Pages

Monday, 17 October 2011

Kadangkala ianya terlalu enteng di mata kita...

Tanpa kita sedari sebenarnya setiap tindak-tanduk dan tindakan kita diperhatikan oleh manusia lain.. dan aku yakin dan pasti.. dalam setiap perbuatan kita akan menjadi persoalan dan juga perbualan manusia lain.. (tak dinafikan kadangkala aku bercerita juga mengenai perihal lain.. yeah, maybe bak kata pepatah small mind think about people.. so mind aku kecik je kowt kan)... Namun, tak salah jika perbuatan itu dilaksanakan bagi menghindarkan diri kita dari melakukan kesilapan sedemikian rupa...

Terlalu banyak perkara sebenarnya yang kita pandang mudah dan perbuatan ini membuatkan pelbagai pihak mungkin dan pasti terasa dengan perbuatan kita.. tapi kalau nak jaga hati semua pihak pulak... memang mustahil la kan.. Namun, jika ianya melibatkan keluarga aku pasti tiada toleransi dalam hal sedemikian..

Bagiku, sejak kecil lagi.. walau macam mana pun layanan ibu bapa dan adik beradik kepadd diri aku ini.. mereka tetap merupakan dari daging ku.. darah yang mengalir dalam diri ini sama merah dengan mereka.. sama rasanya dan juga sama sumbernya.. tidak sesekali aku akan menggantikan mereka dengan orang lain mahupun dengan sesiapa pown.. Biarlah jika hidupku susah dahulu dan sekarang.. biarpun kami tidak dapat menikmati apa yang mereka  nikmati semasa kecil.. namun biarkan ikatan kami utuh dan kukuh selamanya.. biarkan ianya menjadi seperti air di cincang takkan putus.. bukannya seperti pantun:

Nasi lemak buah bidara,
Bunga selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerna kasih hamba turutkan..

Klasifikasi kasih di sini bukan sahaja merujuk pada kekasih tetapi boleh sahaja diimplementasikan kepada sesiapa yang kita kasihi sama ada kawan-kawan, harta benda dan apa jua bentuk kasih sayang yang boleh ditonjolkan..

Yang mana bila diperhatikan generasi sekarang... ianya begitu sembolik dalam hidup sesetengah pihak.. seolah-olah ada yang tidak berpuas hati dengan keluarga sendiri dan cuba menggantikan keluarga mereka dengan orang lain.. Walau trauma macam mana pun kehidupan di zaman kanak-kanak, aku tak rasakan sesuatu yang wajar.. kasih sayang seorang ibu pada anaknya.... kasih sayang seorang ayah pada anaknya.. kasih sayang seorang abang pada adiknya.. kasih sayang seorang kakak pada adiknya dan juga kasih sayang seorang adik pada abang-abang dan kakak-kakaknya pasti tiada gantinya.. Mungkin pabila kita gembira dan bersuka ria kita terlupa akan kehadiran mereka.. namun percaya lah.. pabila kita jatuh dalam lembah kegelapan.. pasti yang berdiri disebelah diri ini adalah keluarga yang tercinta.. ibu mana yang sanggup melihat anaknya derita.. diri mereka sanggup menanggung derita itu dari melihat anak yang mereka kandung 9 bulan itu menderita di depan matanya..

Namun, sedarkah kita pabila kita mula mengabaikan mereka.. mengabaikan keluarga sendiri dan melebih-lebihkan orang lain.. sedikit demi sedikit terguris hati mereka.. dari sayup-sayup jauh nun di sana, hati kecil mereka terus terluka.. dan kadangkala mereka akan bermonolog.. apa salah mereka.. apa dosa mereka sehinggakan diberikan layanan yang sedemikian rupa..

Kadangkala.. pabila kita terlalu gembira bersama rakan... mendapat layanan yang indah belaka.. kita terlalu membandingkan layanan keluarga pada diri kita ini.. dan tanpa disengajakan kita membuang mereka sedikit demi sedikit dari hidup kita.. Kadangkala ianya terlalu enteng dimata kita sehinggakan kita lupa siapa yang melahirkan kita.. siapa yang membesarkan kita.. dan siapa yang menjaga kita sewaktu diri ini gelisah diwaktu malam... 

Ya Allah ya Tuhanku.. tetapkan lah imanku dan biarkanlah diri ini terus bersyukur dengan keluarga yang membesarkan ku.. biarpun siapalah mereka dimata dunia.. tetapi Ya Allah angkatlah darjat mereka dimatamu.. kerna merekah lah yang menjadikan siapa diriku hari ini dan hari esok... dan.. tetapkah dalam hatiku ini.. merekalah segalanya dalam hidupku.. biar diwaktu suka mahupun duka.. merekalah keluargaku dunia dan akhirat... Maafkan amir jika pernah melukakan hati mak, abah, along, ayie n siti.. semoga kita semua kekal sebagai satu keluarga selamanya.. dunia dan akhirat..

Friday, 14 October 2011

Demonstrator..

Semalam bermula la sesi pertama jadi demonstrator ni or in short Demo.. So keje dia senang jer.. dok dalam lab selama tiga jam dan pantau 4 eksperimen.. dan 1 jam aku dibayar £11.55.. kira banyak jugak tu.. keje 3 jam boleh cover grocery seminggu.. hehe.. lepas nie duit scholar mmg untuk simpanan hari tua je la.. haha.. So memang easy money.. sebab keje semalam takde la susah.. tapi aku kene study balik semua teori dan juga teknik eksperimen supaya diorg dapat laksanakan dengan lancar...  So, antara eksperimen yang aku jaga ialah:

- Determination of Glusoce using Cyclic Voltammetric Technique
- Polymer-Surfactant Interaction
- The Solution Properties of Polyelectrolyte
- Absorption Spectroscopy of Acetic acid and Bromocresol Green

Kalau nak lihat ruang lingkup eksperimen diorg memang jauh lagi complicated dari ape yang aku buat dekat universiti lama aku.. maka semuanya memang baru untuk aku.. memang pertama kali aku buat eksperimen nie.. so sebelum diorg buat.. memang wajib la aku try... so agak kekok sedikit.. tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..

Dalam lab, biasa lah budak yang baru belajar.. so tak tau banyak teknik dan special skill dalam lab.. banyak yang aku kongsikan dan they all willing to learn and really enthusiastic.. Teringat zaman aku muda-muda dulu (eceh..ceh.. sejak bila aku admit diri aku dah tua nie... hahaha).. Somehow bila aku share ilmu dan pengalaman yang aku ada untuk eksperimen tu.. aku rasa puas hati sangat.. gembira dan seronok.. Bila tengok diorg pown semangat bertanya soalan.. macam mana kalo result dan data macam nie and so on.. 

Semua ini membuatkan aku teringat kembali.. kenapa aku ingin menjadi penyelidik.. kenapa aku begitu yakin memilih profession ini dibangku sekolah lagi.. niat asalku untuk mendapatkan easy money hilang begitu saja.. Selepas tamat sesi semalam.. seolah-olah diriku flashback.. mengenang kembali saat lalu.. di mana, bukan penemuan baru dan kajian baru membuatkan aku gembira atau seronok.. tapi pabila aku berkongsi ilmu dalam pelbagai bidang dengan generasi muda.. bagaimana aku menyampaikan ilmu dan mengaplikasikannya membuat hidup ku lebih bermakna.. membuatkan aku mampu tidur lena di malam hari.. Tak kusangka perkara sekecil ini membetulkan kembali niatku.. mengingatkan kembali diriku.. menguatkan lagi azamku untuk menghabiskan percutian kali ini.. Ianya bukan untuk diriku.. semuanya bukan untuk diriku.. tetapi ianya untuk dikongsi bersama dengan generasi akan datang.. Itulah tujuan.. itulah matlamat dan itulah sebab kewujudanku..

Wednesday, 12 October 2011

Jenjalan...

Tgh plan nak pegi jenjalan.. tapi taktau bila nak start.. nak naek Glasgow lagikah.. or turun ke portsmouth.. hehe.. Tgh menlistkan tempat mane nak pergi.. So... Antaranya ialah:

Nov:
Oxford
Glasgow
Portsmouth

Dis:
Rasanya dah ade dah tempat nak pergi

Jan:
France or Glasgow (ski trip)
Swansea 

Feb:
Cambridge
Southhampton

Mac:
Plan with the gurls I guess

April:
Walking trip to Jurassic Coast

Rasanyer la.. hehe.. pape pown maybe ade perubahan di masa akan datang..

Tuesday, 11 October 2011

Awesome but emptiness

Haik.. jangan nak start mengeluh pulak.. bukan ape.. minggu nie punya la bagus dalam hidup ko.. minggu lepas pown ape kurang nyer.. then, ikowt sedap je nak cari kesilapan diri sendiri.. dah-dah la tu... tak yah nak salah kan diri sendiri sangat.. ko dah buat yang terbaik and yet yang paling baik dalam 18 bulan nie.. stop searching for better method.. rehat jap.. chill.. You had and still have an awesome life kan.. so tak yah nak musnahkan lagi...

Manusia memang sering kali tak mudah berpuas hati.. dulu percutian ku tonggang langgang, merana setiap saat.. Sekarang nie sume telah mengikut percaturan ku.. dan.. tiba-tiba diri terasa banyak masa terluang dan makin sepi... Yup, sekarang nie dah ade masa untuk berfikir pasal diri sendiri.. takde 24 jam fikir pasal research.. sebab dah jumpe sedikit sebanyak sinar harapan untuk percutian.. then, bila fikir balik pasal diri sendiri.. perasaan sepi mula menerjah.. I have so many things to share.. sooo many things to talk about.. but I don't have anybody to to talk too.. Tak jumpe crowd yang sesuai untuk berbicara.. Takut menganggu kehidupuan diorg plak.. takut nanti mengeruhkan keadaan diorg.. sebab sume ade cabaran masing-masing.. nnt kalo aku cerita kisah gembira.. dan kabar gembira.. takut ade pulak yang berkecil hati ataupun iri hati.. dan masa ini lah.. diri ini terasa sunyi.. tak tau nak berbicara dengan siapa.. ingin berbicara dengan rakan di Malaysia.. tak dapat menatap wajah mereka.. maka takkan terubat rasa sunyi ini.. 

So.. stop thinking about that.. dan kembali pada kerja la kan.. fokuskan diri pada percutian.. sibukkan diri kembali.. dan mungkin dengan ini, rasa sunyi takkan menerjah kembali..

Mentaliti ku masih belum ditahap memuaskan..

Aku akui, diriku bukan lah sempurna.. cewah dah macam lirik lagu la plak.. tapi mmg aku akui diriku tidak sempurna.. bagi yang mengenali diriku.. sudah pasti mereka lebih mengetahui.. memang banyak kelemahan ku.. baik dari segi fizikal, mental mahupun emosi.. nie ape kes nie.. pi cter kelemahan sendiri kat satu dunia.. bukan niat aku nak membuka aib sendiri tapi demi mengajar diriku untuk menjadi lebih baik..

So kisahnya bermula macam nie.. ada sorg kawan aku nie.. dia kene buat reaction 18 jam.. so kene la start awal pagi.. dalam pkul 7.. kt sini 7 pg wat keje still dalam waktu subuh lagi tau.. so faham-faham la kan kalo mat salleh kene buat keje seawal nie, mmg mustahil dan kalau kene buat tu mmg terpaksa benar la buat keje.. So nak dijadikan cerita.. dia sampai.. baru nak start reaction.. dia pegi check tong gas.. empty... kalo aku.. mmg hangin la satu badan.. sebab baru 2 minggu tukar tong gas.. minggu lepas check penuh lagi.. ttbe hari nie dah empty.. kalo aku dah mengamuk satu lab lepas tu memang takde mood langsung..

tapi ape reaksi dia..

Dengan chill nyer.. dia cakap kt aku, its okay (sambil menolak tong gas tu ke cylinder bay).. dia terus amek tong gas baru dan pasang.. dia switch on sume valve dan start reaction.. lepas tu dia cari punca kebocoran.. mmg dekat ada satu alat nie yang slalu buat masalah.. dia terus disconnect,  dan seal bocor alat tu.. then dia cakap kt aku its done.. but we have to stay a bit longer because I start my reaction a bit late.. I'm really sorry.. Is it okay with you?

What....

Giler la mamat nie.. walaupun bukan orang Islam but he act like one.. Such a great gentleman and considerate people.. Dari menunding jari dia terus menyelesaikan masalah.. memang jauh panggang dari api pemikiran aku dengan dia.. Ya Allah, semoga dikau memberikan aku kekuatan untuk menjadi seperti beliau..

Dan aku setuju dengan kata-kata nie..

"If your're right, there is no point in getting mad"
"If your're wrong, there is no right for you to get mad"

Monday, 10 October 2011

Hari yang memabukkan..

Silap besar la hari nie terbangun lambat.. lupe pulak budak-budak undergrad dah start kelas.. so bile aku kluar rumah pukul 8.30 pg... adoii.. ramai plak dah budak-budak nie bersepah di bahu jalan.. dah la jalan macam itik.. pastu terhegeh2.. pagi-pagi dah wat mood aku spoil.. haha.. so next time ingat.. kalo nak pegi.. before 8 pagi atau lepaskan pukul 9 dulu.. serabut dowh budak-budak nie.. (padahal dulu aku pown budak undegrad gak kan.. hehe..)

So masuk je lab pagi nie.. berjumpe dengan En. Paul.. borak-borak mesra jap.. dia dia bercerita pasal dia nak run SEM.. saje-saje tengok sampel yang student dia buat dulu.. nak improve kan pape yang patut.. Then, dia mencari solvent atau bahasa melayunyer pelarut.. cari-cari punya cari dia tak jumpe.. aku pown nak gune gak.. so aku mencari n tak jumpe... selepas diselongkar satu lab.. aku jumpe hampir 16 botol pelarut yang kosong.. dan En Paul berpesan pada aku.. Kalau awak boleh tolong.. luangkan masa sekejap isi semua botol nie.. susah la kalo takde pelarut.. saya pown tak faham kenapa takde orang yang nak isi (aku setuju.. selalu aku jer yang isi)... So dengan rendah hati aku cakap okay..

Then mula la sesi mengisi sume minuman yang memabukkan dalam botol-botol pelarut tu.. ade Metanol, Etanol. Isopropanol dan Acetone.. Lepas luangkan masa.. kepala aku pown rasa ringan jer.. mabukkah sudah? aku pown tak pasti sebab tak penah mabukkan.. lepas kepala ringan.. rasa mual dan loya... hehe.. kalo betul sebab mabuk memang rasional la.. sebab beer pown 4% jer alkohol, wine dalam 8% kowt.. dan paling teruk vodka 40%.. yang aku tuang dalam btol pelarut tu sume 99.99%.. so kalo mabuk memang wajib la.. dah la hidung aku memang dekat jer dengan botol-botol nie... So layankan je la hari yang memabukkan hari nie..

Sunday, 9 October 2011

Lazy day...

Erm.. Hari nie malas nak buat pape melainkan routine harian hari Ahad... So, start pagi tadi dengan jogging for few miles (haha.. few ke 1 mile jer..) then dive into the swimming pool... Swim non-stop for one hour.. Puas hati dan buat kawan baru.. cume tak suke hari nie.. ramai budak swimming club datang for briefing.. haha.. cume yang terkejut kali nie.. all the freshy tak macam mat salleh biasa.. pelik pulak.. sejak bila diorg malu + segan dalam changing room.. Dulu, seolah-olah aku sorg je kowt yang pakai tuala.. Bagus la.. maksudnyer generasi baru nie.. ade la jugak perasaan malunyer.. bagus2..

Selesai dengan swimming.. trus beli barang grocery for this week.. settle.. then mula masa bermalas-malasan.. bermalasan untuk beberapa jam sebelum private event.. looking forward to this one.. sebab dah lame plan.. the best part.. aku just datang n diorg yang uruskan sume.. aah.. they did everything for me.. yeah.. party time on the sunday... and the best part.. the theme is suppose to be a lazy day.. haha.. so layankan je aje.. sebab no one will be cooking.. haha sume beli kt luar... nice.. 

Ok la.. kene siap nie..ciao..