangkat, harta dan sebagainya.. maka akan timbul semua persoalan yang sebenarnya tidak munasabah.. seperti inginkan rumah Banglo sebelum berkahwin, professorship sebelum umur 28, ingin mempunyai seorang isteri dan 4 org anak.. semua ini hanya akan menjanjikan kehampaan jika tidak dikecapi.. Sedangkan apabila kita buat yang terbaik dan lakukan kerana Allah.. tidak akan wujud target-target materialistik seperti ini...

Yup.. in UTM dulu aku boleh lakukan.. aku terus meneroka dan mencari ilmu kerna memandang ilmu yang bermanfaat itu sebagai bekalan untuk menemui Allah.. Dengan perspesktif yang macam tu, aku menabur perasaan cinta dan sayangkan ilmu kerana Allah swt.. Maka dengan itu, tidak pernah timbul satu kerisauan pun pada sistem penilaian manusia.. Sama ada aku gagal atau tidak.. itu hanyalah pandangan manusia dan bukan redha manusia yang aku cari.. Jika suatu masa dulu aku boleh lakukan, ketika usia ku masih muda aku boleh lakukan.. kenapa tidak sekarang.. Dengan beradanya di sini seolah-olah aku terperangkap dengan dunia materialisma yang menjadikan PhD sebagai lesen untuk kehidupan penyelidikan.. dan sememangnya ia penuh dengan kepalsuan..
Jabir Al-Hayyan tidak pernah mengatakan apa-apa mengenai PhD.. apatah lagi Ibnu Sina, Al Farabi, Al Khawarizmi dan sebagainya.. Sistem pembelajaran sekarang yang melabelkan level manusia membuatkan kita lupa dunia yang sebenar.. dunia yang mana Allah sebagai entiti paling tinggi dalam setiap tindak tanduk manusia.. bukan ijazah yang membuatkan kita berjaya.. bukan IQ 200++ membuatkan kita berjaya.. dan bukan genetik yang membuatkan kita berjaya.. Semuanya atas kuasa Allah dan juga atas usaha yang kita berikan selama ini..
Matlamat hidup ini mudah.. Percaya dan akui akan kewujudan Allah, laksanakan perintahnya dan hidup sebaik mungkin... mudah... Tak de pun diseru untuk ada mahligai bertatahkan emas, gaji sebulan >10 ribu, simpanan yang berlebih-lebih, menjadi professor, memenangi pelbagai anugerah dan sebagainya.. tiada matlamat sebegitu..
Ingatlah wahai diriku sewaktu dikau memenangi Anugerah Diraja dan YDPA scholar.. pernahkah dirimu meletakkan kedua-duanya sebagai target dalam dirimu? pernahkah setiap hari dikau mengingatkan dirimu mengenai kedua-duanya.. Tidak dan tidak sama sekali.. tidak pernah sesekali dirimu membayangkan bahawa dirimu akan memiliki kedua-duanya.. Sehingga la saat, dikau duduk di dalam dewan konvo dan melihat nama mu terpapar di situ.. sehinggalah paparan di laman web menjemputmu untuk menerima anugerah tersebut.. tidak sedetik pown dirimu meletakkan itu matlamat mu.. kerna sewaktu itu, cinta dan kasih sayangmu pada ilmu..
Maka kembalikanlah perasaan itu.. keinginan dan semangat dahagakan ilmu.. Matlamat hidupmu bukan untuk memenangi hadiah nobel, apatah lagi untuk menamatkan PhD seawal mungkin.. tidak sama sekali.. Pernahkah dikau ingat janji pada dirimu.. Akan tidak kisah dirimu, selama mana PhDmu akan mengambil masa dan sesusah mana PhD itu.. kerna apa yang lebih penting ilmu yang bermanfaat yang akan dikau terokai dan manfaatkan ke jalan Allah... Masih ingatkah dikau janji itu.. janji yang ditabur atas dasar kasih dan sayang pada ilmu.. semata-mata untuk mengetahui dengan lebih mendalam akan keagungan Penciptamu.. Masihkan dikau ingat wahai diriku akan semua ini.. masihkah dikau ingat..

Buanglah egomu sejauh mungkin.. ianya hanya menjauhkan dirimu pada perasaan kasih dan sayangmu pada ilmu.. pada Pencipta semua ilmu tersebut.. hidupmu lebih dari menamatkan PhD... lebih dari itu.. untuk tamatkan PhDmu dalam usia yang muda, untuk tamatkan seawal mungkin, untuk mewujudkan kajian yang akan memenangi hadiah nobel.. Itu bukan dirimu dan itu bukan hidupmu...
7 tahun dirimu menolak fitrah kehidupan mu kerna cinta dan sayangkan ilmu.. dan jika dirimu tidak membuang ego ini.. 7 tahun yang lalu akan menjadi sia-sia... Kembalikanlah dirimu pada fitrah manusia.. kerna fitrah itu membuatkan dirimu seorang manusia.. dan berilah peluang pada mereka kerna manusia pada asalnya dijadikan berpasang-pasangan.. Hiduplah kerana Allah dan atas landasan syariat-Nya.. Hiduplah demi kehidupan yang kekal di akhirat.. Tiada gunanya ilmu tanpa amal, tiada gunanya harta tanpa sedekah dan tiada gunanya ilmu yang bermanfaat tanpa zuriat yang akan menyambung kesinambungannya..
Hiduplah sebagai seorang muslim.. dengan erti kata sebenar..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Thanks ayie.. terima kasih banyak-banyak... Semoga Allah membalas dirimu dengan segala kebaikan dalam dunia ini dan di akhirat.. Your talk and thought made me speechless. Made me insignificant. Made me remember who I am.. a slave who forgot about his Master.. not more than that.. Nukilan ni dan juga semua yang aku rasa sekarang coming from you... Allah Maha Besar.. Dibuka mata hati aku untuk mendekatkan diri dengan korg bukan untuk mendidik tapi sebagai peringatan dan juga sebagai didikan kepada diriku.. Thank you bro, semoga hidupmu sentiasa dalam rahmatnya dan dilimpahkan rezeki terhadap segala usahamu... dan semoga dirimu tergolong dalam golongan ahli syurga..
No comments:
Post a Comment