Pages

Thursday, 16 January 2014

Darkest Deepest Ocean

Ini akan jadi kesinambungan siri post yang lepas.. Another Dark post.. Proceed with your own risk..

Kalau ikutkan freezing rate yang hati aku alami dalam fasa 'frozen heart'.. Kira-kiranya hujung minggu ni akan lengkap proses tu.. Lepas tu boleh la lempar hati ni dalam lautan paling dalam, paling gelap..

Semuanya bermula bila mana aku mengimbau kenangan-kenangan lepas.. Satu per satu.. Tak sangka, diriku yang lalu telah sediakan perangkap dan perancangan untuk aku di masa hadapan.. Hipnosis melalui penulisan.. Satu teknik yang aku tak sangka akan kena pada diri aku sendiri.. Paling keji ianya merupakan half-body hipnosis yang mana diriku sedar namun aku tak tau macam mana nak hentikan.. Damn, aku yang dulu memang cukup ohsem.. Tak sangka aku dah capai tahap macam tu sekali suatu masa dulu..

Anyway, aku tak rasa niat dia jahat.. Waktu kami bertujuh (7 ke? aku tak ingat) rencanakan semua ini.. Aku tak rasa ianya untuk memusnahkan aku.. Mungkin hanya sebagai peringatan dan panduan.. Harapnya ianya bukan multi-level hipnosis yang melibatkan 'limbo and abyss'.. Aku tak rasa aku kuasai dah benda alah tu suatu masa dulu..

Cuma perasaan yang aku rasa sekarang.. It is simply unworthy feeling towards the world and the creature exist in it.. To put it into simple context, aku rasa macam sampah masyarakat.. Rasa macam semua orang lebih baik dan lebih hebat dari aku.. Sumbangan diorang akan bagi impak yang lebih baik dalam dunia ini sama ada secara fizikal, mental, emosi mahupun rohani.. Beyond my level in any kind dan sebagainya.. Rasa macam hidup aku akan terus dan terus menyusahkan orang lain... Seolah-olah macam beban batu digalas..

Mungkin lebih baik aku bertindak dalam keadaan anonymous dalam apa yang aku lakukan selepas ini.. Biarlah hanya kebaikan pada orang yang sampai tanpa perlu mengetahui dan memahami hidup aku.. Aku tak tau sama ada aku akan bersedia dengan complete solitude atau tidak.. 

Aku rasa tak perlu kot untuk orang lain bagi seribu satu kata-kata hikmah about how wrong this is...

Let the heart lay down in the deepest darkest ocean.. As it is an unworthy heart to be known or even to be a story in any mankind history.. Let it be my time capsule and mine alone..

The world would be better off without me and without my heart..

Nombor dan kehidupan..

Aku rasa akan tiba jugak masa untuk aku start cacar-merba kan blog ni.. Memang tak sah kalau tak sampai satu tahap dalam pusingan hidup aku yang aku akan tarah balik blog ni.. Luahkan emosi yang merepek tahap dewata raya..

Maka aku tak nasihatkan sesiapa untuk membuang masa korang yang berharga untuk terus baca post kali ini.. Sebab ianya akan menjadi satu repekan yang berpanjangan..

So untuk anti-klimaks.. Meh aku mulakan dengan aku dah bosan dengan hidup ini.. Kan aku dah cakap... Klise... Klise...

Aku makin tak faham dengan hidup ini.. Apabila semuanya benda nak dinomborkan.. Tempat pertama la... 10 terbaik dunia la... Yang pertama hasilkan itu dan ini la.. Korang tau tak nombor tu satu tekanan hidup.. Tekanan!!!!!!!!!.. Tak habis dengan tu.. Bila zaman ijazah dulu.. Pasal pointer la.. 4 flat la.. 1 class la... 2nd class upper la.. Dan sebagainya.. Bila masuk dunia lain.. Ranking itu dan ini.. What the %&!£%!!!!

Akhirnya aku kembali kepada diri aku yang aku tak suka.. Shutting down myself from the world.. Serius tak larat dengan expectation dari luar dan dalam diri aku sendiri.. Sampaikan aku rasa hidup ni satu repekan semata-mata.. Banyak giler benda nak buat dan sebagainya..

Yeah, aku tau ni petanda pertama aku dah burnout.. Banyak sangat nak buat.. Overwhelm dengan kehidupan dan sebagainya.. Yeah aku akan regret (tak kot) post benda alah ni kat alam maya... Tapi biarlah.. Malas nak fikir akibat dia nanti (Matilah aku bila benda ni haunt hidup aku 5-10 tahun akan datang)

Anway, aku tak rasa nombor sebagai satu ukuran yang adil.. Lagi-lagi untuk benda yang subjektif dan tak bersifat fizikal.. Dan akhirnya buat orang yang blurr dan ntah pape macam aku ni terus jadi sampah masyarakat..

