Lepas aku amati betul-betul dunia ni kan.. Baik dari segenap pelusuk dunia.. Pasti dan nyata banyak informasi tak lengkap.. Bukan apa, ramai orang selalu cakap selalunya orang yang berpendidikan rendah tidak akan berjaya menyampaikan maklumat dengan baik.. Tak kisah la rendah pendidikan dalam bidang apa pun.. Kerja kayu ke, memasak ke, mengait ke, buat berlian ke, buat ubat ke, bagi ubat ke, dan sebagainya.. Kalau dah takde pendidikan yang sepatutnya dalam bidang berkenaan (pasti-pasti la takde kemahiran langsungkan). maka rendah la tahap pendidikan dalam bidang tersebut.. So yang ni masuk akal dan follow sikit-sikit la common sense.. Super gifted and talented person are out of question dalam bab ni..
Tapi yang buat aku sedih ni, bukan apa.. Yang bila dah masuk tahap hebat dewata raya tapi informasi tak lengkap gak macam mana.. Cakap tak serupa bikin, janji tak serupa yang dilaksanakan. Apa yang dikatakan banyak kawasan yang tak jelas ataupun kawasan kelabu (grey area...).. Kalau yang ni kes macam mana.. Kalau ahli politik tu mungkin dan memang trend semasa kowt.. Yang aku bengang ni bukan apa.. Ahli akademik pun boleh jadi macam tu gak.. Yang bila dah tahap Professor ke, Reader ke or even just DPhil.. Angin-angin satu badan..
Memang betul la apa pepatah melayu kuno katakan dulu.. Lagi banyak kita tahu, lagi banyak sebenarnye kita tak tahu.. Dan ni buatkan aku bengang bila start membaca artikel dan sebagainya... Dan membuatkan aku bengang bila BACA... tu yang aku sejak dulu memang malas nak MemBACA...
So cerita dia macam ni.. Baik computational nyer bidang, mahupun electric study punya bidang, baik sintesis punya bidang.. Baik apa jua bidang la.. hampir semua yang tulis tu syok sendiri.. Guna simbol yang sama dengan penulis lain tapi maksudkan benda lain.. Bukan setakat tu, lain group guna lain cara interpretasi tapi bila bandingkan dengan group lain.. Suka hati je amik bulat-bulat.. Tu belum lagi cerita alat tak nak cerita sampai abis.. Last-last bila email tanya.. Tup-tup tak dapat jawab.. Just wonder betul ke tak diorang buat atau pakai reka je semua data tu.. Dan secara jujurnya tak de konsistensi dalam penyampaian maklumat.. Dan dia harap kita rujuk paper yang dari awal time dia cerita mula-mula.. Dan nak jadikan cerita lawaknya.. Paper yang mula-mula cakap lain yang sekarang cakap lain.. So tu nak habaq macam mana pulak kan..
Penulisan sangat tak comprehensive.. Tulis ikut dan dia jer.. Ikut sedap jer.. Tapi bila baca betul-betul.. Banyak berlubang sana sini.. Banyak maklumat tak lengkap dan sebagainya.. Dan obviously banyak maklumat tak tepat.. Aku ingatkan dulu masalah ni datang dari penulisan di China dan India jer.. Malangnya sekarang ni satu dunia kowt..
Anyhow, Pakcik Paul dengan baiknya ingatkan aku.. This is a good lesson for you Zamir. At least you will know how to write properly in the future.. What need to have and what need to define.. Yes aku admit bila jadi macam ni baru aku perasan yang semua detail penting dan jangan anggap orang akan faham apa yang kita buat dan tulis ringkasan jer..
Tu baru informasi tak lengkap.. Do not get me started on the different perseption on collecting and presenting the data.. Itu lagi satu.. Semua nak buat ikut cara sendiri dan claim cara aku la terbaik.. Cara aku la yang paling tepat.. Cara aku la lebih jitu.. Padahal bila generalkan balik semua sama jer..
P/S: Dengan itu abis la tesis aku nantikan.. Detail mana aku tulis pun aku tak tau.. Tapi yang pasti selain tesis aku akan ade technical report yang aku tulis khas untuk recordkan teknik aku se-terperinci mungkin..
No comments:
Post a Comment