"Anjing melalak di pantat gajah"
Ak x reka ok peribahasa nie.. mmg peribahasa nie wujud walaupun berbaur lucah... bukan nk cakap ak nie anjing.. tp knsep nyer lebih kurang cm2 la.. ak sedar ak nie kt mate diorg hina jer... n ak lh gerenti 95% xkan ade yg nk dgr cadangan ak pown.. tym AGM dlu, ak belom bentang usul pown dh kene potong awal2... baru nk cakap usul.. so korg lh bygkan kalo ak jadi pemimpin atasan... mmg bukan stakat diayamkan, dianjingkan pown ade gak ar....
2nd.. ak mmg tgh bercuti kowt.. yg nk bagi ak pegang jawatan apesal plak.. dh xde org sgt ke nk pgang jawatan 2.. dh xde org dh nk jadi pak sanggup.. so sbb nmpak ak cm senang nk jadi mangsa buli.. sume pakat ramai2 buli ak.. xyh la ak nk caya cakap2 manis yg ak ade potensi dan sebagainyer ar... manusia macam nie, bile benda dia x suke... sedap jer bagi kt org laen.. bile2 bab kebajikan n kerja ikhlas bak kate org xde ganjaran nie.. mmg sume x suke.. konon nyer kejar akhirat.. tp kebajikan n amanah pown takot nk pegang.. malu ar... serius malu... kalo itu la perjuangan diorg tp nie la tindakan diorg...korg paham2 sendiri ar.. xyh ak bebel panjang2.. cube kalo sape pgang jawatan Majlis Tertinggi nie dapat 1000 pound sorg.. gerenti manifesto x berhenti.. kalo boleh nk bwak pengundi hantu lagi...
N secara jujur ak ngaku kelemahan ak x lh multi tasking.. so skang mmg ak tgh bercuti kan.. so byk lg org laen yg ade mase terluang lh wat keje2 berpesatuan nie.. kalo ak lh tanggung amanah 2 ak memang rela hati tawar diri... n yet mmg hakikat ak xlh wat... cuti ak selama stahun lepas dh la progress slow.. dgn cotton buds buat hal.. nie hari nie genap sampel ke-100 tp rase cm sample ke 00... namun ak enjoyed cuti ak sbb benda 2 ilmu dan tu tujuan utama ak datang sini... Kalo boleh ak nk habiskan cuti nie secepat mungkin kowt.. sbb ape yg ak buat nie amanah hmpir ~7 ke bape juta rakyat Msia.. duit diorg kowt ak gune.. so ak xnk la nnt sume 7 juta tu nnt claim share masing2 kt akhirat.. sbb ak nyer perjuangan kt akhirat xde la tegar sgt pown.. so mmg byk la kekilafan ak.. so kalo sume dh claim kt akhirat.. mmg xde tinggal pape la utk ak nnt... Pape pown baek ak enjoy jer cuti ak nie... Buat serabut jer pikir..
20 comments:
hehe, nasib baik aku bukan muka setiausaha.
pssst, aku tahu ko pon malas keje cam setiausaha ni kan? leceh.
p/s : sempat mengate aku ye, haha
hehehe.. lertopzz en zamir!
@keroro: Xpe, nnt dlm research group ak, ak letak ko jadi setiausaha n jage admin group, hahaha...
kalo ak ade mase mmg x leceh kowt.. tym dgn Rahman n Pesat okay jer.. sbb tym 2 student undergrad.. blaja pown ikowt time kelas jer...
haha.. ala, bukan nk komen balik atas ke'mengate'an ak.. segan ar 2..hahaha
@Sopi: standard ar 2, bile dh beremosi cmni la jadi.. nie baru ketakstabilan percutian.. blom kire ketakstabilan jasad n naluri lagi.. muhahahha... ayat kontroversi di situ.. haha
1. tekejut gak nama awak naik, bukan sbb k.wan rasa awak x mampu, tapi selalunya tugas2 berat MCB digalas oleh org yg dtg sini bukan utk belajar
2. priority awak kat sini utk belajar, amanah tu lebih berat dari berpesatuan...
3. k.wan pun penah kena gak dulu, bila kita hulur bantuan, org terus bg kita tugas hakiki, last2 diri sendiri yg susah, org lain tukang arah jer...kerja2 persatuan, kwn2 boleh la tolong, tp bila time research kita? hanta email betubi2, offer duit pun xde sapa yg sudi...tu ke fungsi MCB? oh lupa, Mcb hanya utk aktiviti makan2 cucuk2 satay jer
Salam Zamir,
Ini kenapa plak mematahkan semangat setiausaha baru MCB ni. Bagi saya, zamir ini adalah pelajar cemerlang dalam akademi. Apa salahnya, zamir cuba menceburi bidang pengurusan dalam berpersatuan. Ini adalah untuk kebaikan bersama, sama ada utk zamir dan kita sebagai ahli MCB. Mungkin org mcm k.wan aje yang fikir program MCB ini hanya mkn2 dan cucuk2 satay tapi berkemungkinan pelajar cemerlang seperti zamir ini tidak begitu. Kemungkinan zamir akan menunjukkan apa yang terbaik dan termampu dia lakukan. Kalau dah tak mampu sehingga mengganggu pelajaran maka boleh dikurangkan bebanan ini. Jawatan ini tidak lah perlu dilaksanakan sehingga mengganggu pelajaran zamir. Tapi kebiasaannya pelajar pintar seperti zamir ini bercampur dgn persatuan pelajar atau community maka akan bertambah kebolehan zamir dari segi pengurusan kehidupan dan kecekapan dalam mengurus organisasi. Ini kemungkinan adalah langkah awalan bagi menguji minda org2 pintar seperti zamir. Janganlah zamir anggap jawatan ini akan merosakkan pelajaran zamir sepenuhnya. InshaAllah saya yakin zamir mampu meneruskannya. Org2 dewasa sepatutnya memberi galakkan yang positif kepada anak2 muda pintar seperti zamir. Percayalah zamir.
Salam zamir,
Tiba2 I rasa terpanggil utk memberi komen. I bukanlah follower kpd blogspot ini, tapi I rasa menjadi tanggungjawab I utk memberi sedikit komen sbb I pun undi U (heheheh). Tujuan I ikhlas utk memberi sedikit semangat kpd zamir yg I anggap sbg adik ni dlm menerajui kepimpinan MCB. Bagi I MCB bukanlah satu organisasi main2 (mkn2 dan cucuk sate je). Ianya satu platform utk org2 bijak pandai berkumpul dan bermesra setelah penat lelah menimba ilmu. disamping itu bolehlah pihak 'sura2 rumah' yg terpaksa meninggalkan tugas krn menemani pasangan tercinta meng'apply' kepakaran mrk sbg bos2 semasa di tempat kerja. BAgi I beban tak delah besar sangat pun, cuma perlu adakan meeting utk organize event, control duit dan control ahli2. Jika ada muafakat sesama AJK dan ahli2 insyaAllah perkara menjadi lebih mudah. Zamir masih muda dan bujang. Wp sibuk dgn PhD, I yakin masih ada sisa2 masa senggang U utk aktiviti sampingan spt ini. LAinlah kalau yg ada anak isteri ni, waktu senggang adalah masa utk keluarga. I yakin U terpilih sbb ada kredibiliti dlm diri U yg menyebabkan U layak dipilih. Ingat, org yg memilih adalah org yg setaraf dgn U, so takkan lah mereka 'buta' dlm mmbuat pemilihan. Anggaplah ini sbg peluang utk U berbakti kpd kaum2 yg dah berumur ini. Knp zamir kata peluang ni jadi 'pak sanggup' dan 'di buli'? Sebelum menjalankan tugasan pun dah anggap mcm tu ke, I rasa U terpengaruh dgn kata2 org sblm ni. Cuba ambil ni in a positive way, buat apa yg U mampu je. Jika bz dgn tugasan PhD, dulukan PhD. i'm sure you know how to prioritized yourself. Yakinlan zamir, peluang mcm ni berguna di masa kerja nanti. Dulu masa study U involve dgn rakan sebaya,skrg U involve dgn org2 berpengalaman, so masa ni lah U kena gain experience wahai adik zamir.
semoag memberi sedikit motivasi kpd zamir... All the best!
As Salam...
Terkesima sebentar... marilah kita renung-renungkan apakah tujuan MCB...hala tuju..etc...semuanya bergantung kepada pucuk pimpinan..kiranya dihati tersemat MCB ni utk cucuk2 dan makan satay maka jadilah ke arah itu...tapi seperti pengalaman saya terdahulu MCB ni mempunyai nilai yang besar lebih dari itu..termenung sejenak...tika ku sampai di bumi Bristol...persatuan apakah yg membantuku..tika ku menempuhi bulan berkat ramadhan...owhh hidupnya malam2 ku..dan pelbagai lagi....masing2 ada pengalaman sendiri..renung2lah sebentar...
Wallahualam...
Thanks for all the comment...
Bagi komen-komen yang memnbina, saya hargai tulisan dan masa yg tuan/puan luangkan..
