Pages

Friday, 2 December 2011

Sayup dikeheningan pagi...

Aku sendiri tak pasti kenapa aku mula menulis di pagi hari nie.. Namun apa yang aku dapat rasakan.. Di kala pagi Jumaat menjelma.. terasa sayup dalam diriku ini.. Entah kenapa.. rutin harian ku pagi ini lain dari sebelumnya.. tidak pernah diriku menikmati Milo Panas diruang tamu.. dan tiba-tiba hatiku bentak inginkan nya.. sambil menikmati minumanku.. mataku liar melihat rumah yang ku diami.. rasa sebak didada mula kunjung tiba.. tidak ku tahu kenapa.. namun aku rasakan seolah-olah inilah bibit terakhir aku melihat semua ini.. rasa sebak mula menjelma.. terus diriku mengimbau kembali kisah hidupku.. satu per satu.. pengalaman hidup ku.. kisah hitamku.. semua bermain semula bagaikan putaran filem di pawagam.. Setelah selesai aku nikmati secawan air.. diri ini mula mengorak langkah untuk ke sekolah...

Bila dikenang hari nie merupakan hari jumaat.. ketenangan yang ku kecapi amatlah luar biasa.. perasaan sebak didada mula mengocangkan lagi jiwa kecil ini.. tiba-tiba pertanyaan seperti adakah ini merupakan jumaat terakhir timbul tanpa kusangka.. seolah-olah bisikan hati kecilku.. dan akhirnya gugurlah air mata yang sekian lama bergenang.. imbaukan kisah lalu makin ligat berputar.. segalanya mengenai kehidupan ku terus berputar.. pabila memikirkan hari ini mungkin hari terakhir untukku.. aku tak mampu berkata apa-apa.. terlalu banyak dosa yang diri ini telah lakukan.. terlalu banyak onar dan duri diri ini telah ciptakan.. terasakan diriku terlalu hina dan kotor.. terlalu banyak kejahatan yang telah tangan ini rasai.. hanya air mata menemani setiap langkah perjalanan ku..

Terbayang wajah ibu dan ayah.. abang dan kakak.. terasa diri ini terlalu menderhaka pada mereka.. jika hari ini merupakan yang terakhir buat diri ini.. Ampunkah diri ini wahai ibu dan ayah.. Namun, dalam linangan air mata.. aku merasakan diri ku cukup tenang.. seolah-olah redha dengan ketentuan-Nya.. walaupun aku sedar kebaikan yang diriku lakukan amatlah sedikit berbanding kemusnahan yang pernah aku kerjakan.. walaupun aku sedar api neraka mampu membahamku bila-bila masa.. aku redha dengan segala ketentuan-Nya.. kalau benar hari ni merupakan yang terakhir buatku.. semoga aku dapat laksanakan amanah yang diberikan padaku dengan baik sehingga rohku berpisah dari badan.. semoga sempat ku melunaskan janji-janjiku.. InsyaAllah akan ku cuba yang terbaik..

Namun jika tidak berkesempatan aku lakukannya.. Aku memohon maaf kerna diriku penuh dengan kesilapan dan kelemahan.. Maafkan diriku jika pernah menabur janji kosong.. Maafkan diriku jika tidak pernah memegang amanah dengan baik... Maafkan diriku jika sepanjang hadirnya diriku dalam hidupmu.. hanya kesusahan dan kesempitan yang ku tonjolkan.. Maafku diri kerna tidak pernah menjadi sesuatu yang sempurna untuk dirimu... Namun aku tidak memaksa untuk sesiapa pun memaafkan diri ini.. itu hak mereka dan mungkin jua kesalahan ku terlalu berat untuk mereka maafkan.. 

Imbauan masa silam ku tidak terhenti begitu saja.. Terlintas dalam fikiran ku.. akan semua kebaikan yang tidak pernah aku lakukan.. membuatkan aku terasa yang diri ini lebih hina dari segalanya.. jalan kehidupan ku penuh dengan dosa-dosa dan juga robekan kejahatan tangan ini..

Jika benar ini merupakan Jumaat yang terakhir buat diriku.. akan ku cuba berubah untuk menjadi lebih baik.. walaupun ianya mungkin telah terlambat.. namun aku akan cuba usaha.. kerna aku tidak mahu.. pabila mata ini mula tertutup rapi.. timbul seribu satu penyesalan yang mengikuti pemergianku.. Aku tidak mahu pabila mata ini mula tertutup rapi.. amanah dan janji ku masih tergantung dan tidak pernah terlaksana.. Aku tidak mahu pabila mata ini mula tertutup rapi.. waris ku dibebani dengan masalah dunia ku.. Ya Allah, jika masa ku telah tiba.. Hanya satu yang ku pinta.. Berikan aku masa untuk selesaikan amanah dan janji ku.. kerna pemergianku sebelum perginya ibu bapa dan keluarga ku pasti cukup perit buat mereka.. dan aku tidak ingin dan tidak sanggup melihat amanah dan janjiku membebani mereka.. Kalau benar inilah Jumaat terakhir ku.. berikanlah ruang dan petunjuk pada ku semoga amanah dan janji ku dapat ku lunaskan.. Aku tahu hidupku penuh dengan dosa dan mungkin aku tidak layak untuk meminta sesuatu seperti ini.. cuma, untuk kali ini.. doa ini bukan untuk diriku tetapi untuk mereka.. untuk kesejahteraan mereka.. dan kalau benar ianya baik untuk mereka.. berikanlah yang terbaik untuk mereka..

Kasihanilah Ibu dan Ayahku.. sepanjang hidupku sudah cukup aku menyusahkan mereka dan janganlah Dikau hukum mereka kerna kesalahanku dan aku tak sangggup menyusahkan mereka walaupun setelah aku kembali ke sisiMu.. Aku pinta untuk Dika tidak menzalami mereka atas kesalahanku.. Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyanyangi dirku semasa aku masih kecil.. Itu pintaku sebelum mata ini tertutup rapi.. sebelum nafas ini berlalu pergi..

No comments: