Bila diimbau kembali kisah hidup lalu.. perbezaan yang paling ketara ialah diri ini makin kurang rasa syukurnya.. Ada benar kata ilmuan dahulu.. lebih senang untuk bersabar berbanding bersyukur.. mungkin kerna, pabila datang musibah.. keadaan paling senang kita temui ialah.. Frasa "Sabarlah, nie semua ujian dari Allah".. namun pabila kita berjaya dan menikmati kesenangan.. jarang kita dengar Frasa "bersyukur dengan segala yang kita perolehi dan ingatlah ianya hanya sementara".. Jarang sekali dan seakan-akan tidak pernah ianya berbunyi dalam gegendang telingaku..
Dengan itu, hidupku sejak satu dua tahun ini terlalu pesimistik.. mungkin kerna pabila dibandingkan diriku yang dahulu.. aku kini berada dalam dunia sebenar.. Cabaran yang sebenar.. halangan yang sebenar.. Mungkin di Bristol lah buku bertemu dengan ruasnyer.. slalu kemenangan yang aku sangkakan menjadi milik ku.. dan seolah-olah kebenaran dan jawapan sentiasa berada di sisiku.. tapi.. pabila diri ini tiba di Bristol.. semua yang aku miliki tiada satu pun yang setanding dan mampu berdiri sama tinggi dengan mereka.. Dan pabila dunia mengajar aku erti sebenar kehidupan ini.. Dan pabila Allah telah menetapkan segala urusanku.. begitu kerdil aku rasakan diri.. dan makin hari makin pesimis diri ini menjadi.. seolah-olah tiada hari esok untuk diri ini..
Namun, setiap apa yang dirancang-Nya pasti ada sebab dan juga hikmahnya.. sambil aku mencari-cari makna disebalik semua ini.. petikan kata-kataku semasa Tahun pertama ijazah muncul di paparan komputer riba ku..
"GRADUATED IN UTM(2009) AS A CHEMIST IN PURE CHEMISTRY COURSE AS A FIRST CLASS STUDENT WITH CPA ABOVE 3.85 AND EXCEL AS THE ULTIMATE SCIENCETIST"
Bila tengok balik.. nak tergelak pown ade.. macam budak-budak jer impian.. tapi benda nie la aku laminate cantik-cantik dan baca hari-hari .. mengingatkan aku mengenai kehidupan aku dan fokus dalam hidup.. Membuatkan aku setiap hari ada matalamat dan tujuan.. pabila aku makin hampir dengannya.. aku bersyukur ke hadrat Ilahi dan bila aku makin jauhnya dengannya.. ianya mengingatkan pada diriku tentang janji kita.. janji untuk tidak mudah putus asa dan menyerah kalah.. There's nothing Impossible.. if it is impossible for mankind.. it is not impossible for us...
Bila melihat keratan kata-kata ini.. mengingatkan aku terlalu banyak nikmat yang telah aku kecapi dan aku haru bersyukur dengan semua ini.. Dengan kesyukuran kepada Illahi InsyaAllah akan bertambah nikmatku nnt..
Dan untuk menjadikan diriku lebih optimistik.. Aku perlukan fokus baru dalam hidupku.. aku perlukan satu end-point untuk fasa kali ini.. satu matlamat yang jelas dan realistik.. Untuk meningkatkan kembali keyakinan dan kekuatan diri.. semngat percayakan diri yang sudah lama hilang lesap dari jasad ini.. Aku harus mula percayakan diriku.. meletakkan harapan dan keyakinan pada diri ini.. dan tercoretlah fokus hidup ku yang baru...
"GRADUATED IN BRISTOL (2013) AS A CHEMIST IN DIAMOND TECHNOLOGY AS A DOCTOR OF PHILOSOPHY WITHIN 3.5 YEARS AND EXCEL AS AN ULTIMATE SCIENTIST"
Maka ini janji baru untuk diriku termetrai pada hari dan waktu ini.. Impian dan harapan... Kejayaan dan Kegagalan.. Kegembiraan dan Kesedihan.. Kesenangan dan Kepayahan.. Kesihatan dan Kesakitan.. Kecekalan dan Kekecewaan.. Hidup dan Mati.. Ini janjiku.. sumpah setia pada diri ini.. untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik untuk menjadi seorang Ilmuan Islam yang akan menjadi rujukan semua sepertimana hidupnya mereka di zaman Abbasiyah dahulu...
2 comments:
aAmeen, moga Allah perkenankan doa zamir. :)
(bersemangat dan very optimistic)
Amin.. semoga semua doa kita yang baik untuk diri kita semua dimakbulkan Allah..
Solid objektif sangat-sangat diperlukan untuk direalisasikan.. hehe
Post a Comment