Proses mendalami diri dan mengenali diri terus dilakukan.. Akhirnya samapai la ke satu tahap yang mana diri ni sebenarnya dalam proses pencarian.. Sam your're right.. Kata-katamu 2 tahun yang lalu memang betul.. Walaupun sekuat mana diri ini denied at that moment.. Diri ini masih dalam proses mencari identiti.. mencuba itu dan ini.. Bila diselami terlalu banyak ilusi yang dibina untuk menidakkan fitrah manusia dalam diri.. terlalu banyak ilusi di bina kerana takut untuk berdepan dengan dunia sebenar.. Namun, tempoh 2 hari yang diberikan untuk aku bernafas semula, untuk meneruskan kehidupan ini.. membuka mata dalam pelbagai aspek. hati ini mula terbuka untuk bersikap lebih jujur.. jujur pada diri sendiri.. Langkah yang cukup indah.. Tiada lagi tipu daya untuk diri sendiri.. dan perkara pertama yang berubah.. pandangan terhadap perkahwinan..
Jika diimbau kehidupan 7 tahun yang lalu... Keinginan untuk membantu manusia melepasi batasan dan jangkauan pemikiran manusia sejagat pada masa itu.. Imiginasi melampaui batasan akal fikiran manusia biasa.. dan sejak itu diri ini terjerat antara perjuangan dan perasan kasih dan sayang.. So, meh reveal apa imiginasi dan pemikiran yang disemai 7 tahun yang lalu.. Ianya mudah tapi pelaksanaannya kompleks... Menguasai asas pemahaman alchemist di mana memahami, memusnah dan mencipta semula.. Melalui pemahaman itu ianya akan membawa kepada penguasaan asas elemen dalam dunia ini, sama ada tenaga (api, angin dan sebagainya) ataupun jasad (tanah, air, dan sebagainya). Dalam memahami salah satu elemen, tahap tertinggi merupakan kuasa memanipulasikan elemen tersebut mengikut keadaan.. seperti mana greek fire dan matter transmutation.. Dan dengan itu perjuangan bermula melalui kemusnahan musuh-musuh Islam dari Zionis hinggalah ke boneka-boneka mereka.. Yup.. inilah pemikiran 7 tahun yang lalu.. Mustahil? Tak logik? Itu respond biasa dari hampir pelbagai pihak.. namun macam mana perkara ini membawa kepada ilusi yang menekan fitrah diri sebagai seorang manusia..
Mudah, manusia merupakan makhluk yang lemah dan tak mampu untuk berseorangan.. Manusia memerlukan kasih sayang dan tempat bergantung.. Namun disebabkan objektif dan matlamat hidup pada waktu itu membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah.. Diri ini mula menjauhkan diri dari pelbagai pihak dalam ingatan diri.. pabila semua ini berlaku, orang yang dirinya sayangi tidak akan dilukai.. tidak akan dijadikan bahan korban dalam perjuangannya.. Demi melindungi keluarga dan rakan-rakan.. diri ini memutuskan semua talian kasih sayang dan perasaan cinta antara manusia.. Menutup pintu hatinya untuk sesiapa.. Sound selfish kan... tapi itulah yang berlaku berterusan selama 7 tahun.. Hanya itu memastikan tiada siapa yang terluka..
Mudah, manusia merupakan makhluk yang lemah dan tak mampu untuk berseorangan.. Manusia memerlukan kasih sayang dan tempat bergantung.. Namun disebabkan objektif dan matlamat hidup pada waktu itu membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah.. Diri ini mula menjauhkan diri dari pelbagai pihak dalam ingatan diri.. pabila semua ini berlaku, orang yang dirinya sayangi tidak akan dilukai.. tidak akan dijadikan bahan korban dalam perjuangannya.. Demi melindungi keluarga dan rakan-rakan.. diri ini memutuskan semua talian kasih sayang dan perasaan cinta antara manusia.. Menutup pintu hatinya untuk sesiapa.. Sound selfish kan... tapi itulah yang berlaku berterusan selama 7 tahun.. Hanya itu memastikan tiada siapa yang terluka..
Kejadian pada ahad yang lalu membuka mata dan hati terhadap dunia ini.. Semua ilusi yang di bina seolah-olah tidak masuk akal.. Expectation dan keinginan untuk membantu umat sejagat melampaui keupayaan diri sendiri.. menjadi diri ini mangsa dalam peperangan yang belum bermula.. Sedangkan Islam tidak menyuruh umatnya berlebihan dalam sesuatu perkara.. Banyak peristiwa yang menegur umatnya supaya tidak melakukan sesuatu diluar kemampuan.. Seperti menginfakkan semua harta ke jalan Allah, berpuasa tanpa henti sehingga memudaratkan diri dan banyak lagi.. Islam bukan satu agama dan cara hidup yang akan membebankna umatnya.. Allah tidak sesekali ingin menyeksa hambanya dengan syariatnya.. syariatnya hanyalah untuk memudahkan kehidupan manusia di dunia ini... Maka, 7 tahun ini, diriku terlalu ekstrim dalam melaksanakan perjuangan ini.. menutup segala bentuk hubungan demi melindungi orang yang aku sayangi.. Menyimpan semuanya dalam diri ini.. Menanggung semua beban... suka mahupun duka.. keperitan.. semuanya demi tidak melibatkan sesiapa dalam perjuangan ini.. Untuk tidak melihat mereka terkorban dan terseska..
