Pages

Tuesday, 31 July 2012

It is time of the year...

Akhirnya tiba masa yang dinanti-nantikan.. Time to say goodbye.. So ni minggu terakhir aku dalam persekitaran yang macam ni.. Minggu depan hampir semuanya akan berubah.. Persekitaran baru, suasana baru, crowd baru.. Hopefully this new atmosphere will bring more inspiration and motivation to lead a better life.. Sedih jugak bila dikenangkan nak meninggalkan semua yang telah dibina.. Tapi memori akan kekal sebagai memori.. Dan sebagai manusia kita tak pernah terlepas dalam tanggungjawab meneruskan perjalanan.. Hidup ini bukan destinasi maka tiada tempat tetap untuk bersantai dalam persinggahan..

Time to move on.. Tinggalkan apa yang patut dan hanya bawak apa yang penting dalam diri ini.. All dead weight must be left behind.. Tidak perlu membawa mana-mana mayat hidup apatah lagi biawak hidup dalam bahtera masa depan.. Biarkan kenangan tahun-tahun lalu membawa pengajaran dan iktibar dalam melayari kehidupan mendatang.. Dan biarkan  kisah lalu terus mengajar diri ini untuk terus berjuang dalam haluan yang tersendiri..

Tak sabar rasanya nak tunggu minggu depan.. Semoga di bulan yang mulia ini.. Penghijrahan membawa seribu satu rahmat dan kebaikan.. Semoga penghijrahan kali ini membawa suntikan inspirasi yang tak pernah dirasai sebelum ini..

All is well...

Friday, 27 July 2012

Hari yang dinanti-nantikan..

Hari ni bermulalah secara rasminya sukan Olimpik di Kota London.. Tak jauh dari tempat aku bercuti dan bersantai saban hari.. Cuma yang bermain di buah fikiran.. Adakah teori-teori konspirasi akan terlaksana kali ini.. Adakah khabar angin dan ungkapan orang ramai akan menjadi kenyataan.. Adakah peristiwa hitam akan wujud sepertimana 10 mahupun 20 tahun yang lalu.. Dan adakah hari ini akan mencatat sejarah baru dalam peradaban manusia.. Mari kita sama-sama saksikan.. 

Dalam hati aku.. aku berbelah bahagi ingin perkara sedemikian berlaku untuk menjawab hipotesis aku dan separuh lagi hatiku tak ingin ianya berlaku kerana ratusan ribu nyawa manusia dalam bahaya.. Namun pape pun semuanya ketentuan Allah..

P/s: Final check bekalan makanan, minuman dan barang-barang kecemasan jika sesuatu yang tak baik akan berlaku...

-Doakan semoga aku selamat meneruskan percutian aku di sini-

Wednesday, 25 July 2012

Kemaafan pengubat diri..

Ada pelbagai hikmah rupanya pabila kita menyendiri dan mendalami diri dalam satu-satu masa.. Patutlah Rasulullah acap kali berkhalwat pabila Baginda resah dan risau melihat perbuatan kaumnya..

Selepas mendalami intipati Qanaah tempoh hari.. Hidup ini lebih sempurna dan lebih di nikmati.. Semuanya serba lengkap dan serba cukup.. Manusia diciptakan sebagai makhluk yang cukup sempurna sifatnya dan darjat serta martabatnya diangkat lebih tinggi daripada haiwan.. Maka tidak mustahil adaptasi dan evolusi mengikut persekitaran mampu dihadapi dengan baik.. Selepas menikmati setiap nikmat yang diperoleh hati ini mula memperlihatkan nilai lain yang perlu diperbaiki..

Ada benarnya pabila manusia mengungkapkan Ramadhan mempunyai keunikan dia tersendiri.. Ia mengajar manusia untuk melihat diri ini dan apa yang tersemat dalam hati setiap penghuninya.. Dan aku sedar nilai yang telah lama tidak digilap merupakan nilai yang berdiri dengan sendirinya.. Iaitu mampu memaafkan dan melupakan.. Jika tidak silapku, ada dalam antara pesanan Rasulullah kepada umatya untuk memaafkan dan melupakan akan kesalahan seseorang itu.. Aku dapati hari ini, hatiku begitu kusam dan kotor sekali.. Itu hakikatnya.. Dan aku rasakan kerna hati yang sebegini membuatkan hidup aku tidak ceria dan semotivasi semasa aku masih kecil dan di alam persekolahan.. Yang mana sifat dendam dan pembalasan tidak pernah wujud.. Nauzubillah, adakah diri aku sekarang ini terlalu ingin pembalasan dan bagaikan Vendetta yang mencari mangsanya... Semoga hari ini dan di bulan yang penuh keberkatan ini, hatiku boleh disucikan kembali.. Dibersihkan dan dilahirkan kembali sebagai hati seorang bayi..

Maka, di saat dan ketika ini aku memaafkan segala kesalahan dan kesilapan semua makhluk Allah terhadap diri aku.. Dan tidak akan aku mengungkit atau mencari jalan untuk membalasnya dengan tanganku sendiri.. Bukan hak aku untuk membalas dan bukan tugasku untuk membalas kerna jika aku mula membalas dengan tanganku sendiri, bukankah aku menzahirkan bahawa aku tak percaya pada hari pembalasan.. Nauzubillah.. mintak-mintak dijauhkan perasaan sedemikan rupa..

Pesan ibuku sewaktu kecil mula terngiang kembali.. Biarlah apa yang orang buat kat kita.. yang penting kita buat baik pada semua orang.. Pesan guru-guruku lagi, jangan berdendam dan jangan simpan dalam hati.. Sabar dan teruskan bersabar kerana Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.. Kata-kata ini mengejutkan mimpi aku pada pagi tadi.. Membuatkan aku berfikir sejenak.. Adakah ini peringatan yang ingin disampaikan kepadaku.. dan sejak bilakah aku hilang nilai sabar dan mula berdendam..

Bila difikirkan.. Kekuasaan yang aku miliki sekarang jauh berbeza semasa dibangku sekolah, mungkin sewaktu di sekolah aku tidak mempunyai kebolahan dan kuasa terhadap seseorang individu.. Maka aku tidak berkuasa untuk melaksanakan dendam dan perasaan tak puas hati.. Namun kini, dengan nikmat akal dan jasad yang Allah kurniakan.. Aku memiliki kuasa tersebut dan aku terlupa akan nilai kesabaran, kemaafan yang tersemat dalam hatiku di awal hidupku.. Adakah kerana kuasa dan kebolehan aku hanyut dalam perasaan dendam dan pembalasan sehinggakan aku terlupa akan istilah kemaafan..

Ia membuatkan aku terus berfikir, mengapa hidupku begitu kusam, sugul dan tak bermaya.. Mungkin disebabkan hari demi hari apa yang aku fikirkan kesalahan dan dendam serta perlaksanaannya terhadap orang yang dah melukakan aku.. Kerana aku fikir aku boleh melaksanakannnya membuatkan aku mula berfikir akan matlamat menghalalkan cara tanpa sedetik pun terfikir pembalasan itu hak Allah dan bukannya hak Aku.. Betapa rendahnya darjat kemanusiaan aku pabila hati ini mula  kotor dengan perasaan dendam dan pembalasan..

Namun, aku bersyukur.. Pabila Allah memberi peluang untuk aku menyendiri dan berfikir akan diri ini.. Aku sedar akan kotor dan jijiknya hati yang telah aku bina selama ini.. Dan ini merupakan masa yang terbaik untuk aku berubah.. bukan setakat ni mulut malahan turun ke hati.. Tibalah masa untuk memaafkan dan melupakan.. Mungkin inilah intipati sebenar perkataan 'Move On' yang ramai ungkapkan dewasa kini... Maka aku rasa ada baiknya aku memaafkan segala kesalahan semua makhluk Allah terhadapku dan semoga mereka memaafkan akan kesalahanku jua.. Dan tiba masanya untuk aku lupakan semua perasaan negatif dalam diriku...

Lupakan akan perasaan dendam dan pembalasan
Lupakan akan perasaan iri hati dan cemburu
Lupakan akan perasaan membandingkan harta dan pangkat
Lupakan akan perasaan khianat
Lupakan akan perasan kasih dan sayang yang tak kesampaian

Dan

Lupakan segala perasaan yang negatif wujud dalam hati ini..

Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kekuatan pada diriku untuk melihat hari ini dan hari esok yang lebih positif dan hapuskan lah perasaan negatif dari bercambah dalam hati hambaMu ini Ya Allah.. Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani...

Monday, 23 July 2012

Qanaah.. Kunci pelengkap diri..

Qanaah.. Jawapan yang mungkin aku cari selama ini.. Bila berbicara mengenai kehendak dan keinginan.. Fantasi dan ilusi selalu mengaburi mata yang melihat dunia secara zahirnya.. Qanaah membawa erti cukup dan redha dengan nikmat Allah.. Ianya membuatkan manusia berhenti dalam perlumbaan yang tiada penghujungnya.. Membuatkan manusia berhenti seketika dan mengatur kembali nafas perjuangannya.. Ianya membawa erti yang mendalam bagi Ramadhan aku kali ini.. Membuatkan aku berhenti dengan perancangan demi perancangan namun hanya tertumpu dengan rezeki dan nikmat yang terbentang luas di depan mata.. Dengan sifat ini, ia menghindarkan kerisauan menusuk ke dalam benak tubuh ku.. Tidak perlu risau akan duit belanja yang selepas habisnya biasiswa kali ini.. Risaukan apa yang akan terjadi jika itu dan ini.. Membuang sekaligus premis backup plan.. Tak dinafikan manusia sentiasa mempunyai perancangan namun bagi diriku.. Perancangan aku selalunya akan disisipi dengan perancangan kecemasan dan sebagainya.. Tak salah untuk aku merancang cuma sifat qanaah sering dilupakan.. Membuatkan selalu hanyut dalam perlumbaan dunia..
Sifat ini membuatkan aku duduk dan merenung kembali apa tugas dan tanggunjawabku tanpa menafikan tak mustahil akan jatuhnya hukum fardhu ain untuk ilmu yang hanya aku memiliki kepakaran untuk terokai.. Bila difikirkan, tanpa sifat ini aku takkan mudah untuk berpuas hati.. Aku sering merujuk diriku dahulu.. Walaupun diriku yang dulu mempunyai seribu satu kelemahan, namun sifat qanaah itu hampir pada tahap yang terbaik aku pernah alami.. Di bangku sekolah mahupun zaman ijazah, aku sering kali merasakan semuanya cukup untukku.. Mungkin ada yang berkata aku datang dari keluarga yang berada, gred aku dalam keadaan yang memberangsangkan.. apa lagi yang aku inginkan.. Itu kata mereka, namun tak semestinya itu hakikat sebenar.. Bila melihat zaman di MRSM walaupun kadangkala aku memilih makanan, namun apa yang ada, aku terima seadanya (melainkan yang memang tak lalu nak makan la).. Bila masuk ke UTM.. dengan berbekalkan duit belanja RM270 sebulan.. Apa yang mampu aku suapkan ke dalam mulut.. itulah lauk harianku.. Tak pernah aku membandingkan antara nasi lemak telur yang aku makan setiap hari dengan hidangan dan juadah rakan-rakan ku yang lain.. Tanpa rasa muak, rasa jemu mahupun rasa malu makan juadah yang sama saban hari..
Dalam keinginan harian, tak pernah terdetik untuk memilik permainan yang canggih dan up-to-date.. Bukan stakat PS, PS2, PSP malahan segala macam yang lain tidak diendahkan.. Perancagan duit dibuat dengan rapi hanya untuk keperluan demi hidup dalam melayari bahtera ilmu.. Tidak terdetik untuk memiliki broadband (pada mulanya)... camera, laptop baru ataupun gadget-gadget terkini pada zaman itu..
Selepas mendapat kenaikan elaun pada tahun akhir kepada RM480 sebulan, tiba-tiba terasa mobile broadband menjadi keperluan namun kerana bajet yang tak mencukupi aku berkongsi bersama rakanku.. Cukup dengan itu dan gunakan bila perlu..
.
.
.
Namun bila aku renung kembali.. Diriku 5 tahun lalu berbeda dengan 3 tahun lalu sejak berada di sini.. Sedikit sebanyak diriku dimamah dengan kehendak dan keinginan yang tiada batasannya.. Mula rasa bosan dengan makanan yang sama.. Mula inginkan gadget-gadget tertentu.. Mula membandingkan apa yang aku miliki dengan rakan yang seusia denganku.. Adakah kerana elaun yang lebih banyak jika dibandingkan dengan waktu ijazah dulu membuatkan sifat cukup dan redha dengan nikmat Allah lesap begitu saja... Persoalan ini menjengah fikiranku pagi tadi.. Bertanya apa yang aku inginkan..
Membuatkan aku terfikir.. Kehidupan aku yang serba mudah dan cukup minimum suatu masa dulu macam mana boleh berubah dengan drastik.. Sehinggakan dari tiada kamera digital sehingga memiliki kamera digital.. Dari telefon bimbit yang cukup untuk membuat panggilan kini kepada telefon yang mampu melakukan seribu satu fungsi.. Dari tiada 'console' permainan sehingga mempunyai yang 3 atau lebih.. Dahulunya tidak kisahkan nasi lemak dan telur.. Kini inginkan lauk pauk dan juadah bagaikan seorang raja.. Lengkap dari pembuka selera hingga ke pemanis mulut.. Dari tidak pernah risaukan penampilan di kaca mata manusia, kini mula mempersoalkannya..
Dari apa yang aku perhatikan, semua ini terjadi kerna hilangnya perasaan cukup pada diri sendiri dan redha dengan nikmat Allah.. Dan yang lebih buruk, aku hampir terburu-buru mencari kerja sementara kerana risau akan percutian yang entah bila akan tiba penamatnya dan risau akan biasiswa yang akan tamat hujung tahun depan.. Sejak bila aku mula risaukan akan masa depan dan perkara yang tak pasti.. Adakah kerana maintainence diri aku yang dah meningkat membuatkan diri aku insecure.. Ataupun kerana terlalu banyak perkara lain yang aku inginkan sehinggakan aku rasa semuanya masih tidak cukup..
Terlalu banyak perkara yang aku inginkan.. Aku rasa itu jawapan yang paling mudah yang membuatkan sifat qanaah itu hilang dari diri aku.. Dan bila aku membuka ruang lingkup kehidupan aku kepada rakan-rakan dan manusia di persekitaran.. Aku mula melihat apa yang mereka miliki dan membandingkan dengan diri ini.. Bukan niat aku untuk salahkan manusia lain.. Semua kesalahan terletak di bahu aku sendiri.. Aku yang gagal dalam membawa sifat qanaah dalam hati ini untuk kekal bersama setiap masa..
Alhamdulillah, di bulan yang mulia ini.. Peringatan yang cukup jelas membawa mesej yang cukup kritikal dalam hidup aku.. Hidup mati aku dalam ketentuan Illahi.. Rezeki juga datang dariNya... Ini bukan memberi lesen untuk tidak berusaha dan bermalas-malasan.. Tetapi memberi peringatan untuk sentiasa lakukan terbaik untuk hari ini dan serahkan urusan keesokan hari pada yang Maha Mengetahui..
Ya Allah ya Tuhan kami.. Kau kurniakanlah sifat qanaah ini kepada diri kami supaya kami tidak tersasar dalam mencari keredhaanMu.. supaya kami tak sedih, iri hati, dengki mahupun bermuram durja jika kegagalan menerjah tiba dan tidak pula kami terlalu melompat keriangan pabila kejayaan jatuh ke riba.. Ya Allah ya Tuhan kami, tanamkanlah sifat cukup dan redha dengan nikmatMu.. Hindarkanlah diri Kami dari sentiasa mengejar harta dunia dan membanding-bandingkan antara Kami kerana sesungguhnya perbuatan itu hanya mendatangkan mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat kami Ya Allah.. Ampunilah segala dosa dan kesalahan diri kami, baik secara segaja mahupun tidak sengaja dan permudahkanlah perjalanan kami untuk masuk ke dalam syurgaMu Ya Allah.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Friday, 20 July 2012

