Pages

Thursday, 27 September 2012

Walks to Remember - 2

Alhamdulillah thanks to everyone.. Terutamanya kak kin, kak mimah dan kak hyda.. Serta yang lain yang tak putus-putus sebarkan berita pasal this walk.. Selepas 3 hari, Alhamudlillah £67 telah berjaya dikumpulkan.. So sekarang I'll be doing my part..

Setakat ni anak Kak Anis, Safwan (betul ke eja ni?) nak join the walk.. (Sorry kak anis kalau secara tak sengaja mendrag Safwan dalam even ni).. So memandangkan ada teman.. Lega la sikit hati nak mengembara ni.. Kalau pape jadi at least berdua kan..

Dan memandangkan kak Anis n Abg Shahril dah agree maka aku kene la set up and gear up anak bujang beliau.. Kene start shopping kasut, seluar dan barang2 keperluan lain.. aku kene stock up first aid aku lagi.. Lagi-lagi bila baca laluan dari Sidmouth ke Seaton akan jadi challenging.. So kene prepare for the worst.. lagi-lagi Safwan tak pernah try jalan 6 ke 7 jam straight.. So kene suruh dia buat fitness training sikit-sikit dulu.. Dan yang paling penting aku kene jadi lagi bertanggungjawab la.. Nak kene jaga anak orang..

Dan sekarang tengah usah accomodation plak.. Yang ni jadi main concern ni.. Sebab tiket keratapi tak la mahal sangat.. Cuma tempat tinggal tak jumpe yang murah.. Sume B&B.. so senang citer sorang £30 semalam... Nak kata mahal tak la mahal sangat.. Tapi kene agak2 la jugak kan.. tak nak terlebih bajet.. Sebab banyak lagi walk lain yang kene buat..

Dan yang paling best tadi baru siapkan business card.. InsyaAllah sepanjang perjalanan nanti, bila jumpe kedai dan hotel nak singgah n cerita tujuan charity walk ni.. Harapnya diorang boleh turut join menyumbang untuk membantu orang lain..

Last but not least.. sape2 nak teruskan menyumbang do click this link..

Klik jangan tak klik.. XD XD XD XD

Monday, 24 September 2012

Walks to Remember...

Awal pagi tadi selepas solat Subuh, terus aku terfikir akan perkara ini.. Dah lama aku nak lakukan dan ingin lakukan.. Cuma tak berkesempatan.. Pernah beberapa kali aku ingin sertai fundraising event yang dianjurkan oleh Islamic Relief beberapa tahun yang lalu tapi atas sebab-sebab yang aku sendiri tak pasti.. Hasrat tu terkubur bergitu saja..

So kali ni, aku tekad dan thanks to Atie yang memberikan medium untuk aku melaksankan hajat kali ini.. Alhamdulillah, akhirnya terhasil jugak la Fundraising page pertama dalama hidup aku.. So kalau nak tengok:


Sebelum aku selalu tengok orang lain buat event-event macam ni.. Dan kali ni aku rasa tiba masanya untuk aku buat.. Bukan untuk aku tapi untuk kanak-kanak yang memerlukan.. Untuk keluarga dalam kesusahan dan untuk sesiapa saja yang memerlukan bantuan..

Basically, apa yang aku dan kawan-kawan aku akan lakukan, Kita orang akan berjalan merentas gunung, lembah dan tepian pantai dalam masa yang ditetapkan dan dengan bekalan yang terhad. (Rucksack Only.. No Cars.. No extra suitcase.. None..) Terutamanya bekalan makanan dan minuman yang terhad.. Antara tujuan dia untuk merasai dan memahami keperitan orang-orang di Afrika dan Asia yang terpaksa berjalan jauh demi mendapatkan bekalan air bersih dan sesuap nasi.. Tak kira sama ada panas terik mahupun hujan ribut..

Walaupun aku tau kepayahan yang kiteorang alami tu tak sampai 10% dari kepayahan yang diorang rasai hari-hari.. Namun aku yakin dan percaya pengalaman-pengalaman ini akan membuatkan kami semua menghargai nikmat makanan, minuman, tempat tinggal dan perubatan dengan lebih baik.. Bersyukur dilahirkan dengan nikmat yang melimpah ruah sejak kecil lagi..

InsyaAllah cadangannya ingin lakukan aktiviti ni sebulan sekali.. Akan cuba dilakukan sebaik mungkin..

Dan kami semua berharap ramai yang akan memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk termasuklah derma yang disalurkan terus pada laman web di atas.. Sumbangan anda semua akan terus disalurkan ke Islamic Relief secara automatik.. (So janganlah risau, aku tak amik nyer duit tu untuk buat tambang or beli makanan ke).

Tak kisahlah berapa banyak yang nak disumbangkan.. Semua sumbangan, kecil dan besar pasti memberi seribu satu makna..

Jangan lupa klik laman web ni.. Nah lagi sekali link dia..


Aktiviti pertama akan dilaksanakan pada bulan Oktober.. Pengembaraan akan bermula dari Exmouth ke Weymouth (Harapnya leh sampai ke Bournemouth) sejauh 52 batu (83.2 km) dan akan dilaksanakan dalam masa 3 hari..

P/S: Thank to Atie for the Ideas and Inspiration..

Thursday, 20 September 2012

Jawatan Kosong..

Sapa-sapa nak sambung belajar bidang Diamond & Electronics.. Silalah la email pakcik Paul nyer.. Tapi funding kene cari sendiri.. Kalau nak tau bidang secara terperinci.. Leh la email aku dulu.. XD..

Wednesday, 19 September 2012

Vandread & HSM...

Mula-mula nak mintak maaf kat pakcik Paul sebab minggu ni sangat tak produktif.. Kalau banding dengan minggu lepas.. Jauh panggang dari api.. Mungkin sebab aku risau akan event hari Jumaat ni.. Waaa... risaunya.. Takpe zamir.. Keep calm and stay focus.. Kalau niat baik InsyaAllah Allah akan tolong.. Dan kalau benda tu bawak pada keburukan, pasti ada petanda dan hikmah dalam setiap ketentuan Allah.. So stay calm...

Okay nak dipendekkan cerita.. Aku tengah dilemma nak pasang internet ke tak kat rumah.. Sementara dalam dilemma tu.. Rumah memang tak de internet.. So aku melayan la cerita lama such as Vandread (Hibiki Tokai dan Dita) & High School Musical (abis la aku kene bahan dengan amrul kalau dia tau aku tengok balik citer ni.. Kene bahan kaw kaw la kan.. Lagi-lagi Zac Efron ada dalam tu..) Ada la kisah aku dengan Amrul dulu yang membawa pada lawak-lawak bodoh pasal Zac dan pelakon HSM yang lain..

Aku start follow citer Vandread kat AXN beberapa tahun yang lalu.. 10 kowt? Time tu baru rumah nak pasang Astro.. Bagi aku walaupun kisah dalam anime tu ada bercanggah sedikit sebanyak dengan fitrah manusia.. tapi.. tu bukan point aku nak cakap.. Banyak mesej nilai murni yang aku belajar dari cerita tu.. Dan banyak insiden yang berlaku semasa proses aku menonton cerita tu.. So secara tak langsung cerita ni membawa keperibadian aku kepada diri aku sekarang ni.. Cuma bila aku tengok balik cerita tu.. Aku cermin balik diri aku.. Dan banyak ayat-ayat Hibiki Tokai membuatkan aku muhasabah diri dan reflek diri aku balik..

Antara ayat yang masih terngiang dalam telinga aku seperti:

"To prove my existence"
"To fight with my own words instead of others"
"Keep fighting for those who believe in me"
"To protect the one that I loved"
Dan ayat-ayat dari Magno, Dita, Jura, Meia dan Gascogne memberi seribu satu inspirasi pada anak kecil ni.. Dan tak sangka ayat yang sama masih lagi berbisa dan memberikan impak pada diri aku.. Membuatkan aku ingin membuktikan kewujudan aku dan keupayaan aku.. Fight to survive.. Putting everything on the line.. Succeed or Die Trying.. Tapi semua ni ayat dari orang lain.. Not my own words.. I wanted to fight and say something to the world with my own words.. My own perspective..  To prove my own existence...

Dan lepas abis layan 26 episod Vandread.. Aku bukak balik citer HSM.. 1 2 3.. Abis la.. Kalau Amrul ada ni.. Mau nak kene bahan 24/7.. Tak kira la time main badminton or time main game kat Arked mane2 kan...