Namun, fitrah dikatakan fitrah sebab ianya fitrah.. Mana ada ibu yang ingin melihat anaknya terluka.. Mana ada ayah yang ingin melihat anaknya terseksa.. Dan pabila cinta itu kerana Allah.. Seksaan dunia dan pengorbanan di dunia terlalu kecil nilainya dibandingkan perasaan kasih dan sayang terhap insan yang dicintai itu.. Terlalu banyak sejarah Islam menunjukkan bukti sedemikian seperti zaman Sumaiyah dan juga Mashitah.. Dan kenapa aku tidak berfikir dan memikirkan semua itu.. Jika seorang isteri tidak mampu untuk menerima suaminya seadanya.. Tidak mampu untuk melaksanakan perjuangan suaminya... dan tidak mampu untuk berkorban bersama suaminya.. maka cinta itu bukannya kerana Allah.. Jika perjuangan itu atas jalan Allah dan pengorbanan harus dilakukan.. atas dasar kasih dan sayang, keperitan, kesusahan dan pemergian itu akan diterima dengan redha.. Ianya tidak akan membuat isterinya terluka dan bersedih.. kerna isterinya sedar bahawa semua ini untuk yang Maha Esa dan tiada sesiapa yang kekal selamanya.. dan konteks ini boleh di bawa kepada ibu bapa, para sahabat dan sebagainya.. dan kenapa aku memutuskan hubungan kasih sayang itu.. Dan ingatlah bahawa selepas dirimu berkahwin, lengkaplah sebahagian dari agama mu...
Hanya dengan ujian sekecil itu dan refleksi diri selama 2 hari meranapkan ilusi 7 tahun yang lalu.. Cukuplah.. hentikan ilusi yang menyiksa dirimu lagi.. Jauh disudut hatimu.. dirimu ingin insan lain memahami dirimu.. inginkan belaian dan kasih sayang dari insan yang dikasihi.. Hentikan semua tekanan dan penindasan terhadap perasaan itu.. Perjuangan ini bukanlah lagi untuk dirimu semata-mata.. Dirimu tidak seharusnya dijadikan korban untuk kebahagiaan orang lain.. Jangan takut pada human attachment.. Jangan risau kalau mereka terluka dan bersedih jika sesuatu berlaku padamu.. semua berlaku atas ketentuan Allah dan jika sesuatu itu dikehendaki untuk berlaku.. tiada kuasa lain yang mampu menghentikannya.. Percaya pada Allah dan percaya pada kekuasaannya.. Dan dengan itu, tidak ada sebab untuk hidup keseorangan dalam perjuangan ini.. Tidak ada sebab untuk menolak kasih sayang manusia demi melindungi mereka kerana bukan dirimu yang akan melindungi mereka... Mereka semua dibawah lindungan Allah swt.. Hentikan penyiksaan pada dirimu...
Di kesempatan ini.. mungkin telah terlambat.. tapi.. aku ingin juga memohon maaf kepada semua yang pernah terluka atas sikap diriku.. terutamanya Shida.. Yup.. 7 tahun dah berlalu dan sampai sekarang aku tak berani nak beritahu dirimu sebab sebenar aku meninggalkan dirimu.. dan juga kepada Anis yang mana aku sentiasa melarikan diri dari isu kasih dan sayang.. dan kepada semua teman-teman tapi mesra yang sepatutnya aku cuba membina hubungan yang ada itu tapi aku tidak pernah sesekali membuka pintu hati ini untuk dirimu. dan kepada admire-admire (kalaua ada.. hahaha) yang mana aku pura-pura tidak sedar akan perasan dirimu.. dan kepada semua insan yang lain di mana dari awal perkenalan aku dengan sempoi nya berkata aku tak bersedia untuk semua ini dan ilmu lebih penting buat masa sekarang.. Maafkan jika statement itu membuatkan dirimu terhalang dari sampai ke dalam hati ini..
Manusia tidak akan pernah bersedia dalam apa jua perkara dan apa yang diperlukan hanyalah untuk bertindak.. Tanpa tindakan, semua ilusi ini akan kekal disitu.. maka bertindaklah dalam semua perkara.. Dalam dunia ilmu, cari dan terokalah ilmu itu.. dan dalam perasaan kasih dan sayang, stop saying I'm not ready and not available anymore.. You are single and available.. dan percayalah, manusia itu dijadikan berpasang-pasangan dan setiap pasangan itu dijadikan untuk memahami pasangannya yang lain.. Give them a chance.. and the spark will reach through your heart..
-Thanks epy and ayie for the unanticipated question-
6 comments:
meletop giler..hahahhaahaha
ish takde yang meletup pown ar... tak lama lepas nie ada la kowt.. hahaha
** Teruskan pencarian spark sejati itu.. "Selamat pengantin baru tak lame lagi" :))
_Kayu Manis_
Thanks Kayu Manis...
InsyaAllah akan meneruskan pencarian spark tu.. XD
spark tu ada kat monica sebelum dia reveal lepas balik dari malaysia tu kot..LOL
bila tiba masanya.. akan tiba masanya.. bezanya kini hati makin terbuka dan tiada penindasan perasaan dilakukan..
Post a Comment