Harapnya semua masih dalam keadaan sihat bahagia..
Akhirnya berjaya jugak aku nak menjawab soalan kawan aku tempoh hari.. Tapi sebelum tu nak pastikan takda salah faham yang bakal berlaku.. Rasulullah should and must be our role model as a muslim.. Tapi seperti fitrah manusia.. Agak sukar untuk kita jadikan seseorang sebagai contoh teladan jika kita tak pernah mengalami situasi itu seumur hidup.. Bukan aku nak menunding jari pada sesiapa.. Hanya pada kelemahan diri aku untuk interpretasi budi pekerti Rasulullah yang cukup sempurna.. Antara sifat beliau yang acap kali diperkatakan seperti penyayang dan amanah.. Dan ada rakan-rakan yang katakan kalau ko rasa si polan ni jujur.. si polan ni penyayang etc.. Rasulullah lebih dari tu.. Tapi bagi akal aku yang penuh dengan limitasi.. Sukar untuk aku gambarkan lebih dari itu sebab aku tak pernah nampak lebih dari itu..
Analogi yang mudah.. Kalau kita tak pernah rasa aiskrim strawberry yang lebih sedap dari aiskrim strawberry yang ada di pasaran.. macam mana nak gambarkan rasa aiskrim strawberry yang baru tu..
Maka atas kelemahan aku, walaupun masih berlandaskan budi pekerti baginda.. Aku mengasimilasikan dengan role model yang lain..
Dan jangan terkejut.. Hampir semua atau semua manusia yang pernah aku temui dan hidup bersama walaupun seketika.. ADALAH INSAN CONTOH DALAM HIDUP AKU... Dan syaratnya mudah sahaja.. Jika insan-insan tersebut mula melakukan kesilapan.. Yup.. I learnt from my mistakes and everyone else..
Mungkin sebab dari kecik dah dididik supaya jangan lakukan perkara itu dan ini.. maka perkataan jangan tu la menjadi titik tolak dalam setiap perubahan dalam hidup..
Bila aku mula melihat kesilapan insan-insan yang bertuah ni.. Seperti bercakap bohong, tak telus, putar alam, cakap besar dan sebagainya.. Ianya menjadi kayu ukur pada diri aku untuk elakkan kesilapan tersebut.. Mungkin ada jugak kesilapan dalam bentuk pengalaman; salah beli barang, pergi kedai yang salah, pengalaman dengan pengeluar air dan elektrik yang teruk, menggunakan perkhidmatan yang tak memuaskan..
Dan tidak terlepas dengan hubungan sesama manusia.. Bila aku terdengar akan ada hubungan yang tidak elok dan renggang.. Aku acap kali mendengar permasalahan dan akan aku asimilasikan dalam kehidupan supaya aku tak lakukan benda yang sama..
Mungkin ini jawapan terbaik yang dapat aku berikan..
Dan aku tak nafikan pabila ada perbuatan yang aku lihat baik dan sesuai dan keadaan.. Itu juga aku ambil sebagai contoh teladan yang boleh aku ikuti..
All in all.. Everyone and anyone who is lucky enough could be my role model.. Dan disebabkan terlalu ramai.. Maka tak dapat la aku nak ingat semua nama.. Tapi semuanya terlibat dalam membuatkan aku menjadi diri aku sekarang ni..
-The End-
P/S: So skang ni tiba masa untuk all the pix post kan.. Nantikan kemunculan-Nya
No comments:
Post a Comment