Dah lame x menulis kt sini.. bukan ape, sejak kebelakangan nie terlalu sibuk dgn urusan duniawi sampai terlupe komitmen kt dunia digital nie.. hihi.. Hari nie nk share sket ar perasan wat PhD di dunia asing nie.. So, harapan post kali nie as relfelctive utk kita sume dalam berjuang dalam karier dan bidang serta minat masing2.
Kebanyakan manusia acap kali meletakkan batu ukur kepayahan tu terlalu rendah yg membuatkan kita trlalu cepat mngalah dan berputus asa.. Tapi, percayalah keupayaan manusia tiada batasan nya.. lagi tinggi kita mencabar diri kita.. lagi jauh kita akan pergi.. Jangan sekali-kali mengalah sebelum berjuang kerna setiap perjuangan pasti akan berakhir dgn kegembiraan.. kalo itu bukan pengakhirannya, maka sebuah perjuangan 2 masih belum tamat lagi.. So, tukarkan sume imej2 negatif 2 kepada positif.. ubah persekitaran yang negative ke positive.. jangan terperangkap dalam negative environment.. captivity of negativity = super dangerous scenario.. Dlu smpai skarang org slalu label PhD = Permanent Head Damage.. so knfem sape2 yg pkir cm2.. ade possibility akan rase sume yg dia lakukan akan tinggalkan effect head damage.. slalunya dlm bntuk psychology.. Maka, lebih baik kite fikirkan macam nie.. PhD = Percutian hujung dunia.. A very nice and calm vacation... InsyaAllah, mood kite akan lebih baek dan x akan se-stress org2 lain.. Kita akan lebih enjoy belaja.. akan lebih enjoy lakukan ape yg kite suke.. Dengan itu, wujud lah blog Percutian Hujung Dunia.. demi menjana pemikiran positif bagi membangkitkan smngat juang penulis dan rakan2 nya bagi meneruskan perjuangan di bumi asing nie... Kalo kami boleh lakukan dengan baek dalam bidang kami.. Dengan 1000 harapan, kami berharap, sume rakyat Malaysia mampu berfikiran positif dan meneruskan perjuagan mereka.. Namun, perjuangan itu mestilah atas kapasiti utk kebaikan ummah dan masyarakat.. Bukannya atas kepentingan individu tertentu..
Semoga kite semua boleh menjadi sebuah noble family.. bukan family Diraja atau seangkatan dengannya.. tapi sebuah family atau individu yg sentiasa peka dan member semula kepada komuniti kepakaran dan khidmat mereka (Give back to Society).. Ape yg kite perolehi bukan milik kita seorg.. semuanya harus la dikongsi dalam kadar yg bersesuaian dengan masyarakat.. Jangan ingin kan kejayaan individu kerna kejayaan tu x bermakna wahai rakan-rakanku.. Kejayaan yg sebenar adalah pabila kita mampu membantu sesebuah masyarakat untuk mengecapi kejayaan yg kita kecapi.. InsyaAllah, dengan kuasa-Nya, akan ku panjatkan doa semoga kita mampu mengecapi kejayaan yg kita impikan demi mengembalikan semula kepada masyarakat demi membina sebuah masyarakat yg lebih baek dimasa akan datang..
No comments:
Post a Comment