Frenzy Fiesta

Sebelum semua orang meraban fikir bukan-bukan.. Ni bukan festival pape yang aku attend baru-baru ni.. ataupun pape party yang akan dan telah aku laksanakan.. Takde kaitan..

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ni, aku ingin menyusun jari dan memohon maaf atas salah silap selama ini secara sengaja mahupun tidak.. Dan yang penting aku nak menyeru kepada rakan-rakan dan sesiapa yang masih membaca blog ni (ada ke pembaca, aku pun tak tau) untuk melipat-gandakan amal termasuklah amal jariah demi merebut kenikmatan di akhirat kelak.. Maka... Jeng jeng jeng...

Sekarang ni ada promosi.. Macam ala-ala sale la.. Boleh kata British Summer Sale tapi didatangkan khas khusus untuk pembelian saham akhirat.. Islamic relief UK (http://www.islamic-relief.org.uk/) mengadakan promosi double your donation dengan kerjasama kerajaan UK.. Maksudnya kalau kita derma £10.. kerajaan UK akan bagi lagi £10 atas derma yang kita telah lakukan.. Bayangkan kalau kita derma £100 or even £500.. Kan menarik habuan tu.. Dan Kerajaan UK akan terus double up the donation sampai ke 5 juta pound.. So semoga kita berjaya mengambil peluang ini sebaik mungkin.. InsyaAllah..

Thursday, 19 July 2012

Ramadhan datang lagi..

InsyaAllah aku masih lagi berkesempatan untuk menyambut kedatangan ramadhan kali ini.. Seperti biasa Ramdhan dalam beberapa tahun lepas begitu sinonim dengan penghijrahan aku dari satu fasa ke fasa yang lain.. Dari satu tempat ke satu tempat yang lain.. Untuk menjadi lebih baik dan terus menjadi yang terbaik di sisi Allah swt.. Alhamdulillah walaupun dalam kesibukan kehidupan harian.. Persediaan untuk Ramadhan kali ini sudah pun dimulakan sejak awal lagi.. Semoga waktu siang yang berpanjangan (walaupun mungkin ada yang mengeluh kerana waktu puasa yang panjang).. Namun bagi diriku.. Aku anggap ianya sebagai bonus tahunan.. Yang memberikan aku  ketetapan dalam menekan nafsu ke paras minimum lebih dari 12 jam sehari... Semoga Ramadhan kali ini mampu menjana semangat istiqamah dalam membentuk peribadi aku dalam pelayaran hidup serta percutian kali ini..

Dan semoga Ramadhan kali ini bermulanya bathera penulisan aku setelah dengan izin Pakcik Paul.. Secara tak rasminya tertutup kedua-dua projek yang aku usahakan sejak 2 tahun lalu.. dan bermulanya era penulisan.. Namun beliau masih sempat ingatkan diri ini jangan terlalu fokus untuk menulis kerana ada beberapa projek yang masih ada di hujung jari ini untuk dicuba-cuba dan dieksplotasi serta dimanifestasikan dalam percutian kali ini.. Being great to able to work with him side by side yesterday.. Mengingatkan aku 
sewaktu kali pertama bekerja bersama beliau..

Maka dengan kehadiran Ramadhan kali ini, bertambah eksplorasi ilmu yang perlu diterokai.. Semoga dengan niat yang suci dan ikhlas, mampu menjana kemajuan dalam peradaban manusia dan terus menerus meningkatkan ketaqwaan kepaa Illahi yang sentiasa mendengar cerita dan coretan hamba-hamba-Nya...

Tuesday, 17 July 2012

Is this it..

Woke up today and a day before.. Feeling miserable.. Yang pasti bukan sebab percutian.. Aku tak tau nak ungkapkan perasaan ni macam mana.. Cuma it did not made my day.. easily distracted.. dan selalu bangun lambat.. come on dah 2 hari bangun 8.30 pagi (tapi tidur lepas solat subuh la).. Im not sure what kind of feeling.. Tapi yang pasti the incomplete is there.. Kept thinking about someone.. nak kata someone special takde la.. Tapi kept thinking the activities that being done together and so forth... Yang pasti rasa incomplete tu ada.. teringat kat somebody tu ada.. missing someone pown ade jer.. Not sure what kind of feeling but yang pasti tu satu benda jer ar... Wish you are here sitting beside me.. Sharing the stories... Tapi apa boleh buat.. It is impossible.. Mustahil dan takkan jadi.. To loved someone that is impossible to be loved and loved you back.. Yang pasti akhirnya akan jadi bertepuk sebelah tangan.. It is simply impossible.. Bukan aku tak pernah try tapi memang dah ditentukan untuk takkan menjadi.. 

So sekarang ni tengah fikir macam mana nak lupakan semua nie.. Put everything behind dan keep it mind ni semua fantasi dan takkan jadi kenyataan ataupun realiti.. Berpijaklah di bumi yang nyata.. Cukuplah bergembira dengan melihat dia bahagia dalam hidupnya.. Hopefully it will helped...

Semoga Ramadhan kali ini mampu membuatkan aku fokus pada benda yang lebih baik dan tak terlalu fikirkan hal ni..