Pages

Friday, 13 July 2012

One you care..

It is simply amazing how your motivation can rock sky high when you saw and felt the loved from the one that you care and cared for you..

Thanks Dr Rus...

Thursday, 12 July 2012

Tewasnya Nafsu dengan Adanya Ilmu

Nafsu.. Mengikut ulama dan golongan ilmuan.. Ianya terbahagi kepada tiga bahagian utama.. Yang mana nafsu yang baik dan membawa kepada kebaikan iaitu Nafsu al-Muthmainnah.. Ianya nafsu yang mencegah pada perbuatan keji.. Nafsu ini sentiasa membawa diri untuk mendekatkan diri pada Sang Pencipta yang Maha Agung... Yang berikutnya, Nafsu al-Lawwamah iaitu nafsu yang mana si pelaku akan sering kali mencerca dan mengkritik diri sendiri lepas melakukan dosa dan perbuatan terkutuk.. Penyesalan lahir dari lubuk hati... yang mana jika hati dididik dengan lebih baik.. Tak mustahil nafus ini akan lenyap dan timbullah Nafsu al-Muthmainnah.. Dan yang terakhir ialah Nafsu Al-Ammarah.. Yang mana merupakan nafsu yang paling rendah darjatnya.. Nafsu ini acap kali menyuruh manusia untuk melakukan perkara keji, terkutuk dan penuh dengan onar dosa.. Tambahan lagi nafsu ini tidak sesekali menyuruh pelakunya untuk mencela dan menyesali perbuatan terkutuk apatah lagi untuk menyeru kepada kebaikan.. Semoga kita semua dijauhkan dari nafsu Al-Ammarah.. serendah-rendah darjat nafsu..
Sewaktu melihat tatapan tulisan ini tempoh hari.. Hatiku mula berdetik dan fikiranku mula terbang jauh melakukan imbasan demi imbasan dalam hidupku.. Mula memikirkan semua dosa dan kejahatan yang pernah aku lakukan dan nikmat Allah yang mungkin aku kufurkan.. Hanya Allah yang maha mengetahui dan semoga Dikau ampunilah kesalahan hambaMu ini.. Makin lama aku berfikir.. Imbasan membawa kembali ke bangku sekolah.. Sekitar darjah 3 dan 4.. Yang mana ustazah mula bercerita perihal Padang Masyar.. Yang mana setiap tindak tanduk dan percakapan kita akan dipaparkan pada skrin.. Yang mana tidak ada satu saat kehidupan kita pun akan terlepas pandangn oleh semua makhluk Allah.. Imbasan demi imbasan kisah silam ku mula tertayang.. Perasaan kesal dan sedih mula menjentik hati ini.. Bayangkan imbasan paparan skrin pada waktu itu lebih canggih dari video di Youtube.. Apatah lagi lebih hebat dari news feed dan update di facebook.. Dan lebih terperinci dari tweet di Tweeter.. Takde apa lagi yang tersorok dan semuanya terpapar.. Hati mula berbicara pada diri ini.. Tidakkah tindakanku selama ini akan mengecewakan ibu bapaku.. Tidakkah tindakan aku selama ini salah dan penuh onar berduri.. Tidakkah aku takut akan siksaan Allah.. Baraan Api Hitam di Neraka yang menjulang tinggi seolah-olah mengukir senyuman padaku.. Tidakkah aku percaya akan janji Allah dan kebenaran hari kiamat.. Dan tidakkah aku sedar bisikan syaitan dan iblis itu adalah semata-mata bisikan dan atas kelemahan aku sendiri aku akur dan tunduk pada permainan mereka.. Tidakkah aku berfikir.. Dan tidakkah seharusnya orang yang beriman dan berilmu itu sentiasa berfikir..
Titisan air mata mula bergenang.. akan jatuh membasahi pipi pabila imbasan kemungkaran dan dosa mula bermain di fikiran.. Walaupun keseronokan dinikmati.. Namun di waktu, di saat itu akal dan hati tertutup hijab, ditarik nikmat berfikir akan azab Allah itu benar dan pedih... Ya Allah ampunilah dosa hambaMu ini dan hindarkanlah diri ini dari mengulangi dosa-dosa silam dan tetapkan diri ini untuk mengingati janji-janjiMu terutamanya akan pedihnya azabMu supaya aku tidak sesekali melakukan kemungkaran di muka bumi ini Ya Allah..
Bila difikirkan kembali.. Mungkinkah selama ini nikmat ilmu ku ditarik sedikit demi sedikit tanpa aku perasan.. Mungkinkah sejak beberapa bulan ini, nikmat ilmu ditarik perlahan-lahan.. yang menyebabkan aku hilang minat untuk menuntut ilmu.. Menyebabkan aku buat sesuatu sambil lewa.. Jika itu adalah satu kebenaran Ya Allah, kembalikanlah nikmat ilmu kepada ku.. Dan jika aku pernah kufur akan nikmatMu, ampunilah dosaku dan bimbinglah aku ke jalan yang benar... Jalan yang diredhaiMu..
Bila direnung kembali.. tak dinafikan sejak kebelakangan ini, kekuatan untuk menyekat hawa nafsu makin berkurangan.. Fikiran lebih cepat melayang memikirkan yang bukan-bukan.. Mungkin selama ini ilmu menyekat nafsu dan membawanya kepada kerosakan yang paling minimum.. Kerana aku yakin dan percaya orang berilmu akan sentiasa memikirkan akan keagungan Allah dan menghindarkan diri dari kemurkaan-Nya..
Maka jawapan untuk persoalan kali ini cukup mudah.. Kejarlah ilmu dan tuntut ilmu sebaik mungkin, seikhlas mungkin.. Semata-mata untuk mendambakan kasih sayang-Nya.. Dengan ilmu... ianya perisai yang cukup sempurna untuk menghindarkan diri dari kemungkaran dan segala bentuk maksiat...

p/s: Ada bezanya antara ilmu dan maklumat.. Manusia zaman moden terlalu leka mengumpul maklumat tapi tak sedar akan ceteknya ilmu mereka..


Tuesday, 10 July 2012

Ilmu entiti yang penting dalam hidupku..

Being an old me is not the answer.. Satu hakikat dan bukan satu fantasi.. Walaupun nak paksa diri jadi perfectionist ataupun serajin dulu dan segigih dulu.. Itu bukan jawapannye.. (Baby step yang ajar lagi).. Move on and look forward tapi jangan sesekali lupa apa yang pernah terjadi dan telah terjadi sepanjang perjalanan hidup ini.. Suka duka, Hiba tawa dan semuanya.. Jadikan sebagai satu kenangan dan satu panduan dalam melayari bathera membelah samudera kehidupan.. I’m riding back into this lonely cruise.. Dan seperti biasa, blog ni akan sentiasa berada di sisi bagi menghilangkan rasa sunyi di kala menanti perkara yang bakal kunjung tiba.. Ramai mentor-mentor yang berpesan it is not a lonely battle.. Because they will always be there in my heart..
Alhamdulillah, sedikit sebanyak beberapa perkara telah dilaksanakan dengan baik, dari kerja rumah yang bertangguh sampai la ke lab planning yang sengaja ditangguhkan dari sehari ke sehari.. Kalau betul-betul buat tak sampai sehari pown.. Semua benda boleh bergerak seiring.. Cuma masih lagi dalam peringkat nak serasikan apa yang aku nak dan apa yang kene buat.. Dalam proses menetapkan perasaan kasih dah sayang pada ilmu kerana Allah.. Mungkin sejak kebelakangan ni terlalu banyak kasih dan sayang ditujukan pada manusia berbanding ilmu.. (ilmu tu merajuk kowt, tu yang tak nak datang dekat-dekat dah..) Susah gak ni kalau nak pujuk ilmu tu balik.. Macam mana pun memang salah aku jugak.. Selama ni aku selalu cakap ‘Dia’ akan jadi aku punyer top priority tapi sejak kebelakangan ni aku abaikan dia.. Tak spent masa sama-sama dah... Tak fikirkan pasal dia.. Tak endahkan dia.. Sebelum tido pown dah tak ingat kat dia sangat.. Mana tak dia merajuk.. Kalau manusia memang dah lari betul dah.. Tak dinafikan kesetiaan aku pada ilmu diuji paling hebat tahun ini.. Dan tak dinafikan aku masih lagi dalam proses mengenal ilmu dan memahami ilmu.. Mungkin hubungan kami tak seakrab dulu.. Tak serapat seerat dulu.. Tapi kalau aku terus memahami dan menjaga kesucian hubungan ini.. InsyaAllah zaman kegemilangan lalu pasti kembali lagi..
Maka menjadi pokok persoalan bukan untuk aku menjadi aku yang dahulu.. Tapi memahami dan melihat apa yang aku dulu rasa dan pandang.. Melihat persepsi aku yang dulu terhadap ilmu.. Meletakkan ilmu pada darjat yang tinggi dalam hidupnya kerana ilmu itu datangnya dari Allah dan merupakan makhluk Allah yang istimewa.. Bagaimana untuk mengulit diri ini balik dengan perasaan kasih dan sayang.. Perasaan cintakan ilmu seperti suatu masa dulu.. Sehinggakan sebelum melelapkan mata perasaan rindu padanya makin meluap-luap.. Sehinggakan sepanjang mimpi di malam hari sentiasa ditemani ilmu yang bersinar bagaikan cahaya bintang gemerlapan dalam lingkaran Bima Sakti..
Yang mana kini diriku cukup jauh dari perasaan itu.. Dalam fikiranku sering terbayang mengenai kisah hidup manusia dan perilaku manusia.. Dicemari dan dikotori dengan perasaan-perasaan yang negatif terhadap manusia.. Kebanyakan masa, imej-imej manusia terpapar dalam kotak fikiran ini.. Sehinggakan sebelum tidur, manusia yang difikirkan terlebih dahulu berbanding perkara lain.. Masa yang diperuntukkan untuk menghargai ilmu entah hilang ke mana.. Seolah-olah aku tersepit dalam ruang lingkup manusia berbanding ruang lingkup ilmu.. Yang pasti aku kini dalam kerugian.. Kerana sejauh mana aku fikirkan pasal manusia.. Tiada perubahan yang pasti aku dapat lakukan.. Bukannya aku ada hak untuk hapuskan, musnahkan ataupun iktiraf seseorang dalam kehidupannya.. Apatah lagi untuk aku menyemai perasaan kasih dan sayang diantara dua insan yang berbeda.. Itu bukan urusanku.. Dan pasti bukan hak aku untuk menentukan hala tuju hidup manusia lain..
Maka.. lebih elok untuk aku fikirkan mengenai ilmu dan dunia selepas ini serta menjadikan dunia ini lebih baik dari semalam.. Lakukan apa yang terbaik aku boleh lakukan.. Dan semoga aku tidak berada dalam golongan orang-orang yang rugi..

Monday, 9 July 2012

Self-motivating and Perfectionist..

Being reading lately.. to be exact reading manga... Still, mungkin ramai yang akan beranggapan dan masih beranggapan nothing good come from manga, anime and games.. Tapi untuk aku dan khas untuk aku... It broaden my horizon and self-reflect towards my own life.. So  nnt ada pulak orang lain akan cakap yang aku self-absorbed into those kind of thing and so on.. Lantak la apa orang nak cakap, tapi bagi aku setiap kali aku baca manga or main game tertentu, the answer towards my challenges is there.. Mungkin itu cara Allah sampaikan pesanan-Nya dalam hidup aku.. Itu hanya Dia yang Maha Kuasa yang mengetahui akan urusan-Nya.. Anyway, it teach me a lot.. and make me think a lot and the self-reflection is awesome.. Aku rasa jarang aku boleh termotivate dengan kata-kata orang lain  dan kejadian yang berlaku depan mata.. Selalunya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.. Tapi bila aku baca manga dan main game... Aku letakkan diri aku dalam situasi karakter dalam perjalanan hidup diorang.. Berfikir dan memahami setiap tindakan dan perbuatan yang telah, sedang dan akan dilakukan... It is simply amazing..
Contohnya, tempoh hari.. waktu bulan 2 yang lalu, di mana aku tengah bersedih (nanti ada la manusia suruh aku baca buku La-Tahzan, dan akan cakap lagi bagus baca buku nie dari baca manga. Yes aku admit dan aku baca sikit-sikit jugak. Tapi aku yakin dan percaya hubungan aku dan Allah itu dalam pelbagai bentuk, wireless.. Dia boleh berkomunikasi dengan aku dalam pelbagai cara). Maka terjumpa la aku satu manga ni.. Tajuk dia tak silap ‘History Strongest Disciple Kenichi’.. Baca punya baca.. Kebanyakan memang kene kat batang hidung sendiri.. Lagi-lagi bila aku dah nak give up dalam  percutian kali ni.. Seolah-olah inilah penamatnya dan aku dah nak admit defeat.. Simple jer ayat dalam manga tu.. Antaranya “Even though it is smaller, it does not mean there is no progress”, “Your strength and determination resemble your true power of conviction” dan “The observer eyes is strong while the seeing eyes is weak”. Ayat-ayat simple macam ni buat aku berfikir, buat aku muhasabah diri.. Belum lagi ambil kira jalan yang dipilih oleh karakter dalam cerita tu untuk perjuangkan apa yang dia percaya..
Dan baru-baru ni aku baca manga Baby Steps.. Aku pun tak pasti macam mana aku tetibe click butang read.. Sedar-sedar, aku start baca dari satu chapter ke chapter yang lain.. Dan secara tak langsung memberikan aku refleksi dan pengajaran dalam hidup aku.. Ceritanya bermula dengan ‘Honour Student’ nie.. Memang hebat dalam akademik dan jadual dia cukup tersusun dan super perfectionist.. Pandai memang sangat pandai ar.. Dan dia sedar dia perlu excercise untuk berada dalam keadaan sihat dan ada dalam jadual hidup dia, dia sediakan masa untuk dia excercise.. Cuma dia tak pasti dia nak buat apa.. Dan ada kawan baik dia pun ajukan soalan dekat dia.. In which dia enjoy tak kehidupan nie.. Yang mana akhirnya buat dia berfikir akan hidup dia selama ini.. Happy ke tak.. Di pendekkan cerita akhirnya dia join club tennis, dari tak pandai langsung tapi disebabkan sikap rajin tahap gaban dia campur sikap perfectionist dia dan tak mudah menyerah kalah.. Dalam hampir 2 tahun tahun dia main tennis, dia berazam untuk jadi pemain professional.. Just because dia rasa tennis tu seronok untuk dia (Lepas dia menang ada satu perlawanan yang genting)... Yang  mana sepanjang aku baca cerita tu, aku teringat yang mana dulu aku pown perfectionist gak tapi tak tau kenapa, lama kelamaan sifat tu makin pudar.. Dan bila aku refleks kat diri aku, prestasi aku makin merosot dan hidup aku makin tak terurus kalau nak dibandingkan time aku perfectionist dulu.. Yang mana aku merancang berpuluh plan dan steps dalam kehidupan ni (By the way, itu yang budak tu buat dalam tennis, dia merancang semua possibility pergerakan musuh dia).. Dan setiap hari dia akan tulis dalam notebook dia refleksi diri dan macam mana nak improve untuk jadi lebih baik.. Makin aku baca, makin aku rasakan ada banyak persamaan antara dia dan aku yang dulu.. Dan sampai satu tahap, bila dalam tu ada ceritakan teori psikologi yang mana gabungan antara reasoning dan intuition merupakan perkara yang penting dalam lakukan sesuatu perkara buat aku berfikir lebih jauh.. Macam-macam ulasan diberikan... Beza antara apa yang aku nak buat dan apa yang aku kene buat.. Yang mana kalau kedua-duanya benda yang berbeza.. Susah untuk sampai tahap I like what I do and I do what I like.. Maka sebagai contoh kalau dalam percutian aku kali ni, kalau aku boleh jadikan percutian ni sebagai perkara yang aku nak buat dan yang aku kene buat.. Aku punya subconscious and conscious mind akan bergerak seiring sejalan.. Setiap langkah otak dan badan akan bergerak dalam satu irama saling melengkapi antara satu sama lain.. Yang mana waktu kat UTM aku namakan sebagai penyatuan jasad dan roh.. Yang mana synchronisation yang paling tinggi manusia boleh alamai dan rasakan.. Cuma untuk capai tahap tu bukan mudah.. Kalau kita selalu buat apa yang kita nak, dan bukan apa yang kene buat.. Kita akan selalu tinggalkan benda yang hakiki dan penting untuk teruskan kehidupan.. Dan kalau kita selalu buat apa yang kene buat berbanding apa yang kita nak buat.. badan akan jadi over-stress dan keinginan untuk diri sendiri akan terus diabaikan.. Sambil aku menelaah manga ni, fikiran aku terbang jauh mengimbau balik kehidupan seharian aku.. Menarik balik semangat-semangat yang sedia ada dan mengubah persepsi terhadap percutian kali ini.. Secara jujurnya, makin aku baca.. Makin banyak improvement yang aku boleh lakukan dalam hidup ni.. Walaupun dari tak tau apa-apa, tapi kalau aku inginkan sesuatu, aku pasti dengan izin Allah akan dapat kecapi impian tu jugak.. Dan waktu aku doubtful dalam hidup aku, time tu jugak tetibe aku sampai kat chapter yang mana believe in yourself memainkan peranan yang penting.. Sekuat mana diri aku, sehebat mana diri aku.. Bila masa aku mula tak percaya akan diri aku.. Takkan aku menapak walaupun selangkah ke hadapan..
It is simply amazing.. Sumber motivasi yang cukup ringkas.. Itu pendapat aku dan macam mana aku dapatkan sumber inspirasi dan refleksi dalam diri aku.. Mungkin ini rezeki dan nikmat aku di mana aku dapat berkomunikasi dan berbicara dengan manga yang aku baca ataupun game yang aku main.. Aku tak pasti kalau ada yang merasakan perkara yang sama.. Cuma aku rasakan, tiba masanya untuk aku kembali ke jalan yang lalu.. Dimana aku akan jadi perfectionist dalam semua perkara.. Merancang pelbagai perkara dan bersedia dengan kemungkinan yang melanda disamping percaya pada Allah dan diri sendiri dan akhirnya berserah pada Kuasa Allah untuk tentukan apa yang terbaik untuk aku.. Persetankan.. Abaikan kata-kata  manusia kerna aku tak hidup dek puji dari dirimu apatah lagi aku tak mati dek herdikan dan hinaan darimu..

Saturday, 7 July 2012

Jangan kaco orang dah...

Post kali ni takde kaitan dengan sape2.. semata-mata bebelan kepada diri sendiri...

Alhamdulillah data field emission semalam sangat memberangsangkan.. Ada mula menunjukkan result-result yang lebih positif... Sikit demi sikit ianya membawa lebih makna dalam hari-hari mendatang.. So stop it... Stop kaco orang lain.. Ganggu hidup orang and so on.. Lately banyak dah sangat kaco hidup orang lain.. Somehow my escapism towards the downfall stage dalam percutian kali ni.. Cuba mencari-cari pengganti dan jugak source of distraction sebab tak nak fikirkan sangat pasal percutian yang makin buntu... So skang dah jumpe balik sinat harapan.. So stop it..

Jangan nak jadi centre of attraction dah.. Jangan nak menonjol sangat dah... Lay low dan keep low profile.. Jangan nak seek people attention.. Kalau boleh rasanya nak buat intervention je kat diri sendiri untuk stop kacau hidup orang lain.. You had and have a life.. So live that life properly la kan.. Cukup la setahun nie jadi attention seeker.. Stop it.. Tahan sikit nafsu nak perhatian tu.. Bukan ada pape manfaat pown.. Buang masa jer.. dan bukan ada real benefit.. At the end you gain nothing and back to square one.. So stop it.. Tangan tu dah jangan nak call call orang.. Jangan nak text text orang lain.. Other peeps get their own life and problems too.. So mind your own business..

Apa lagi nikmat yang nak dikufurkan.. Cukup-cukup lah tu.. Pi fikir dan kenang kembali semua nikmat yang pernah diri ini miliki.. Cuba fikir lama-lama.. Banyak sangat dah.. So jangan nak tamak sangat, nak semua benda.. Dunia ini adil dalam bentuk yang tersendiri.. Takde perihal sama taraf.. takde perihal sama hak.. Setiap taraf, hak dan darjat terletak pada keadaan berbeza dan hanya Allah yang mengetahui perihal sebenar.. Maka janganlah terlalu inginkan semua benda sampai terlupa yang masih tergenggam rapi dalam genggaman tangan tu.. Dah diberikan nikmat akal untuk berfikir sampai sub-atomic level.. Bukan semua manusia mampu fikir sampai ke tahap tu.. Dah diberikan nikmat akal untuk berfikir sampai ke macro-level pada masa yang sama.. Yang mana tak semua menikmati nikmat untuk berfikir sampai macam tu sekali.. maka janganlah lupa dan tak bersyukur dengan nikmat tu.. Banyak lagi nikmat-nikmat lain kalau nak disenaraikan.. Cuma fikir-fikirkan lah... Guna nikmat nie sebaik mungkin.. Dan bukan semata-mata nak dapatkan perhatian.. Gunakanlah sebaik mungkin.. Dan ingatlah semuanya bukan milik kita.. dan hanya milik Allah yang hakiki.. Jangan sesekali susahkan hidup orang lain dan jangan sesekali menganggu hidup manusia lain.. Jadilah sebagai matahari yang membakar diri bagi menerangi alam semesta dan bukannya seperti lohong hitam yang menyerap semua entiti dan elemen didepannya..

Friday, 6 July 2012

Darkness, Misery and Sorrow..

This kind of thoughts has been playing in my mind for days.. Felt like every time I enter and left someone life.. I kept putting destruction and destroying one’s life.. Kinda Zeref Aura or even Exxocimus state.. Might be my defensive mechanism.. I’m not so sure and to be exact, I’m not even sure why.. But this thought kept coming and reflecting on myself.. Day by day.. Felt like I’m spreading sorrow, misery and darkness upon one’s life.. Putting them in their worst condition possible and hurting them day by day.. Sometimes they realise it but usually they only realise it when it is too late.. Maybe this is the reason why the great wall of seclusion being establish in my region of power since I was a kid.. To avoid spreading these kind of misery to others.. To prevent the outbreak of this epidemic in human race or in human society.. This might be the reason why I do not have the attitude like others, who loved to catch up with everyone either from kindergarden up to the university level..
It's all started when I dislike or start hating something. The epidemic aura will spread throughout the ‘thing’ and intensify the darkness bestowed upon the ‘target’.. Day by day pass by, more and more people become inflicted with these kind of pain and damages.. It is hard to control even hard to understand how and when it will be release.. Some might say it is a curse but in fact it might be a defensive mechanism to protect oneself..
And the best way to stop all this.. I’m thinking the only way is to isolate myself and withdraw myself from this current position.. Kept human interaction to a minimum level, as low as possible.. Isn’t that what our prophet did last time before he became the messenger.. When he hate and dislike the human behaviours, he went to the cave and isolate himself.. Hopefully it will be a good solution and lessen the destruction that I might cause to others..
Who knows my real destiny is not to be with people or even to lead people..But actually to do what I do best.. Seeking and explore new possibility and even the True knowledge of the world.. To understand deeper and deeper the existence of elements in this world that will reflect back to the Ultimate and Almighty Creator of everything on Earth and even far far away in the sky..
I believe there is a reason on everything that’s happening now and in the near future.. Before this very hands started to destroy the Earth and inflict pains into human that history never ever seen before.. It is better to wonder in the Abyss of the Blazing Sky.. Seeking what never been seek by humans, reveal what never been told to humans, hear what never been heard by humans and understand everything that always been ignored by humans...

It is just a tought coming from someone that are not known to the world..

Wednesday, 4 July 2012

Rambut dah pendek...

Got my haircut.. Yeay dah tak rimas dah.. Rasanya lebih tepat ungkapan dia hair treatment kowt.. Aku pun tak pasti kenapa kat UK nie susah sangat nak jumpe kedai gunting rambut yang sesuai.. Last-last sangkut dengan satu kedai ni.. Nama dia Hobbs.. Kalau ikutkan harga standard dari £22 ke £40.. tapi sebabkan hari selasa ada 50% student discount, aku pun jadilah pelanggan tetap.. Bukan apa kalau kedai biasa dalam £8 ke £10.. dah la potong ntah pape jer.. Kedai Hobbs ni siap bagi aku minum kopi, hot chocolate and so on.. Memang spoil habis la.. Siap shampookan rambut aku, blow dry and so on.. Boleh plak semalam nak dekat sejam setengah dia gunting rambut aku.. Dah la aku memang suka orang pegang kepala n rambut aku.. Haha.. Mungkin habit mak aku waktu aku kecik-kecik dulu. Dia suka belai rambut dan kepala anak dia kowt sampai anak dia tetido.. So boleh la plak kene belai dengan stylist sampai aku sendiri leh tertido.. Dah lama tak kene belai kan.. Memang tangkap syok sampai tertido.. Bangun-bangun ada secawan hot chocolate atas meja.. Layanan 1st class all the way.. Patutla orang suke pegi saloon, spa and so on, sebab seronok rupanya memanjakan diri dan rasa dihargai.. Tapi sebabkan harga dia lepas discount pown dalam £14.. Tak boleh la nak pegi selalu.. So dapat belaian sekali dalam 3 bulan je kowt.. hahaha... Anyway, semalam memang layan abis.. Happy, enjoy dan seronok giler dapat treatment gunting rambut macam tu...