'Selamat Tahun Baru 2011'
Maaf jika ucapan ini terlewat 16 hari dari tarikh yang sepatutnya.. XD.. Pejam celik, pejam celik sekejap sahaja tahun 2010 meninggalkan kita jauh.. Membawa memori silam pergi jauh dari diri kita.. Pabila kita mula melupakan masa silam.. ianya akan terus hilang ditelan zaman.. Masa akan sentiasa mencemburui hidup ini.. dan pasti akan meninggalkan kita di sini.. Hidup ini memang begini.. lumrah dan fitrah yang harus kita hadapi...
Semoga kita semua mngecapi semua yg dirancangkan tahun lepas dan mampu meneruskan momentum untuk menjadi lebih baik pada tahun 2011.. Mampu menjana kreativiti dan inovasi utk maju dan terus memartabatkan diri, agama dan bangsa di persada dunia..
Hidup ini memang kejam utk kita.. kita sering kali duduk menyalahkan takdir, menyalahkan nasib dan selalunya hanya duduk diam tanpa berbuat apa2.. Adakalanya, ianya membuatkan kita terkesima.. x terjangka semua ini boleh berlaku dan bertapa malangnya nasib ini.. Sering kali mnyalahkan kehidupan yg kita lalui setiap hari.. Namun, kita terlalu lame merenung pada kegagalan ini.. Kita terlalu lama merenung pintu kehidupan yg kita anggap nestapa buat diri ini.. Sedangkan pintu kehidupan yg penuh kebahagiaan sentiasa terbuka.. Kita terlalu lama memandang 1 pintu kehidupan yg kita ibaratkan kejam padahal beribu-ribu pintu kehidupan yg membwa kebahagiaan dan kejayaan menunggu utk kita tempuhi..
Walau seteruk mana hari-hari kita lalui.. tahun-tahun yg kita lalui.. kekalkan melakukan kebaikan itu.. Kita tidak akan melihat atau tidak akan mengetahui bagaimana kebaikan itu akan mengubah segala-galanya.. Yang pasti ia memba perubahan..
"Hidup ini memang..... Tapi esok masih ada..."
No comments:
Post a Comment