Pages

Monday, 24 September 2012

Walks to Remember...

Awal pagi tadi selepas solat Subuh, terus aku terfikir akan perkara ini.. Dah lama aku nak lakukan dan ingin lakukan.. Cuma tak berkesempatan.. Pernah beberapa kali aku ingin sertai fundraising event yang dianjurkan oleh Islamic Relief beberapa tahun yang lalu tapi atas sebab-sebab yang aku sendiri tak pasti.. Hasrat tu terkubur bergitu saja..

So kali ni, aku tekad dan thanks to Atie yang memberikan medium untuk aku melaksankan hajat kali ini.. Alhamdulillah, akhirnya terhasil jugak la Fundraising page pertama dalama hidup aku.. So kalau nak tengok:


Sebelum aku selalu tengok orang lain buat event-event macam ni.. Dan kali ni aku rasa tiba masanya untuk aku buat.. Bukan untuk aku tapi untuk kanak-kanak yang memerlukan.. Untuk keluarga dalam kesusahan dan untuk sesiapa saja yang memerlukan bantuan..

Basically, apa yang aku dan kawan-kawan aku akan lakukan, Kita orang akan berjalan merentas gunung, lembah dan tepian pantai dalam masa yang ditetapkan dan dengan bekalan yang terhad. (Rucksack Only.. No Cars.. No extra suitcase.. None..) Terutamanya bekalan makanan dan minuman yang terhad.. Antara tujuan dia untuk merasai dan memahami keperitan orang-orang di Afrika dan Asia yang terpaksa berjalan jauh demi mendapatkan bekalan air bersih dan sesuap nasi.. Tak kira sama ada panas terik mahupun hujan ribut..

Walaupun aku tau kepayahan yang kiteorang alami tu tak sampai 10% dari kepayahan yang diorang rasai hari-hari.. Namun aku yakin dan percaya pengalaman-pengalaman ini akan membuatkan kami semua menghargai nikmat makanan, minuman, tempat tinggal dan perubatan dengan lebih baik.. Bersyukur dilahirkan dengan nikmat yang melimpah ruah sejak kecil lagi..

InsyaAllah cadangannya ingin lakukan aktiviti ni sebulan sekali.. Akan cuba dilakukan sebaik mungkin..

Dan kami semua berharap ramai yang akan memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk termasuklah derma yang disalurkan terus pada laman web di atas.. Sumbangan anda semua akan terus disalurkan ke Islamic Relief secara automatik.. (So janganlah risau, aku tak amik nyer duit tu untuk buat tambang or beli makanan ke).

Tak kisahlah berapa banyak yang nak disumbangkan.. Semua sumbangan, kecil dan besar pasti memberi seribu satu makna..

Jangan lupa klik laman web ni.. Nah lagi sekali link dia..


Aktiviti pertama akan dilaksanakan pada bulan Oktober.. Pengembaraan akan bermula dari Exmouth ke Weymouth (Harapnya leh sampai ke Bournemouth) sejauh 52 batu (83.2 km) dan akan dilaksanakan dalam masa 3 hari..

P/S: Thank to Atie for the Ideas and Inspiration..

No comments: