Pages

Monday, 31 December 2012

Selamat tinggal kekasih gelapku..

Its sound so dodgy post kali ni.. Mungkin bagus jugak bila aku keluar dari state of denial ni.. Thanks babe for the chat, talk and open minded thinking throughout the night.. Kalau nak diikutkan.. Kau antara beberapa orang dalam dunia ni aku berani ceritakan benda alah ni.. Mungkin orang yang ketiga.. Tapi kau lah yang pertama aku cerita ikhlas dari hati aku.. The first time ever aku open up diriku dan jadi sejujur-jujurnya.. Mungkin betul jugak bila Amrul selalu cakap aku Heartbreaker dan Dealbreaker.. Bila kau sendiri cakap semalam aku rasa macam De javu balik jer.. Mungkin kebaikan aku selama ini disalah ertikan oleh terlalu ramai manusia.. Bila respond dari kawan-kawan kau dan dari diri kau sendiri dalam pelbagai situasi kebaikan aku.. Makin aku nampak banyak kebaikan dan kemesraan aku disalah ertikan.. 

Dari kecil aku cuba untuk jadi sebaik mungkin.. Tak pentingkan diri sendiri.. Pentingkan orang lain.. Lebihkan keperluan orang lain berbanding diri aku.. Kadangkala walaupun benda tu menyusahkan aku, aku masih lakukan demi orang lain.. Susah nak cakap tak.. Sentiasa bantu sesiapa dalam kesusahan.. Itu ideologi yang aku bentuk sejak kecil lagi.. Selagi aku rasa aku boleh bantu aku akan bantu.. Aku akan tolong.. Dan mungkin apa yang aku lakukan ni, hanya aku saja yang lakukan.. Yang membuatkan orang lain rasa special.. Rasa dihargai.. Cuma niat aku selama ini ikhlas.. Bagiku setiap manusia wajar dihargai.. kerana setiap satu dari mereka mempunyai keunikan masing-masing.. Maka aku ingat tak salah untuk aku menyerlahkan lagi keunikan diri mereka.. Memberi sokongan dalam pelbagai aspek kebolehan mereka supaya mereka boleh pergi jauh..

Malangnya tanpa aku sedar.. Aku bermain dengan perasaan mereka.. Prinsip yang aku pegang, yakni tak pernah memberi harapan dan janji palsu.. Rupanya aku berikan dalam keadaan tanpa sedar.. Kebaikan yang aku tonjolkan sebenarnya memberi harapan dan janji manis pada mereka.. Babe, bila kau cakap macam tu baru aku perasan yang mana apa yang aku selalu lakukan hanya dilakukan oleh pasangan kekasih or suami isteri.. Aku terlalu berusaha untuk menjadi lebih baik dan baik sehinggakan aku lakukan perkara yang jarang manusia biasa lakukan.. Yang membuatkan ianya disalah ertikan oleh insan lain..

Dan sekarang aku rasakan benda yang sama.. What comes around goes around.. Cuma kali ini bukan disebabkan ada orang sentiasa lakukan kebaikan pada aku.. Permainan kali ini agak berbeza.. Bak kata ko babe, buku bertemu dengan ruas.. Cuma selama ni aku fight a losing battle kot.. Sebab setiap kali aku diserang bila aku tengah down.. Bukan apa, dalam tahun 2012 banyak proses yang melibatkan jatuh bangun aku.. Dan setiap kali aku jatuh, permainannya bermula.. Sentiasa berada di sisi aku untuk papah aku balik.. Thanks for stating the obvious babe.. Tapi bila dah sayang, ular depan mata pun tak nampak.. Semalam aku admit banyak silap aku.. Cinta itu buta.. Ikutkan hati tu mati..

Kalau nak momento kan perasaan aku ni.. Memang aku sayang giler kot kat dia.. Sebagaimana aku pernah sayang seorang gadis pada umur aku 16 tahun, 17 tahun, 20 tahun dan 22 tahun.. Macam tu jugak lah perasaan aku sekarang.. Tapi aku kene tamatkan semua ni dan ucapkan selamat tinggal.. Walaupun alasan kali ini jauh berbeza dengan alasan sewaktu umur aku 16,17,20 dan 22 tahun..

Aku tahu kali ini lebih perit dan menyeksakan.. Sebab dulu aku mudah melepaskan perasaan ini dan mengucapkan selamat tinggal sebab aku masih ada tempat untuk mengadu dan bercerita.. Ada tempat untuk aku menangis sepuas-puasnya.. Aku takut aku tak cukup kuat untuk hadapi semuanya.. Sebab ada masanya aku dah ucapkan selamat tinggal dah dan tolak dia sejauh-jauhnya dari hidup aku tapi bila aku jatuh.. bila aku tersungkur takde sapa-sapa pun untuk duduk kat sebelah aku untuk mendengar semua cerita duka dan lara aku.. Dan permainan dia sungguh keji.. Waktu tu dia kekal disitu bermain permainan biasa dirinya.. dan seperti biasa aku tewas ke-sekian kalinya..

Tapi bak pesanan ko babe, aku kene move on.. Esok dah masuk tahun suku abad aku.. Aku kene move on.. Aku bukan budak kecik lagi.. Aku bukan budak belasan tahun yang mengejar keseronokan dunia.. Aku bukan budak lagi.. Kalau dulu masa 17 tahun boleh la aku merancang permainan yang sama dan bermain itu dan ini.. Aku dah tua.. Tolong la admit Zamir yang ko dah tua.. Ko bukan budak lagi.. 

Maka aku rasakan hari ini hari paling baik untuk tamatkan segalanya.. Hari terakhir sebelum aku menjangkau suku abad tahun ku.. Lepaskan lah segalanya.. Ucapkan selamat tinggal untuk ke-sekian kalinya..

Namun kali ini aku kene berubah.. Aku tak nak setiap kali aku jatuh dirimu bermain dengan perasaan ini lagi.. Dan hanya satu benda je aku nampak.. Satu solusi ke yang aku jumpa.. Shutting down.. Tutup balik dunia aku.. Pendamkan perasaan dan hapuskan segala perasaan yang ada dalam diri aku.. Aku tahu side effect dia cukup besar.. Bak kata Cikgu aku dulu.. Benda ni macam bom jangka masa.. Bila-bila boleh meletup dan aku tahu kalau ianya meletup, ianya merupakan pengakhiran hidup aku.. Penamatnya.. Tapi aku kene tekad dan nekad jugak.. Kali ini aku lebih rela memilih jalan ini berbanding hidup aku jadi boneka perasaan dirimu.. Dipermainkan dalam setiap detik dan ketika.. Kalau aku terpaksa memilih jalan untuk menamatkan hidup aku.. Lebih rela aku jadi bom jangka masa berbanding boneka dirimu..

Babe semalam aku tak cakap kat ko apa side effect aku shutting down.. Sebab aku tak sampai hati ceritakan apa yang jadi masa lampau waktu ianya meletup.. Aku bersyukur masa tu Amrul ada di sisi aku.. Tapi kali ni aku harap ada lah sesiapa yang dapat hentikan aku bila aku meletup.. Cuma kali ni aku dah tekad.. Walaupun tiada siapa lagi untuk hentikan letupan tu.. Aku redha.. Kalau inilah pengakhiran hayatku.. Aku terima seadanya.. Dari aku terus sayangkan sesuatu yang mustahil untuk disayangi dan dicintai.. Lebih baik untuk aku mengundur diri..

Maafkan aku sebab tak berlaku jujur masa ko berikan aku nasihat semalam.. Aku tahu kalau aku bagi tau apa yang akan jadi kalau aku shutting down ko takkan setuju dengan aku dan suruh aku teruskan plan aku ni..

Harapnya inilah kali terakhir aku fikirkan akan dirimu.. Dan inilah hari terakhir untuk aku menyayangi seseorang insan bergelar manusia.. Pabila terbenamnya matahari pada hari ini.. No turning back.. Time to end this once and for all..

Friday, 28 December 2012

Allah itu Tuhan segala Alam dan isinya..

Bila aku meletakkan Allah pada tempat-Nya dan sebagai penguasa Alam.. Hati ini kembali tenang.. Ketakutan dan kerunsingan mula hilang.. Cuba azab neraka dan kepanasan jahanam mula menerjah.. Penyesalan demi penyesalan terlintas dalam hati dan sanubari ni.. Perasaan kasih dan sayang yang selama ini aku tersalah bagi.. tersalah beri membuatkan aku terus berada dalam sesalan.. Namun semua sesalan dan penyesalan ini dalam keadaan tenang.. Air mata bergenang dan mengalir dalam keadaan yang tersendiri.. Ketenangan yang aku sendiri tak pernah rasakan..

Khutbah tengah hari tadi membuatkan air mata ini terus mengalir.. Apatah lagi ianya menceritakan akan perihal kematian.. Setiap kali aku mendengar ucapan kematian.. Badan ku bergetar.. Dari hujung kaki ke hujung kepala.. Bagaikan renjatan elektrik mengalir.. Dan bila terbayang dosa yang aku lakukan selama ini.. Layakkah diri ini untuk syurgaMu Ya Allah.. Namun ku tak mampu menanggung api nerakaMu.. Perasaan ini terus buatkan air mata ini mengalir..

Hidup ini begitu singkat.. Bila khatib berbicara bertapa singkatnya hidup ini.. Ianya cukup simbolik.. Sewaktu aku lahir.. Aku diazankan dan diiqamahkan.. Tapi sedar atau tidak selepas azan dan iqamah pasti diikuti dengan solat.. Di mana solatnya?? Sedar atau tidak, solatnya adalah solat jenazah aku sendiri.. Azan dan iqamah yang aku dengar pada permulaan hidup aku adalah persediaan untuk solat jenazahku sendiri.. Maka tempoh antara azan dan iqamah dengan solat cukup sekejap.. Begitu jugaklah sekejapnya hidupku ini.. Hidup aku ini hanyalah beberapa nafas diantara azan dan iqamah sebelum solat untukku menjelma..

Cerita mengenai azab kubur dan soalan Mungkar dan Nangkir terus menusuk diriku.. Tiga soalan bocor yang aku tahu sejak dari kecil.. Siapa Tuhan Kamu? Apa Agama Kamu? Siapa Rasul Kamu?.. Pabila soalan ini meresap masuk dalam jiwaku.. Sejauh mana hatiku mengiyakan Allah Tuhanku, Islam agamaku dan Rasulullah saw rasulku.. Sejauh mana hatiku mengiyakan semua ini.. Semua ini terus membuatkan jiwaku bergetar..

Semua ini menggambarkan bertapa jauhnya diri ini dari Islam.. Dari Allah.. Dari kekasih-Nya.. Sejauh mana aku tersesat dalam dunia ni.. Sejauh mana aku tersasar dari jalan yang lurus.. Aku pun tak tahu.. Sambil berjalan di gigi air buat kali kedua hari ini.. Hatiku bermain-main, memikirkan soal kematian.. Bayangkan kalau inilah hari terakhir aku hidup di dunia ini.. Hari esok merupakan solat untukku.. Cukupkah amalan ku untuk mencium bau syurga.. Cukupkah amalan ini supaya hatiku memberikan jawapan yang ringkas dan tepat pada Mungkar dan Nangkir.. 

Usahla aku nak kira amalan yang aku lakukan selama ini.. Pastinya kebaikan dan ibadah ku cukup sikit jika nak dibandingkan dengan dosa-dosa pada Allah, manusia dan sekalian makhluk.. Itulah rontaan hati dan kekosongan yang aku alami sebenarnya.. Dosa-dosa yang aku lakukan dari mulut turun ke tangan turun ke hati.. Bertapanya kotor diri ini.. Dari perbuatan yang menghampiri zina, penderhakaan pada ibu dan ayah aku sehinggakan mereka menangis atas perbuatan aku (belum kira bila aku meninggi suara lagi) sehinggalah pengkhianatan aku pada manusia dan makhluk Allah yang lain.. Tu belum dicampur dengan umpatan dan kutukan dalam diri ini.. Ya Allah ampunilah dosa hamba-Mu ini walaupun aku sedar mungkin aku tidak layak untuk menerima ampunanMu.. Namun DiriMu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.. Bimbinglah diriku.. Masukkanlah aku ke dalam kebenaranMu dan keluarkanlah aku dari dunia ini melalui pintu kebenaranMu jua.. Kurniakanlah bagiku penolong dalam membimbing diriku dalam kebenaran dan keredhaanMu..

3-4 hari lagi nak meninggalkan tahun 2012.. Tiba-tiba diri ini rasakan sesuatu yang seriau.. Apakan jika telah ditentukan bahawasanya tidak akan diriku melihat tahun 2013.. Adakah aku dah bersedia dengan semua ini.. Selain amalanku.. sudahkah aku meminta maaf pada semua insan yang aku musnahkan, hancurkan hidup mereka.. Tidak akan Allah ampunkan dosa hambaNya jika ianya berkaitan dengan hambaNya yang lain.. Sudahkah aku bersedia untuk pergi buat selamanya.. Izrail boleh datang bila-bila masa.. Sekarang? Esok? Malam ni? Tiada siapa yang tahu.. Bersediakah aku.. Adakah tangan ini masih lagi melakukan maksiat.. Akal ini masih memikirkan jalan-jalan maksiat.. Hati ini masih mendambakan maksiat.. Bersediakah aku??

Pesanan buat diriku.. Ingatlah ayat pertama yang ditujukan padaku.. Allahuakbar Allahuakbar.. Allah Maha Besar Allah Maha Besar.. Tahun depan jika aku masih sempat melihatnya.. Ianya merupakan suku abad kehidupan aku dalam dunia ini.. Sampai bila aku nak mengejar keseronokan dunia bergelumang dengan maksiat-maksiat.. Allah itu satu, janji Dia benar dan akhirat itu benar.. Jadikanlah air mata yang mengalir pada hari ini sebagai kunci penyucian diriku..

Dan dalam kesempatan ini aku ingin memohon maaf pada semua yang pernah terluka atas sebab diri ini.. Maafkanlah segala kesalahan yang pernah aku lakukan.. Janganlah dirimu risau, sejak dari dulu lagi.. Aku tak pernah menyimpan dendam dan tiada satu benda pun aku tak maafkan.. Tiada dosa antara dirimu dan diriku.. Jika aku pernah terasa suatu masa dulu.. Telah lama aku maafkan.. Tiada apa yang perlu aku maafkan dalam hidup kalian semua..

Maka pintaku hanya satu.. Jika aku berdosa dalam hati kalian.. Jika aku bersalah dalam hatimu wahai kawan, wahai rakan, wahai musuhku.. Maafkan aku.. Halalkan segalanya dan jika ada yang aku berhutang.. Tuntutlah sebelum jasad ini kaku menyembah bumi.. Maafkan diri ini yang penuh dengan kelemahan..

Thursday, 27 December 2012

Menjadi dan Mencari yang lebih baik..

Selama ni aku asyik dan banyak kali katakan lebih baik diriku yang dahulu berbanding diriku yang sekarang.. Kononnya aku yang dulu itu dan ini dan aku yang sekarang entah pape.. Tapi sewaktu berlari-lari di gigi air sebentar tadi sambil bermandikan cahaya purnama.. Membuatkan aku lakukan refleksi yang cukup mendalam dalam diriku... Yang mana banyak pencapaian yang aku dah alami dan perubahan yang cukup aku patut banggakan dalam diri aku.. Antaranya:

Aku jadi lebih baik dari dulu.. Mulut aku dah tak macam dulu.. Jarang kata-kata yang melukakan orang yang keluar dari mulut ini.. Banyak lagi komen yang membina dari sarcasm serta sinisan yang mendalam..

Aku jadi lebih profesional dan penyabar dalam menguruskan emosi aku.. Walaupun ianya masih dalam keadaan yang rapuh, tapi aku rasakan ianya lebih baik berbanding tahun 2011..

Aku lebih menghormati dan menghargai pendapat orang lain dan mula menerima perspektif berbeza..

Dah makin kurang perangai aku tahu semuanya..

Aku lebih banyak bertanya dan tak segan bertanya benda yang aku tak tahu berbanding cuba-cuba bajet tahu..

Lebih banyak memerhatikan ciptaan Allah dan cuba menghargai apa yang dah terbentang di depan mataku..

Lebih banyak bersyukur dan redha dengan apa yang aku ada.. Cuba hidup semudah dan seasas mungkin..

Jadikan rutin bulanan Majlis bacaan Yasiin dan Solat Hajat... 

Kenal erti dan nikmat tawakal serta besarnya kekuasaan Allah..

********************

Namun tak dinafikan banyak perkara yang aku perlu perbaiki.. Banyak terlalu banyak untuk difikirkan namun ianya harus dilakukan.. Antara perkara yang aku nak ubah:

Ikhlaskan diri dalam melaksanakan ibadah aku..

Jangan tinggal solat.. Tak kisahlah sama ada solat wajib ataupun solat dhuha apatah lagi solat-solat lain..

Mengurangkan perasaan buruk sangka dan menilai manusia pada keadaan yang tak sepatutnya..

Kurangkan perbuatan yang sia-sia

Hilangkan terus perkataan dan perbualan yang sia-sia..

Banyakkan bersedekah dan kurangkan perasaan berkira dalam apa jua keadaan..

Tingkatkan lagi ketenangan dalam diri ini.. Ingat Allah selalu.. Setiap masa, sepanjang waktu..

************

Terima kasih la kat kawan-kawan aku yang ingatkan aku pasal semua benda ni.. Kalau bukan sebab aku jumpa diorang semua tadi.. Takkan nyer aku fikir sejauh dan sedalam ni.. Aku rasakan tinggalnya aku di bumi asing ni banyak mengajar aku bahawa harta dan keselesaan itu bersifat abstrak.. Bukan duit yang banyak memberikan aku kebahagiaan.. Bukan makanan yang mahal dan enak yang membuatkan tidur aku lena.. Bukan rumah yang besar menjanjikan kesenangan hidup.. Bukan kawan yang ramai menjanjikan hidup ini ceria dan takkan sunyi..

Cukuplah dengan makanan yang kenyang, rumah yang selesa, kawan yang memahami dan harta yang diberkati.. Cukuplah dengan semua itu untuk aku meneruskan hidup di bumi.. di Alam yang sementara ini.. Apa yang penting aku perlu tingkatkan lagi kebaikan dan pencapaian dalam diriku untuk disumbangkan kepada makhluk Allah yang lain dan juga perbaiki kelemahan-kelemahan aku yang masih lagi goyah dan rapuh.. Banyak lagi kelemahan yang aku nak senaraikan tapi cukuplah banyak ni dulu untuk aku atasi terlebih dulu..

Semoga DiriMu redha Ya Allah dengan hidupku.. Dan tunjukkanlah, bimbinglah diri ini untuk menjadi yang terbaik di sisiMu.. Yang terbaik untuk agamaMu Ya Allah..

Wednesday, 26 December 2012

Aku terlalu memaksa..

Bila diimbas kembali.. Dalams setahun ke dua tahun ni.. Lagi-lagi selepas tragedi April berulang dua tahun berturut-turut, membuatkan aku mengubah rentak hidup aku.. Membuka peluang untuk perasaan menyelami segenap tubuh badan ini.. Mengalir dalam setiap arus peredaran dalaman.. Cuma bila aku renungkan dan fikirkan akan semua yang berlaku.. Adakah ini tindakan yang wajar.. Adakah pabila aku membenarkan perasaan membawa pemberatnya sendiri dalam keputusan aku, ianya sesuatu yang membantu atau memusnahkan.. Gembira, suka, sedih, marah, mengamuk, bengang, sedih, dan sayang.. Semuanya membawa entiti yang berbeza dan respond yang berbeza..

Aku akui ada masanya perasaan ini menolak aku supaya pergi lebih jauh.. Tapi adakah ianya berbaloi dengan kemusnahan yang dilakukan.. Secara jujurnya dah lama aku tak rasa seterluka ini.. Tiada sesiapa pun yang melukakan diri ini.. Aku rasakan aku terluka atas perasaan aku sendiri.. Salah aku jugak.. Menyayangi insan yang mustahil untuk disayangi.. Menyayangi dirinya lebih dari seorang kawan, itu silapku.. Mungkin pengalaman ni menambah epilog cinta dalam hidup aku.. Aku tak nafikan ianya memberi sedikit sebanyak jawapan perasaan cinta dan sayang itu sendiri.. Ianya melebarkan maksud cinta itu buta.. Ianya mendefinisikan rasa rindu dan sayang.. Dan kenapa manusia mampu berjanji akan sesuatu yang mustahil demi kegilaan pada insan yang lain.. Bila aku menggunakan akal berbanding perasaan untuk berfikir.. Jelas dan terang semua kegilaan yang aku lakukan demi insan yang aku sayangi.. Cuma bila akal yang bersuara, makin jelas kenapa perasaan ini sesuatu yang terlarang.. Sesuatu yang tak wajar untuk aku lakukan.. Kelakuan dan tindak tanduk selama ini terlalu obsesif dan melampau.. Tiada justifikasi yang jelas dalam kelakuan aku.. Yang mana ianya akan bertambah keruh pabila persoalan give and take masuk campur.. Pabila aku mula mempersoalkan kenapa asyik aku yang memberi dan jarang menerima.. Seolah-olah aku pilihan yang terakhir..

Tapi aku tak nafikan, dalam setiap sakit ada perasaan indahnya.. Bila bersama, berkongsi cerita.. Namun semuanya bersifat sementara.. Bila akal mula bertindak mengatasi perasaan.. Justifikasi setiap tindakan masih lagi tidak jelas dan samar-samar.. Apatah lagi tiada yang sekufu.. tiada persamaan.. Satu pun tidak.. Mungkin kerana aku terlalu memaksa akan semua ini.. 

Mungkinkah kerana trauma dan tragedi April lalu dan yang lepas.. Membuatkan aku menidakkan akalku dan mengambil jalan mudah untuk percaya akan perasaanku.. Memaksa perasaanku mengambil alih tugas untuk akalku befikir.. Dan pastinya ianya satu tindakan yang salah.. Bila aku renungkan kembali.. Pabila gunung-gunung mula bersuara.. Mula berbicara padaku.. Baru ku sedar.. Pabila alam semulajadi menyampaikan amanat dan nasihat.. Barulah hati ini bergetar semula..

Aku tak kata perasaan itu sesuatu yang buruk dan jahat.. Apatah lagi aku tak nafikan ada saatnya aku bahagia dan rasakan dunia ini cukup indah namun aku tak nafikan jua bahawa ada masanya aku rasa terseksa hampir jadi gila.. Cuma mungkin perasaan ini hanyalah mainan manusia.. Dan mungkin juga aku salah gunakan ianya sebagai jalan pintas untuk aku mengalah dalam berfikir akan masalah dunia..

Untuk pengakhiran tahun ini.. usahlah aku imbau akan pencapaian fizikal mahupun mental.. Lebih baik aku melihat pada ukuran kemusnahan yang telah aku lakukan.. Muka bumi yang telah aku rosakkan.. Adakah dengan meletakkan perasaan dalam tindak tandukku, makin banyak kemusnahan yang aku lakukan.. Jika dibandingkan dengan masa silam di mana perasaan diletakkan jauh dalam sudut hati.. Kemusnahan yang terjadi bersifat setempat dan banyaknya hanya memusnahkan diri aku.. Ada keadaan diri aku musnah secara total.. Luar dan dalam.. Namun aku bersyukur kerana ianya tidak melibatkan sesiapa yang lain.. 

Tapi kini, aku rasakan kemusnahan bersifat ledakan berangkai dan melibatkan pelbagai pihak.. Yang mana aku kesal kerana mulutku banyak badan yang binasa, kerana lagakku yang lain merana, kerana perasaanku habis semuanya.. 

Cuma kalau asyik berbicara pasal kemusnahan, sampai bila-bila tiada perubahan.. Kalau asyik berbicara siapa yang salah dan menunding jari pada yang lain.. Sampai kiamat tiada penyelesaian.. Aku rasakan, aku perlu merancang kembali strategi dan menggunakan akal dalam menilai sesuatu perkara.. Cuma langkah paling mudah aku dapat fikirkan buat masa sekarang hanyalah.....

TSS - Tenang, Sabar dan Senyum..

Walau apa jua keadaan, pastikan diriku dalam keadaan tenang.. Keadaan fizikal dan mental yang tenang mampu memudahkan proses kesabaran dalam apa jua keadaan yang akhirnya membuahkan senyuman.. Walau sakit macam mana diri ini, walau perit macam mana pun.. Walau luka itu mustahil untuk diubati.. Senyuman seharusnya terus terukir dibibir.. Walau gembira, suka dan teruja macam mana pun.. Senyuman yang seharusnya terukir la kan.. Perasaan sebenar??? Tidak perlulah dizahirkan pada sesiapa.. Kerana fitrah manusia pabila perasaannya dizahirkan, ianya mahu difahami.. Dan makin mudah dirinya terluka pabila tiada yang cuba untuk memahami.. Maka lebih mudah untuk tidak dizahirkan.. Hingga tiba masanya pada si Dia yang sedia menerima segalanya..

Thursday, 20 December 2012

Kosong..

Entah kenapa.. Ini yang aku rasakan malam ini.. Kekosongan.. Aku tahu, jawapannya cukup mudah.. Iaitu ianya satu tanda yang aku makin jauh dari Sang Pencipta.. Yang mana hatiku merayu-rayu untuk mendekatkan diri pada-Nya.. Tuhan yang satu.. Yang bermain difikiran aku bukan ini.. Tapi kenapa perasaan ini sering terjadi bila di hujung-hujung tahun.. Dan kenapa setiap kali ianya bermain-main di kala waktu khamis dan jumaat.. Ingat lagi tahun lepas.. Aku meluahkan perasaan yang sama dalam bentuk ayat-ayat.. Sayupnya rasa pagi ini, jika ini jumaatku yang terakhir, ampunkan aku wahai ayah dan bonda, abang dan kakakku serta rakan-rakanku yang lain..

Ini yang menjadi suatu misteri.. Yang buatkan aku tertanya-tanya.. Apakah makna kekosongan hati ini.. Rasanya setiap tahun ianya terjadi.. Cuma ianya lebih perit di sini sebabkan aku ingin luahkan.. Keluarkan.. Lontarkan.. Namun, masa dan keadaan tak pernah sesuai.. Dan selalunya aku berdiam diri dan membiarkan ianya memamah diri sedikit demi sedikit.. Kerna aku tau masalah aku ini tidak cukup besar kalau nak dibandingkan dengan insan lain.. Permasalahan aku tak pernah cukup besar.. Tak perlu untuk buatkan orang lain risau.. Itu yang selalu aku tanamkan.. Selalu aku fikirkan..

Makin perit hati ini, makin kerap aku tersenyum.. senyum dan gelak tawa.. Selalu aku cuba untuk sembunyikan semua keperitan hati ini.. Biarlah orang tak nampak bertapa terluka dan sakitnya hati ini.. Cukuplah jika senyuman ini mampu membuatkan orang lain bahagia.. Cukuplah gelak tawa ini mampu menghilangkan kesunyian orang lain.. Cukuplah kehadiran ini untuk membahagiakan orang lain.. Aku tahu sejak dari belasan tahun lalu.. Mungkin inilah pengakhiranku.. Yang mana aku tak seharusnya pentingkan diriku.. Pentingkan perasaanku.. Kerana untuk membuatkan orang menyayangi diri ini.. Aku seharusnya saya insan lain terlebih dahulu.. Untuk membahagiakan diriku, aku kene belajar membahagiakan diri orang lain..

Hidup ini bukan untuk aku.. walaupun kadangkala aku rasakan benda yang aku buat itu tidak adil untuk diriku.. Dan ianya hanya akan membuatkan aku terus terluka.. dan terus berada dalam keadaan kekosongan ini.. Hati ini selalu berdetik.. Cukuplah dengan melihat senyuman orang yang diriku sayangi walaupun dari jauh.. Walaupun beribu batu kita terpisah.. Sayangilah semua insan dan semua manusia.. Kerana hidup ini terlalu singkat untuk membenci.. Mungkin mulut ini pernah membenci namun tidak sesekali hati ini akan terus menyimpan perasaan itu..

Namun fitrah manusia tetap fitrah manusia.. Walau sekuat mana diriku.. Itu bukan lawanku.. Perasaan kasih, sayang, cinta, suka, teman, pengiktirafan dan penghargaan.. Itu fitrah manusia yang perlu diisi.. Walau sekuat mana aku tekan perasaan ini dalam diriku.. Walau setiap hari aku paksa untuk ianya tak pernah keluar menjengah untuk diriku.. Ianya pasti menjelma lambat laun.. Dan itu yang aku rasakan sebabkan kekosongan dalam diriku pada setiap hujung tahun.. Yang mana sepanjang tahun mungkin dengan jayanya aku menekan semua perasaan tu.. Tapi bila hujung tahun menjelma, kekuatan aku tak cukup untuk menampung keinginan fitrah ku sendiri.. Maka semua perasaan itu bergabung membentuk kekosongan dalam hidupku.. Cuba memerangkap aku untuk memenuhi kehendak diriku sendiri..

Alhamdulillah tahun demi tahun, insyaAllah ada saja kekuatan yang datang dalam diriku untuk menekan kembali semua perasaan ini supaya aku dapat menghadapi tahun mendatang dengan lebih baik.. Rasanya inilah bayaran yang aku perlu terima dengan laluan hidup yang sebegini rupa.. Yang mana demi untuk terus menjadi matahari, memancarkan sinar harapan di mana aku berada.. Aku sentiasa berdiri seorang diri.. Yang cuba menghampiri akan melecur terbakar.. Dan mungkin sebab itu aku selalu cuba untuk berada setinggi mungkin supaya tiada yang terluka dan cedera kerana kepanasan jasadku..

Mungkin.. hanya perspektif dalam diriku..

Tuesday, 18 December 2012

Borak-Borak Cuti..

Seriously tajuk tu kalau baca sekali lalu memang takkan ada kaitan pun dengan post kali ni.. Sebab borak-borak yang berlaku tadi bukannya borak biasa dan cuti seperti biasa bukanlah percutian yang normal dan bersifat santai... Apa kehal aku tiba-tiba nak terangkan benda alah ni.. Selama ni tak pernah pun aku nak terangkan maksud-maksud tersirat apatah lagi yang tersurat dalam blog ni.. Paham sorang-sorang sudah..

Pakcik kesayangan aku dah selamat bersuka suki kat Malaysia dengan isteri tersayang.. Tadi borak dengan pakcik kesayangan nombor 2.. Biasalah bila background lain.. Sorang cakap bahasa kimia, sorang cakap bahasa fizik.. Memang aku selalunya end up nganga je la.. Pastu asyik tanya ape benda tu.. Boleh ulang lagi sekali.. Rasanya dah hampir 3 tahun aku kat sini... Tapi makin lama aku kat sini, makin aku tak pernah dengar semua terminologi tu.. Delta effect la, Pinning effect la.. Pastu banyak yang bercanggah dengan apa yang aku faham.. Memang tadi lepas abis jumpe.. Rasa nak pergi somewhere jerit kuat-kuat.. Pastu lepak minum-minum sambil menikmati matahari terbenam.. Bagi tenang ini jiwa.. Namun setiap benda kita hanya mampu merancang.. Last-last aku end up buat satu dari beberapa benda tu je..