Namun, selepas direnung kembali, mmg ape yg saya nampak dan lihat, kebyakan aktiviti MCB berkisar perjumpaan dan makanan. Secara jujurnya pengisian ilmiah dan juga pembentukkan jadi diri amatlah sedikit berbanding dengan makanan dan juadah yang disediakan. Penyediaan juadah lebih memakan masa daripada pengisian yang diperolehi.
Saya juga bersetuju dengan beberapa komen yang menyarankan supaya buat yang terbaik dan jangan sesekali lupakan tujuan utama saya datang ke sini.. Selagi ianya tidak mengganggu pelajaran, saya akan cuba laksanakan amanah ini.. Namun jika ianya terlalu berat saya akan tinggalkan..
Seperti biasa, semua ini hanya akan saya lakukan jika mendapat kerjasam pelbagai pihak. Jika tidak, saya akan mengundur diri dan meneruskan misi kemanusiaan saya dengan cara saya sendiri...
Thanks for all the comments
zamir, we second your respond to all the comments. nice one! :D
Thanks Is and Fizi.. XD
Aku terpanggil untuk beri pendapat aku walaupun aku rasa aku mungkin tidak layak mana pun untuk menyuarakan pendapat. Tapi come on guys! Respect apa orang lain rasa macam saudara zamir... tidak ada satu pun tanggungjawab atau jawatan paksaan dalam Islam..aku garenti kamu semua pakar dalam bab2 agama. Aku pelik! Sungguh2 pelik. Aku time hidup dekat bumi malaysia dulu, cuma ada persatuan dalam sekolah saja..ini dalam hidup pun nak paksa orang involve dalam persatuan. Kalau satu2 orang yang dilantik tidak bersedia memikul tanggungjawab tersebut, itu adalah hak orang tersebut untuk menarik diri. Kalau rasa diri sendiri layak atau banyak idea, maka lantiklah diri sendiri untuk mengambil alih jawatan tersebut!
Nawaitu ialah menunaikan kewajiban/tanggungjawab pHd bukannya bertunggus lumus berpersatuan... sudah sudah la orang melayu ni! Asyik nak gaduh...cari gaduh...semua perasaan orang tolak belakang!
Kalau diri sendiri yang dilantik, maka terloncat2 lah..tak sangup! tak sanggup! Bila kena pada org lain, beria-ria idea bernas yang keluar dari mulut masing2..
Memang benar jugak kata2 Toh Mahathir..."Melayu mudah lupa.."
Apa2 pun saudara zamir, aku respect pendapat dan perasaan kau...cuma aku harap kau tahan telinga dan hati agar tidak menjadi seperti mereka dan mereka dan mereka2!
Apalah aku, cuma ...
"Gadis Purdah"
Aku rasa melayu atau org yang dimaksudkan adalah seperti gadis purdah lah....melayu lain Alhamdullillah semuanya tidak mudah lupa....masih segar dalam ingatan...cuma belum keluar lagi...tunggu dan tunggu...satu lagi, mana ada komen2 diatas membantah atau membangkang atau yang negarif pendapat zamir..kebanyakan pendapat mengucapkan tahniah ... itu aje...salah ke depa2 semua mengucapkan tahniah kepada zamir wpun zamir tak setuju? Hmmm ini menembak di malam hari ini....salah target ni...
Alahai...kau pun mungkin termasuk dalam melayu2 itu...kalu menembak di siang hari pun belum pasti dari hati yg cerah! Perghhh...
Tiba-tiba aku rasa bertuah sangat!
Sangat2 bertuah sebab aku orang London...bukan Bristol!
Dan aku tak akan kasi mana2 kawan aku study kat Brsitol sebab nanti asyik kena cucuk satay kerjanya! Lalalala
All the best Saudara zamir...
"Gadis Purdah"
Sbb aku bukan melayu mcm tulah aku mengatakan tak semua Melayu mcm tu...tak kira berada dimana di London ke di Jawa ke di Sudan ke atau di mana2lah..kalau dah tergolong dalam kumpulan sebegitu makanya sama gak...pergilah kemana2 sekalipun...sama gak...menembak diwaktu siang mungkin sasaran itu akan tepat tak tersasar seperti menempak waktu malam...tentang tak bagi study di Bristol ini plak hmmm satu kenyataan amat kelakar kerana pemikiran begitulah...ada ke manusia berfikir sebegini??? tak kasi belajar di Bristol??? hmmmm hmmmm hmmmm
Thanks and tribute to Gadis Purdah and Anon-anon laen yang berusaha memeberi komen... Cume ak masih lagi tersenyum kerna bak kata Gadis purdah, dalam komen-komen anda semua banyak idea bernas cume kenapa x terlintas meninggalkan nama dihujung komen. Malah lebih selesa dikenali sebagai Anonymous. Tribute jugak kepada Kak Wan yang berani menyuarakan pendapat dan memaparkan name beliau walaupun banyak Anon-anon di sini tidak berpuas hati dengan pandangan beliau. Mungkin ade benar juga pepatah berani kerana benar dan takut kerana salah...
