Pages

Tuesday, 2 July 2013

Jadual Hidup yang Baru..

Alhamdulillah, Allah tu Maha Adil.. Maha Mengetahui.. Diberikannya kekuatan dan perasaan di kala diri ini perlukan..

Sedar tak sedar dah 1 Julai dah.. Sedar tak sedar Setengah 2013 dah berlalu (number is just a number aite).. Ada kebenaran gak dalam petikan ayat tu.. Cuma apa yang dah diperoleh dan dilaksanakan dalam tahun ini mencapai tahap optimum atau tidak.. Bermanfaat atau tidak.. Bagi aku, Alhamdulillah banyak yang aku peroleh, dari perjalanan ke Arizona, pengalaman tak ternilai di Grand Canyon, mengalirnya air mata sekembalinya di Bristol, Intervention perasaan suka dan sayang di awal April, mewujudkan meeting-meeting yang dapat membantu pelajar-pelajar baru dan mengalirnya darah ini kerna ingin melengkap pelayaran sementara ni..

Dan baru-baru ni aku tekad dan nekad.. Untuk terapkan keinginan membantu orang lain hari demi hari.. Lagi-lagi dalam bidang penyelidikan..

Maka Jadual Harian dah berubah..

9.00 - 1.00 - Tulis tesis
1.00 - 2.00 - Solat dan lepak-lepak dalam surau
2.00 - 3.00 - Balik rumah makan tengah hari
3.00 - 5.00 - Tolong budak-budak dalam lab /  Siapkan graph untuk tesis

Simple jer jadual ni tapi inshaAllah efektif..


Saturday, 29 June 2013

Adakah ini jawapannya.. Perubahan yang berlaku..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan aku nyawa dan masa untuk menetap di bumi fatarmorgana-Nya.. Sejak aku nekad dan tekad untuk melaksanakan protokol terakhir dalam hidup aku buat masa ini.. Untuk mengubah diri ini demi bersedia dengan alam selepas tamat belajar.. Masa dan ketika itu Allah balikkan hati aku, cuit hatiku sebentar.. Bertanya pada diriku, apa yang aku inginkan..

Selain perasaan ingin syahid di jalan Allah, tiba-tiba dibuka hijab aku untuk melihat aspek yang lebih besar.. Dengan ilmu dan kemampuan aku ada, inshaAllah ada jalan-jalan yang boleh membuatkan aku syahid.. Dengan kajian yang aku laksanakan kali ini, kalau aku memilih jalan yang berlainan, ada caranya untuk berjuang di jalan Allah dan syahid dalam melaksanakan perjuangan itu..

Namun persoalan lain mula menerjah.. Tidakkah sepatutnya aku meninggalkan sesuatu pada dunia ini sebelum aku melangkah ke jalan itu.. Tidakkah sepatutnya tiba masanya untuk aku meninggalkan zuriat yang lengkap ilmunya supaya pabila aku syahid, akan ada penyambung dalam menyambung legasi tersebut.. Tidakkah sama penting untuk aku membina generasi akan datang yang lebih mantap dan bersedia kerana jika pengiraan aku tidak tersilap langkah, perjuangan yang akan aku mulakan mungkin bakal mengubah struktur pertahanan dan responsif masyarakat dunia..

Cuma pabila Allah membalikkan hati ini untuk melihat seketika, secara tak langsung.. aku kembali mempunyai perasaan seperti manusia biasa.. Perasaan takut dan gentar akan kematian, kesakitan dan seumpamanya.. Perasaan untuk membahagiakan dan dibahagiakan.. Perasaan untuk menyayangi dan disayangi.. Perasaan yang mana selama ini aku pendamkan.. aku hilangkan dari diri ini kerana aku khuatir pabila akan tiba masa nyawa aku dipertaruhkan.. Aku tak nak ada insan yang menyayangi diriku ini terluka.. Sebab itu aku berusaha selam 7-8 tahun ini untuk tidak menyukai malahan menyayangi sesiapa pun.. Tidak jugak untuk membuat ikatan dengan mana-mana pihak keran khuatir keselamatan mereka.. Biarlah diriku hadapi semua ini seorang diri.. Tak sanggup untuk aku melihat insan lain menitiskan air mata kerana diriku.. Diriku cukup tak bernilai untuk air mata dari sesiapa pun.. Itulah pandangan dan prinsip yang aku pegang selama ini..

Namun pabila, perjuangan ini semakin realistik.. Perasaan takut sebagai seorang manusia biasa mula terasa bahangnya.. Adakalanya aku inginkan seseorang untuk berada di sisiku.. Dan acap kali berkata, "Takpe, jangan takut, Ianya kerana Tuhanmu dan Tuhanku..".. Kadangkala pabila aku gementar dan haru biru ada masanya hilang panduan.. Aku  inginkan seseorang yg dekat dengan diri ini untuk katakan, "Tak mengapa, kita berehat sebentar dan rancang kembali.. Jangan takut jika semuanya kerana Allah yang Maha Suci"..

Tak dinafikan, ada juga saat-saat dimana desakan hati untuk membuatkan insan lain tersenyum.. Perasaan untuk membahagiakan orang lain.. Untuk menceriakan hidup insan lain.. Malahan untuk memudahkan kehidupan manusia lain..

Sejak dua menjak ini.. Perasaan yang aku pendam, yang aku hilangkan selama aku hidup di muka bumi ataupun semenjak aku baligh mula mencari-cari jalan keluar.. Namun perasaan suka dan sayang pada insan lain ini.. Buat masa ini hanyalah wujud dengan anekdot "Aku rasa aku suka padanya".. Yang mana, bagiku.. yang acap kali memikirkan tentang amanah dan tanggungjawa.. Perkataan "Aku rasa".. Masih tak cukup kuat untuk manefestasikan rasa suka dan sayang itu.. Kerana aku tak nak ada yang terluka kerana diriku..

Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku sentiasa teringat akan dirinya.. Kisah bersama sewaktu di Malaysia.. Gurau senda, sakat-menyakat.. Yang mana kali ini buat diriku tertawa kecil.. Cuma dahulunya aku pernah melukakan hatinya dengan kata-kata mentahku tanpa berfikir sejenak akan perasaannya.. Sanggupkah aku melukakan hatinya buat kali kedua jika aku tersalah langkah lagi.. Itu yang menjadi mainan minda ku.. Aku rasa aku suka pada dirinya namun aku tak sanggup melihat dia terluka lagi kerana ketidak-matangan diriku..

Monday, 3 June 2013

Makin sukar untuk meluahkan..

Dalam sedar tak sedar dah hampir setahun lebih aku tak ceritakan sesuatu yang berada luar dari ruang lingkup kehidupan aku.. Nak kata diri dah makin jumud dan tumpul.. Aku sendiri tak pasti.. Hanya orang luar yang mampu berikan jawapan dan persepsi.. Mungkin jugak selama ni aku terlalu khusyuk dalam hidup aku sendiri tanpa meluaskan pemandangan pada persepsi yang berbeza.. Ataupun, aku dah muak untuk berikan pendapat dan pandangan secara terbuka.. Buat masa ini, aku rasakan lebih baik aku utamakan personal touch..

Kembali balik pada permulaan asas yang aku buat dulu-dulu.. Yang mana ianya dari hati ke hati.. Bila ada yang tak kena aku tegur terus.. Kalau ada-ada pandangan peribadi, itu aku berikan secara peribadi.. Dan yang pasti aku cuba berikan secara hikmah.. Itu yang terbaik..

Alhamdulillah, hari ni aku mulakan operasi baru.. Untuk melihat hidup ni dalam perspektif yang berbeza.. Lagi-lagi ni mungkin musim panas aku yang terakhir di bumi Bristol.. Tambahan dengan penulisan tesis yang perlahan tapi Alhamdulillah masih bergerak dengan baik.. Maka buat masa ni aku tekad untuk hidupkan balik zaman-zaman penuh optimistik dan positive thinking macam waktu 1st year dulu.. Yang mana pukul 4-5 pagi dah bangun, teruja/excited dengan kehidupan.. Teruja dengan cabaran apa yang akan aku lalui dan selesaikan hari ini.. Penemuan apa yang akan dapat aku rungkai hari ini.. Pemerhatian apa yang dapat aku lihat pagi ini..

Itu yang aku nak terapkan dalam diri.. Sebuah harapan, harapan untuk terus maju kehadapan.. terus melihat dunia ini dalam perspektif yang sangat positif.. Yang menebarkan seribu satu jalan untuk aku terokai.. Alhamdulillah, siki sebanyak perasaan menulis mula kembali tersemai dalam diri aku.. Dulu aku rasakan ianya sesuai yang bosan dan tak menarik.. Tapi sedikit demi sedikit aku dapat rasakan seusatu kelainan.. Semakin banyak olahan yang aku tak terfikir sebelum ini.. Selama ini bila aku laksanakan penyelidikan, aku akan selalu menjurus pada satu atau dua persepsi yang aku jangkakan berdasarkan teori dan pengalaman.. Namun pabila aku menulis, seolah-olah aku melihat hasil penyelidikan aku pada arah yang berbeza.. Makin hari makin aku seronok.. Makin aku katakan pada diriku, eh benda ni boleh tengok dari aspek ni pulak.. Dan kalau ada masa, boleh try untuk benda ni in the future..

Makin banyak aku menulis, makin aku perasan hasil kajian ini mencapai objektif lebih dari apa yang aku sangkakan selama ini..  Seolah-olah ianya memberikan aku jawapan lebih dari apa yang aku sangkakan selama ini.. Cerita makin lama makin menarik.. Cambahan idea mula meluas ke arah yang tak pernah disangka-sangka..

Adakah ini permulaan untuk aku mulakan kata-kata "I kinda enjoy writing".. Mungkin, peluang itu sesuatu yang pasti..

Sunday, 2 June 2013

Sikit je lagi.. sikit je lagi..

Sikit je lagi Zamir.. sikit je lagi.. Itu yang aku selalu pesan kat diri aku setiap kali menghadap percutian aku kali ini.. Sedar tak sedar dah nak sampai penghujung dah.. Sebabkan dah mula tulis tesis secara berperingkat.. Cuma.. susahnya nak mula menulis.. Nak dapat mood dan sebagainya.. Sekarang ni aku rasa kagum gile dengan orang yang boleh tulis 200-300 muka surat.. Manusia ke apa..

Kalau nak ikutkan perancangan, bulan 9 ni funding aku habis.. Tak tau boleh extend ke tak.. Pape pun aku try hujung bulan ni untuk apply extension.. Yea, aku pun apply extension gak.. So amat tipulah kalau ada korang dengar yang aku ni hebat la, itu lah, inilah.. Gifted konon.. Talented konon.. Hampeh je sume tu.. Aku sama je macam manusia lain, takde hebat mana.. Kalau nak bandingkan dengan Marie Curie ataupun Albert Einstien memang macam langit dengan bumi la.. Kalau nak bandingkan dengan Para Sahabat dan Tabii.. Silap-silap macam bumi dengan langit ke-7 kot.. Sebab aku tahu diri aku macam mana, cukup tak sempurna dari pelbagai arah dan penjuru.. Macam mana orang lain boleh keluar statement yang macam tu pun aku tak tau..

Lepas rangka-rangka haritu, tesis aku ada 8 bab semuanya.. 5 bab untuk results dan yang 3 lagi tu benda standard tesis.. Mak aih, 5 bab untuk data.. Dulu bila aku dengar orang tulis 3 bab untuk data pun dah berpinar bijik mata.. Ni pulak aku ada tambah 2 bab.. Apa yang akan jadi aku pun taktau..

Cuma aku sekarang ni selalu tak de mood nak tulis.. Bila paksa gak.. Ke laut terus mood aku tu.. Tapi aku selalu ingatkan diri aku.. Sikit je lagi Zamir.. Sikit je lagi.. Buat kerja biar Istiqamah.. Dulu aku set nak start tulis April.. Boom Bam Boom Bam, dah June.. Yang geraknyer tak banyak.. So kali ni aku tekad, nak buat yang terbaik.. Bulan ni aku nak Istiqamah.. Nak rancang jadual hidup yang lebih effektif.. Sekarang ni aku letak dalam mind set aku, kalau aku tak habiskan benda ni, sampai bila-bila perancangan aku yang lain tak boleh gerak.. So abiskan ni dulu.. Habiskan..

Lepas tu ada la rakan-rakan lain start tanya bila aku nak habis, bila nak balik Malaysia.. Kalau ikutkan hati memang aku nak balik secepat mungkin.. Dah lama tak jumpa parent aku, adik beradik aku.. Walaupun aku jarang cakap kat diorang.. Tapi aku rindu kot.. Dan biasa lah, laki.. ego tu mesti ada kan.. Lagi-lagi bila adik memang sah2 la takkan ngaku.. 

