Pages

Monday 18 October 2010

6.5 bulan di bumi Bristol

Dalam sekelip mata, tidak ak sedari yg sudah 6.5 bulan telah ak bersebati dgn komuniti di bumi asing ini. Tanpa ku sedari, terlalu byk perkara yang berlaku hari demi hari. Namun, tidak kusangka, dalam  tempoh sesingkat ini, byk yg ak pelajari.. terlalu by kesilapan manusia yang ak perhatikan dan hnya doa yg ak mampu panjatkan agar ak tidak mengulangi segalanya.

2 bulan pertama ak di bumi ini, perasaan putus asa dan kecewa acap kali menyelubungi diri ini.. Terlalu lama bermain dalam fikiran yg mana jika tersilap langkah, sudah lama ak pulang ke tanah air tercinta.

Namun, Allah Maha Adil, ak diketemukan dgn rakan-rakan yg setia membantuku, mnyedarkan byk perkara yg ak terlepas pandang. Tanpa bantuan mereka, mustahil utk ak berada disini, mengecapi ape yg ak kecapi sekarang.. Berada dalam keadaan yang stabil seawal ini seperti satu mimpi indah yg xpernah kunjung tiba. Thanks you guys... for making my life easier day by day.

Dan ak percaya, Allah itu juga Maha Mengetahui, Dia hanya akan mengambil kembali sesuatu perkara apabila Dia rasa yg ak mampu teruskan perjuangan ini tanpanya. Maka, hari nie, 18 oktober 2010, tepat 6.5 bulan selepas ak berada disini.. Kawan-kawanku telah selesai perjuagan mereka.. Alhamdulillah mereka pulang dengan jayanya... ak tumpang gembira atas kejayaan mereka..
Walaupun berat hati ak untuk membenarkan pemergian mereka namun ak tetap pasrah kerna itu yg terbaek.. terlalu byk yg ak pelajari dalam masa yg singkat ini.. terlalu byk untuk diungkapkan.. They always be there, to guide me in every single aspect of my life..

Perpisahan itu suatu yang pasti dan jika takutkan akan perpisahan makan jangan sesekali mewujudkan pertemuan. Di saat2 terkahir bersama.. masa berlalu dgn terlalu pantas.. Terlalu perit utk melihat semuanya berlalu pergi.. Acap kali memoriku berputar ligat memikirkan hari2 nan mendatang tanpa kehadiran mereka..... Perpisahan... tetap satu kepastian... biarpun linangan air mata darah sekalipun yg mengalir.. ianya satu ketentuan.. satu kepastian...

Kenyataan yg terpapar ini merupakan satu realiti.. Kesedihan bukan jalan penyelesaiannya.. Ak perlu bangkit semula... teruskan perjuangan.. aturkan strategi.. pemergiannya mereka bukannya satu ucapan selamat tinggal.. tapi merupakan satu cabaran bagi ak melengkapkan perjuangan ak..meningkatkan jati diri ak.. menperhiasi diri ak dgn sagalanya.. memastikan ak mampu bersaing dgn sesiapa sahaja...kerna.. pabila ak sudah bersedia.. Ak yakin dan pasti.. ak akan berjuang bersama mereka dalam medan pertempuran yang sama..

Di sinilah bermulanya sebuah kisah perjuagan agung... itulah janji setia ak pada mereka..

No comments: