Pages

Wednesday, 8 February 2012

Challenge accepted..

Lama jugak tak update blog nie (ayat tipikal giler kan).. hahaha.. Basically upadate sket ar pasal diri nie.. minggu lepas ada departmental seminar dan Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar... Syukur ke hadrat Illahi semua komen yang diberikan positif belaka dan berjaya dipositifkan..dan.. Eksperimen setakat ni berjalan dengan lancar.. Pyrometer dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk meneliti perubahan suhu dalam reaktor.. Sebarang perubahan zon gas panas dapat di lihat dan dirasai.. Boleh kata gembira tak terkata jugak la sebab lepas nie kalau orang tanya pasal fundamental temperature for diamond growth boleh la bagi sikit-skit penerangan.. Dan pemahaman terhadap bagaiman gas bergerak pun dah makin jelas.. konsep diffusion of gas particle pun  boleh diaplikasikan dengan jelas.. Bape banyak terminologi fizik dan kimia aku nak bagi pun aku tak tau.. tapi it just how happy I am.. to be realising all this small stuff.. Macam mana kejadian diamond tu begitu tersusun dan bukan secara rambang.. Dan ini mengingatkan kita sendiri bahawa Allah it Maha Kuasa.. Ciptaannya cukup sempurna.. Even manusia nak tiru sekalipun.. peniruan itu haruslah bersistem.. Memahami bagaimana kejadian itu terjadi dengan baik.. Allah memberi petunjuk kepada hambanya untuk berfikir.. untuk menyelesaikan teka-teki dunia ni dengan indahnya..

Then, minggu nie something else pulak terjadi.. Leh kata aku diambush dengan suprise attack yang cukup mengagumkan.. Di Bristol, setiap tahun percutian aku akan dinilai dalam bentuk viva.. seperti post yang lalu.. aku dinilai dalam bulan April/Mei 2011.. dan mereka bersetuju untuk meneruskan penilaian pada bulan Jun/Julai tahun berikutnya.. Nak dipendekkan cerita, perbincangan tu tak sampai kepada pihak atasan dan pihak atasan minta aku sediakan laporan dan jalani penilaian selewat-lewatnya awal Mac.. erm 3 minggu dari sekarang.. Time tu degupan jantung aku toksah cakap la.. 2nd year dia buat macam proper viva kowt.. mane tak nervous.. Dalam meeting tu, penyelia aku pun menyampuk, dia cakap "Zamir perlu sediakan 3 pages je kan".. Dan aku dah hampir lega.. namun dipintas lagi.. Bagi bakal penilai aku 3 muka surat terlalu sikit.. kalau boleh dia nak 15-20 mukasurat.. Aku terdiam, terkedu, terkesima.. nak heart attack pown boleh jugak.. nasib baik la muda lagi.. so jantung nie masih boleh menanggung beban sedemikian rupa la.. Tapi yang pasti degupan jantung makin kencang.. rasa tak de stetoskop pown org lain boleh dengar kowt.. Sesudah selesai meeting tu.. Penyelia kesayanganku cuba menenangkan perasaan gundah-gudala yang makin jelas terpapar di bibit wajah aku.. Aku hanya mampu terdiam dan mengiyakan je realti yang menerjah tiba.. Memang hari tu down habis ar.. taktau nak respon macam mana dan nak start macam mana.. Clueless.. Lost.. Nak menangis takde gunanya dah.. nak risau, aku yakin risau takkan ke mana.. Yang pasti aku nak lalui malam tu dalam keadaan yang paling tenang.. Dan alhamdulillah aku laluinya dengan penuh ketenangan..