Alhamdulillah, lepas blur blur tu dapat email dari bakal pakcik kesayangan yang baru.. Dia cakap silalah datang.. Kami menanti-nantikan kedatangan anda.. Nak datang berapa lama.. Sebab nak buat benda alah ni amik masa 3 hari satu sampel... Aku pun hah? TIGA harii!!! Mak aih.. baru ingat nak bawak 10 sampel.. kalau sepuluh memang 30 hari bekerja la.. Aisehman.. Tak leh jadi ni.. Kene fikir-fikir balik.. At most aku boleh bawak 5 sampel.. Tapi takpelah yang penting orang A dah cakap ok.. orang B pun dah cakap ok.. Sekarang ni tunggu orang E, orang J dan orang Z je respond..

Cuma bila aku melihat keadaan ini, aku sering kali terfikir.. Adakah semua ini jadi kerana aku terlalu menginginkan ia.. Ataupun kerana ianya memang terbaik untuk diriku.. Sebab perkara ni antara yang betul-betul aku inginkan.. Selalunya bila berlaku satu perkara.. Aku jarang meletakkan kemahuan aku terlebih dahulu.. Bukan sikapku untuk meletak diriku lebih dari orang lain.. Sebab dalam banyak perkara, orang lain lebih memerlukan daripada ku.. Cuma kali ini aku lebih pentingkan diri sendiri.. Adakah aku dah berubah? Mungkin orang di sekitar saja yang mampu berikan jawapan.. Sebab manusia lain yang mampu menilai diriku lebih baik dari diriku sendiri...

Itu kejadian hari ini.. Dan yang membuatkan aku lebih bahagia dan selesa.. Tiba-tiba kawan baik aku mesej pagi tadi.. Bukan apa, aku faham dia makin sibuk dengan urusan dia.. Dan kadangkala tak tertanggung bebanan dia.. Aku tak salahkan dia.. Kadangkala aku yang terlebih melampau dalam hal-hal tertentu.. Yang menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan.. Lepas mintak maaf, lega sikit la hati ni.. Namun aku bersyukur kerana dianugerahkan antara nikmat paling bermakna dalam hidup aku.. Dia merupakan nikmat yang takkan dapat diganti oleh sesiapa pun.. Dalam hidup aku, selain keluarga aku, takde insan lain lebih penting dari dirinya.. Tadi dia tawarkan kerja untuk ku.. Aku katakan, aku masih tak bersedia lagi-lagi situasi aku masih dalam keadaan yang tak pasti.. Cuma aku pesan elok-elok, kalau ada yang lebih layak berikanlah pada orang lain.. Sebab aku taknak disebabkan hubungan aku dengannya membuatkan aku menarik hak orang lain.. 

Cuma aku selalu fikirkan akan diri ini.. Bukan aku hendak menidakkan kuasa Allah namun aku ragu-ragu dengan diriku.. Apa yang aku lakukan sehinggakan diberikan peluang dan keadaan seperti ini.. Aku bukannya insan yang sebaik itu.. Aku bukannya insan yang sesempurna itu.. Apatah lagi hidup aku penuh dengan kejahilan dan kebodohan yang sering aku lakukan.. Sampaikan aku rasakan aku tak layak untuk menerima nikmat dan pengiktirafan sedemikian rupa.. Dalam kaca mataku, aku dapat lihat lebih ramai lagi insan yang akhlaknya lebih terpuji dariku, agamanya lebih sempurna dari diriku, imannya lebih jitu dari diriku.. Kenapa aku yang diberikan nikmat ini, membuatkan aku rasakan diri ini terlalu kerdil.. Walaupun hati dan jiwaku penuh dengan kehinaan, namun rezeki yang kau berikan bukan sahaja cukup malah melimpah ruah.. Sehinggakan ada satu tahap membuatkan takut untuk menerima rezeki ini, membuatkan aku rasa bersalah jika aku memakan rezeki yang bukan milikku.. 

Aku tahu rezeki itu bukan urusanku tapi urusanMU... Dan apa yang mampu aku lakukan hanyalah bersyukur dan berkongsi rezeki ini dengan manusia seluruh alam.. Kerana tiada satu pun nikmat ini layak digunakan untuk diriku.. Untuk keseronokan peribadi.. Semuanya untuk dikongsi.. Dikongsi bersama dengan mereka yang lebih memerlukan..

Monday, 17 December 2012

Itu ini bukan duniaku..

