Pages

Sunday, 26 February 2012

Kebiasaannya begitu...

Ramai yang selalu berkata.. yakni Allah akan sentiasa memberikankan hambanya ribut dan hujan sebelum diberikannya pelangi yang cantik dan jugak cahaya mentari yang menyinari bumi.. Tapi kita kian lupa, matahari yang menyinari itu hanyalah sementara dan apatah lagi pelangi yang hanya seketika kerna malam pasti menjelma.. Bulan akan menggantikan matahari dan bersilih ganti serta tidak pernah mendahului satu sama lain.. Bukan untuk aku menidakkan kuasa Allah.. aku percaya akan kewujudannya.. dan aku juga percaya akan kekuasaan dan ketentuannya.. Tiada apa yang dilakukankan oleh-Nya yang tidak baik untuk diri ini.. tidak pernah diri-Nya akan mengecewakan akan makhluk ciptaan-Nya..

Cuma sebagai makhluk ciptaan-Nya aku seringkali lemah dalam menerima ujiannya.. Namun diri ini percaya tidak akan diberikankan kepada hamba-Nya ujian yang tak termampu ditanggung oleh hamba-Nya sendiri.. Maka, secara zahir dan batin aku mempunyai kekuatan untuk mengatasi cabaran kali ini.. cuba kesakitannya terlalu perit.. terlalu sakit.. keyakinan aku dan kepercayaan aku diuji... Aku nampak hikmah disebaliknya.. Di mana semua ilmu itu hak milik-Nya.. hak milik Allah dan semuanya mengikut ketetapan dan ketentuan-Nya.. Jika diri-Nya mengkehendaki sesuatu dengan berkata jadilah maka jadilah ia.. Sebagai seorang mukmin dan muslim.. Aku yakin dan percaya dengan semua itu. Namun kekuatan aku dan kelemahan aku membuatkan jiwa ini terus merana dan memberontak..

Bentak hatiku pada mulanya mengatakan perjalanan ku kian jelas, makin hampir pada pengakhirannya.. tapi, seperti biasa, ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya tidak.. Bukan hak aku untuk menidakkan dan bukan hak aku untuk mempersoalkan apatah lagi meratapi.. Cuma aku tidak pasti kepada siapa aku patut luahkan.. Sudah ku luahkan pada dirimu Ya Allah.. linangan air mata ini terus mengalir mengharapkan ketenangan dan keredhaanMu. Namun dikau kenal akan hambamu ini.. hatinya masih meronta-ronta... ujian mu kali ini sungguh perit dan aku percaya ada insan lain lebih teruk ianya diuji berbanding diriku.. Aku sedar diriku penuh dosa, onar dan duri.. Ujian ini hanyalah untuk mengembalikan kepercayaan dan kasih sayangku hanya padaMu.. maka Aku pohon agar dikau tunjukkanlah jalan untuk ku.. sinarkanlah jalanku dengan cahaya keimanan dalam hatiku..

Setahun yang lalu aku dikejutkan dengan contamination dalam hampir semua sampel yang aku usahakan selama itu.. kesannya cukup mendalam... Impaknya cukup besar.. cukup mendalam.. mendiamkan diriku seribu bahasa.. linangan air mata menemaniku setiap malam.. Diwaktu itu, perancanganmu cukup sempurna. Telah kau hadirkan kawan baikku dalam hidupku 8 bulan sebelum itu.. untuk menemaniku dalam prosa kesedihan diwaktu itu..

Kini semuanya telah berlalu, dirinya juga telah tamat pengajian dengan sempurna.. Dan... hampir setahun selepas putaran kisah yang itu.. Diriku diuji kali kedua.. dalm erti kata lain round 2. Kali ini bukan dengan contamination dari sampel.. ujiannya lebih besar.. Sejak bermula percutian ini, ianya telah dipisahkan kepada eksperimen dan juga teori ataupun lebih mudah diungkapkan simulasi menggunakan komputer.. Hari ini merupakan detik yang tak terungkap dalam hidupku.. Setelah hampir 2 tahun aku cuba memahami simulasi berkenaan, hari ni, hasilnya kian jelas.. hampir sama dengan hasil saintis-saintis lalu.. cuma pabila diteliti dengan lebih halus.. Teori kini bertentangan sama sekali dengan asas eksperimen aku selama ini.. Apa yang aku sangkakan akan menjadi dan apa yang telah dijangkakan oleh ramai pihak.. ianya seolah-olah tidak benar.. asas objektif kenapa penyelidikan ini dijalankan pada mulanya bertentangan dengan hasil teori yang masih terpapar di skrin laptop ini.. mata ini masih tak mampu mempercayainya.. apatah lagi hati ini.. Selama dua tahun aku cuba memahami dan menjayakan eksperimen yang selama ini hampir semua pihak mula berputus asa.. kini ujian melanda untuk diri aku.. jauh disudut hatiku seolah-olah sia-sia apa yang telah aku lakukan selama ini.. asas kepada wujudnya penyelidikan ini aku sendiri goyahkan dengan simulasi yang aku terokai sendiri.. Biasanya harapan yang kita pegang selama ini dimusnahkan oleh orang lain ataupun pihak ketiga.. Dan kali ini itu bukan kebiasaanya.. Aku sendiri yang membina harapan menggunung dan aku sendiri yang hancurkan.. Seolah aku membina istana pasir di pesisir pantai dan aku sendiri yang memusnahkannya..

Harapan, Keyakinan, Kepercayaan, Semangat Iltizam.... aku sendiri sudah tidak mengerti maksud semua ini.. adakah ini semua petunjuk yang mengatakan hentikanlah melakukan percutian ini kerna ianya sia-sia.. Dari tahun ke tahun petunjuk ini memberikan makna yang lebih kurang sama.. Ataupun ianya sekadar cabaran dan halangan untuk melihat diriku terus tabah dan kuat menghadapi dugaan.. Tabah dan kuat, aku sendiri makin hilang mengerti kata-kata ini..

Aku sendiri tak pasti apa yang aku harapkan dan apa yang ingin ku dengari..
Aku sendiri tak pasti adakah kata-kata seperti:
-  you're holding up for so long, sikit je lagi nie..
-  The destination is not important, but the learning process are..
-  PhD is not everything, it is just a license
-  Kau zamir kowt, come on ar.. aku tau ko boleh buat..

mampu membuatkan aku rasa selesa dan kembali pada diriku yang asalkan..

I just need someone.. someone right now who understand my true feeling.. Someone who see me as I'm, a normal human being, nothing special, nothing more than that.. Someone that know I made mistake, I'm not perfect and I'm just vulnerable as anybody else.. Just a shoulder to cry on.. It is really painful.. it is really painful to see your own knowledge crush your own believe and understanding.. It is too painful to admit that.. but it is happening now and I hope it is a dream but its not..

2 comments:

Anonymous said...

Just drop by here and read your post.
Just want to share with you,
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah s.w.t. senang melihat hamba-Nya bersusah-payah dalam mencari rezeki yang halal."(Al-Dailami)
In your context, mungkin ini adalah sebahagian daripada ujian Allah kepada anda dalam menuntut ilmu pengetahuan. Ujian yang diberikan adalah untuk menguji kesabaran dan keimanan hambanya dalam setiap perkara yang diredhai olehNya. Jangan cepat putus asa dalam bidang yang diceburi ini. Sesungguhnya anda adalah insan yang bertuah kerana dapat melebarkan pengajian sehingga ke peringkat ini. Kuatkan azam dan keyakinan dalam memperjuangkan ilmu Allah ini. InsyaAllah anda akan dapat melihat output yang pasti akan membanggakan hasil daripada kajian ini.

Zamir said...

Thank you for the advice.. Its been better now..