So bila balik? Dulu aku ada cakap mungkin hujung tahun ni, tapi sekarang aku sendiri tak pasti.. Aku hanya doakan yang terbaik jer.. Perancangan Allah tu lebih indah..

Pastu ada gak orang komen, tak nak ar buat PhD, tengok Zamir pun struggle.. Kan aku dah cakap, aku manusia biasa gak.. Bukan malaikat mahupun dewa-dewi.. Cuma struggle ada banyak peringkat.. Yet kalau korang hidup kat sekitar aku, mungkin tak nampak sangat kot.. Sebab aku tends untuk exaggerate dan merepek lebih bila tulis kat sini ke or kat mana-mana tempat lain..

Kalau ikutkan daily life aku happy jer.. Jalan sana sini, makan sana sini.. Usha tempat tu, usha tempat ni.. Melawat orang itu dan ini.. 

Cuma, aku tetap rindu dengan insan-insan yang aku tinggalkan kat Malaysia.. Tu yang paling aku struggle kot.. Sebab setiap sorang daripada diorang takkan dapat aku tukar ganti.. Bukan aku cakap kat sini tak de yang leh up to their par.. Tapi diorang cukup istimewa.. Bagaikan mangga dan kunci, aur dan tebing.. Walaupun banyak kali gaduh, tinggi suara, boikot dan sebagainya.. Tapi perasaan cubit peha kanan, peha kiri pun sakit tu tetap ada..

Setiap fasa kehidupan aku kalau tak 2-3 orang mesti ada sorang yang aku jumpa.. Tapi kat sini aku struggle sket.. Mungkin sebab persekitaran ni bukan di bina untuk orang yang jiwa macam aku kot.. Ataupun ianya khas di bina untuk kukuhkan diri aku supaya aku leh jadi lebih baik lagi..

Tapi InshaAllah tak lama dah untuk aku lepasi fasa ni.. Fasa terakhir dalam dunia pembalajaran formal.. Sikit je lagi.. sikit je lagi Zamir...

Ia bukan milikku lagi..

Makin lama makin bersawang dah blog ini.. Bukan apa, tiada yang menarik aku lalui saban hari dan takde perkara yang aku rasa mampu aku wacanakan dari pemerhatian hari demi hari.. Cuma perjalanan kali ini aku rasakan terlalu panjang.. Cukup panjang untuk diriku.. Bukan mudah untuk meneruskan perjuangan pabila kenyakinan dan kekuatan diri diuji secara mental dan fizikal.. Lagi-lagi pabila kekuatan mental sering kali ni uji.. Namun aku acap kali ingatkan diri ini, abaikan saja ucapan, bisikan seperti itu.. Kerana itu hanyalah godaan Syaitan yang cuba melemahkan semangat aku.. Namun adakalanya aku tetap tewas.. Tewas terhadap bisikan panggilan ke neraka.. Banyak kali aku sesali perbuatan seperti ini, namun entah mengapa kadang kala nafsu menguasai badan, lidah mengatasi akal, jiwa menakhluki hati.. Selalunya serangan demi serangan bertalu ditujukan dalam keadaan yang paling halus.. Yang mana makin aku sedari bertapa rapuhnya hati ini.. Bertapa lemahnya keteguhan diri.. Tewas dan tumpas..

Namun gagal, tewas dan tumpas tak bermakna aku pasrah dengan kekalahan.. Tak bermakna inilah penamat perjuangan jiwa ini.. Pertemuan dengan rakan baik ku selepas 8 tahun sedikit sebanyak memberikan suntikan jiwa.. Memahami apa yang aku alami walaupun dalam perspektif berbeza.. Alhamdulillah, kini, beliau bakal kembali ke pangkuan keluarga.. Pangkuan bakal suami tercinta.. Semoga dirinya dan keluarga sentiasa dilimpahi rahmat..

Aku? Entah bila, aku pun tak mampu untuk lengkapkan ayat itu.. Perkahwinan, anak kecil.. Semuanya perkara yang tiada manusia yang tak mahu.. Namun, ah.. terlalu banyak alasan dalam diri ku.. Tapi siapa lagi yang memahami diri aku melainkan diri aku sendiri.. Setiap kali aku melihat hidupku 2,3 mahupun 5 tahun dari sekarang.. Aku tak nampak diriku sebagai suami yang amanah serta ayah yang baik.. Aku cuba untuk menjadi yang lebih baik dari hari demi hari.. Namun makin besar perubahan yang ingin aku capai, makin besar ujian dan halangan yang disediakan..

Namun, aku tetap mara ke hadapan..Cuma buat masa ini, dia bukan milikku lagi.. Bila sampai masa, jika ianya jodoh antara kita.. Takkan lari gunung di kejar.. Buat masa ini, mungkin ada hikmah dan kebaikan disebalik setiap yang berlaku..

Sunday, 12 May 2013

Suku Abad dah..

Post ni di post jika aku tak berjaya untuk menghupdate blog waktu aku menyambut jubilee perak tahun ni..

Alhamdulillah, aku masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan selepas 25 tahun bernafas di bumi fatamorgana ini.. Sedar tak sedar aku dah bakal melabuhkan pelayaran percutian aku kali ini... Sekejap je 3 tahun berlalu.. Lip lap lip lap.. nanti dah 4 tahun..

Anyway, sambutan kali ini dilaksanakan dalam bentuk yang berlainan.. Kalau ikutkan urutan peristiwa sejak aku sampai ke bumi asing ini..

2010 -  sambut dengan Akak Siti Fairus dalam wayang (time tu dia leh pulak tau birthday aku, dan ajak aku tengok wayang sebab time tu memang takde niat nak sambut pun, lagi-lagi baru sampai UK) - Akak memang awesome la

2011 -  sambut dengan best fren forever dunia akhirat aku.. (Boleh pulak pagi-pagi aku bukak mata ade console PS2 tepi katil aku.. YES, aku kuno, tahun 2011 baru main PS2, tak macam orang lain kan).. Thanks Amrul, sampai hari ni aku layan Dynasty warrior bila rindu kat ko

2012 - Tahun ni dah start lain, pagi-pagi birthday ada junior datang rumah.. Lepas borak-borak dia nak b'fast kat rumah aku.. So aku masakkan la waffle untuk dia.. (Best part, dia request macam-macam without knowing hari tu birthday aku).. Sepanjang hari aku pusing-pusing Bristol.. Keeping it simple and secret from Bristolian..

2013 -  Tahun ni, aku nekad dan tekad nak keluar.. keluar untuk berkhalwat.. Bukan khalwat yang tangkap berdua-duaan tu.. Tapi menyendiri untuk mencari makna kehidupan.. Target aku untuk ke lautan Atlantik.. Pulang atau tidak, aku sendiri pun tak pasti.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Sebelum aku pergi, niat di hati untuk tahun ini, walaupun selalunya aku yang dapat hadiah untuk hari lahir.. Hari lahir aku kali ini aku nak memberi, memberi pada orang lain.. Alhamdulillah, sebelum aku tinggalkan bumi Bristol, aku dah memberi sebanyak yang aku mampu pada seramai mungkin insan.. Andai aku tak kembali.. InshaAllah kabar berita itu akan sampai juga pada mereka yang lain..

Antara perkara yang aku perlu muhasabah dan mencari sewaktu di tengah lautan:

- Kehidupan yang minimalis dan sentiasa rasa cukup dan bersyukur dengan pemberian Ilahi
- Usahakan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan
- Buangkan rasa sayang dan kasih pada manusia semata-mata bukan atas usaha mencari keredhaan Allah..

Semoga sekembalinya dari lautan Atlantik, aku dapat memahami sedikit sebanyak intipati kehidupan ini untuk meneruskan kehidupan suku abad ini..

InshaAllah

Monday, 22 April 2013

Hanya sebuah fantasi..