Rasanya ilmu dalam badan aku ni makin deteriorate slowly.. Macam akan hilang ditelan zaman begitu sahaja.. Penat dan tak larat.. Aku kalau boleh nak baring dan tak bangun2.. Letih ar dengan semua benda ni.. Nak faham sorang2.. Nak kunyah sorang2.. Ingatkan bila ada orang lain dalam hidup ni, takde la bosan mana.. Realiti tetap realiti.. Suck-up and move on (Korang senang la cakap kang.. Sepak kang baru tau.. Ni emosi tahap ape pun aku tak tau).. 

Anyway.. aku rasa dah terlambat dah untuk revert balik pandangan aku as walk away sequencing dah berjalan pun.. At least bila aku froze and self-destruct takde la sape2 akan kena collateral damage.. Keep the damaged to minimum aite..

This is just toooooo much!!!!!!!!!!....


Wednesday, 15 January 2014

Pengalaman mengajar kita....

Sejak kebelakangan ini, Alhamdulillah aku diberi peluang untuk mengimbau kembali memori-memori lepas.. Yang mana sudah bertahun-tahun berlalu.. Ada yang aku ingat seingat-ingatnya.. Ada yang aku ingat samar-samar.. Kotak memori ini rupanya tersimpan rapi dan setiap satu memori berkait dengan memori yang lain..

Begitu jugak dengan blog ni.. Semalam aku mengimbau satu per satu penulisan yang aku karang sejak hampir 4 tahun yang lalu.. Sedar tak sedar, blog ini wujud semasa aku mulakan percutian aku di bumi asing ini.. Bila aku toleh dan tengok kembali semua penulisan aku.. Macam-macam perasaan aku nampak.. Gembira, sedih, keliru, marah, kecewa, kesal dan sebagainya.. Setiap satu penulisan wujud kerana rangsangan dari dunia luar pada waktu dan ketika itu.. Sama ada rangsangan interpersonal mahupun intrapersonal.. 

Selesai aku tengok penulisan dalam blog ni.. Aku pergi ke belakang lagi.. Melihat blog-blog masa zaman muda remaja (Tak yah kot korang nak cari semua tu.. not worth your time).. Bila baca balik, lagi la tersipu-sipu... Ada blog yang wujud sebab perasaan marah dan dendam.. Ada wujud sebab rasa nak share semua benda dalam dunia aku dengan dunia tanpa sempadan dan macam-macam lagi..

Namun setelah selesai aku tengok seimbas lalu semua ini.. Aku pandang kembali diri aku.. 25 tahun bukan satu masa yang panjang namun bukan satu jangka masa yang singkat jugak.. Raut wajah ku dah berubah sedikit demi sedikit.. Tanda-tanda penuaan telah mula kelihatan.. InshaAllah bukan setakat fizikal aku makin matang.. Harapnya emosi dan spiritual aku turut matang bersama usia...

Seribu satu pengalaman.. Sama ada pengalaman aku mahupun pengalaman orang lain mengajar aku erti kehidupan.. Dari memori dan penulisan aku.. Sedar tak sedar, sebenarnya diri aku dah berubah.. Alhamdulillah, ianya ke arah kebaikan.. Itu yang aku nampak.. Kalau-kalau ianya berubah kearah kejahatan, mintak sangat-sangat pada yang perasan itu untuk tegur dan nasihat diri aku.. (Walaupun aku tau aku ni degil dan susah nak dengar nasihat)..

Cuma bila aku terus selami pengalaman dan perjalanan hidup aku.. Aku tak nafikan 5 bulan terakhir ini merupakan perjalanan paling sukar namun aku bersyukur kerana ianya juga perjalanan yang paling tenang dalam hidup aku.. Walaupun aku masih berusaha mencari makna dan tujuan kejadian aku di muka bumi ini.. Namun pencarian itu dilaksanakan dalam keadaan tenang..

Secara jujurnya.. I'm hitting rock bottom of my life.. Satu keajaiban bagiku bila mana aku boleh hidup di negara asing selepas biasiswa aku diberhentikan.. Aku bukannya datang dari keluarga yang kaya raya.. Yang mampu ada itu dan ini sekelip mata.. Sehingga kini, aku pun tak pasti macam mana aku boleh terus hidup.. Yang pasti, semuanya ketentuan dan perancangan Ilahi.. Jika perkara yang sama dihadapkan pada aku 3 atau 4 tahun yang lalu atau mungkin 8 tahun yang lalu.. Aku yakin aku akan hilang akal dan meroyan tak tentu pasal..

Walaupun hari demi hari aku sedar akan sumber kewangan aku makin merosot dan tipu la kalau takde sekelumit perasaan risau tu.. Tapi entah.. Aku rasa semuanya akan berakhir dengan kebaikan.. Everything will be ok.. All is well.. Entah dari mana kekuatan hati ini untuk percaya sehingga ke tahap itu.. 

Cuma satu yang pasti, aku bersyukur pada Ilahi kerana memberikan aku peluang untuk meletakkan kehidupan aku atas ketentuanNya..

Kerana ketentuanNya dan pengalaman yang Dia berikan aku dalam bentuk cabaran dan halangan yang membuatkan aku terus berdiri untuk mara kehadapan.. Itu satu realiti yang takkan aku sangkal sampai bila-bila.. Hanya kata-kata Alhamdulillah yang mampu aku ucapkan pada Dia yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.. Pengalaman yang paling berharga aku pelajari dalam tempoh 5-6 bulan ini ialah wang dan harta dunia bukanlah segalanya..

Memang tak dinafikan yang mana kalau kita kaya-raya.. Lebih banyak yang mampu kita sumbangkan.. Lebih banyak yang mampu kita beri.. Namun sebenarnya, walaupun kita tak kaya.. Kita tak berada.. Banyak yang mampu kita berikan.. Kita sumbangkan.. Pemberian bukan semata-mata dalam bentuk harta dan material.. Lebih dari itu.. Pabila kita mampu memberi kesenangan pada orang lain.. Pabila kita mampu memberi keselesaan.. keselamatan.. keinginan untuk terus berubah dan maju kehadapan.. Semua itu satu pemberian.. 

Pemberian tidak terhad semata-mata dalam bentuk material.. Ianya wujud dalam pelbagai konteks.. Emosi... Spiritual.. Kadangkala hanya kerana kita bersama-sama melengkapi kehidupan satu sama lain.. Ianya adalah pemberian yang bermakna untuk insan lain..

Dari dulu aku percaya akan konsep hidup pada memberi.. Setiap yang ada pada diriku ada haknya pada insan lain.. Berilah seikhlas hati dan semampu yang boleh.. Berilah terlebih dahulu sebelum hadir niat untuk menerima.. Jangan meminta-minta namun terima pemberian dengan hati yang terbuka..

Sampaikan aku rasa tiada lagi erti hidup jika aku berhenti memberi.. Rasanya pabila tiba dan saat aku rasakan persaaan itu.. Maka makin hampir aku dengan pengakhiran hayat aku.. Pabila tiada lagi yang mampu aku berikan dan pabila aku mula menyusahkan kehidupan insan lain.. Ada baiknya aku tinggalkan dunia ini.. Namun ajal maut aku terletak pada tanganMu Ya Allah... Dikau lebih mengetahui dan mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini..

Apa-apa pun aku bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan aku pengalaman hidup sedemikian rupa.. Walaupun sukar, namun Dia sentiasa tunjukkan jalan yang baik untuk diriku.. Aku sendiri tak pasti apa yang akan terjadi untuk hari esok.. Yang pasti aku hargai hati yang aku miliki sekarang.. Hati yang sentiasa ingin memberi demi mencari keredhaan Ilahi..


Monday, 13 January 2014

Life is unexpected..

Jika diimbau antara prinsip awal dalam kehidupan yang aku caknakan ini, antara yang paling mudah diungkap namun paling sukar dicerna ialah:

"Hope for the best & Prepare for the worst"

Aku tak nafikan ianya membawa kepada situasi yang cukup, cukup ekstrem.. Aku rasakan kerana prinsip ini juga aku memula memupuk sifat reaksi ekstrem dalam menilai sesuatu perkara.. Yang mana dalam masa beberapa detik aku kena mula menilai dan memberi pandangan pada diriku mengenai laluan hidup yang aku rasakan terbaik.. Ala-ala, split second decisions for multi-path adventure la.. (Okay, complex)..

Sedar tak sedar, dalam hidup aku semuanya berjalan lancar.. Bukan lancar seperti yang aku rancangkan.. Cuma lancar mengikut kehendak Allah swt.. Alhamdulillah, bila aku melihat jalan yang aku telusuri, aku bersyukur.. Hidupku cukup senang dan cukup mudah.. Semuanya dipermudahkan.. Seolah-olah aku tidak pernah rasa sukarnya hidup ini.. Aku mempunyai keluarga yang menyayangi dan sentiasa mendidik diri aku untuk menjadi lebih baik.. Sistem pendidikan yang dilaksanakan juga banyak berpihak pada diriku.. Hidup di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti berlalu begitu sahaja.. Keputusan akademik dalam keadaan baik dan tiada masalah.. Hubungan dengan kawan-kawan dan tenaga pendidik berada dalam keadaan yang cukup bermanfaat.. Setelah tamat alam universiti di Malaysia, aku diberikan peluang untuk melihat dunia luar dan memulakan perjalanan ni bumi Bristol.. Semuanya indah-indah belaka.. Alhamdulillah, syukur pada Allah swt kerana memberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah..

Jika aku nak bandingkan dengan insan lain.. Yang mana makan minum pun tak pasti.. Tempat untuk bermalam pun entah di mana.. Belum lagi yang sudah tiada ibu dan ayah.. Tidak berpeluang belajar.. Tak kira sama ada dalam atau luar negara.. Tidak mengetahui alam dan dunia ini cukup indah.. Jika dibandingkan dengan mereka semua.. Kalau aku masih tak bersyukur.. Sejauh mana kekukufuran aku pada nikmatMu Ya Allah.. 

Ini antara perkara yang aku acap kali fikirkan.. Adakah kerana aku cukup lemah dan tak bersedia untuk diuji.. Maka hidupku cukup mudah.. Kerana bila dibandingkan dengan ujian kanak-kanak lain.. yang berada di negara-negara miskin.. Yang tak kenal siapa ibu mereka, siapa ayah mereka.. Lemahnya diri aku kerana aku tahu Allah swt hanya sediakan cabaran atas kapasiti manusia itu sendiri..

Bila memikirkan keadaan ini aku terus terduduk diam.. Fikirkan, sejauh mana kekuatan aku dalam menghadapi dugaan.. Sejauh mana aku boleh letakkan kepercayaan pada Allah jika ujian seperti itu datang menghinggap..

Namun, dalam perspektif lain aku nampak ini sebagai ujian untuk diriku.. Untuk aku berdiri hidup senang dan pada masa yang sama aku sedar akan kesusahan orang lain.. Maka ianya satu bentuk ujian padaku.. Sejauh mana aku betul-betul kisah dan mahu membantu atau aku akan tewas dan menjadi manusia yang pentingkan diriku sendiri..

Setiap nikmat yang aku ada.. Akan dipersoalkan satu per satu.. Dari syiling sekecil 1 sen sampai la Xbox 360 Star Wars Edition (Mampus aku nak jawab kalau yang ni kena soal).. Yang ni baru harta fizikal.. Belum lagi harta intelek dan anggota badan yang digunakan dini hari.. Nikmat mana yang akan aku terus kufurkan? 

Ini secara tak langsung membawa pada keadaan worst case scenario.. Semua orang selalu fikirkan akan worst case scenario adalah kegagalan.. Namun, ramai yang lupa.. Perkara yang paling buruk berlaku pada manusia adalah pabila kematian menjemput kita tiba.. Tiada manusia yang betul-betul bersedia untuk menerima kematian (Manusia akhir zaman la kan.. Manusia zaman kegemilangan Islam semua memang ohsem belaka)

Cuba bayangkan kalau esok kita tak bangun lagi.. Adakah kita mati dalam melakukan kebaikan ataupun mati dalam onar dan duri akibat umpatan, cacian yang kita tinggalkan pada kenalan sebelum kita tidur malam.. Adakah sempat kita tinggalkan amal jariah, anak yang soleh serta ilmu yang bermanfaat sebelum kematian menjemput kita..

Kalau tanya aku, anak yang soleh confirm tak sempat (kalau mati esok la kan).. Cuma, yang mampu aku harapkan, setiap hari ianya menjadi motivasi aku untuk terus melakukan kebaikan dalam setiap aspek kehidupan.. Lagi-lagi kita tak tahu ilmu yang mana akan menjadi ilmu bermanfaat.. Jangan berangan la Zamir kalau kau rasa confirm ilmu diamond kau tu bermanfaat.. Silap2 dia buat jadi senjata serang orang Islam balik.. Ha jawab kau dekat akhirat nanti.. Maka, aku sendiri tak tau ilmu yang mana satu.. Maka setiap ilmu yang aku ada, akan aku berusaha untuk kongsikan.. Semoga ilmu itu menjadi ilmu yang bermanfaat dan mendapat redha Allah swt.

Amal jariah? Kalau ikutkan mudah sangat nak buat amal jariah ni.. Cuma bila manusia tak fikir akan kematian dan ingat akan hidup selamanya.. Kita akan sentiasa fikir aku dan hanya aku.. Tidak lagi kita dan mustahil untuk kami... Diri sendiri di dahulukan sampai terlupa ada insan lain yang lebih berhak ke atas nikmat diri kita.. Setiap perbuatan baik yang kita laksanakan boleh bertukar menjadi ibadah dan amal jariah jika dan hanya jika niatnya kerana Allah swt.. Cuma sebabkan hati manusia yang sentiasa tamakkan kemewahan dunia dan lupanya akan kematian buatkan manusia rasa dirinya akan hidup kekal abadi..

Ya kita akan hidup kekal abadi namun bukan di sini namun di Akhirat sana nanti..

Aku pun tak pasti kenapa tiba-tiba aku membebel pasal kematian.. Mungkin kerana aku rasakan setiap kali aku tidur dan bangun pagi.. Aku rasakan tarikh kematian makin menghampiri.. Makin meningkat usiaku, makin hampir aku dengan alam barzarkhku.. Cuma sudahkah aku bersedia sebelum Izrail menjemputku?

~Sejak kebelakangan ni aku asyik flashback kehidupan aku dari kecik sampai la sekarang.. Itu yang aku ingat.. Belum lagi yang mana malaikat best-fren aku tulis tak henti-henti dekat bahu kanan dan kiri ni.. Macam tak sanggup je nak lihat semua tu dipertontonkan balik sewaktu di Padang Masyar nanti..~

*Di kesempatan ni nak mintak maaf la dekat mana-mana manusia yang aku pernah buat salah, silap serta kejahatan.. Yang tak puas hati kita boleh setel baik dekat dunia eh.. Jangan ar main tuntut-tuntut kat Akhirat.. Lagipun aku dah maafkan lama dah semua salah silap orang lain.. So kira 0-0 ar.. Pleaseeee...*
 

Sunday, 12 January 2014

Persimpangan Jalan

Rasanya untuk post kali ni kene letak disclaimer awal2.. Sebab dia punya mengarut mungkin akan membuang masa sesiapa yang tak berminat..

Disclaimer: Post ini sumpah panjang.. So tak yah la buang masa korang nak baca.. Sebab post ni memang pasal diri aku dan hanya diri aku seorang..

*****

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan sekalian alam, Allah swt yang masih memberikan aku rezeki, rahmat dan hidayah dalam menogkah arus kehidupan ini.. Setiap manusia yang percaya akan Allah dan Islam sebagai tonggak arus kehidupannya akan meletakkan kepercayaan pada Allah.. Dirinya akan diuji, dicabar setiap saat.. Setiap detik pasti ujian datang melanda.. Ini kerana penat lelah diuji oleh Allah bukan sekadar penghapusan dosa malah untuk mengangkat darjatnya kelak di Akhirat.. Keredhaan Allah menjadi misi hidupnya di muka bumi ini..

Maka selain untuk hidup sebaik mungkin, Allah swt memberi manusia akan akal.. satu nikmat yang cukup Agung untuk berfikir dalam mencakna kehidupan.. Allah memberikan kita peluang merancang dan mentadbir hidup kita.. Namun perancangan Allah adalah satu hakiki dalam kesempurnaanNya..

Sebelum ni aku ada cerita persimpangan jalan antara kehidupan emosi dan fizikal.. Di mana pabila soalan mengenai kerjaya dan keluarga mula menerjah.. Belum sempat aku usaikan cabaran masa itu.. Isu keluarga bercambah lebih jauh (aku kira tidak perlu aku ceritakan di sini dan biarlah Allah menentukan masa yang terbaik untuk diriku).. Cuma isu kerjaya aku kena hadapi dalam keadaan yang lebih rasional dan professional..

 Maka mulalah pencarian untuk melihat jalan apa yang aku ada.. Secara kasar lepas aku satukan semua jalan-jalan yang wujud dengan reaksi ekstrem yang aku ada.. Tinggalkan tiga cabang utama yang mana InshaAllah akan bersatu diakhirnya.. Cuma bila? Aku sendiri tak punya idea...

Antara pilihan di hati:

1.Ekonomi
2.Teknologi
3.Pendidikan

Semuanya ada sebab dan musabab tersendiri.. Kenapa ekonomi? Dalam arus permodenan sekarang.. Hampir semua perkara yang boleh dibeli dan duit menjadi asas pada segalanya.. Maka kalau aku teruskan usaha dalam bidang ekonomi.. Aku tahu dengan duit yang banyak.. InshaAllah aku mampu memberi dalam skala yang lebih besar.. Kalau dulu bercinta (bukan tak boleh cuma sukar) aku nak tolong bina perigi, sekolah dan sebagainya.. Maka jika aku dah berjaya (InshaAllah) dalam bidang ekonomi.. Bukan setakat perigi.. Kilang roti dan ladang ternakan pun aku boleh usahakan di negara-negara yang memerlukan.. Zakat yang mampu aku sumbangkan memang akan jadi satu nilai yang sangat-sangat menakjubkan..

Kenapa Teknologi? Sejak kecil lagi aku nampak teknologi mampu mengubah nasib pelbagai pihak lagi-lagi kalau digunakan dalam skala yang berpatutan.. Lagipun asas pada teknologi adalah penemuan teknologi itu sendiri.. Alhamdulillah dengan akal yang Allah kurniakan.. Aku diberi kelebihan untuk berfikir dengan lebih mendalam dalam sesuatu aspek.. Ini membuatkan jiwa penyelidikan aku berada pada skala yang berbeza.. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi, hanya itu yang mampu aku ucapkan.. kerana semua ilmu yang aku timba ini hadir kerana ilmuNya yang sangat luas dan RedhaNya dalam aku mendalami ilmu ini.. Sedar tak sedar, sejak aku melangkah masuk dalam dunia penyelidikan pada tahun 2008, walaupun tak banyak, ada beberapa sumbangan yang aku mampu berikan pada teknologi dunia.. Walaupun ianya merupakan sumbangan yang cukup cukup kecil.. Namun dengan izinNya ia mampu membuka hati individu-individu tertentu untuk meneroka ilmu itu sehingga ke tahap yang menakjubkan.. Dan ini membawa kepada simpang yang ke-3..

Kenapa Pendidikan? Orang kata jiwa pendidik aku cukup lembut.. Pabila aku mengajar, seolah-olah ianya bukan diriku sendiri.. Di saat aku mula mengajar, kesabaran aku mula meningkat mendadak.. Sampaikan mereka lihat pabila aku mula mengajar, kasih sayang yang aku curahkan tidak mampu mereka gambarkan.. Dalam setiap ketegasan aku ada kelembutannya.. Setiap yang salah ada pembetulannya.. Yang lemah akan menjadi maju.. Yang baik akan menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.. Aku tak nafikan, pabila aku mula mengajar in personal level.. Apa yang aku harapkan ilmu itu dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan InshaAllah diaplikasi oleh mereka dalam skala yang lebih baik dari apa yang aku mampu lakukan.. Bagi aku, aku nampak setiap insan yang aku ajar dan dididik,secara langsung mahupun tidak, mampu untuk atasi aku di masa hadapan.. Tugas  aku cukup mudah, memberikan mereka peluang untuk pergi lebih jauh.. Aku hanya sekadar batu loncatan untuk mereka kecapi impian dan cita-cita mereka.. Setiap insan yang hadir dalam pengajaran dan pembelajaran aku.. Aku sentiasa tatang sepenuh hati.. Dan doakan hanya satu untuk melihat mereka menjadi yang terbaik dalam hidup mereka..


Dan disinilah persimpangan itu membawa haluan masing2.. Aku harapkan aku dapat mengimbangkan antara satu aspek dan aspek yang lain.. Aku rasa itu sesuatu yang tak mustahil.. Jika para Ilmuan Islam dulu boleh lakukan.. Kenapa tidak aku? Maka bermulalah episod atau simpang baru dalam hidup aku yang tengah aku fikirkan (Ingatkan dah habis dah post ni kan padahal tadi tu baru intro.. Hahahaha)


Kalau melihat kepada kenapa aku nak jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik dalam bidang yang aku ceburi.. Satu je sebab utama.. Dari kecik ini perspektif naifku.. Untuk mengembangkan  Islam dengan lebih effektif dan effisien dalam dunia materialistik ni.. Nak tak nak diriku kena ada pengiktirafan manusia (kerana itu hakikat manusia masa kini).. Namun bagi aku pengiktirafan manusia bukan dasar segalanya.. Ianya hanya satu unsur untuk memudahkan aku menyampaikan bertapa indahnya Islam..

Sedangkan dakwah Rasulullah saw sendiri bermula dengan peribadi dan akhlak beliau.. Maka mengapa tidak kita.. Dan aku rasakan lebih mudah untuk aku sampaikan Islam pada orang lain dengan melihatkan keperibadian aku (Yes, aku tahu aku tidak sempurna dan masih dalam proses untuk memupuk akhlak muslim yang lebih baik).. Supaya ketegasan keputusan dan tindakan aku selari dengan ajaran Islam itu sendiri.. Dengan menjadikan tumpuan diriku di mata dunia, ia pasti lebih effektif (aku tak cakap mudah sebab bukan mudah weiii bila mata dunia pandang dekat kau).. 

Yang ni bila ada 2-3 negara pandang kat tindakan aku pun dan goyang kaki.. Macam mana la bila satu dunia pandang.. Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku kekuatan untuk terus membuat keputusan berlandaskan agamaNya dan usaha mencari keredhaanNya..

Maka jika objektif aku untuk mengembangkan Islam.. Aku kena nilai balik diri aku.. Jika sekarang ini, tahap aku di mata dunia sudah mula kelihatan sedikit demi sedikit (sumpah ayat bapak poyo).. Macam mana dengan peribadi aku? Adakah akhlak dan akidah aku dah cukup baik sebagai seorang muslim.. Jika benar ini objektif aku, sejauh mana diri aku bersedia untuk membawa imej Islam di persada dunia? Sudahkah aku bersedia..

Maka aku mula mengimbau buku-buku lama.. Kisah para Ilmuan.. Yang mana hidup aku jauh bertentangan dengan hidup mereka.. Hidup imam-imam besar, dan tokoh-tokoh ilmuan.. Yang mana seawal kanak-kanak mereka sudah meghafal Al-Quran dan menguasai bahasa Arab.. Aku? sumpah jauh.. Macam teras bumi dengan cakerawala.. Ni baru dengan tokoh ilmuan, tak yah berangan nak tengok para sahabat.. Rasulullah saw? Tunduk malu aku nyorok bawah katil.. Owh, kerdilnya diri aku berbanding cita-cita dan impian aku..

Maka wujud persimpangan yang seterusnya.. Mungkin kita tiba masanya untuk aku memperkasa ilmu agama pada tahap yang berbeza.. Sejak dari dulu aku selalu je terlintas melihat kitab-kitab lama dari ilmuan Islam.. Cuma aku tak tergerak hati untuk mendalami.. Untuk memahami melalui hati..

Maka aku rasakan, sudah tiba masanya untuk aku mengambil serius akan isu ini.. Mula membuka kitab-kitab imam besar dan ilmuan dahulu.. Memahami konteks Islam dalam erti kata sebenar.. Supaya pabila mata dunia tertumpu pada diri ini.. Mereka akan nampak Islam dalam erti kata sebenar.. Islam satu agama yang indah..

Walaupun ianya tidak memberi jawapan sama ada ekonomi, teknologi ataupun pendidikan tetapi ianya memberi perspektif baru dalam aku mengejar Ilmu Allah itu sendiri..

InshaAllah jika niat ini benar kerana Allah.. DiriNya tidak akan sesekali mengecewakan hambaNya kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana..
 

Friday, 10 January 2014

Ikhlas...

Aku rasa dah macam banyak kali je aku sentuh topik ni dari hari ke hari.. Rasanya saban tahun topik ni jadi topik feveret aku.. Bukan apa, aku rasakan ianya banyak memberi impak dalam kehidupan manusia.. Sama ada di dunia mahupun di akhirat.. Kunci kepada kebahagiaan berpanjangan.. 

Bila tengok balik perkataan ikhlas tu.. Berat.. sumpah berat.. It is such a big word.. Tapi jangan biarkan beratnya kata-kata tu buatkan kita rasa gusar dan takut..

"Journey of a thousand miles begin with a single small step"

Perkataan ikhlas itu sendiri kalau lihat, ianya terhasil dari huruf-huruf yang tak punya makna.. 'i' takkan boleh berdiri sendiri tanpa huruf-huruf lain.. Sama jugak dengan 'k', 'h', 'l', 'a' dan 's'.. Tapi bila digabungkan huruf-huruf tu maknanya cukup mendalam..

Maka sama jugak dengan usaha kita untuk mula ikhlaskan diri.. Ianya bukan hadir sekaligus.. Ianya wujud dari usaha yang sedikit namun berterusan.. Keikhlasan selalu dikaitkan dalam kebaikan seseorang itu lakukan.. Maka pabila berbicara mengenai kebaikan, ada tiga sebab kebaikan itu diterima Allah swt.. 

1. Berbuat baik kerana harapkan pahala dari Allah. 
2. Berbuat baik kerana takutkan api neraka Allah 
3. Berbuat baik kerana Allah sepenuhnya..

Dan yang ke-3 itu keikhlasan tahap tertinggi..

Aku tak nafikan yang agak sukar untuk capai tahap ke-3 tapi tak mustahil.. Langsung tak mustahil.. Mampu dilakukan dan mampu dikecapi.. Cuma setiap perkara kena bermula dari perkara yang kecil.. 

Bagi aku sendiri, lagi-lagi bergelar pelajar.. Menuntut ilmu tu sendiri harus hadir dalam keadaan ikhlas.. Percayalah, ikhlas tu adalah azimat kejayaan dalam menuntut ilmu.. Cuma untuk ikhlas tu tak mudah.. Lagi-lagi bila ilmu tu susah nak faham, belajar sebab nak exam, belajar sebab nak dapatkan sekeping ijazah.. 

Aku tak nafikan semua tu penting.. Namun pabila niat tu kerana Allah, kerana nak belajar ilmu Allah, InshaAllah ianya akan dipermudahkan Allah.. Kemudian, perkara-perkara lain akan datang dengan sendirinya.. Setiap pengiktirafan dalam bentuk keputusan ijazah, peperiksaan dan sebagainya akan datang dalam keadaan yang terbaik.. Tambahan lagi, kita lakukan semuanya hanyalah kerana Allah.. Maka apa yang kita kecapi, sama ada sedih atau gembira, tinggi atau rendah.. Kita akan terima seadanya kerana Allah ada perancangan yang terbaik untuk kita.. Yang penting teruskan berusaha untuk terus ikhlas.. istiqamah dalam usaha dan bertawakal.. Dan yang paling penting bersabar dalam setiap arus cabaran yang mendatang..

"Persistent bridges through darkness"

Konteks yang sama boleh diaplikasikan dalam kehidupan.. Pabila kita ikhlas dan cuba untuk menanam sifat ikhlas dalam diri.. dalam setiap aspek kehidupan.. InshaAllah hidup ini lebih seronok.. lebih aman, lebih indah.. Hidup ini dilihat dalam perspektif yang sangat berbeza.. Cukup indah.. InshaAllah..

"Time and tides wait for no man"


Tuesday, 7 January 2014

Antara keluarga, kerjaya dan perkahwinan..

Okay aku tau tajuk ni dah masuk klise tahap gaban.. Cuma sedar tak sedar aku dah kena mula jawab soalan-soalan ni secara serius.. Kalau dulu masakan aku kisah.. Semuanya aku lontarkan dengan satu jawapan yang cukup mudah.. Tunggu la habis belajar dulu.. Namun sedar atau tidak, tempoh aku untuk tamat belajar kian hampir.. Apa langkah seterusnya dalam kehidupan aku.. Kalau suatu masa dulu, aku mungkin ada pelan perancangan hidup 5-10 tahun.. Namun setelah berpijak di bumi nyata ini, aku kian sedar banyak yang telah aku pelajari..

Kini semuanya bermula antara konflik keluarga dan kerjaya.. Secara kasarnya aku dah keluar dari rumah mak dan ayah aku 9 tahun yang lepas.. Yup, 9 tahun yang lalu aku dah mula mengembara dalam usaha mencari ilmu.. Memperkasakan ilmu dan menjitukan jati diri sebagai musafir di perantauan.. Ada masanya aku rasakan aku pentingkan diri aku sendiri lebih dari keluarga aku kerana inigin menguasai bidang serta ilmu-ilmu yang tertentu.. Alhamdulillah atas kurniaan Ilahi, ada beberapa bidang yang mana aku sendiri pelopori arus perubahan ilmu dengan izin-Nya, InshaAllah..

Ada pendapat yang mengatakan pabila aku sendiri mula mempelopori bidang tersebut dah jadi fardhu ain ke atas diriku kerana tiada siapa yang akan meneruskan pencarian ilmu itu melainkan diri aku sendiri.. Namun, dalam hatiku mula terdetik.. Sudah sekian lama aku merantau tinggalkan mak dan ayah jauh di sana.. Amanah dan tanggungjawab mula menerjah.. Perasaan sayang ibu dan ayah yang takkan luntur mula menjamah diri ini.. Selfish sangat kah aku ini? Sejauh mana aku laksanakan amanah aku ke atas orang tua ku? Semuanya dilontar satu per satu..

Jika aku ceritakan semua yang terbuku antara kerjaya dan keluarga pada orang tuaku.. Pasti mereka menyuruh aku teruskan kerjaya aku kerana Dunia Islam lebih memerlukannya kerana bagi mereka, kejayaan anak mereka lebih utama dari kebahagiaan mereka sendiri.. Aku perasan setiap kali aku pulang, mak masih tetap akan terus membelai kepalaku dan mengusap rambutku sesudah usai solat mahupun pabila bersantai di ruang tamu.. kadang kala aku rasa aku dah besar untuk semua itu.. Namun aku tahu, dirinya rindu akan daku dan dirinya tak pernah sesekali melihat diriku yang sudah dewasa ini.. Aku tetap anak kecilnya..

Maka aku kian tersepit.. Aku gunakan alasan ilmu untuk terus mengejar kerjaya aku namun aku juga ingin terus berkhidmat pada mak dan ayahku.. Namun kakak ku berpesan, kalau dah ditakdirkan aku takkan bersama dengan keluargaku, maka jika aku kembali ke Malaysia sekalipun, takkan aku duduk sebumbung dengan meraka.. Maka doalah yang terbaik dan mintaklah yang terbaik.. Kemudian bertawakal dan redha dengan ketentuan Ilahi..

Selepas aku cuba menerima dilemma antara keluarga dan kerjaya.. Soalan ketiga mengenai pasangan hidup aku mula menerjah tiba.. Aduhai, ini isu berat.. Yang mana acap kali aku lari dari topik mahupun keadaan yang menjurus ke arah topik ini.. Maka dah tiba masanya untuk put some thought in it.. Bak kata kak hyda, kak anis dan rakan taulan yang lain.. Untuk masa sekarang aku dah ready dah untuk perkahwinan ni (diorang yang cakap.. bukan aku).. Aku guna perkataan buat masa sekarang.. Sebab perkahwinan ni evolved thru time.. Maka takkan ada masa insan tu betul-betul ready dengan alam perkahwinan.. Selain tu, kata diorang lagi "Hidup aku dah cukup baik untuk menerima kehadiran insan lain".. Dan macam-macam lagi ayat diorang yang aku malas nak qoute tapi hakikatnya menurut pihak lain kecuali diri aku sendiri yang memang sah aku dah ready.. 

Cop, cop, cop.. Kalau semua kata aku dah ready yet kenapa aku kata aku tak ready.. Ironi kan.. So selama ni aku cakap aku tak ready sebab aku tak put my thought into it.. Maka kalau aku tak fikir, sampai bila-bila aku tak ready.. After putting few thoughts into it.. It is kinda a nice idea tho.. Untuk tamatkan zaman bujang ni.. Cuma yela, seronok ape kalau lepas ni tak yah dah nak buat benda sorang2.. Pergi mana2 semuanya berteman.. Dari bukak mata sampai la tutup mata.. Cuma biasalah, amanah tu pasti ada.. Takut itu memang la takut sebab tanggungjawab tu besar.. Tapi sampai bila aku nak lari dari tanggungjawab tu kan..

Hurmmm.. all in all aku dah mula consider untuk kawin.. Maka lepas habis belajar ni bolehlah mula usaha untuk mencari gadis bertuah (bertuah ke?) yang akan menjadi dalam perjuangan kali ini..

So that's it peeps.. Antara keluarga dan kerjaya, aku dah buat yang terbaik.. Maka serahkan pada yang Maha Kuasa untuk tentukan.. Alhamdulillah, aku dah mula buka pintu hati untuk consider dalam mendirikan rumah tangga (seriously zamir????) maka doakanlah yang terbaik untuk aku dalam proses tersebut..