Selepas aku masuk keluar dan menyelami beberapa dunia sejak aku mula bernafas di bumi ini.. Banyak yang aku rasakan.. Itu dan ini bukan duniaku.. Dan secara realiti dan hakiki memang dunia tu bukan milik aku pun (tapi tu cerita lain la kan).. Adakala aku meminta pada Sang Pencipta untuk rasakan dunia-dunia itu namun bukan semua permintaan aku itu sebenarnya baik untukku.. Dihadapkan aku akan dunia ini, diberikan aku nikmat untuk merasa dunia itu.. Dan akhirnya aku sedar dunia itu dan ini yang aku cuba untuk selami tak kekal dan tak lekat dalam jiwaku.. Pendek kata aku tak gembira dengan dunia itu.. Mulanya aku ingatkan dunia sebegitu mampu mengisi kekosongan hati.. Mampu membuatkan ku tertawa dan mengukir senyuman di bibir.. Rupanya tidak.. Resonansi dan frekuensi jauh sekali.. Janggal dan kaget.. Itu perasaan yang timbul..

Nak kata krisis identiti tu taktau la kan.. Tapi krisis perspektif la kot.. Nama mudahnya tak sekufu.. Kalau dah bentuk mangga tu segitiga, aku paksa kunci bentuk segiempat masuk.. Memang macam haram pun takkan masuk.. Itu ibarat dunia itu dan ini dengan jiwaku. Aku rasakan didikan aku masih kecil membuatkan aku menolak akan semua dunia itu dan ini.. Antaranya bukan aku menolak teknologi tapi sebagai contoh la.. Phonebook dalam telefon tu, baru aku sedar kemudahan itu membuatkan aku tak peka dan tak menggunakan otak dengan baik.. Kalau dulu tu hampir semua nombor telefon orang aku ingat.. Sekarang ni? Hanya nombor telefon yang aku ingat sebelum tingkatan 4 je kekal dalam ingatan.. 

Bukan aku nak kata aku nak hidup susah (Nauzubillah).. Tapi kadangkala kemudahan itu membuatkan aku lupa akan diri aku.. Kadangkala membuatkan aku alpa yang aku ini hanya insan biasa yang lemah.. Kesusahan mengajar aku banyak erti kehidupan.. Walaupun aku tahu kesusahan yang aku alami jauh lebih nikmat dari kesusahan anak-anak kebuluran di Afrika, kanak-kanak yang berlumuran darah di Syria.. Apatah lagi kanak-kanak yang bertemu dengan kereta kebal hari demi hari di Gaza.. Namun makin kerap nikmat kemudahan diberikan, aku risaukan makin hilang susur galur asal usul aku.. Mungkin itu yang menyebabkan jiwa ini meronta-ronta pabila hidup ini terlalu mudah kerana wujudnya kemudahan-kemudahan ini... Confirm la ada orang nak bangkang nanti.. Kata tak guna kemudahan nanti kufur nikmat dan bla bla bla (Itu hak individu masing-masing.. Itu pendapat orang dan aku takde hak nak kata pape)

Lagi pun susah senang itu abstrak.. Dan selalunya bila orang mengeluh dan katakan apa yang aku buat itu susah dan sengaja nak susahkan diri.. Tak pernah pulak terdetik yang aku lakukan itu benda yang payah.. Susah dan senang itu abstrak.. Ada benda yang susah untuk satu individu, senang untuk individu yang lain dan sebaliknya.. Maka selagi aku tak kata susah dan mengeluh benda tu payah.. Bagi aku ianya boleh dilakukan dan manageable.. Macam bila aku lihat orang berenang 10 km sehari.. Aku rasakan susah, padahal cik kak yang berenang tu kata biasa jer.. Sama la macam aku cakap statik dan dinamik tu payah, padahal jurutera-jurutera tu kata ala kacang je.. Maka benda ni abstrak..

Tapi bagiku, selagi mana aku boleh lakukan dengan tulang empat kerat aku ni.. Selagi mana aku boleh ikhtiar untuk laksanakan.. Aku takkan sesekali katakan ianya susah.. Sebab aku percaya kebolehan manusia itu tiada batasan nya.. Risiko dan ketakutan yang membatasi kudrat manusia.. Itu sebab aku suka bandingkan diri aku dengan diriku yang dulu.. Pencapaian aku yang dulu.. Kalau dulu aku boleh jalan 8 jam tanpa henti kenapa tidak sekarang.. Kalau dulu aku boleh hasilkan kerja sebaik ini kenapa tidak sekarang.. Kalau dulu aku boleh berenang sejauh ini kenapa tidak sekarang.. Kalau dulu aku boleh berserah dan bergantung harap pada yang Maha Suci, kenapa tidak sekarang.. Kalau dulu aku boleh ikhlaskan hati dan sucikan hati dalam setiap pekerjaan aku kenapa tidak sekarang.. Selagi badan aku larat dan sanggup hadapai semua itu.. Sepatutnya aku boleh buat.. Dulu banyak cabaran yang membuatkan badan aku lakukan transformasi.. Berubah menjadi lebih baik.. lebih kuat dan lebih berdaya saing.. Maka tak seharusnya aku terus hidup dalam keselesaan ini membuatkan badan makin lembik, makin lemah dan makin dimanjakan.. Badan, fizikal, mental mahupun akal.. Semuanya berfungsi dalam keadaan yang sama.. Kalau tak dicabar.. kalau tak digunakan ianya akan menjadi semakin lemah dan lemah.. Kalau orang katakan aku tak gunakan kemudahan itu kufur nikmat, tidakkah kita menjadi kufur nikmat jika tak gunakan nikmat asas badan, fizikal, mental dan akal yang dikurniakan Allah ini.. Tidakkah kita terfikir akan hal ini??