Truth hurts.. Itulah ayat2 biasa yang aku sering kali dengar mengenai kebenaran.. Namun tak semuanya pahit dan tak semuanya manis.. Cuma kali ini, pabila aku dihadapkan dengan sesuatu jawapan pada permintaan aku selama ini.. Ianya terjawab dengan cukup indah oleh Maha Suci Allah dengan perancanganNya sendiri.. Rupanya selama ini.. Perasaan suka dan sayang yang wujud hanyalah sebuah fantasi.. Jauh benar dari rupa realiti.. Terlalu jauh.. Yang aku ingatkan indah, rasakan indah.. Haram.. jauh sekali brader.. Jauh.. Bila diletakkan realiti di sebelah perasaan fantasi aku.. Tak dapat nak di cari mana yang indah.. Mana yang sedap.. Perasaan yang diulit sebelum tidur dan sesudah bangun tu.. Takda dekatnya dengan keadaan realiti.. Takde satu pun yang seronok.. Inilah gambaran bertapa rapuhnya suatu perasaan pabila dibandingkan dengan keadaan sebenar.. Suka dan sayang.. Hanyalah satu perspektif dan pandangan manusia terhadap sesuatu perkara.. Kadangkala pabila fantasi tu melebihi dari realiti.. Kita seolah-olah akan terperangkap dalam dunia fantasi dan tak sedar akan kebenaran sebuah realiti.. Alhamdulillah, aku masih dikurniakan akal dan hati yang teguh dan kukuh untuk memperlihatkan bertapa jahilnya aku terhadap fantasi aku sendiri.. Terhadap perasaan yang aku layan saban hari.. Lagi-lagi pabila ianya sesuatu yang terlarang dan di larang.. 

Mungkin ianya fitrah manusia.. Sukakan pada sesuatu yang tak boleh dan terlarang hinggakan tidak dapaat dibezakan yang boleh, yang tidak, yang terlarang dan juga yang tersedia.. Penakulan dan pemerhatian aku pabila dihidangkan sebuah realiti seperti yang aku alami baru-baru ini menyedarkan tiada lagi perasaan sayang mahupun suka.. Selama ini peluang diberikan hanyalah atas dasar perasaan terhadap fantasi yang tak sesekali berpijak di bumi yang nyata.. Alhamdulillah, Maha Suci Allah.. Pabila aku mengimbau setiap kali aku cuba realisasikan sesebuah fantasi.. Pelbagai jenis halangan dan cabaran dihidangkan.. Allah masih sayangkan diri ini supaya tidak sesekali terjebak dalam kancah yang aku sendiri tak mampu keluar.. Lebih baik aku tidak mulakannya berbanding berhenti selepas terjebak..

Kini aku sedar, perasaan itu hanyalah sebagai pengganti kekosongan dalam hati ini.. Dan kini kekosongan itu seharusnya diisi dengan tujuan hidup.. Perancangan keperluan hidup haruslah aku landaskan berdasarkan tujuan hidup.. Zaman kini bukan lagi persoalan antara kehendak dan keperluan tetapi persoalaan antara keperluan dan tujuan hidup.. Bukanlah masanya untuk aku dibuai fantasi.. Dibuai perasaan suka dan sayang.. Mungkin jika aku pendamkan perasaan ini, sejarah hitam mungkin berulang.. Namun mungkin itu hanyalah satu mainan perasaan yang bakal mengganggu-gugat keperluan hidup lalu menyempitkan tujuan hidup..

Aku sedar akan perancangan yang aku perlu laksanakan.. Walapun aku sebagai manusia hanya mampu mentadbir hidup aku dan selebihnya terserah kepada takdir dan rezeki Allah.. Itu bukan penghalang untuk aku merancang apa di hadapan.. Pabila aku merenung ke luar jendela, melihat segenap bumi asing ini.. Aku sedar yang perancangan aku haruslah berdasarkan tujuan hidup aku.. Bukannya atas impian manusia lain ataupun harapan serta jangkaan manusia lain.. Hidup aku kerana Allah, dan kepada Allah seharusnya aku serahkan hidup ini..

Cukuplah hari ini pabila dibukakan mata aku akan perasaan suka dan sayang aku hanyalah mainan yang rapuh.. Bukan kenyataan, bahkan hanya fantasi yang sia-sia.. Jika diteruskan, ianya hanya akan mengeruhkan keadaan.. Berpijaklah di bumi yang nyata.. Kembalilah kepada sifat dirimu yang cintakan ilmu kerana Allah.. 

Ingatlah bahawa Allah mencintai hambaNya yang melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh kerana usaha bersungguh-sungguh itu lahir dari hati yang ikhlas.. Lakukanlah sesuatu dengan sebaik mungkin dan janganlah sesekali mengharapkan pembalasan manusia.. Kerana manusia itu adalah makhluk yang paling tidak bersyukur dan menghargai.. Harapkanlah kasih sayang dan belaian Allah swt.. Dambakan lah cintaNya kerana itulah sebaik-baik perasaan..