Pages

Wednesday, 27 February 2013

Mutiara yang hilang..

Alhamdulillah.. Dalam sepanjang tempoh 20 hari selepas post aku yang lalu.. Banyak yang berlaku, banyak yang aku selami dan makin banyak yang aku kenal diri ini.. Banyak masa yang aku luangkan untuk mendengar permintaan dari diriku sendiri.. Mula menyayanginya sebagaimana dia berhak untuk disayangi.. Hampir sebulan aku hidup di padang pasir ni.. Macam-macam yang aku rasa dan kecapi serta nikmati.. Selain cuacanya yang jauh berbeza dari England mahupun Malaysia, banyak yang aku cuba nikmati dan kekalkan ia sebagai memori sepanjang hayat..

Padang Pasir yang tandus ni banyak mengajar aku erti kehidupan secara tak langsung.. Aktiviti panjat memanjat gunung setiap minggu membuka ruang lingkup baru dalam kehidupan ku.. Membuatkan aku berfikir lebih banyak akan hala tuju hidup ku dan sumbangan aku pada masyarakat kelak.. Secara kasarnya aku berjaya, Alhamdulillah, berjaya untuk aktifkan balik fungsi asas akalku sebagai diari dan log book.. Untuk pastikan aku menyusun dan mengatur perancangan hidup aku dengan lebih teratur.. Fully optimised setiap masa setiap saat.. Terus update bila ada pape perubahan yang berlaku dalam sesuatu masa..

Kawalan emosi pun dah semakin baik.. Bila aku berikan masa dan ruang lingkup untuk diri aku meluahkan segalanya.. Ianya membawa kepada perubahan yang lebih baik.. Dan reaksi yang ditunjukkan dalam setiap cabaran dan permasalahan pun berubah.. Perspekstif melihat sesuatu perkara dilihat dari ruang yang berbeza..

Dan yang paling penting aku rasakan.. Aku mula menghargai potensi diri aku.. Selepas sebulan di sini.. Aku alami pelbagai transformasi.. Dari seorang ahli kimia, kini aku boleh berbicara sebagai seorang ahli fizik dan tak mustahil sebagai seorang jurutera dalam bidang-bidang tertentu.. Bila aku mula mengiktiraf diri aku sendiri, potensi yang lama terpendam mula menonjolkan diri yang selama ni segan silu..

Aku rasakan sebenarnya semua manusia sama jer.. Bila diberi peluang, InsyaAllah ianya mampu menonjolkan potensi diri masing-masing..

Semoga perubahan yang positif ni dapat diteruskan dalam memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan ummah demi membina masa depan yang lebih cermerlang untuk semua pihak..

Friday, 8 February 2013

The End...

Rasanya dah tiba masanya untuk aku hadapi semua ini.. Bila aku lihat kitaran hidup yang seolah-olah tiada penghujung.. Aku terpaksa akur dan terima tanggungjawab serta amanah ni dengan hati terbuka.. Bukan masanya untuk aku berlagak seperti anak kecil di pentas dunia.. di persada benua.. 

Dah selesai aku lepaskan semuanya.. dan kini aku rasa dah tiba masanya untuk aku lepaskan diri aku dari belenggu perspektif manusia.. Lepaskan diri aku untuk terbang bebas memahami erti kehidupan melalui kaca mata aku sendiri.. Bak kata rakan-rakan serta akak-akak yang sentiasa menemani diri ini sehingga ke saat ini.. It is about the journey and the process.. Dan setelah aku lepaskan semuanya.. aku dah makin nampak dan kenal diri aku yang sebenarnya.. Insan yang ingin hidup seadanya namun sebebas mungkin menebarkan sayap ilmunya..

Duit bukan ukuran.. harta benda apatah lagi.. Semua tu selama ni 'peer pressure' dari persekitaran.. Mungkin ini yang terakhir aku pun tak pasti.. Selepas ni sikit demi sikit digital fingerprint aku akan berkurangan.. Bukan niat untuk menghilangkan diri.. Bukan niat untuk mengundur diri.. Cuma ini yang terbaik buat masa ini.. Dalam proses aku memahami diri aku sendiri.. Dalam proses untuk mematangkan diri.. Lebih elok untuk kata-kata itu aku luahkan pada diriku.. Berbanding aku terus coretkan di sini ataupun mengharap perhatian di ruangan yang lain..

Aku kene kuat dan tabah hadapi semua ni.. Aku kene cekal dan teguh melihat jauh ke hadapan.. Aku kene berdiri teguh melawan arus perubahan.. Kerana aku bukannya insan yang berubah mengikut zaman.. Aku bukannya insan yang seharusnya selari dengan arus permodenan.. Bukan harta dan wang ringgit yang aku impikan.. Bukan mahligai istana yang bakal membuatkan aku tidur lena..

Sebelum aku mengundur diri.. Ku pinta kemaafan dari semua.. Sama ada aku tersilap kata mahupun perbuatan.. Secara sengaja mahupun tidak.. Ampunkan insan lemah bergelar Zamir Othman...

Till we meet again.. Assalamualaikum..

Thursday, 7 February 2013

Detox bukan satu benda yang mudah..

Untuk pulih dari ketagihan, tabiat atau sesuatu perkara yang menyeronokkan tapi memudaratkan bukan satu perkara yang senang.. Bila lihat macam mana abang aku struggle nak berhenti merokok.. Kawan aku struggle nak stop ketagihan main game dan macam-macam contoh lain bukan suatu yang mudah.. Ianya pasti takkan jadi lagi mudah bila diri kita sendiri yang mengalaminya.. Itu yang aku rasa.. Mungkin 24 jam pertama ni impak dia makin terasa.. Bila aku sedar yang mana apa yang aku genggam dan pegang selama ini.. Kasih dan sayang yang aku rela lepaskan beberapa jam yang lalu.. Setiap pengalaman dan memori indah makin pudar dalam ingatan ini..

Cuma pabila hakikat diterima akal bahawa semuanya akan tamat.. Setiap perhubungan telah diputuskan.. Tiada satu ikatan pun bersama.. Tiada satu memori pun bersama.. Hati ini mula rasa kosong.. jiwa ini seolah-olah tidak terisi.. Yang mana selalunya dinding-dindingnya ditampal kisah berbunga-bunga suatu masa lalu.. Lelangitnya diwarnai rasa bahagia bersama.. Kini ianya telah dicat dan digilap seumpama dinding dan lelangit yang baru.. 

Ianya ditambah perit yang membara pabila waktu dan ketika aku ingin melupakan semua onar dan duri.. Kebahagiaan yang palsu dan jalan yang penuh dosa.. Cabaran mula melanda.. Percutian mula memainkan onarnya tersendiri.. Cabaran dari bidang yang suka mencabar diri aku... Simulasi dan permodelan sifat semikonduktor berlian.. Tak dinafikan setiap kali aku menghadapi cabaran ini, pasti aku larikan diri aku pada tabiat lama yang membuatkan aku lupa akan masalah ini.. Setiap kali aku akan lari dari cabaran ini, aku akan mencari jalan dan peluang untuk diulit perasaan kasih dan sayang.. Kebahagiaan yang sementara.. Namun kali ini aku dah berjanji dengan diri aku untuk tidak mengulanginya.. 

Maka ianya akan menjadi titik tolak dalam proses aku meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan terkutuk itu buat selamanya.. Adakah aku akan kembali melakukannya, ataupun aku akan cuba berdepan dengan cabaran kali ini.. Kalau nak ikut keadaan hati ni.. Email sebentar tadi membuatkan ianya remuk, hancur dan musnah.. Terasa percutian ini segaja hendak membunuh aku mental dan fizikal.. Aku ingatkan kerja-kerja simulasi aku dah boleh ditamatkan tahun lepas.. Kini aku rasakan ianya takkan habis-habis.. Never ending.. Nak menangis pun ada, nak menjerit pun ada.. Namun kerana Allah masih lagi memberikan aku nikmat dalam data-data yang aku peroleh di sini.. Aku tak boleh berkelakuan begitu.. kufur nikmat namanya..

Ya aku tahu, semua ini Dia menyuruh supaya aku kembali dekat padaNya.. Menjadi hamba yang baik padaNya.. Mengadu padaNya.. Bercerita padaNya.. Bukannya kasih sayang manusia yang aku harus dambakan.. Bukan pujuk rayu manusia yang aku patut dengari.. Bukannya keseronokan sementara untuk melupakan masalah aku..

Mungkin inilah tujuan aku dicampakkan ditengah-tengah padang pasir kali ini.. Untuk memperbetulkan diri aku dengan memberikan double triple combo pack sekaligus.. Sama ada aku survive dan jadi insan yang lebih baik.. Ataupun aku hancur remuk diranapkan di tengah-tengah padang pasir ini.. Kali ini takde manusia lain yang boleh bantu aku.. Tiada tempat untuk mengadu.. tiada ruang untuk bercerita.. dan jauh sekali untuk ada yang mendengar.. Ianya akan jadi sebuah pertempuran Agung antara aku dan diriku sendiri.. Perlawanan yang bakal mengubah sejarah hidup aku.. Kini aku berlawan dengan diriku.. Kalah menang diletakkan pada diriku sendiri..

Sejauh mana keteguhan aku akan berpaksikan pada Iman yang ada.. Tumpas atau tidak bergantung pada kecekalan aku pada Islam dan Allah serta RasulNya.. Kalau aku lemah dan tewas dengan pujukan Iblis serta Syaitan.. Itu salahku.. 

Kini setiap masa, setiap saat ianya peperangan antara diriku.. Rajin dan Malas.. Baik dan Jahat.. Berfaedah dan Sia-sia.. Keperluan dan Kehendak.. Iman dan Nafsu.. Ultimate Clash.. Dan tiada siapa yang boleh membantu diri ini.. Tiada sesiapa melainkan Pecipta Yang Maha Agung.. 

Ya Allah Ya Tuhanku.. Dikau berikanlah aku kekuatan untuk sentiasa mencari keredhaanMu.. Kekuatan untuk terus mendambakan kasih sayangMu.. Kekuataun untuk menghindarkan diriku dari mencari MurkaMu.. Ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan peliharalah imanku, pertingkatkanlah imanku supaya diriMu terus redha dengan diriku Ya Allah..

Padamkan semuanya..

Akhirnya.. selepas aku simpan hampir semua kenangan dalam tempoh 8 tahun ni..  Dalam bentuk gambar, video dan penulisan.. Aku dah padamkan semuanya.. Memori biarlah tinggal memori.. Kenangan biarlah tinggal sebagai kenangan.. Kasih dah sayang suatu masa dulu biarkan ianya kekal sebagai sejarah.. Aku pun tak pasti mana datangnya kekuatan ini untuk padamkan semuanya.. Tiba-tiba pagi ni aku rasakan inilah masa terbaik untuk letakkan semuanya dibelakang aku.. Hilangkan perasaan sayang yang aku pernah ada pada insan-insan yang tertentu dalam tempoh masa 8 tahun yang lalu.. 

Aku tak nafikan pertemuan dan perkongsian itu sangat bermakna.. Namun hidup harus diteruskan dan jangan dikenang perasaan lalu.. Dosa-dosa lalu.. Onar dan duri masa lalu.. Korang pun dah bahagia sekarang.. Dan insyaAllah tak lama lagi akan tiba masaku.. Dengan izinNya.. Maka tak seharusnya aku simpankan semua perasaan ini.. Kerna aku risau dan khuatir ianya akan memudaratkan kebahagiaan korang.. That's it.. Sejam yang lalu merupakan detik terakhir aku mempunyai memori bersama korang.. Yang hadir dengan pelbagai bukti.. Namun biarkan sejarah menjadi sejarah..

Alhamdulillah akhirnya aku mempunyai kekuatan untuk membuang semuanya dari hidupku.. Melepaskan perasaan yang tak sepatutnya hadir in the first place.. Inilah hari terakhir akan aku ingatkan semuanya.. Ingatkan kasih sayang yang pernah ada antara kita semua (haih ramai benar).. Terbenamnya matahari malam ini, terlelapnya mataku menandakan penamatnya masa silam aku.. 

Semoga semua persediaan ini bakal membuatkan insan yang terpilih di masa akan datang menerima aku seadanya dan sebaik mungkin..

7 tahun dah berlalu..

Makin jauh aku pergi.. makin jauh aku panjat.. makin jauh aku dihantar ke suatu destinasi.. makin jauh dari famili.. Alhamdulillah makin banyak smasa aku refleks akan perbuatan aku.. makin banyak aku ungkapkan kejahilan diri ini.. makin aku cuba keluar dari state of denial.. Sedar tak sedar aku kene terima hakikat dan akui aku dah tua. Itu yang pertama.. Dah tak boleh dah nak senyum dan termakan dengan kata-kata orang yang aku nampak muda la.. Nampak macam baru lepas SPM.. Macam budak undergrad dan sebagainya.. Paling tak leh blah ada senario ingat aku baru abis PMR.. Bukan setakat tu, aku dah tak boleh nak sedap-sedap melayan perasaan orang cakap youngest person ke.. youngest Malaysian yang buat percutian ni.. Semua perkataan muda dan seangkatannya dah tak relevan.. Aku kene sedar dan keluar dari kepompong yang aku masih muda.. Terima hakikat aku dah keluar dari sekolah 7 tahun yang lalu.. Aku dah tamatkan pengajian mengikut sistem yang wajib diambil di Malaysia 7 tahun yang lalu.. 7 tahun yang lalu aku dah diberi kuasa untuk menentukan hala tuju hidup aku mengikut undang-undang.. 7 tahun yang lalu.. masa dah berlalu..

Aku bukan budak lagi yang boleh bermain dengan onar dan duri.. Yang boleh bergelumang dengan dosa-dosa lalu.. Kalau dulu orang boleh cakap.. Ala dia budak lagi.. namun sekarang dah tak relevan.. Itu kisah 7 tahun yang lalu.. Kalau sekarang ni tengok ahli sukan ke, pelakon ke atau sesiapa saja.. Semua tu baya aku tak pun tua sikit dan paling teruk lagi muda kot.. Maka ingat-ingatlah aku dah berumur dah lama dah menghirup udara di muka bumi ini.. Tak semestinya kalau aku kawan dengan mereka yang masih muda.. Aku kekal muda selamanya.. Kawan boleh mencerminkan akhlak dan peribadi kita namun ianya tidak akan sesekali melambangkan siapa diri kita yang sebenarnya..

Ini antara siri refleksi aku yang pertama untuk tahun ni.. Untuk sedar akan usiaku.. Selagi aku ingat aku masih muda.. akan aku teruskan kesilapan dan dosa-dosa yang lalu.. Bila aku lihat persekitaran aku.. aku bukan budak lagi.. aku bukan anak kecil yang salah silapnya tak memberikan impak pada sesiapa.. Mungkin aku pernah berkata-kata aku tak ingin membesar dan kekal seperti dahulu... Namun aku tak hidup di alam fantasi yang mana usiaku statik.. tak bergerak dan kekal begitu selamanya..

Aku sedar banyak tindakan ku begitu kebudak-budakan sehinggakan aku melukakan hati dan perasaan pelbagai pihak.. Makin aku lihat persekitaran aku, makin aku sedar yang mana aku bukan seperti dahulu lagi.. Setiap tindakan dan kata-kataku bakal jadi ataupun dah jadi perhatian pelbagai pihak.. Bukan macam dulu yang mana bila aku ponteng takde sapa yang kisah.. Bila aku bakar padang takde siapa yang perasan.. Bila aku musnahkan sesuatu tiada siapa yang dapat meneka.. Apatah lagi bila jadi kes-kes 'nakal' dari aspek bunga api dan mercun sampai la ke tahap booby trap siapa sangka tok dalangnya datang dari insan yang tak dijangka..

Itu semua 7 tahun yang lalu.. Makin aku menghirup udara malam ni makin aku sedar aku hidup dalam fantasi aku sendiri yang mengharapkan orang mengikut kehendak dan telunjuk ku.. bagaikan anak kecil yang inginkan permainan hanya untuk dirinya sendiri.. Namun aku silap.. usia yang bakal mencecah suku abad ni harus sedar.. dirinya bukan budak-budak seperti 7 tahun dahulu.. Kenakalannya bukan sesuatu yang boleh diterima oleh pelbagai pihak.. Permainannya bukan lagi sesuatu yang relevan kerana ramai yang akan terluka..

Harapnya selepas ini.. Walaupun penampilan kekal dalam keadaan yang masih muda.. Tapi aku harapkan pemikiran, tindak-tanduk, emosi dan kematangan berada dalam lingkungan usia yang sepatutnya.. Berada dalam keadaan lebih dinamik.. Bukannya manja dan kebudak-budakan.. Sifat manja, mengada-ngada dan dambakan perhatian.. Itu kisah 7 tahun yang lalu.. itu kisah sewaktu dalam alam remaja dan ingin meneroka dunia luar.. Sepatutnya dalam tempoh 7 tahun ni aku dah sepatutnya puas dengan gaya hidup macam tu..

Dan kini tibalah masanya untuk aku amik serius akan kehidupan insan disekeliling aku.. Lebih sensitif terhadap perasaan mereka dan pastinya lebih menghormati diri mereka sebagaimana mereka harus dihormati.. Tampak mudah tapi insyaAllah aku akan usahakan..

Wednesday, 6 February 2013

Jangan jadikan kelemahan diri sebagai alasan untuk terus gagal..

Okay.. fine tajuk post ni aku songlap dari dialog citer melayu.. Ni la masalah aku kan.. Bila dok jauh sikit dan takde keje.. Pi layan citer melayu.. Anyway, citer kali ni bagi aku makna dalam kehidupan sedikit sebanyak.. Mula-mula aku malas nak layan citer Setia Hujung Nyawa ni.. Biasalah, malas nak commit kat drama melayu yang penuh dengan drama.. Masa aku usha pilot eposide dia.. Nampak macam tak best, tapi entah kenapa hati ni suruh bagi peluang kedua dan ketiga...

Rupanya ada mesej tersembunyi.. banyak gak mesej tersembunyi yang aku jumpa dalam meneruskan perjuangan dan pengembaraan aku kali ini.. Plot jalan cerita yang mengisahkan indahnya cinta lepas bernikah membawa maksud yang tersendiri.. Lagi-lagi bila sejak kebelakangan ni entah kenapa aku senang sangat rasa risau dengan usia yang dah semakin meningkat namun komitmen terhadap janji dan impian yang membuatkan aku terpaksa korbankan perasaan cinta dan sayang dalam diri ini.. Kalu 2-3 tahun lepas orang tanya bila nak kawin.. Memang senang je aku nak tepis.. Tapi bila 2012 melabuhkan tirai dan menjemput 2013 hadir dalam hidup aku.. Suku abad menjadi titik tolak kehidupan ni.. Makin kerap aku berbual dan berbicara mengenai isu perkahwinan (Yang mana kalau budak2 UTM dengar mahu kene bahan kaw kaw ar).. Tu r Zamir dulu mulut takde insuran.. Sekarang jilat balik ape yang ko ludah sebelum ni.. Haih.. dah nasib badan.. terima je ar..

Namun cerita ni sedikit sebanyak menenangkan perasaan aku dan ingatkan aku balik akan tujuan, impian dan matlamat aku buat masa ni.. InsyaAllah jodoh tu di tangan Allah.. Bukannya selama ni aku buat benda jahat n maksiat pun sampai aku tak berusaha untuk mendirikan rumah tangga.. Besar kot amanah nak jadi suami yang baik.. Cuma makin aku layankan cerita tu makin aku rasa indahnya dunia perkahwinan ni.. Walaupun penuh cabaran dan liku hidup.. Namun bila dah diredhai untuk bersama.. Semuanya tampak indah (fine aku tau tu cerita.. bukan dunia realiti pun yet aku tak rasa benda tu mustahil)..

Setiap kali aku tengok wat aku tersenyum sorang-sorang.. Entah kenapa.. cuma ayat episode 8 ke 9 yang bila Zain cakap kat El "Jangan jadikan kelemahan diri sebagai alasan untuk terus gagal" buat aku sentap kejap.. Nak kata aku dalam kategori gagal buat masa ni, mungkin tidak secara holistiknya.. Tapi kalau secara spesifik dalam beberapa perkara ada kebenarannya.. Dan tak mustahil aku salahkan diri aku sendiri.. Mana tak nya, bila macam sekarang.. Aku kene buat fundamental fizik.. Mau tak berasap kepala aku.. Dengan teori elektron bergerak la, meloncat la dan sebagainya.. Ada masanya aku nak cakap that's it.. Tapi bila kenang balik ayat Zain tadi.. Aku takleh berhenti kat sini kot.. Takleh nak give up.. Kalau aku tak buat untuk diri aku.. at least fikir la pasal orang lain..

Aku kene ingat, Ilmu Allah tu luas.. Ilmu Allah takkan habis tapi hayat aku akan habis.. akan tamat.. Kalau aku berhenti dan putus asa sekarang.. Tak banyak, sikit ianya akan bagi impak kat golongan ilmuan lain.. Lagi-lagi yang baru nak berjinak-jinak dengan ilmu.. Bukan nak cakap aku ni role model yang baik.. Entah ada orang akan follow aku nyer pathway or nasihat aku sendiri tak pasti.. Cuma aku tahu, mungkin ada yang memandang tinggi akan diri aku (bukan aku perasan bajet diri sendiri ok.. bukan tu niat aku.. shut up.. hahaha).. So kalau aku stop kan sini dan mengalah.. Ianya akan set bad record or bad example.. Aku tak nak bila aku tinggalkan dunia ni.. Orang akan cakap, alah Zamir pun tak boleh buat so why should we do it.. Aku tak nak sebabkan aku putus asa, sebabkan aku gagal untuk maju kehadapan.. Aku buatkan orang lain mengalah sebelum berjuang.. Yup.. Aku tak nak rakan-rakan aku, adik-adik aku or even anak-anak mahupun cucu cicit aku sekalipun having that kind of thought.. Maka selagi aku boleh maju kehadapan, bangun balik dari kegagalan.. Aku kene cuba.. Aku takleh bagi alasan sebab aku lemah.. Keupayaan manusia tu limitless, mental strength kita yang akan tentukan our limit.. So it is up to what we think and what we want to be.. 

Hayat aku akan tamat suatu masa nanti.. Kalau aku putus asa dan terus gagal.. tak mustahil aku akan menutup hati-hati manusia lain untuk meneruskan perjuangan kali ini.. Penerokaan ilmu Allah - Sebagai seorang individu tak banyak yang aku boleh kecapi sepanjang hidup aku.. Namun kalau hati dan jiwa ini.. hati dan jiwa yang cintakan ilmu Allah demi mencari keredhaan-Nya terus disemai dalam hati generasi yang mendatang.. Hati yang tak mudah mengalah dan putus asa.. Hati yang sentiasa cuba memperbaiki diri dan berhenti memberi asalan.. InsyaAllah walaupun jasad ini dah terbujur kaku.. Jasad ini dah reput ditelan zaman.. Hati yang disemai akan terus hidup.. Melompat dari satu generasi ke generasi yang lain.. Akan terus berkembang mekar.. Meneruskan azam dan iltihad.. Cita-cita dan impian.. sehingga ke akhir zaman..

Aduhai, makin aku fikir semua ni.. makin aku tak sabar rasanya untuk mempunyai keluarga sendiri.. Untuk mempunyai anak-anak dan berusaha mendidik mereka lebih baik dari didikan yang aku terima selama ini.. Jadikan mereka sebagai perajurit-perajurit ilmu dalam memperkayakan bumi Allah dengan ilmu-ilmu-Nya.. Harta yang dicari dan dikumpul boleh habis dibelanjakan.. Ilmu yang didalami dan dipelajari boleh lesap ditelan zaman.. Namun zuriat yang disemai dengan baik.. Akan meneruskan perjuangan dalam meng'infak'kan hartanya ke jalan Allah dan meneruskan pengembaraan dalam proses perkembangan ilmu yang bersesuaian dengan zamannya..

"Aku percaya dalam cerita tu banyak ditonjolkan dalam senario dunia masa kini, yakni bukan mudah untuk hidup bersama.. Tolak ansur dan saling memahami antara kunci terpenting.. cuma bila diorang nak 'bersama' tu bukan mudah.. Aku tak pernah alami kan.. tapi ada kemungkinan jugak benda tu betul.. yet bila tengok time frame cerita tu.. 50 hari lepas kawin baru timbul rasa sayang dan cinta.. Bukan satu tempoh yang singkat"

Tuesday, 5 February 2013

Push the limit.. Expand the boundaries..

Sejak dari kecil jarang kot orang nak kata apa aku buat tu salah dan bukan cara tu yang sepatutnya.. Mungkin orang tak kisah akan hidup aku ataupun memang apa aku buat tu sesuatu yang berketepatan dengan kehendak sosioekonomi masyarakat setempat.. Aku rasa the later macam kurang tepat la sikit.. (Tak nak orang cakap aku masuk bakul angkat sendiri.. Hahaha)

Tapi bila aku dah sampai kat Tempe ni.. Hamik ko.. Bos baru aku ni makan dalam ooo.. Kalau telinga aku tak tebal mau berasap-asap dah.. Kalau dengan pakcik Paul.. Aku argue memang la kene akur at the end tapi pakcik Paul tak bagi banyak sebab untuk backup statement dia.. So aku selalu akur atas dasar superior.. Tapi kali ni.. Mamat tahap dewata raya ni memang aku suspek sama dia la.. Okay satu sebab dia dewa diamond.. Dua sebab dia dewa material kat US ni.. Tiga sebab dia memang antara ahli fizik surface science yang bukan leh bawak mainan ar.. So bila reasoning dia bagi kat aku.. Tergamam kot aku.. takleh nak jawab spontan.. Lagi-lagi bila dia question aku nyer method dan sampel selection.. Maut memang maut.. Ni dia nyer soalan tahap membunuh dia kalah Makcik Hali ataupun Pakcik Hadi.. Tapi nak tak nak aku la defend jugak kan.. Kalau tak memang no point aku datang sini.. 

Maka malam tu dan esok paginya aku pun bertungkus lumus nak bandingkan data dia 15-20 tahun lalu.. Dah la data dan analisis dia sume dalam bahasa fizik.. Aku yang baru tukar bidang sethaun dua ni.. Memang sakit la oooi nak paham ape orang fizik ni cakap.. Tahun lepas dah pecah otak nak faham orang komputer syok sendiri cakap pasal apa.. Kali ni orang fizik.. Tapi nak taknak aku kene la jugak guna kapasiti yang ada untuk cuba jugak faham.. Push the limit, tengok sejauh mana aku leh pergi.. Setinggi mana aku leh berpijak..

Nak dipendekkan cerita, pagi tadi aku dah ready dah nak defend balik (siap jumpe kepincangan dalam data dan analisis dia lagi).. So kira boleh la aku bawak yang aku nyer ni solely untuk improve condition yang dia terlepas pandang suatu masa dulu.. So ada la kenyakinan sikit nak pertahankan maruah aku ni.. Paaangg... Lagi sekali aku kene.. Ingatkan aku dah tutup dah loop hole yang ada.. Dia pergi bukak plak story possibility band bending upwards or downards.. Owh tidak.. more physical term.. Nak dipendekkan cerita sebabkan sampel yang aku guna tu p-type semikonduktor.. Result yang aku dapat selama ni mungkin data dari band bending dan bukannya monolayer metal coverage aku.. PaaaP.. sekali lagi aku diam membisu... nak defend mane plak ni.. Kalau ilmu kimia tu boleh la aku citer celah sini, goreng celah sana.. Ni fizik kot, salah aku citer.. Mampus kredibiliti aku dan group aku kat Bristol tu.. So malam ni lagi sekali pencarian bermula..

Cuma aku tau pakcik tu baik.. Dia buat semua ni sebab nak push aku pergi lebih jauh.. Nak tengok sampai mana aku leh manipulate dan interpret data.. Dan predict best method untuk solve masalah ni.. Lepas tu dia siapkan.. Great work so far.. Well done.. and you have plenty stuff to read.. Keep up the good work.. Thanks pakcik Bob.. At least aku tau yang hari ni aku leh explained pasal NEA lebih baik.. Pasal UPS dan XPS lebih sempurna.. Apatah lagi aku dah makin memahami term-term fizik yang lain.. So target esok untuk defend apa yang dia point out tadi.. Dan tengok sejauh mana aku boleh pergi..

Alhamdulillah buat masa ni 1st sampel yang tengah analisis menunjukkan result positif cuma tak pasti sama ada ianya positif untuk aku nyer aplikasi atau tidak.. Yang pasti ianya positif dan stabil untuk high temperature application.