Pages

Thursday, 2 June 2011

Tinggi rendah tetap dijunjung...

Ilmu bagaikan langit atau langit bagaikan ilmu.. tinggi atau rendah, mahupun hanya ilmu kira-kira di sekolah rendah tetapi kita tatap dan junjung kerna ianya tetap berharga.. Tanpa ilmu asas sebegitu xkan diri ini berada di mana ianya berpijak.. Walaubagaimanapun, scope dan kapasiti perumpamaan ini tidak hanya terhad pada ilmu semata-mata.. ianya melibatkan segala entiti yg pernah mahupun akan terlibat dalam kehidupan seharian kita.. kerna semua yg berlaku hari-hari.. xkira perkara baru mahupun rutin... semuanya terkandung dlm subset ilmu.. akhirnya kita akan merujuk pada pencapaian harian kita.. dan semestinya pencapaian itu akan berbalik kepada set ilmu dan akhirnya menjurus pada set semesta iaitu Pencipta yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa.. Dengan berasaskan kapasiti ini, maka secara spontan hari ini akan lebih baik dari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ini..

Namun semua ini kita berbicara mengenai sesuatu teori yg sempurna dan susah utk dipraktikkan secara zahir mahupun lahiriah kerna manusia sering kali melakukan kesilapan.. Maka, jadikan lah langit yg kita tatap hari2 sebagai kayu ukur.. sebagai peringatan bahawa betapa kecilnya diri ini dan bertapa mulianya ilmu yg tertanam jauh dalam sanubari ini..

Wahai anak kecil,
Janganlah berbangga-bangga dgn ilmu di dada... kerna ianya merupakan amanah dan tanggungjawab.. 
Janganlah memperkecilkan ilmu para sahabat.. kerna mereka ketahui ape yg kamu tidak ketahui..
Janganlah memperkotak-katikkan ilmu terdahulu.. kerna ia merupakan penyuluh bagi ilmu yg kamu peroleh dini hari..
Janganlah merendahkan ilmu dan ilmuan.. kerna tinggi rendah hidupmu masih belum kita ketahui..
Maka anak kecilku.. pandanglah ke langit dan renungkanlah masa depanmu.. semoga dikau bahagia dimasa  hadapan...

No comments: