Pages

Wednesday, 20 July 2011

Pelarut... Maut atau ke laut..

Haih, apelah nak jadi nasib kali nie, tak abes-abes dengan volatile liquid yang berbahaya.. mula-mula kloroform time undergrad (dh la lh mandul)... lepas tu, tetrahydrofuran time keje kejap dlu... (yang nie plak lh kanser kowt)... skang nie toluene (yang nie tak pasti lagi).. haih, kesian la kat badan aku nie... x penah berehat dari solvent2 nie.. Pape pown dh nasib badan kan...

Tuesday, 19 July 2011

Makin hari makin kecil kehadiranku ini...

Sejak kebelakangan ini, percutian aku makin hilang maknanya.. Tapi aku tidak rasakan ianya salah percutian itu.. ianya sepatutnya dan pastinya salah diriku... Adakah aku mula hilang minat dengan percutian ini.. atau aku terlalu muak dan mual dengan permasalahan yang  minda separuh sedarku tahu dari dahulu yang ianya mustahil untuk aku selesaikan.. Ataupun selama ini aku hanya dalam 'state of denial' yang menyatakan aku mampu selesaikan permasalahan 20 atau 50 tahun dahulu yang semua orang tak mampu selesaikan.. Secara zahirnya aku kian dan hampir hilang arah tuju dan motivasi.. Kata-kata semangat dari penyelia percutian tak lagi menerjah ke dalam kotak hati ini.. Ape yang 'promising', ape yang 'showing a good behaviour' dan sebagainya tak mampu untuk menampung gelodak dalaman yang ingin jawapan "Ape maknanya semua ini"... Mungkinkah kesempurnaan yang aku inginkan membuatkan semuanya kelihatan mustahil..


Adakah salah aku kerna tidak mencari maklumat dengan lebih effektif? Adakah cara aku untuk memanipulasikan bahan tidak cukup effektif, kreatif atau kritis.. Adakah teknik penyelidikan aku tidak cukup matang? Adakah latihan-latihan dan perangkaan di UTM dahulu hanyalah kegagalan semata-mata? Ataupun aku sebenarnya tidak layak untuk berada disini...


Mungkin aku patut akur dengan penemuduga ku dahulu.. usiaku dan kedudukan ku terlalu muda dan mentah untuk semua ini.. Wajarkah aku berundur sekarang sebelum ianya bertambah buruk.. Aku sudah mencuba dan berusaha sebaik mungkin.. dan kalau inilah penamatnya.. aku patut akur dan redha...

Friday, 15 July 2011

Malam Nisfu Syaaban

Mendapat petikan hadis ini dari rakan dalam group mail-list aku. Tribute to rudzidatul dziyauddin...


Hadis yang boleh dipegang dalam malam Nisfu Syaaban ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

InsyaAllah, malam ini adalah malam nisfu syaaban dan marilah kita berdoa dan memohon kemampunan-Nya.

Moga aku dan kita semua tidak tergolong dalam golongan yang musyrik dan yang bermusuh (ala yang benci membenci tu)...


Thursday, 14 July 2011

Indahnya Nikmat Allah...

Manusia merupakan sebaik-baik makhluk yang dijadikan oleh Allah swt. Melalui ungkapan ini, nikmat yang diberikan kepada manusia begitu besar sekali. Namun, pabila sudah biasa dengan nikmat tersebut, kita sering kali terlupa akan-Nya sehingga nikmat itu ditarik kembali sedikit demi sedikit.. Namun, semasa proses nikmat itu ditarik, pelbagai ragam boleh terjadi.. Acap kali kita akan kembali kepada Allah dan senantiasa bersikap tenang dan trus redha dengan ketentuan-Nya.. Tapi jangan terperanjat pada segelintir yang terus berusaha mencari kelemahan dan kekilafan serta kelemahan orang lain bagi menjaga dan menjamin status dirinya dimata masyarakat supaya dia sentiasa rasa selamat dan selesa kerna mengetahui orang lain lebih lemah dari dirinya dan dia masih mempunyai status yang lebih tinggi di mata masyarakat serta mempunyai abiliti untuk membuka aib orang lain..

Semoga aku sentiasa berada di bawah rahmat Allah dan tidak sesekali menjadi golongan yang ke-2 serta dijauhkan dari Laknat Allah swt...

Selain itu, paparan video dibawah hanyalah sebagai pengajaran kepada aku dan anda semua bertapa beruntung yang diri aku dan mungkin anda semua.. Tapi apa yang ku lihat, muka putera kecil itu sentiasa bersih, suci dan penuh dengan ketenangan.. Moga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepadanya kelak... Moga dikau terus tenang putera kecilku... Moga aku juga akan mencapai tahap ketenangan seperti itu atau lebih dari itu suatu hari nanti.. Kerna ak percaya manusia yang hebat bukan kerna kehebatannya dalam bidang-bidang tertentu tetapi mempunyai tahap ketenangan dimana dia mampu bertenang dalam pelbagai keadaan termasuk semasa menghadapi maut..


Wednesday, 13 July 2011

Mulutnya... Angkuh Sentiasa...

Sejak kebelakangan ini ak suka melihat dan memerhatikan ragam manusia.. Dari pelbagai kaum, bangsa dan agama.. Cuma pabila kita berbicara tentang manusia, satu perkara yang paling susah untuk kita lakukan iaitu menutup mulut-mulut manusia (termasuk la jugak kata-kata dalam penulisan).. Aku sedar kekadang tu, aku pown ade time keangkuhan nyer.. cume tak la sentiasa.. dah abes dengan orang ni, dia sambung pulak dengan orang lain.. dah abes cakap, dia cari komputer (biasa la, zaman siber).. cari member nak taip dan cerita.. kalau cerita biasa-biasa takpe, nie sume cerita penuh dengan keangkuhannya sebagai manusia sampai tak ingat Allah pown ade jugak.. (Ade ke? aku sendiri pown xtau, cube untuk mengambarkan situasi harian.. sbb kalau aku ade jumpe manusia camni memang pangkah awal-awal untuk dibuat kawan)

 Tapi...

Yang paling susah pabila mereka mabuk dan mula merapu.. Tapi hari tu ak belajar satu trick, kalo ade orang mabuk datang & kaco-kaco kita. Perkara yang perlu dilakukan amatlah mudah. Tenung dalam-dalam dan berikan satu arahan kepada mereka. Sebagai contoh "Go back home" or "Sit Down". dan ajaibnya.. diorg dengar cakap.. Aku tak pernah buat lagi (abes la labmate aku jadi mangsa nanti).. Cuma banyak kawan-kawanku yang sudah mencuba dan ianya berjaya.. Tahniah buat mereka...

Cuma, tu kalo diorg mabuk.. kalo yang tak penah-penah mabuk nie macam mane pulak?

Haih (Mengeluh dalam-dalam)

P/S: Tetibe dah rajin tulis pasal manusia la pulak mungkin sebab bila check traffic baru-baru nie, berpusu-pusu manusia (xtau la plak kalo virus) menerjah blog ini.. ade yang search dari google, ade yang dapat link dalam facebook dan ade jugak la beberapa orang yang hantar link dalam bentuk yahoo mail. Giler cool, tetibe rase popular sekejap.. Kalau ade sesiapa nak cek traffic blog korang, senang jer pergi la traffic source kat dashboard korg (xyah cakap kowt benda nie, sebab sume blogger noob pown tau pasal traffic source)

Tuesday, 12 July 2011

Milik siapakah duit ini...

Baru-baru ini, isu paling hangat yang diperkatakan ialah.. jeng jeng jeng.. Bersih 2.0.. Motifnya untuk membersihkan pilihanraya dan motif sebenar aku tak tau dan malas nak amek tau.. Cume aku rasa sebelum nak bersihkan orang lain,baik bersihkan diri, sucikan hati dan teguhkan pendirian.. Sebab kalau diri sendiri tak bersih, macam mana la agak-agak untuk bersihkan orang lain kan..

So, isu yang aku fikirkan kali nie so simple.. pasal duit.. jom kita semak.. (post nie khas dibuat untuk pelajar-pelajar yang mendapat tajaan or sesiapa yang rasa diri mereka layak untuk menjadi lebih bersih dimasa akan datang)...

Duit kerajaan or Duit rakyat?

Rasa tak perlu ulas panjang2, konfem orang akan kata duit rakyat sebab rakyat yang bayar cukai.. So, bagi kita yang ada sponsor nie, mmg sah kita guna duit rakyat kan.. so secara x langsung kita ade kuasa ke atas duit rakyat. Cuma x banyak ar, ade yang RM500/bulan ade yang £800/bulan dan ade yang macam-macam lagi.. Dan.. jeng jeng jeng.. fungsi duit tu untuk suruh kita sebagai pelajar untuk belajar..

Rasanyakan, ape perasaan rakyat kalau tau kita gune duit dia dan tak belajar betul-betul siap fail paper dalam exam, kene tendang univerisiti or dah gune duit rakyat ratusan ribu untuk belajar kat luar negara lepas tu, hampeh, kelulusan yang belajar dalam negara (yang SPM x bagus sangat tu, sebab yang FLY sume hebat-hebat kan) lagi bagus dari korang yang kat luar negara... Kalau rakyat tau duit diorg terbazir macam tu.. Ape agaknya perasaan diorg?

Aku bukan nyer arif sangat dalam bab-bab agama nie, tapi ak tau sume duit yang kita dapat nie 1/3 (rasanya lah) milik kita, yang lain milik orang lain dan jadi tanggungjawab kita untuk menyerahkan dalam bentuk yang kita sukai.. So, jom tgk contoh kedua.. rakyat agak-agak akan marah tak..

Fuh, yang duduk luar negara nie kan, duit dapat masyuk.. lagi-lagi kalau pandai berjimat.. jimat tu.. dapat duit... simpan.. biar jadi makin banyak dan makin banyak.. dan dengan duit rakyat yang kita dapat tu, pegi beli kereta mewah.. fuhhhh, pinggan mangkuk yang mewah-mewah, baju yang mewah-mewah, TV yang mewah-mewah.. Agak-agak kan kalau rakyat tau duit diorang yang bersusah payah diorg usahakan tu kita gune untuk benda-benda kita sendiri (or erti kata laen selfish) diorang marah tak? itu belom kira gune duit diorang jalan sana... jalan sini.. Agak-agak rakyat nie akan pertikaikan tak or kat padang masyar nanti baru diorang tuntut..

Aku tau ak lemah dan byk kelemahan, so tu sebab aku cuba nak bersihkan diri aku dulu sebelum nak menunding jari kat orang lain.. Nie baru dapat kuasa sikit jer, dah ade potensi untuk salah gunakan kuasa.. belum lagi dapat duit rakyat juta-juta, bilion-bilion.. kalo kita dapat sikit pown dah salah guna.. ape bezanya kita dengan orang yang kita asyik menunding jari?

Hanya pandagan dari insan yang lemah dan penuh kekilafan yang sentiasa cuba membersihkan diri sendiri sebelum membersihkan orang lain..

Monday, 11 July 2011

Jadi Jugak...

Okay.. nie kesinambungan dari post seblum nie pasal kes Setiausaha.. nak tgk post tu or nak baca komen-komen yang ade or nak membantai komen... sila klik kt sini...

Al-kisah skang plak, dapat la ak jawatan setiausaha tu... damn.. cmne lh dapat ak xtau.. kalo baca komen-komen yang ada.. ade la ayat-ayat penambah perisa cakap ak bijak, pandai, pintar dan sume kosa kata bahasa melayu yang memberi sinonim yang sama iaitu ak nie budak pandai... Adoii... Takkan la ak sorang je kowt yang pandai dan pintar.. Abes tu, orang laen yg dh berkarier dan begitu professional dalam kerjaya mereka tu tak pandai ke? xtau la pulak kalo mmg sume tak pandai.. dan jawatan setiausaha ni kene bagi dekat orang yang pandai jer.. Pape pown kene bersyukur ar sebab ade orang kate ak nie pandai (ikhlas or tak ikhlas belakang kira)... Cume xde spesifikasi la pandai ape kan.. Pandai putar belit ke? Pandai pas keje kat orang laen ke? Pandai menipu ke? So aku pown xtau ape kepandaian aku yang orang nampak.. Mungkin jugak pandai kene buli... hahaha....

Lepas tu, yang ak tersenyum sorang-sorang plak, ade yang bagi alasan sebab ak nie single.. Xde kluarga... So konon nyer ak ade banyak masa terluang... X yah layan suami/isteri.. xyh layan anak.. (kalo ak cakap, sape suruh bawak suami and anak macam kejam pulak kan) tapi Sedap jer manusia-manusia nie assume macam tu... Dia tak tau ak buat keje dari pukul bape sampai pukul bape.. Mungkin sebab percutian diorg senang kowt.. So diorg ingat ak macam diorg.. Cuti dari Isnin sampai Jumaat 9 to 5 jer.. Mungkin salah aku jugak kowt x bgtau time keje aku kat diorg.. So nak bagitau la time keje ak... Secara mudah 24/7 cume berehat waktu tido dan makan serta khidmat diri dan jugak 'me' time.. Xde nyer ak ade masa nak pegi fruit picking ke, camping ke and ape benda lain.. Kalo ak pg jalan mane2 pown, logbook, laptop or BB mesti dalam tangan untuk buat kerja.. Meh ar ak tanye sesape kat sini.. Ade x pg jalan2 shopping kat clark village ke, or swindon ker or bicester village ke or carboot ke... diorg bawak journal.. Ha, cakap sape ade buat cam2.. meh ak nak ucap tahniah kat diorg sebab aku tau diorg pown bersusah payah dalam percutian nie..

Tapi dah dapat jawatan nie.. nak buat macam mane.. kalo letak jawatan pown macam diorg nak bagi... sebab perlembagaan pown tak jelas macam mane nak letak jawatan or kene ade tempoh berkhidmat ke ape jadah pown ak xtau... So, macam dalam post komen ak yang lepas.. Ak buat stakat mane yang larat dan tak menganggu pelajaran.. 

Skang aku dah ade beberapa idea untuk aktiviti.. cume macam biasa ar... Kalo sape yang dh kenal aku, sume aktiviti adalah personality test untuk semua orang.. Dengan ini, dapat la ak tengok macam-macam ragam manusia... Dulu kita dah puas kan (attribute to Rahman dan Hazwan) tengok ragam budak-budak sekolah dan budak-budak Uni... Skang peluang untuk observe golongan professional pulak.. Jangan risau.. aktiviti dia bukan jawab soalan dalam kelas... hahaha..

Oh, terlupe plak nak ulas comment yang cakap ini peluang untuk ak berpesatuan  dan pengurusan persatuan pulak.. mungkin sebelum nie asyk sibuk dengan pelajaran ar... Nie perlu aku ulas ke? Mungkin kowt sbb x hidup se-zaman kan.. Kalo ak jadi macam budak-budak undergrad Malaysia kt UoB or mane2 dalam UK (maaf sbb qoute korg) mungkin la.. sbb ak x nmpak kredibiliti diorg pown dalam berpesatuan (bukan semua tapi segelintir).. mane x nyer.. susah kowt nak nampak diorg pegang jawatan or handle event dalam komuniti  yang bukan majoriti ahlinya orang Melayu.. Secara ringkas x bercampur dengan bangsa asing ar.. macam bawak tempurung Malaysia ke UK... bukan nak kate ak nie pakar or ape sbb banyak yang ak kene belajar lagi.. tapi dari handle persatuan, wujudkan persatuan, sustain kan persatuan dan kuarkan persatuan yang account dia -ve ke keuntungan yang berlipat ganda.. semua ak dah rase.. so, aku datang sini untuk bercuti, so berehat dari semua tu... maka xyah la ak nk upload CV aku untuk paparan umum kan.. buat malu jer.. sebab bukan bagus sangat pown CV ak nie...

So, lepas nie aku akan update sume ragam manusia yang ak observed sejak ak pegang jawatan nie.. sama ada betul atau tidak ini persatuan untuk makan-makan, adakah semua ahli akan memberi kerjasama, adakah aku akan jadi seperti anjing menyalak dipantat gajah.. Mari kita nantikan..

Sehingga berjumpa lagi..

P/S: terlupe nak ucapkan terima kasih kepada semua peraih-peraih undi percuma yang tanpa putus-putus berkempen untk mengundi saya (banyak rasanya masa terluang mereka)...