Malam tu mimpi cukup indah sekali.. Mengimbau setiap kenangan dan turning point dalam hidup aku.. Membawa aku kepada diriku yang sebenar dan juga kepada pemikiran yang rasional.. Seolah-olah diri aku sendiri mengingatkan aku kepada semua yang telah aku kecapi dan kepada semua faktor yang membawa aku kepada percutian kali ini.. Mimpi tu juga mengingatkan padaku manusia sentiasa berevolusi.. bukan sahaja otak kanak-kanak sentiasa berkembang.. otak orang dewasa juga boleh terus berkembang.. Setiap cabaran dan dugaan diberikan padaku adalah untuk meneruskan evolusi aku sebagai manusia.. kerna aku yakin dan percaya setiap cabaran yang datang dari Allah itu meliputi kapasiti dan ruang lingkup diriku sendiri... Ianya semata-mata untuk memastikan aku terus berevolusi.. menjadi manusia yang hari demi hari makin mengagungkan kewujudan Allah swt.. Maka dengan mimpi itu, aku datang dengan konklusi paling mudah.. Give all you got and die trying it.. cukup mudah.. manusia hanya akan mampu berevolusi pabila dia menolak had keupayaan dia pada tahap paling kritikal.. ada pihak panggil survival instinct.. bagi aku it is as simple as level up dalam game..

Dengan mind set begitu mudah, aku teruskan kehidupan esok hari seperti biasa namun dengan keinginan untuk berevolusi.. So.. challenge accepted.. Aku bukan stakat akan siapkan report tu.. aku akan pastikan report adalah yang terbaik dan mock-viva aku akan jadi one of the best experience in my life.. I'll put everything on the line.. Then I can stand up high and proudly said that is the work's of Zamir Othman..  and my work to reveal the great creator that create these creations precisely without single errors.. Maka aku mula menulis outline untuk progress report tu.. tak amek banyak masa pun.. dalam 15 minit rasanyer..  and it came out like this:





Hampir menitis jugak la air mata ni.. Allah itu Maha Kuasa.. itu je yang mampu aku ungkapkan.. Dia berikan aku cabaran kali ini hanya untuk tunjukkan hasil ini padaku.. Ilmu yang ada pada diriku dalam 2 tahun mendalami percutian kali ini.. Aku sering kali berkata-kata.. tiada penemuan yang conclusive.. semuanya seolah-olah tidak menjadi.. aku hampir berputus asa dengan semua itu.. dalam keadaan diriku dibawah dan terlalu bawah.. Dia memberikan aku cabaran untuk menyiapkan laporan dan bersedia dengan mock-viva dalam masa 3 minggu.. Sewaktu khabar berita itu menyinggah.. aku hampir hilang akal... Namun Dia Maha Kuasa.. Dia lebih mengetahui tentang diriku lebih dari diriku sendiri.. Inilah makna tersirat yang ingin disampaikan.. Data aku sebenar cukup conclusive.. Ianya ada disampingku sepanjang masa.. Cuma aku selalu inginkan lebih.. I'm overdoing stuff.. Try to make it better and better each time.. Dalam hampir setiap hari aku memandang data-data yang aku miliki seperti tiada ikatan dan tiada makna.. yet it is there.. kalau tak, mustahil akan wujud outline yang sedemikian rupa.. seolah-olah cantik tersusun bagaikan chapter-chapter thesisku nnt.. Hikmah dan pengajaran dari-Nya datang dalam pelbagai bentuk.. Cabaran paling kritikal dan paling berat itu sebenarnya untuk membuka mata hati kita pada apa yang telah kita kecapi dan miliki.. Seolah-olah cabaran kali ini as a wake up call.. Masaku kian hampir.. semuanya akan berakhir.. Percutian ini semakin hampir dengan penamatnya dan aku tidak seharusnya gusar.. Kerna jika aku dah lakukan sebaik mungkin.. ceritanya telah terpapar dengna jelas.. Aku yang mulakan percutian dan akulah jua yang akan tamatkannya.. Ianya hanyalah peringatan mudah dari Illahi bahawa tidak sesekali dia palingkan dirinya dari hambanya.. cuma aku.. diri ini terlalu lemah dan acap kali terlupa akan kekuasaan-Nya..

It is towards the end.. Positif atau Negatif data dalam percutian kali ini.. Itulah ilmu dan itulah juga pengalaman.. It is great to change the world.. but it is greater to change the world in you.. making it a better place.. Thank you for the gentle reminder you gave me.. In such a beautiful way you remind my path and sole purpose in life.. It is just to beautiful to let it go..

Thus, the challenge will be accepted with and open arms.. the challenge to evolve and achieve higher understanding of you and the world your created me in..

No comments: