Pages

Tuesday, 25 October 2011

Bersyukurlah..

Merujuk pada pandangan rakanku.. secara tak langsung membuatkan diriku tidak bersyukur seketika.. dan kini membuatkan aku ingat kembali kepada diriku.. Mengelakkan aku terus dalam keadaan kufur nikmat.. Seolah-olah bentak hatiku sebelum ini membuatkan aku tidak bersyukur dan inginkan lebih lagi.. padahal aku sudah memiliki lebih daripada itu.. Bersyukurlah dengan apa yang ada.. sesungguhnya ianya membuatkan dirimu lebih tenang di masa hadapan...

Hari ini, aku cuba hidup untuk tidak membandingkan diriku dengan orang lain... bersyukur dengan apa yang ada.. Ianya membuatkan diriku lebih lega lagi.. lebih seronok dan lebih ceria.. Jika dibandingkan dengan minggu-minggu lalu yang asyik cuba mengejar sesuatu perkara.. kononnya atas nama sesuatu perkara.. namun sebenarnya ianya untuk memuaskan diri aku sendiri.. Bila difikirkan kembali, aku pernah menikmati apa yang mereka nikmati sekarang.. kenapa aku perlu merasakannya lagi.. bagilah peluang kepada diorg pulak kan.. So, buat masa ini hargai apa yang aku ada dan jangan sesekali cuba untuk mengambil hak orang lain.. 

Mungkin kerna terlalu asyik dengan dunia sekeliling membuatkan aku sering membandingkan diri aku dengan hidup org lain yang membuatkan aku kurang bersyukur dengan apa yang telah aku peroleh.. Mungkin ada benarnya kata rakan-rakanku yang mana ramai yang ingin berada di tempatku ini.. Namun, aku sendiri acap kali melupakan keadaan ini dan cuba untuk menjadi orang lain dan mudah untuk tidak berpuas hati dan cuba untuk mendapatkan benda lain.. Ada diantara waktu aku cuba menafikan akan diri aku sendiri semata-mata untuk mendapatkan sesuatu yang bukannya hak untuk diriku.. 

Banyak perubahan yang aku rasakan selepas merenung kembali diri ini.. Terlalu banyak yang telah aku tempuhi dan ratusan nikmat telah aku kecapi.. dan kenapakah aku masih tidak bersyukur.. Padahal aku mengaku Allah itu Satu dan Islam itu agamaku.. kemanakah sikap bersyukurku.. dan kini aku sedar.. Selagi aku berteraskan nafsu dan berkiblatkan kepuasan diri.. Hatiku tidak akan tenang dan aku akan kekal tercari-cari dalam kegelapan..

maka kini aku akan cube perbetulkan niat dan fikiran ku kembali.. kerna aku percaya Allah itu maha berkuasa.. Pabila hambanya meminta untuk digolongkan dalam golongan yang sabar, bersyukur, tabah dan beriman.. Dia tidak akan memberikan semuanya begitu saja.. Ianya akan menyediakan peluang dan cabaran supaya diri ini lebih penyabar, lebih bersyukur, lebih tabah dan lebih beriman.. dan jika aku berjaya menghadapi dugaan itu.. tahap kesabaran, kesyukuran, ketabahan dan keimanan akan turut bertambah.. InsyaAllah..

Semoga aku lebih bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan pada diri ini.. Amin...

Muhasabah diri dan ingatlah semuanya sementara sahaja...

Alhamdulillah, been better.. Mungkin sebab selama nie bila ada masalah aku lari dan tak pernah nak berdepan.. Yup, bila kita ada masalah.. ade dua jer option FIGHT or FLIGHT.. dan biasanya aku akan FLIGHT.. sebab malas nak layan masalah nie.. cuma bila dia bertimbun dan semua masalah nie datang berkunjung serentak.. Mane aku nak lari??? belakang ade, depan pown ade.. kiri kanan atas bawah takyah cakap ar.. 360 kowt.. Lain la kalo aku leh jadi cm Hyuga Neji.. ultimate defensive move kan.. tapi malangnya aku bukan ninja dan aku hanya manusia biasa.. Dan kerana aku tak pernah berdepan dengan masalah.. so mmg aku takkan berdepan kowt.. Natijah nyer.. mengelak ke kanan terkena serpihan masalah dikanan.. tunduk ke bawah.. terkena picisan masalah di bawah.. tapi masa merupakan jawapan terbaik untuk segalanya.. lama kelamaan, akhirnya berjaya juga FLIGHT dari masalah.. cuma dalam setiap perlawanan pasti ada yang tercedera.. so luka-luka dan kecederaan nie menjejaskan prestasi, pertimbangan dan juga persepsi terhadap kehidupan..

Namun setelah cuba memuhasabah diri untuk beberapa ketika.. luka-luka tersebut sembuh dengan lebih cepat.. Sikap amarah dikawal dengan baik.. Perasaan buruk sangka hilang begitu saja.. Rasionaliti aku kembali sedia kala... Alhamdulillah, sebab dan musabab kenapa aku masih di sini dan terus berjuang masih utuh.. Syukur ke hadrat-Nya kerna mengingatkan kembali tujuan asal kenapa aku sanggup mengorbankan masa mudaku untuk semua ini.. Mengingatkan kembali janji-janji pengorbanan dan perjuanganku.. Yang mana semuanya bukan atas kepuasan diri semata-mata.. Ianya lebih dari itu.. Ianya bukan sekitar diri aku sahaja.. Ianya bukan untuk diriku.. dan pasti bukan untuk kemewahan diriku..

Aku terlupa yang mana tujuan dan niat asal bukan untuk memuaskan hati aku.. Pabila bukan akal menguasai diriku.. aku mula membandingkan kehidupan aku dengan kehidupan orang lain.. pencapaian orang lain, kebahagiaan orang lain dan juga perjalanan hidup orang lain.. yang mana semua itu bukan yang aku inginkan.. ianya hanya emosi yang kurang waras disebabkan luka-luka tempoh hari..

Yup.. Ianya mengingatkan kepada aku.. Berdirinya aku disini bukan untuk mencari kebahagiaan hidupku, Duduknya aku di sini bukan untuk memiliki apa yang sedang dimiliki oleh insan lain.. Bernafasnya aku di sini bukan untuk mengejar kepuasan nafsu ku.. Tidurku di sini bukan untuk dibuai mimpi indah seperti mereka yang lain.. Tetapi tegaknya diri ini di sini.. terpacaknya diri di sini untuk merubah supaya yang tidak pernah rasa bahagia akan merasi nikmat bahagia.. yang tidak pernah bermimpi indah akan dibuai mimpi indah dan yang tidak pernah memiliki apa-apa dalam kehidupan mereka, akhirnya mereka akan merasa nikmat yang sama..

Pabila aku mula meletakkan diri mereka dihadapan ku.. satu per satu wajah mereka ku tatap.. Aku teringat kembali kenapa aku berani berpisah dengan mereka yang ku cintai di tanah air ku.. Pabila aku merenung wajah mereka.. aku mendapat kembali kekuatan untuk membela nasib mereka.. Berdirinya aku di sini bukan kerna pekerjaan yang dijamin, kehidupan di masa hadapan yang serba mewah.. tetapi demi mengeluarkan mereka dari kesengsaraan dunia.. supaya tiada lagi air mata terus mengalir dari mata mereka..

Jika aku jatuh terduduk di sini dan terus terkulai kaku.. air mata mereka akan terus mengalir dan tidak pasti siapa yang akan terus membela mereka.. Jika aku terus berpeluk tubuh dan berdiam diri.. Seolah-olah aku menghiris hati mereka satu per satu setiap saat.. setiap detik..

Bangkitlah kembali wahai dirimu.. kerna perjuanganmu belum selesai.. titisan darah terkahirmu belum mula menitik lagi di atas muka bumi.. maka janganlah dirimu mengalah dan janganlah dirimu berserah sebelum berjuang..

Tataplah wajah mereka.. satu per satu setiap kali dirimu dibawah.. kerna mereka sentiasa lebih malang dari dirimu.. dikaulah harapan.. sinar harapan untuk mereka.. Pabila dirimu bersedih, tataplah wajah mereka.. kesedihan mu sedikit pun tidak dapat dibandingkan dengan kesedihan mereka.. Pabila dirimu diulit kesunyian, tataplah wajah mereka.. kerna diri mereka tidak pernah mengenal erti keluarga sebenar.. Tataplah wajah mereka jika dirimu rasa tidak bertuah dan berada dalam kesusahan.. kerna mereka lebih mengenal erti kepayahan dan kesusahan.. namun mereka terus berjuang untuk hidup.. Menanti seorang insan membela nasib mereka.. menanti dirimu untuk membela nasib mereka.. 

Dikau harapan mereka.. jangan sesekali mengecewakan mereka.. jangan sesekali memusnhakan harapan mereka.. setiap hari.. setiap saat mereka menantikan dirimu untuk bersama-sama mereka mengukir sejarah baru.. mengukir lembaran hidup baru...

Setiap kali dikau berduka, tataplah wajah mereka.. tataplah wajah mereka.. semoga ia mampu mengingatkan dirimu kembali.. Siapa dirimu.. dan semoga ianya memberikan kekuatan kepada dirimu untuk bangun kembali.. terus menghunus pedang dan berjuang sehingga titisan terakhir darahmu membasahi bumi ini..

Demi anak kecil itu, bangunlah... bangunlah demi mereka dan bukan demi dirimu.. semoga dikau lebih tenang dalam hari-harimu..

Sunday, 23 October 2011

5 tahun yang lalu ataupun lebih lama lagi...

"Don't ever think to pick something that you've thrown away before.. 5 years already pass by since you've made that decision.. Why so sudden you change your mind? You've thrown it for a valid and rational decision and you made a pact that you will never ever pick it up again unless it can proved all your valid and rational decision are no more near its validity... Just remember when the pact is broken, it will lead you to a devastating life full of depression and restrict your boundary and limit.. You're not going to expand limitless anymore..."
Nie ape yang aku dapat dari mimpi semalam.. aku tak pasti kenapa.. tapi masih terngiang-ngiang dalam telinga ku.. dan gegendang telinga ini masih bergetar sehingga ke saat ini lagi.. Mungkinkah kerna aku sudah mula memungkiri janji pada diriku sendiri.. Janji yang aku berpegang teguh sejak 5 tahun yang lalu.. ataupun lebih dari itu.. Adakah tindak tanduk diri ini telah menyebabkan minda separuh sedarku mula mengingatkan kembali situasi 5 tahun yang lepas.. Yang mana makin hari makin aku lupakan.. 

Mungkin kerna kekecewaan yang berulang pada penghujung 2008 membuatkan janji demi janji pada diriku lebih kuat.. dan menjelang 2011, aku kian lupa pada janji itu... dan mungkin akan mengulangi pada tahun ini.. adakah semua ini seolah-olah defensive mechanism untuk melindungi diri aku dari terus terluka.. dirobek dan dicarik luka lama yang masih terbenam jauh di dalam hati ini.. Mungkinkah kerna harapan yang aku letakkan pada mereka, supaya mereka tunjukkan pada aku yang mana keputusan yang dibuat suatu masa dulu hanyalah keputusan seseorang yang tidak matang dan terburu.. namun, aku lebih kenal akan erti harapan.. harapan kadangkala merupakan illusi yang dihasilkan oleh diri ini bagi membenarkan apa cara sekali pun untuk mencapai matlamat..

Sudahlah Zamir.. lupakan saja harapan dirimu pada mereka semua.. dikau sudah membuka sekali haluan hidup dan jalan untuk diri mereka.. dan mereka gagal laksanakan tanggungjawab berkenaan.. dan kini dirimu sudah melihat kembali kredibilit mereka.. tiada yang berubah.. baik setahun, dua tahun dan kini tiga tahun perbedaan yang ada.. tiada yang mampu membuatkan dirimu memalingkan pandangan buat kali kedua.. Tiada antara mereka yang dirimu mampu iktiraf.. yang hanya dirimu dengari kejayaan lampau mereka.. kebolehan lampau mereka.. 

Di sinilah permulaan dunia sebenar.. bukan niat dihatimu untuk membanding-bandingkan mereka.. tapi jika mereka tidak layak untuk berada disampingmu.. tidak perlulah untuk dirimu menanggung mereka bagaikan biawak hidup.. bagaikan mayat hidup.. jika tidak wujud fungsi dalam kitaran hidupmu.. tidak perlulah untuk dirimu meluangkan masa untuk mereka.. kerna ingatlah...

Berkali-kali dirimu kecewa untuk mengubah pemikiran manusia lain.. dan dirimu terus kecewa kerna mereka tidak pernah berusaha untuk menjadi lebih baik.. dan kini apalah yang ada pada dirimu yang membuatkan dikau begitu yakin untuk melakukan perubahan sekali lagi.. kerna.. Ingatlah, jangan sesekali dirimu kecewa lagi.. kerna kini tiada sesiapa lagi disisimu.. tiada sesiapa yang memahami erti sebenar perjuanganmu..

Friday, 21 October 2011

Hati bikin panas ar...

Aduhai.. takmo tulis panjang-panjang sebab hati manyak panas ooo.. better berdiam diri wat sementara waktu sebelum nukilan nie jadi huru-hara nanti..

Thursday, 20 October 2011

Tersasar dari hala tuju percutian sebentar..

Minggu nie agak tersasar dari niat dan hala tuju percutian sebentar.. mungkin kerna momentum percutian hilang tiba-tiba.. ataupun diri terlalu selesa dengan keputusan yang ada buat masa ini... Ataupun kehilangan rakan taulan yang sebelum ini begitu tegar dengan percutian mereka membuatkan aku alpha dan tidak diingatkan kembali kenapa berada di sini.. InsyaAllah, jika tiada sebarang halangan, minggu depan mereka kembali dan percutian ini akan diteruskan bagaikan pecutan neutrino membelah angkasaraya...

Pape pown, semalam mendapat sedikit suntikan semangat dari penyelia tersayang.. 

Paul:    Zamir.. awak dah perlu fikirkan persidangan mana yang awak nak pergi.. Puerto Rico ataupun Boston.. saya tak galakkan Sepanyol.. 

Aku:    Tapi Paul, keputusan takde yang konklusif lagi dan bukan kita nak tunggu ianya sempurna baru disampaikan ke.. 

Paul:    Takpe Zamir, kali ini ianya tidak perlu konklusif.. ape yang awak ade dah ckup untuk disampaikan... 

Aku:    Kalau macam tu Paul, boleh saya pergi keduanya sekali? 

Paul:    Takde masalah, sebab duit perjalanan memang cukup dan saya nak awak ke Hasselt seperti tahun nie.. Cuma awak perlu bersedia lebih awal sebab Boston dan Puerto Rico perlu kan US Visa..

Aku:    Baik, saya akan fikirkannya..

Kesimpulannya kerna keje keras sebelum balik Malaysia.. Terus bangun awal hari nie.. hehehe

Wednesday, 19 October 2011

Tuesday, 18 October 2011

Mimpi kisah lalu...

Aku pun tidak pasti kenapa.. kali ini mainan mimpiku membawa ke alam persekolahanku... kebiasaannya, mimpi di alam persekolahan melibatkan kisah suka dan duka bersama rakan.. kenakalan sewaktu alam persekolahan.. sesi yang hampir membakar dewan sekolah.. memanipulasikan pengawal keselamatan.. bermain-main dengan warden asrama.. Fly dari asrama dengan teknik yang cukup sempurna..

Tapi...

mimpi kali ini mengimbau kisah percintaan ku suatu masa dahulu.. tidak dinafikan rasa kasih dan sayang itu benar-benar wujud.. namun disebabkan diri aku yang ego membuatkan dirimu terluka.. dan tidak pernah sesekali pun diri ini cuba meminta maaf dengan dirimu.. Dan sehingga saat ini.. tidak pernah sekali-kali aku cuba memberitahu perkara sebenar ianya berlaku.. Aku tidak menyesal dengan pilihanku (mungkin aku masih lagi dengan ego ku).. tapi aku masih rasa bersalah kerna tidak sesekali menceritakan perkara yang sebenar..

Semua yang ku lakukan untuk melindungi dirimu.. namun alasan tetap alasan dan aku masih lagi tidak perjelaskan pada dirimu.. Aku tahu itu hakmu, tapi tidak sesekali aku cuba menunaikannya.. Maafkan diriku ini..

Sejak saat kita berpisah.. aku berjanji pada diriku untuk tidak melukakan hati mana-mana perempuan lain dalam hidupku.. sejak kita berpisah aku tidak lagi cuba meluahkan perasaan pada sesiapa.. kerna aku risau, ianya akan berakhir seperti kita berdua.. pengakhiran yang melukakan dirimu.. Walaupun ada yang katakan ianya mungkin cinta monyet.. namun wujud sekelumit perasaan ikhlas dalam hubungan kita..

Aku masih lagi mengumpul kekuatan untuk menceritakan hal sebenar.. walaupun aku rasakan ianya tidak lagi relevan ataupun dirimu tidak lagi kisah akan semua ini.. namun rasa bersalah dalam diriku akan terus kekal sehingga ke akhirnya..

Maafkan daku dan semoga dikau bahagia senantiasa... Maafkan dosaku yang lalu wahai dirimu..