Bagi aku, lontaran kata gadis purdah itu bak mesin masa yang telah bawa kita ke hadapan.. Berdasarkan kata-kata nya, mungkin ianya datang dari pengalaman pahit suatu masa dahulu yang aku sendiri tak pasti bila.. Mungkin ape yang beliau katakan akan berlaku di masa akan datang ataupun tidak, bergantung kepada tindak tanduk dan kematangan ahli-ahli persatuan ini berfikir kelak. Mungkin selepas setahun kita boleh lihat kembali komen-komen di sini untuk pastikan ape yang hak dan ape batil..
Pape pown, ingatlah bukan Melayu mudah lupa, tapi Manusia secara amnya sering melupakan asal usul diri kita. Maka ingatlah kita ini asalnya dari tanah dan akan kembali ke tanah, jangan sesekali lupakan kita nie xde bezanya dengan debu-debu pasir cuma mereka tak berdosa dan kita mampu untuk melakukan dosa. Siapa yang lebih mulia?, renung-renungkanlah...
Laaa aku rasa silap masuk bloggerlah sbb ape yang hak dan ape batil ini mcm ayat saiful bukhari aje. Ini mesti sepupu dia ini...so aku quitlah sbb pemikiran org sebegini tak matang lagi...kami beredar kerana tak kuasa bersengkongkol ngan org2 saiful bukhari....hehehehehe
Tadi aku terbatuk2..rasa macam orang sebut2 saja nama aku...
Rileks la bro! Aku tak sebut pun nama korang semua. Malah aku tak kenal pun korang semua. Tapi apa pasal korang terasa pulak???
Kalau korang ada pendapat korang, aku pun ada pendapat aku sendiri..apsal nak marah2 aku ni.
Korang yang dah berpengalaman hidup kat dunia ni pun kadang2 tersasul bila satu2 benda kena batang hidung korang. Aku cuma cerita pengalaman aku yg tak ada kaitan langsung dgn sesiapa di sana. Korang pulak yang terasa pedasnya...aduhhhh! Oleh itu wahai abg2, kakak2, adik2, pakchik2, makchik2 semua yang aku rasa bijak pandai, maafkan aku kalau aku menyinggung perasaan korang semua.
Rasanya kalau aku datang ke Bristol, korang sambut aku dgn carpet merah tak? Lalalala
Anyway, saudara Zamir, aku rasa kemarahan dah berpindah kepada aku sekarang ni. Aku tak kisah. Apepe je la....
aku lupa letak signature aku kat atas tu...at least aku letak signature, orang lain...
"Gadis Purdah"
Chill gadis purdah.. Aku bese2 je pown.. kalo ko tgk header blog nie pown sebagai peneman aku dalam percutian nie.. bukan untuk tujuan lain pown..
Cume, aku acap kali tersenyum pabila membaca komen2 pengunjung blog nie.. Cepat benar orang Melayu kita (kalo Melayu ar) melatah.. baru keluar perkataan hak dan batil.. terus nun dia melatah saiful bukhari.. Padahal tak de pown isu saiful bukhari dalam ni dan tak silap ak perkataan hak dan batil sudah digunakan sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi dlm kurun ke-15-16. Kalo nak diimbau sejarah, perkataan hak dan batil telah diambil dari bahasa arab maka tidak hairan kalo perkataan nie kita temui pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Cuma kalo saiful bukhari dah patent kan aku tak pasti la pulak. Mungkin saudara Anon yang mengetahui boleh memberikan nombor patent beliau supaya aku boleh qoute dalam blog ini untuk elakkan tindakan plagarisma.
Ha, meh kita kupas isu menembak plak.. Tiba-tiba aku ni sepupu saiful bukhari. Siang-siang pown dah tersasar, inikan pulak malam hari..hahaha..
Dan memang aku akui kematangan ak masih dalam proses pemantapan maka terpulang kepada para pembaca untuk menilai..
Pape pown kurangkan kontroversi dan tingkatkan produktiviti (bukan produktiviti bikin anak jer tapi sebagai hamba Allah)
Post a Comment