Cerita ni pun banyak membuatkan aku berfikir akan siapa diri aku nie.. Plot cerita dan lakonan tak banyak bagi impak.. Tapi lirik lagu banyak membantu aku untuk muhasabah dan reflek diri aku balik.. Tak kisah la 5 7 8 tahun yang dulu mahupun minggu lepas.. Impak dia masih sama..

Antara lirik yang buat aku berfikir sejenak:

"We’re soarin’, flyin’
There’s not a star in heaven
That we can’t reach

If we’re trying
So we’re breaking free

You know the world can see us
In a way that’s different than who we are

Creating space between us
‘Til we’re separate hearts

But your faith it gives me strength
Strength to believe
We’re breakin’ free"


"They can play "let's pretend"
Make 'em like them my best friend
Telling their lies
And they can scheme behind my back
Make fiction not a fact
Try to re-write my life

But they ain't got a clue
If I were in their shoes
I'd shut right up

Take me as I am
Or not at all
I ain't ever gonna change myself for no one
No compromise
'Cause it's my life
It's all or nothing. "


Just Walk Away! Ooh, and don't look back.
Cause if my heart breaks, It's gonna hurt so bad.
You know I'm strong, but I can't take that.
Before It's too late. Oh, just Walk Away!

Ooh, I've got to let it go.
Start protecting my heart and soul.
Cause I don't think I'll survive a goodbye again.
Not again!

Okay mungkin  bila aku susun lirik ni macam ni.. Nampak Deep and Dark.. Yeah maybe.. Tapi bila lirik di bermain di fikiran aku suatu masa dulu dan pastinya kini.. Ianya membawa satu maksud yang sama.. Situasi yang hampir serupa.. Nak kata De javu tak la jugak.. Tapi hampir serupa..

Dah lama aku tak duduk diam takpa sebarang alat elektronik terpasang dalam rumah ku.. Dan semalam merupakan malam yang cukup indah dalam hidupku.. Ditemani kesunyian dan keheningan malam.. Aku mula menyelami dan memahami diriku kembali.. Thanks to Kak Anis sebab tanya soalan yang cukup mudah.. Yang menjadi pencetus untuk aku hasilkan malam yang cukup bermakna dalam hidup aku.. 

Tanpa sebarang gangguan dan dengan suasana yang sangat sunyi.. Aku  mampu membawa kesemua entiti dalam diriku keluar untuk berbicara.. Meluahkan rasa dan perasaan.. Keinginan dan kehampaan.. Tujuan dan hala tuju.. Menjadi diriku yang sebenar dan memahami diriku yang sebenar.. Membezakan keinginan diri dan kehendak masyarakat.. Bagiku satu perbincangan yang cukup bermakna..

Mungkin aku patut stop tulis macam ni.. Seolah-olah sama ada aku dah start ritual yang pelik-pelik ataupun aku dah masuk tahap halusinasi paras bahaya kan..

But All in all.. It makes me thing deeply about myself and be honest to myself.. Just a normal ordinary person who are not ashamed of his weaknesses and strengths.. A person who believe in hope and dreams.. A person who cherish and treasure his life.. A person who seek knowledge to the root of its origin.. A person who protect the ones that he loved in his own way.. A person who always be there for someone that is always in his heart.. A person who never gave up.. A person who always stand up again and again after every single fall.. A person who respect and acknowledge others..

Hopefully, one day.. This 'A person' can stand up and show the world his existence instead off wandering around in an empty, silent house to speak up about his opinion and ideas regarding anything... Anything about the world and beyond

Monday, 17 September 2012

Parentku di Paris

Sementara tunggu kakak aku konvo tempoh hari.. Aku jadi part time tour guide untuk mak ayah dan pakcik aku.. So destinasi pertama.... Paris.. Kota indah khabar dari rupa..












Seperti biasa, muka semuanya keletihan dan kepenatan

Kawin sudah..

Bukan aku yang kawin.. Tempoh hari jumpe former lecturer aku dari UTM.. Anak dia nikah dekat kawasan berdekatan tempat aku bercuti.. maka dengan tuntas dan pantas terus membeli tiket untuk ke sana bagi meraikan kedua mempelai.. All in all, sangat simple dan mudah kalau nak melangsungkan pernikahan di bumi asing ni..

Tu pengantin perempuan dengan mak dan kakaknya

Pengantin lelaki, saksi-saksi, wali dan tuk kadi

After party?? Ehem ehem.. Hahaha

Dr Rusmidah dan Liverpool Eye

Sesi amek gambar sendiri..

Olimpik 2012

Itu hari Olimpik dengan meriahnya berlangsung sekitar kota London dan kawasan berdekatan.. Dan nak dipendekkan cerita.. Dapat la aku peluang sedikit sebanyak melihat beberapa acara.. Antaranya QF Men's Football antara Team GB dan South Korea.. Untuk kali pertama aku tengok sukan bola sepak ni secara 'live'.. It is simply awesome.. Hehehe.. Rasa macam sekejap giler 2 jam.. Kalau teman ayah aku tengok bola kat depan TV.. Aku asyik mengomen je bila nak abis.. Hahaha..

 Dengan kakak terchenta...


 Khusyuk tengok bola.. Then baru perasan takde gambar time game pun.. Huhu

 Bila masuk time Penalty

Ni naik cable car kat London pulak..

Tower Bridge dengan logo Olimpik..

Naik turun bukit..

Seperti yang dah dijanjikan.. Layankan aje semua gambar ni..

Kali ni, pengembaraan dilakukan sekitar kawasan Brecon Becon Park, Wales.. Yang ni aku follow group percutian aku berjalan-jalan.. Ala-ala group bonding la... Dan seperti biasa semua gambar datangnya dari aku dan malas nak edit.. So as it is.. layankan aje kan..

 Kulit aku paling 'tan' sekali.. Haha..


 Bukit kali ni tak la sesusah Ben Nevis tempoh hari


Makan tengah hari jap..

 Kat rumah member aku ada ayam.. Nama dia 'chicken'.. Nice

Ni time kat puncak.. Next target bukit depan tu pulak..

Monday, 10 September 2012

Role model.. I guess...

Harapnya semua masih dalam keadaan sihat bahagia..

Akhirnya berjaya jugak aku nak menjawab soalan kawan aku tempoh hari.. Tapi sebelum tu nak pastikan takda salah faham yang bakal berlaku.. Rasulullah should and must be our role model as a muslim.. Tapi seperti fitrah manusia.. Agak sukar untuk kita jadikan seseorang sebagai contoh teladan jika kita tak pernah  mengalami situasi itu seumur hidup.. Bukan aku nak menunding jari pada sesiapa.. Hanya pada kelemahan diri aku untuk interpretasi budi pekerti Rasulullah yang cukup sempurna.. Antara sifat beliau yang acap kali diperkatakan seperti penyayang dan amanah..  Dan ada rakan-rakan yang katakan kalau ko rasa si polan ni jujur.. si polan ni penyayang etc.. Rasulullah lebih dari tu.. Tapi bagi akal aku yang penuh dengan limitasi.. Sukar untuk aku gambarkan lebih dari itu sebab aku tak pernah nampak lebih dari itu..

Analogi yang mudah.. Kalau kita tak pernah rasa aiskrim strawberry yang lebih sedap dari aiskrim strawberry yang ada di pasaran.. macam mana nak gambarkan rasa aiskrim strawberry yang baru tu..

Maka atas kelemahan aku, walaupun masih berlandaskan budi pekerti baginda.. Aku mengasimilasikan dengan role model yang lain..

Dan jangan terkejut.. Hampir semua atau semua manusia yang pernah aku temui dan hidup bersama walaupun seketika.. ADALAH INSAN CONTOH DALAM HIDUP AKU... Dan syaratnya mudah sahaja.. Jika insan-insan tersebut mula melakukan kesilapan.. Yup.. I learnt from my mistakes and everyone else..

Mungkin sebab dari kecik dah dididik supaya jangan lakukan perkara itu dan ini.. maka perkataan jangan tu la menjadi titik tolak dalam setiap perubahan dalam hidup..

Bila aku mula melihat kesilapan insan-insan yang bertuah ni.. Seperti bercakap bohong, tak telus, putar alam, cakap besar dan sebagainya.. Ianya menjadi kayu ukur pada diri aku untuk elakkan kesilapan tersebut.. Mungkin ada jugak kesilapan dalam bentuk pengalaman; salah beli barang, pergi kedai yang salah, pengalaman dengan pengeluar air dan elektrik yang teruk, menggunakan perkhidmatan yang tak memuaskan..

Dan tidak terlepas dengan hubungan sesama manusia.. Bila aku terdengar akan ada hubungan yang tidak elok dan renggang.. Aku acap kali mendengar permasalahan dan akan aku asimilasikan dalam kehidupan supaya aku tak lakukan benda yang sama..

Mungkin ini jawapan terbaik yang dapat aku berikan..

Dan aku tak nafikan pabila ada perbuatan yang aku lihat baik dan sesuai dan keadaan.. Itu juga aku ambil sebagai contoh teladan yang boleh aku ikuti..

All in all.. Everyone and anyone who is lucky enough could be my role model.. Dan disebabkan terlalu ramai.. Maka tak dapat la aku nak ingat semua nama.. Tapi semuanya terlibat dalam membuatkan aku menjadi diri aku sekarang ni..

-The End-

P/S: So skang ni tiba masa untuk all the pix post kan.. Nantikan kemunculan-Nya

Friday, 7 September 2012

Booring long post..

Okay aku tau sejak kebelakangan ni aku banyak 'jual ikan' dan merepek pasal diri sendiri dalam blog ni like someone care kan.. Padahal tak de sape pown kisah.. So after one final post untuk menjawab sape role model aku.. then it will be all pix post.. Semua gambar selama tahun 2011 and 2012 akan dikeluarkan secara besar-besaran.. Hope you guys enjoy the pix nanti.. So for the time being.. Wait for it... because it will be legend... wait for it... Daaary!!!!!!!

Wednesday, 5 September 2012

Informasi tak lengkap...

Lepas aku amati betul-betul dunia ni kan.. Baik dari segenap pelusuk dunia.. Pasti dan nyata banyak informasi tak lengkap.. Bukan apa, ramai orang selalu cakap selalunya orang yang berpendidikan rendah tidak akan berjaya menyampaikan maklumat dengan baik.. Tak kisah la rendah pendidikan dalam bidang apa pun.. Kerja kayu ke, memasak ke, mengait ke, buat berlian ke, buat ubat ke, bagi ubat ke, dan sebagainya.. Kalau dah takde pendidikan yang sepatutnya dalam bidang berkenaan (pasti-pasti la takde kemahiran langsungkan). maka rendah la tahap pendidikan dalam bidang tersebut.. So yang ni masuk akal dan follow sikit-sikit la common sense.. Super gifted and talented person are out of question dalam bab ni..

Tapi yang buat aku sedih ni, bukan apa.. Yang bila dah masuk tahap hebat dewata raya tapi informasi tak lengkap gak macam mana.. Cakap tak serupa bikin, janji tak serupa yang dilaksanakan. Apa yang dikatakan banyak kawasan yang tak jelas ataupun kawasan kelabu (grey area...).. Kalau yang ni kes macam mana.. Kalau ahli politik tu mungkin dan memang trend semasa kowt.. Yang aku bengang ni bukan apa.. Ahli akademik pun boleh jadi macam tu gak.. Yang bila dah tahap Professor ke, Reader ke or even just DPhil.. Angin-angin satu badan..

Memang betul la apa pepatah melayu kuno katakan dulu.. Lagi banyak kita tahu, lagi banyak sebenarnye kita tak tahu.. Dan ni buatkan aku bengang bila start membaca artikel dan sebagainya... Dan membuatkan aku bengang bila BACA... tu yang aku sejak dulu memang malas nak MemBACA...

So cerita dia macam ni.. Baik computational nyer bidang, mahupun electric study punya bidang, baik sintesis punya bidang.. Baik apa jua bidang la.. hampir semua yang tulis tu syok sendiri.. Guna simbol yang sama dengan penulis lain tapi maksudkan benda lain.. Bukan setakat tu, lain group guna lain cara interpretasi tapi bila bandingkan dengan group lain.. Suka hati je amik bulat-bulat.. Tu belum lagi cerita alat tak nak cerita sampai abis.. Last-last bila email tanya.. Tup-tup tak dapat jawab.. Just wonder betul ke tak diorang buat atau pakai reka je semua data tu.. Dan secara jujurnya tak de konsistensi dalam penyampaian maklumat.. Dan dia harap kita rujuk paper yang dari awal time dia cerita mula-mula.. Dan nak jadikan cerita lawaknya.. Paper yang mula-mula cakap lain yang sekarang cakap lain.. So tu nak habaq macam mana pulak kan..

Penulisan sangat tak comprehensive.. Tulis ikut dan dia jer.. Ikut sedap jer.. Tapi bila baca betul-betul.. Banyak berlubang sana sini.. Banyak maklumat tak lengkap dan sebagainya.. Dan obviously banyak maklumat tak tepat.. Aku ingatkan dulu masalah ni datang dari penulisan di China dan India jer.. Malangnya sekarang ni satu dunia kowt..

Anyhow, Pakcik Paul dengan baiknya ingatkan aku.. This is a good lesson for you Zamir. At least you will know how to write properly in the future.. What need to have and what need to define.. Yes aku admit bila jadi macam ni baru aku perasan yang semua detail penting dan jangan anggap orang akan faham apa yang kita buat dan tulis ringkasan jer..

Tu baru informasi tak lengkap.. Do not get me started on the different perseption on collecting and presenting the data.. Itu lagi satu.. Semua nak buat ikut cara sendiri dan claim cara aku la terbaik.. Cara aku la yang paling tepat.. Cara aku la lebih jitu.. Padahal bila generalkan balik semua sama jer..

P/S: Dengan itu abis la tesis aku nantikan.. Detail mana aku tulis pun aku tak tau.. Tapi yang pasti selain tesis aku akan ade technical report yang aku tulis khas untuk recordkan teknik aku se-terperinci mungkin..

Tuesday, 4 September 2012

Role Model

Alhamdulillah, selesai sudah satu tugas yang diamanahkan oleh hamba Allah ni.. It is a great trip even though it is super tiring dan badan ni sengal-sengal sikit.. Getting old is not that fun and no more 24h++ without sleep. It is simple madness for peeps in my age (Yo yo je kan)..

After a little update and chit chat with my beloved supervisor and little talk about Eid-to-be celebration this morning.. He mentioned that Michelle is excited with the whole arrangement (I'm looking forward for your agar-agar too)..

Then, I've been..

Been thinking about something..

Apart from research, investment and soft skill improvement...

A role model.. Sejak kebelakangan acap kali berfikir mengenai isu ini.. Bukan apa, tengah berfikir dalam kebanyakan manusia jauh di sudut hati diorang semua mesti ada somebody yang dijadikan contoh.. As a role model dan tak dinafikan yang terbaik ialah Rasulullah saw itu sendiri.. Cuma kadangkala pabila kita tak pernah bertemu susah juga untuk mengingati budi pekerti yang boleh dicontohi (Okay-okay ni kelemahan aku sendiri sebab tak ikut 100% pekerti Rasulullah saw kan.. So kene cuba ikut dengan lebih baik)

Chop.. Chop.. dah lari topik nie.. Bukan apa, dalam hidup ni mesti ada somebody that we look up for.. Our parent, brothers, sisters, teachers and much more.. Cuma normalkah kalau dah fikir dalam-dalam, dan sedalam mungkin.. Tak de nama pun terpacul dari minda ni.. Bukan apa, hari tu ada makhluk Allah ni tanya tetiba.. Who is your role model, somebody that you look up for.. Somebody that you wanna grow and be someday?.. Ha, terus terdiam seribu bicara aku.. Ligat otak ni berfikir untuk bagi jawapan dan akhirnya takde jawapan pun keluar except nama Muhammad bin Abdullah (Itu pun cuma dan sebab aku tahu dan percaya dia insan yang terbaik.. Tapi disebabkan kelemahan diri ini, jarang sekali akan aku ikutkan budi pekertinya)

Maka berbalik pada topik asal, normal ke kalau manusia tu takde orang yang dia sanjung dan jadikan sebagai contoh.. Mungkin sebab aku tak pernah ada role model, membuatkan aku tak kisah dan tak peduli dengan persekitaran... Ye la kan, kalau aku ada role model dalam bidang sains, mesti la aku follow/stalk dan berusaha untuk jadi macam dia.. Kalau aku ada role model dalam bidang kekeluargaan, confirm-confirm aku akan belajar semua selok belok dari insan bertuah tu supaya aku memiliki keluarga sebahagia insan tu kan.. Dan bermacam lagi.. So aku just wonder, adakah hidup aku terlalu selesa sehinggakan aku tak rasa perlu ada insan lain sebagai contoh.. Ataupun aku terlalu ignorance yang membuatkan aku tak kisah langsung untuk melihat dunia luar yang pastinya lebih baik dari diri aku sendiri..

Aduhai.. It kept me think tho..