Pages

Wednesday, 3 April 2013

1st day..

Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 1096 hari aku bertapak kat negara asing ni.. Kalau nak bahasa mudahnya dah 3 tahun dah aku kat sini.. So kiranya hari ni 1st day aku sampai Bristol 3 tahun yang lalu.. Begitu singkat masa berlalu.. Sepanjang perjalanan percutian ni.. Macam-macam liku kehidupan yang aku lalui.. Dari budak berhingus.. Hingus meleleh sampai ke lantai sampai la jadi budak-budak yang hingus dia meleleh tahap pipi jer.. 

Hari ni aku bangun dalam keadaan yang sungguh aman.. Sambil makan roti-bakar-telur-tiga-suku ala-ala lorong kulit kat Pulau Pinang.. Aku mulakan hidup aku dengan ucapan Alhamdulillah.. Inilah masa yang aku nanti-nantikan.. 6 bulan terakhir yang bakal mengubah hidup aku untuk kali yang ke berapa kali, aku pun tak pasti.. Cukup aman.. Rasa lega dan lapang hati.. Semuanya keranaMu Ya Allah..

Sampai di sekolah, dapat dua email.. Satu dari Arizona, satu dari Melbourne.. Alhamdulillah, kedua-kedua bertanya khabar dan bercerita mengenai kajian-kajian yang masih berlangsung.. Lega aku mendengar data-data terbaru.. Rasa bersyukur sangat bila kolaborasi baru dari Aussie di samping yang dah sedia ada di US.. Bukan senang untuk menggalas amanah ni namun Allah memilih aku atas sebab yang dia sendiri ketahui.. Alhamdulillah..

Hari ni jugak hari pertama untuk aku mulakan penulisan aku secara rasmi.. Alhamdulillah, 800 patah perkataan berjaya aku tulis untuk hari ini.. Walaupun tak banyak.. dalam 5 muka surat yang berjaya aku tulis.. Ianya cukup baik untuk permulaan kali ini.. Walaupun aku tahu banyak yang perlu diperbetulkan.. Namun ianya cukup baik untuk permulaan.. Sebak pun ada, tak sangka aku boleh tulis.. Selama ni aku rasa susah dan sukar.. Namun jari-jemari ni tetap menekan papan kekunci untuk mengeluarkan satu per satu patah perkataan.. Alhamdulillah segala puji buat dirimu..

Mungkin persediaan aku sepanjang hujung minggu ni.. In sha Allah bakal membuahkan hasilnya.. Bila aku menerapkan yang aku kene tulis.. Setiap pagi petang siang dan malam.. Hanya tulisan yang memenuhi minda aku.. Asyik aku teringat cerita untuk bab ini, cerita untuk bab itu.. Fikirkan ayat apa untuk letak situ sini.. Dan gambar ni nak letak mana.. gambar tu nak touch up macam mana.. Alhamdulillah, bila aku fikirkan setiap masa, Allah bukakan hati aku untuk mula menulis.. Rasa lancar semasa aku menulis.. Ya aku tahu, penulisan aku tak sempurna namun ianya sebuah permulaan.. In sha Allah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Bermula dengan 800 perkataan.. dalam sebulan in sha Allah tak mustahil jadi 20 000 malahan 30 000 tak mustahil dengan kuasa Mu Ya Allah..

Ini hari pertama, aku tahu masih jauh perjalanan ini.. Namun akan aku hadapi setabah mungkin.. Semoga hari ini akan terus tenang.. Begitu juga hari-hari yang lain.. Semoga diriku semakin tenang dari hari ke hari..

Monday, 1 April 2013

Keindahan sukar dikekalkan..

Berhentilah berharap pada makhluk ciptaanNya kerana ciptaanNya tak pernah kekal.. Berharaplah pada pencipta mereka kerana Dia akan kekal selamanya..

Itu yang aku cuba terapkan dalam minda aku sejak dua menjak ini.. Bukan niat aku untuk menolak perasaan kasih dan sayang.. Aku tahu diulit perasaan seperti itu cukup indah.. Namun keindahan itu sukar untuk kekal.. Kerana bagiku.. bagi diri ini yang tidak seperti manusia lain.. Yang hala tuju hidupnya entah ke mana.. Yang mana garisan hidupnya kekal menjadi misteri.. Untuk dirinya menerima nikmat keindahan ini.. belum tiba masanya.. Baginya keindahan ini bagaikan layar putih yang cuba memerangkap dirinya agar tidak keluar mencari diri dan identitinya yang sebenar..

Sebab pabila semuanya cantik, semuanya indah, semuanya selesa.. Aku akan terperangkap dalam konsep bersenang-lenang dan kaki ini tidak lagi digunakan seperti sebelumnya, tangan ini makin jarang digunakan seperti sebelumnya dan akal ini makin kurang geraknya seperti sebelum ini..

Aku tahu cabaran yang akan bermula kurang dari beberapa hari ini merupakan antara terbesar dalam hidup aku.. Masih jelas dalam ingatan aku.. Banyak yang aku lontarkan mengenai tarikh keramat 3 April 2013.. Semua kata-kata yang dimulakan.. "Lepas 3 tahun aku jalani kehidupan ini..." dan semua ungkapan yang aku gunakan dengan permulaan Lepas 3 tahun nanti.. semuanya menjurus pada tarikh keramat ini.. Tarikh ini cukup kuat implikasinya.. Kerana sejak aku di awal peringkat Sarjana Muda, ayat Lepas 3 tahun ini sudah berada di hujung bibirku.. Cukup besar makna ayat ini, lagi-lagi bagi aku yang cuba menunaikan apa yang aku cakapkan..

Bagi aku yang memang dari dulu lemah dalam bab penulisan dan bahasa Inggeris.. Ini merupakan cabaran yang cukup-cukup besar untuk aku laksanakan.. Lagi-lagi ianya merupakan penulisan akademik pertama aku yang akan mencecah puluhan ribu perkataan.. Puluhan ke ratusan gambar serta graf yang perlu dimuatkan..

Aku tahu ianya akan mengubah perspektif hidup aku selepas aku melaluinya.. Namun selepas bukanlah isu yang perlu aku gusar atau risaukan.. Cuma satu perkara yang pasti.. Yang perlu aku ketahui, adakah aku akan lalui semua ini secara bersendirian dan berseorangan.. Ataupun aku perlukan teman untuk mendampingi sewaktu saat jatuh bangunku.. Sewaktu aku di bawah mahupun di atas.. Sebab ramai yang aku kenal dan lihat memerlukan pelbagai support system bagi melalui fasa ini.. Dan di sinilah perbezaan paling ketara bagi mereka yang masih bujang dan yang sudah berumah tangga.. Jangan terkejut ramai rakan dan kenalanku yang aku lihat pabila mereka melalui fasa ini, mereka turut mendirikan rumah tangga.. Atas alasan apa aku sendiri tak pasti namun aku yakin dan percaya, faktor berada dalam fasa ini sedikit sebanyak membantu dalam menimbang tara keputusan mereka untuk mendirikan rumah tangga..

Dan bagi yang bujang ada di antara mereka putus cinta dan sebagainya kerana tidak sehaluan sewaktu dalam fasa ini namun tak dinafikan ada hubungan yang bertambah intim dan akrab selepas melepasi fasa yang cukup singkat tempohnya tapi cukup panjang laluan liku-likunya..

Bagi aku? Aku tak pasti apa yang akan jadi dan apa penamatnya.. Cuma, kalau aku dapat laluinya secara berseorangan, ianya cukup menakutkan.. itu yang pasti.. Namun to overcome your fear, you have to face it head on.. Kalau aku berjaya, ianya merupakan permulaan fasa hidup yang baru.. Jika tidak? aku tak nak fikir ke arah itu buat masa ini.. 

Tersenyum aku taktala membaca komen dari kawan ku yang masih mengharapkan diri ini masih "witty" dan "optimistic" seperti 8 tahun yang lalu.. In sha Allah, akan aku cuba kekal optimistik dalam setiap tindakan aku.. Kerana dengan sikap itu, aku mampu mempengaruhi ramai orang untuk terus maju dalam hidup mereka.. Dan tak mustahil ianya juga dapat turut membantu dalam meneruskan percutian aku kali ini..

Support system? Secara jujurnya untuk fasa kali ini, none.. yup, none to be honest.. Semua perajurit-perajurit dan srikandi-srikandi yang sentiasa berada di sisi aku telah pulang, telah kembali kepada tugasan dan hak mereka.. Sebab itu aku katakan ianya merupakan perjuangan paling besar yang akan aku alami kerana, ianya antara diri aku dan ketakutan aku sendiri tanpa sebarang penasihat ataupun bala tentera untuk membantu aku..

It will be my battle, the battle that never been fought before.. The battle that will determine whether a legend will be born or an ordinary man will kneel to his fear and be consume by dark negativity.. The battle that will last for as short as 6 month or as long till death open its own door..

In sha Allah it will be fine.. Selagi aku berserah dan berharap pada Allah yang menciptakan aku.. Pencipta segala isi langit dan bumi.. Selagi ianya kerana Allah dan untuk kebaikan makhluk-makhluknya.. In sha Allah, Dia takkan sesekali meninggalkan sisi hambanya yang sentiasa mendambakan kasih sayang dan keredhaanNya.. Semata-mata kasih sayang dari-Nya dan bukan dari makhluk-makhluk ciptaan-Nya..

Sunday, 31 March 2013

Tiada lagi rasa Cinta, Sayang dan Suka..

Sedar tak sedar esok dah bulan April.. Bulan Ampat ooo.. Ingat lagi 3 tahun yang lepas time ni tengah kemas-kemas bag.. Beli apa-apa bekalan yang patut untuk bawak datang negara bertuah ni.. Bertuah ke? Pandai-pandai la korang analisis sendiri (bajet ada reader la kat blog yang tahap suam-suam kuku ni).. Anyway, tanggal 3 April menandakan permulaan percutian aku yang penuh dengan dugaan dan cabaran.. Kalau nak tengok balik, kebanyakan dugaan tu memang payah dan pahit waktu alami tu.. Namun bila tengok balik apa yang aku dah lalui tu tak de la teruk sangat.. Bajet dah kuat la lepas hadapi cabaran yang kecik cenonet tu.. Padahal time kene dulu tu meraung, menangis tak berlagu.. Anyway semua dugaan tu buat aku jadi lagi tabah.. So kalau nak di review semua dugaan tu lebih kurang macam ni la bunyi nyer.. 

1st year semua sampel kene tolak tepi sebab lepas setahun buat keje, baru perasaan sample aku tu contaminated by cotton buds.. Arghhh sapa sangka dalam cotton buds ada lithium.. Dan lithium tu lagi banyak dari apa yang aku cuba masukkan dalam diamond aku selama ni...

2nd year plak dengan bangganya aku buktikan yang aku nyer experimental background tak telly dengan teori berdasarkan theoretical simulation aku.. Fhuh yang ni memang terbaik sebab aku sendiri cakap diri aku salah dan waktu tu siap feeling bazir je keje aku dua tahun ni sebab macam buat keje sia-sia..

3rd year pulak setakat ni cuma untuk dapatkan data dari reaktor terakhir yang tak berjaya dibina-bina namun Allah tu Maha Besar.. Trip ke Arizona tu membuahkan hasil yang sangat besar dan walaupun tak membuktikan teori 2 tahun lepas namun membuka skop baru untuk membawa teknologi berlian ni ke tahap yang berbeza..

So minggu depan masuk dah 4th year.. Bila nak habis? aku sendiri pun tak pasti tapi 3 April sebagai petanda untuk aku mula menulis.. Walaupun masih banyak data yang tak cukup tapi aku nekad untuk tulis.. Tapi bila aku masuk fasa menulis.. It will not be fun.. Aku sendiri tahu kenapa.. Bila aku dah masuk fasa ni jangan la ada sapa nak ngade-ngade gedik ke ape kejadah ke kan.. Sebab dalam fasa ni tahap toleransi aku memang kat tahap minimum ar.. Tahap kesabaran pun turun giler-giler nyer.. So boleh cakap no more mister nice guy kowt..

Skang ni senang giler rasa agitated.. annoyed and cannot go with people.. Aduhai.. Hahahha... Ntah macam mana bila pandang muka sorang-sorang hilang terus perasaan suka, sayang dan sebagainya la... Macam dah tertutup hati dan perasaan ini untuk rasa suka dan sayang.. Mungkin sebab otak aku sendiri pun dah fokus untuk benda lain.. So bila dah tengok manusia lain tanpa perasaan kasih dan sayang.. Memang sayonara ar.. Apa orang buat sikit semuanya salah.. semuanya silap.. Manusiakan.. Yes aku admit aku tak sempurna, aku ada banyak kelemahan.. Jauh benar dari sifat-sifat mulia seoran manusia..

Tapi ini yang aku perasan, bila dah takde perasaan kasih dan sayang.. Perkara yang selama ni aku tak kisah, yang aku pertahankan yang aku tolerate.. Semua aku tak boleh terima dah.. Dulu aku tak kisah korang buat macam kat aku.. Pijak kepala sampai kan.. Ataupun bila dah jadi macam ni baru aku nampak perkara sebenar kot.. Baru nampak bertapa bodohnya aku untuk bersabar selama ni dan dipergunakan selama ni.. Terhegeh-geheh buat benda ni buat benda tu.. Korbankan itu ini.. Demi apa? aku sendiri pun tak tau.. Bila tengok sekarang ni, bukan aku dapat pape pun.. (Giler tak ikhlas selama ni.. rosak-rosak).. Bukan lah, bukan aku nak mengungkit, cuma aku rasa banyak senagat benda bodoh yang tak masuk akal aku buat bila aku buat semuanya berlandaskan perasaan kasih, sayang dan suka.. 

So bila dah jadi macam ni, kiranya kene muhasabah diri ar.. Jangan nak buat keje membabi buta jer.. Sebab baik sangat pun susah gak.. Senang sangat orang nak pergunakan.. Pengajaran... pengajaran..

Saturday, 30 March 2013

Ultimatum

Bapak lama aku tak tengok blog ni.. Abis dah sawang sana sini.. Ok lah, bukan apa.. Bila aku lama tak tulis blog ni ada beberapa possibility je kenapa.. Satu sebab kehidupan yang sangat hectic (tipu-tipu).. Tak pun sebab takde idea aku nak cerita atau gosipkan (mungkin jugak kan).. Ataupun aku nyer emosi dalam keadaan stabil yang tak perlukan aku untuk meluahkan bagai dalam blog (cukup lah jerit sorang2 dalam kolam renang.. Kuang kuang kuang)...

Rasanya gabungan tiga sebab kat atas tu yang buatkan aku dah lama tak menulis.. Banyak gak yang aku nak ceritakan dalam blog ni.. Tapi sebelum tu aku citer sket pasal kisah Ultimatum.. Yup, aku rasakan betul la apa member-member lama aku cakap.. Aku ni baik sangat (bapak poyo ayat), kan orang dah pijak kepala.. So... here we go.. the Ultimatum.. Your're wasting my time and to be honest, you're not worth my time.. Or in short your're dead to me.. Nice kan.. Ayat penuh emosi bagai.. sampai nak you're dead, you're dead.. Tapi aku rasa this is the limit.. The line that I should draw and stay behind it.. Aku akui ada gak silap aku sebab paksa dalam beberapa benda tapi.. skang ni lantaklah.. Macam ayat biasa mak aku.. Anak orang, bukan anak aku.. Kalau anak aku, lepas kene slow talk, pastu pep talk.. Then tak jalan gak baru aku sepak terajang flying kick.. Memandangkan ni anak orang.. Let it be.. Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya.. So let me sit back and enjoy their destruction.. Aku rasakan even kalau aku cakap I told you so pown dan terlebih baik.. So, forget about it.. baik aku amik popcorn ke, nasi lemak ke, char kuey teow ke.. Makin sambil melihat nakhoda kapal tenggelam bersama-sama kapal keegoan masing-masing..

Sedangkan Nabi Nuh yang seorang Nabi tu pun dah berusaha pelbagai cara tak dapat nak selamatkan anak dia.. Inikan aku pulak, manusia yang penuh hina dan bergelumang dengan dosa untuk selamatkan manusia lain yang tak ada 10% pertalian darah dengan aku.. So up until now, I've tried my best.. So this is it.. Tapi aku nak letak jugak remark ni.. Korang dah kira bernasib baik la.. Kalau ikutkan budak-budak sebelum ni dah lama dah aku slam the door in your face.. Tapi korang aku bagi jugak satu, dua, tiga peluang.. Yet sampah tak jalan gak..

Bukan aku nak cakap aku the best dan terbaik sebagainya.. Yes, aku pun tak sempurna dan banyak silap.. So dengan keegoan aku, I'm closing these doors dan takkan bukak-bukak balik.. Mark my words.. Ini janji aku pada diri aku sendiri.. 

Korang nak berjaya ke, nak tertonggeng ke, telanjang ke.. Lantak korang la... Itu hak korang, itu life korang.. I'm just gonna be the people that pass by while walking in the park.. No more sweet advise or even harsh advise.. No more concern thought or even the slightest thought at the back of my head.. Rasanya banyak lagi insan lain yang berhak untuk aku sumbangkan tenaga dan juga segala yang ada.. Banyak lagi insan yang lebih memerlukan.. (In fact mungkin I'm not needed in the first place dan aku jer yang terhegeh-hegeh bajet di perlukan)..

Better focus on my precious and myself.. Lagi bagus, aku happy.. dan tak susahkan hidup sesapa..

Wednesday, 27 February 2013

Mutiara yang hilang..

Alhamdulillah.. Dalam sepanjang tempoh 20 hari selepas post aku yang lalu.. Banyak yang berlaku, banyak yang aku selami dan makin banyak yang aku kenal diri ini.. Banyak masa yang aku luangkan untuk mendengar permintaan dari diriku sendiri.. Mula menyayanginya sebagaimana dia berhak untuk disayangi.. Hampir sebulan aku hidup di padang pasir ni.. Macam-macam yang aku rasa dan kecapi serta nikmati.. Selain cuacanya yang jauh berbeza dari England mahupun Malaysia, banyak yang aku cuba nikmati dan kekalkan ia sebagai memori sepanjang hayat..

Padang Pasir yang tandus ni banyak mengajar aku erti kehidupan secara tak langsung.. Aktiviti panjat memanjat gunung setiap minggu membuka ruang lingkup baru dalam kehidupan ku.. Membuatkan aku berfikir lebih banyak akan hala tuju hidup ku dan sumbangan aku pada masyarakat kelak.. Secara kasarnya aku berjaya, Alhamdulillah, berjaya untuk aktifkan balik fungsi asas akalku sebagai diari dan log book.. Untuk pastikan aku menyusun dan mengatur perancangan hidup aku dengan lebih teratur.. Fully optimised setiap masa setiap saat.. Terus update bila ada pape perubahan yang berlaku dalam sesuatu masa..

Kawalan emosi pun dah semakin baik.. Bila aku berikan masa dan ruang lingkup untuk diri aku meluahkan segalanya.. Ianya membawa kepada perubahan yang lebih baik.. Dan reaksi yang ditunjukkan dalam setiap cabaran dan permasalahan pun berubah.. Perspekstif melihat sesuatu perkara dilihat dari ruang yang berbeza..

Dan yang paling penting aku rasakan.. Aku mula menghargai potensi diri aku.. Selepas sebulan di sini.. Aku alami pelbagai transformasi.. Dari seorang ahli kimia, kini aku boleh berbicara sebagai seorang ahli fizik dan tak mustahil sebagai seorang jurutera dalam bidang-bidang tertentu.. Bila aku mula mengiktiraf diri aku sendiri, potensi yang lama terpendam mula menonjolkan diri yang selama ni segan silu..

Aku rasakan sebenarnya semua manusia sama jer.. Bila diberi peluang, InsyaAllah ianya mampu menonjolkan potensi diri masing-masing..

Semoga perubahan yang positif ni dapat diteruskan dalam memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan ummah demi membina masa depan yang lebih cermerlang untuk semua pihak..

Friday, 8 February 2013

The End...

Rasanya dah tiba masanya untuk aku hadapi semua ini.. Bila aku lihat kitaran hidup yang seolah-olah tiada penghujung.. Aku terpaksa akur dan terima tanggungjawab serta amanah ni dengan hati terbuka.. Bukan masanya untuk aku berlagak seperti anak kecil di pentas dunia.. di persada benua.. 

Dah selesai aku lepaskan semuanya.. dan kini aku rasa dah tiba masanya untuk aku lepaskan diri aku dari belenggu perspektif manusia.. Lepaskan diri aku untuk terbang bebas memahami erti kehidupan melalui kaca mata aku sendiri.. Bak kata rakan-rakan serta akak-akak yang sentiasa menemani diri ini sehingga ke saat ini.. It is about the journey and the process.. Dan setelah aku lepaskan semuanya.. aku dah makin nampak dan kenal diri aku yang sebenarnya.. Insan yang ingin hidup seadanya namun sebebas mungkin menebarkan sayap ilmunya..

Duit bukan ukuran.. harta benda apatah lagi.. Semua tu selama ni 'peer pressure' dari persekitaran.. Mungkin ini yang terakhir aku pun tak pasti.. Selepas ni sikit demi sikit digital fingerprint aku akan berkurangan.. Bukan niat untuk menghilangkan diri.. Bukan niat untuk mengundur diri.. Cuma ini yang terbaik buat masa ini.. Dalam proses aku memahami diri aku sendiri.. Dalam proses untuk mematangkan diri.. Lebih elok untuk kata-kata itu aku luahkan pada diriku.. Berbanding aku terus coretkan di sini ataupun mengharap perhatian di ruangan yang lain..

Aku kene kuat dan tabah hadapi semua ni.. Aku kene cekal dan teguh melihat jauh ke hadapan.. Aku kene berdiri teguh melawan arus perubahan.. Kerana aku bukannya insan yang berubah mengikut zaman.. Aku bukannya insan yang seharusnya selari dengan arus permodenan.. Bukan harta dan wang ringgit yang aku impikan.. Bukan mahligai istana yang bakal membuatkan aku tidur lena..

Sebelum aku mengundur diri.. Ku pinta kemaafan dari semua.. Sama ada aku tersilap kata mahupun perbuatan.. Secara sengaja mahupun tidak.. Ampunkan insan lemah bergelar Zamir Othman...

Till we meet again.. Assalamualaikum..

Thursday, 7 February 2013

Detox bukan satu benda yang mudah..

Untuk pulih dari ketagihan, tabiat atau sesuatu perkara yang menyeronokkan tapi memudaratkan bukan satu perkara yang senang.. Bila lihat macam mana abang aku struggle nak berhenti merokok.. Kawan aku struggle nak stop ketagihan main game dan macam-macam contoh lain bukan suatu yang mudah.. Ianya pasti takkan jadi lagi mudah bila diri kita sendiri yang mengalaminya.. Itu yang aku rasa.. Mungkin 24 jam pertama ni impak dia makin terasa.. Bila aku sedar yang mana apa yang aku genggam dan pegang selama ini.. Kasih dan sayang yang aku rela lepaskan beberapa jam yang lalu.. Setiap pengalaman dan memori indah makin pudar dalam ingatan ini..

Cuma pabila hakikat diterima akal bahawa semuanya akan tamat.. Setiap perhubungan telah diputuskan.. Tiada satu ikatan pun bersama.. Tiada satu memori pun bersama.. Hati ini mula rasa kosong.. jiwa ini seolah-olah tidak terisi.. Yang mana selalunya dinding-dindingnya ditampal kisah berbunga-bunga suatu masa lalu.. Lelangitnya diwarnai rasa bahagia bersama.. Kini ianya telah dicat dan digilap seumpama dinding dan lelangit yang baru.. 

Ianya ditambah perit yang membara pabila waktu dan ketika aku ingin melupakan semua onar dan duri.. Kebahagiaan yang palsu dan jalan yang penuh dosa.. Cabaran mula melanda.. Percutian mula memainkan onarnya tersendiri.. Cabaran dari bidang yang suka mencabar diri aku... Simulasi dan permodelan sifat semikonduktor berlian.. Tak dinafikan setiap kali aku menghadapi cabaran ini, pasti aku larikan diri aku pada tabiat lama yang membuatkan aku lupa akan masalah ini.. Setiap kali aku akan lari dari cabaran ini, aku akan mencari jalan dan peluang untuk diulit perasaan kasih dan sayang.. Kebahagiaan yang sementara.. Namun kali ini aku dah berjanji dengan diri aku untuk tidak mengulanginya.. 

Maka ianya akan menjadi titik tolak dalam proses aku meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan terkutuk itu buat selamanya.. Adakah aku akan kembali melakukannya, ataupun aku akan cuba berdepan dengan cabaran kali ini.. Kalau nak ikut keadaan hati ni.. Email sebentar tadi membuatkan ianya remuk, hancur dan musnah.. Terasa percutian ini segaja hendak membunuh aku mental dan fizikal.. Aku ingatkan kerja-kerja simulasi aku dah boleh ditamatkan tahun lepas.. Kini aku rasakan ianya takkan habis-habis.. Never ending.. Nak menangis pun ada, nak menjerit pun ada.. Namun kerana Allah masih lagi memberikan aku nikmat dalam data-data yang aku peroleh di sini.. Aku tak boleh berkelakuan begitu.. kufur nikmat namanya..

Ya aku tahu, semua ini Dia menyuruh supaya aku kembali dekat padaNya.. Menjadi hamba yang baik padaNya.. Mengadu padaNya.. Bercerita padaNya.. Bukannya kasih sayang manusia yang aku harus dambakan.. Bukan pujuk rayu manusia yang aku patut dengari.. Bukannya keseronokan sementara untuk melupakan masalah aku..

Mungkin inilah tujuan aku dicampakkan ditengah-tengah padang pasir kali ini.. Untuk memperbetulkan diri aku dengan memberikan double triple combo pack sekaligus.. Sama ada aku survive dan jadi insan yang lebih baik.. Ataupun aku hancur remuk diranapkan di tengah-tengah padang pasir ini.. Kali ini takde manusia lain yang boleh bantu aku.. Tiada tempat untuk mengadu.. tiada ruang untuk bercerita.. dan jauh sekali untuk ada yang mendengar.. Ianya akan jadi sebuah pertempuran Agung antara aku dan diriku sendiri.. Perlawanan yang bakal mengubah sejarah hidup aku.. Kini aku berlawan dengan diriku.. Kalah menang diletakkan pada diriku sendiri..

Sejauh mana keteguhan aku akan berpaksikan pada Iman yang ada.. Tumpas atau tidak bergantung pada kecekalan aku pada Islam dan Allah serta RasulNya.. Kalau aku lemah dan tewas dengan pujukan Iblis serta Syaitan.. Itu salahku.. 

Kini setiap masa, setiap saat ianya peperangan antara diriku.. Rajin dan Malas.. Baik dan Jahat.. Berfaedah dan Sia-sia.. Keperluan dan Kehendak.. Iman dan Nafsu.. Ultimate Clash.. Dan tiada siapa yang boleh membantu diri ini.. Tiada sesiapa melainkan Pecipta Yang Maha Agung.. 

Ya Allah Ya Tuhanku.. Dikau berikanlah aku kekuatan untuk sentiasa mencari keredhaanMu.. Kekuatan untuk terus mendambakan kasih sayangMu.. Kekuataun untuk menghindarkan diriku dari mencari MurkaMu.. Ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan peliharalah imanku, pertingkatkanlah imanku supaya diriMu terus redha dengan diriku Ya Allah..