Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan aku nyawa dan masa untuk menetap di bumi fatarmorgana-Nya.. Sejak aku nekad dan tekad untuk melaksanakan protokol terakhir dalam hidup aku buat masa ini.. Untuk mengubah diri ini demi bersedia dengan alam selepas tamat belajar.. Masa dan ketika itu Allah balikkan hati aku, cuit hatiku sebentar.. Bertanya pada diriku, apa yang aku inginkan..
Selain perasaan ingin syahid di jalan Allah, tiba-tiba dibuka hijab aku untuk melihat aspek yang lebih besar.. Dengan ilmu dan kemampuan aku ada, inshaAllah ada jalan-jalan yang boleh membuatkan aku syahid.. Dengan kajian yang aku laksanakan kali ini, kalau aku memilih jalan yang berlainan, ada caranya untuk berjuang di jalan Allah dan syahid dalam melaksanakan perjuangan itu..
Namun persoalan lain mula menerjah.. Tidakkah sepatutnya aku meninggalkan sesuatu pada dunia ini sebelum aku melangkah ke jalan itu.. Tidakkah sepatutnya tiba masanya untuk aku meninggalkan zuriat yang lengkap ilmunya supaya pabila aku syahid, akan ada penyambung dalam menyambung legasi tersebut.. Tidakkah sama penting untuk aku membina generasi akan datang yang lebih mantap dan bersedia kerana jika pengiraan aku tidak tersilap langkah, perjuangan yang akan aku mulakan mungkin bakal mengubah struktur pertahanan dan responsif masyarakat dunia..
Cuma pabila Allah membalikkan hati ini untuk melihat seketika, secara tak langsung.. aku kembali mempunyai perasaan seperti manusia biasa.. Perasaan takut dan gentar akan kematian, kesakitan dan seumpamanya.. Perasaan untuk membahagiakan dan dibahagiakan.. Perasaan untuk menyayangi dan disayangi.. Perasaan yang mana selama ini aku pendamkan.. aku hilangkan dari diri ini kerana aku khuatir pabila akan tiba masa nyawa aku dipertaruhkan.. Aku tak nak ada insan yang menyayangi diriku ini terluka.. Sebab itu aku berusaha selam 7-8 tahun ini untuk tidak menyukai malahan menyayangi sesiapa pun.. Tidak jugak untuk membuat ikatan dengan mana-mana pihak keran khuatir keselamatan mereka.. Biarlah diriku hadapi semua ini seorang diri.. Tak sanggup untuk aku melihat insan lain menitiskan air mata kerana diriku.. Diriku cukup tak bernilai untuk air mata dari sesiapa pun.. Itulah pandangan dan prinsip yang aku pegang selama ini..
Namun pabila, perjuangan ini semakin realistik.. Perasaan takut sebagai seorang manusia biasa mula terasa bahangnya.. Adakalanya aku inginkan seseorang untuk berada di sisiku.. Dan acap kali berkata, "Takpe, jangan takut, Ianya kerana Tuhanmu dan Tuhanku..".. Kadangkala pabila aku gementar dan haru biru ada masanya hilang panduan.. Aku inginkan seseorang yg dekat dengan diri ini untuk katakan, "Tak mengapa, kita berehat sebentar dan rancang kembali.. Jangan takut jika semuanya kerana Allah yang Maha Suci"..
Tak dinafikan, ada juga saat-saat dimana desakan hati untuk membuatkan insan lain tersenyum.. Perasaan untuk membahagiakan orang lain.. Untuk menceriakan hidup insan lain.. Malahan untuk memudahkan kehidupan manusia lain..
Sejak dua menjak ini.. Perasaan yang aku pendam, yang aku hilangkan selama aku hidup di muka bumi ataupun semenjak aku baligh mula mencari-cari jalan keluar.. Namun perasaan suka dan sayang pada insan lain ini.. Buat masa ini hanyalah wujud dengan anekdot "Aku rasa aku suka padanya".. Yang mana, bagiku.. yang acap kali memikirkan tentang amanah dan tanggungjawa.. Perkataan "Aku rasa".. Masih tak cukup kuat untuk manefestasikan rasa suka dan sayang itu.. Kerana aku tak nak ada yang terluka kerana diriku..
Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku sentiasa teringat akan dirinya.. Kisah bersama sewaktu di Malaysia.. Gurau senda, sakat-menyakat.. Yang mana kali ini buat diriku tertawa kecil.. Cuma dahulunya aku pernah melukakan hatinya dengan kata-kata mentahku tanpa berfikir sejenak akan perasaannya.. Sanggupkah aku melukakan hatinya buat kali kedua jika aku tersalah langkah lagi.. Itu yang menjadi mainan minda ku.. Aku rasa aku suka pada dirinya namun aku tak sanggup melihat dia terluka lagi kerana ketidak-matangan diriku..