Pages

Wednesday 27 February 2013

Mutiara yang hilang..

Alhamdulillah.. Dalam sepanjang tempoh 20 hari selepas post aku yang lalu.. Banyak yang berlaku, banyak yang aku selami dan makin banyak yang aku kenal diri ini.. Banyak masa yang aku luangkan untuk mendengar permintaan dari diriku sendiri.. Mula menyayanginya sebagaimana dia berhak untuk disayangi.. Hampir sebulan aku hidup di padang pasir ni.. Macam-macam yang aku rasa dan kecapi serta nikmati.. Selain cuacanya yang jauh berbeza dari England mahupun Malaysia, banyak yang aku cuba nikmati dan kekalkan ia sebagai memori sepanjang hayat..

Padang Pasir yang tandus ni banyak mengajar aku erti kehidupan secara tak langsung.. Aktiviti panjat memanjat gunung setiap minggu membuka ruang lingkup baru dalam kehidupan ku.. Membuatkan aku berfikir lebih banyak akan hala tuju hidup ku dan sumbangan aku pada masyarakat kelak.. Secara kasarnya aku berjaya, Alhamdulillah, berjaya untuk aktifkan balik fungsi asas akalku sebagai diari dan log book.. Untuk pastikan aku menyusun dan mengatur perancangan hidup aku dengan lebih teratur.. Fully optimised setiap masa setiap saat.. Terus update bila ada pape perubahan yang berlaku dalam sesuatu masa..

Kawalan emosi pun dah semakin baik.. Bila aku berikan masa dan ruang lingkup untuk diri aku meluahkan segalanya.. Ianya membawa kepada perubahan yang lebih baik.. Dan reaksi yang ditunjukkan dalam setiap cabaran dan permasalahan pun berubah.. Perspekstif melihat sesuatu perkara dilihat dari ruang yang berbeza..

Dan yang paling penting aku rasakan.. Aku mula menghargai potensi diri aku.. Selepas sebulan di sini.. Aku alami pelbagai transformasi.. Dari seorang ahli kimia, kini aku boleh berbicara sebagai seorang ahli fizik dan tak mustahil sebagai seorang jurutera dalam bidang-bidang tertentu.. Bila aku mula mengiktiraf diri aku sendiri, potensi yang lama terpendam mula menonjolkan diri yang selama ni segan silu..

Aku rasakan sebenarnya semua manusia sama jer.. Bila diberi peluang, InsyaAllah ianya mampu menonjolkan potensi diri masing-masing..

Semoga perubahan yang positif ni dapat diteruskan dalam memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan ummah demi membina masa depan yang lebih cermerlang untuk semua pihak..

Friday 8 February 2013

The End...

Rasanya dah tiba masanya untuk aku hadapi semua ini.. Bila aku lihat kitaran hidup yang seolah-olah tiada penghujung.. Aku terpaksa akur dan terima tanggungjawab serta amanah ni dengan hati terbuka.. Bukan masanya untuk aku berlagak seperti anak kecil di pentas dunia.. di persada benua.. 

Dah selesai aku lepaskan semuanya.. dan kini aku rasa dah tiba masanya untuk aku lepaskan diri aku dari belenggu perspektif manusia.. Lepaskan diri aku untuk terbang bebas memahami erti kehidupan melalui kaca mata aku sendiri.. Bak kata rakan-rakan serta akak-akak yang sentiasa menemani diri ini sehingga ke saat ini.. It is about the journey and the process.. Dan setelah aku lepaskan semuanya.. aku dah makin nampak dan kenal diri aku yang sebenarnya.. Insan yang ingin hidup seadanya namun sebebas mungkin menebarkan sayap ilmunya..

Duit bukan ukuran.. harta benda apatah lagi.. Semua tu selama ni 'peer pressure' dari persekitaran.. Mungkin ini yang terakhir aku pun tak pasti.. Selepas ni sikit demi sikit digital fingerprint aku akan berkurangan.. Bukan niat untuk menghilangkan diri.. Bukan niat untuk mengundur diri.. Cuma ini yang terbaik buat masa ini.. Dalam proses aku memahami diri aku sendiri.. Dalam proses untuk mematangkan diri.. Lebih elok untuk kata-kata itu aku luahkan pada diriku.. Berbanding aku terus coretkan di sini ataupun mengharap perhatian di ruangan yang lain..

Aku kene kuat dan tabah hadapi semua ni.. Aku kene cekal dan teguh melihat jauh ke hadapan.. Aku kene berdiri teguh melawan arus perubahan.. Kerana aku bukannya insan yang berubah mengikut zaman.. Aku bukannya insan yang seharusnya selari dengan arus permodenan.. Bukan harta dan wang ringgit yang aku impikan.. Bukan mahligai istana yang bakal membuatkan aku tidur lena..

Sebelum aku mengundur diri.. Ku pinta kemaafan dari semua.. Sama ada aku tersilap kata mahupun perbuatan.. Secara sengaja mahupun tidak.. Ampunkan insan lemah bergelar Zamir Othman...

Till we meet again.. Assalamualaikum..

Thursday 7 February 2013

Detox bukan satu benda yang mudah..

Untuk pulih dari ketagihan, tabiat atau sesuatu perkara yang menyeronokkan tapi memudaratkan bukan satu perkara yang senang.. Bila lihat macam mana abang aku struggle nak berhenti merokok.. Kawan aku struggle nak stop ketagihan main game dan macam-macam contoh lain bukan suatu yang mudah.. Ianya pasti takkan jadi lagi mudah bila diri kita sendiri yang mengalaminya.. Itu yang aku rasa.. Mungkin 24 jam pertama ni impak dia makin terasa.. Bila aku sedar yang mana apa yang aku genggam dan pegang selama ini.. Kasih dan sayang yang aku rela lepaskan beberapa jam yang lalu.. Setiap pengalaman dan memori indah makin pudar dalam ingatan ini..

Cuma pabila hakikat diterima akal bahawa semuanya akan tamat.. Setiap perhubungan telah diputuskan.. Tiada satu ikatan pun bersama.. Tiada satu memori pun bersama.. Hati ini mula rasa kosong.. jiwa ini seolah-olah tidak terisi.. Yang mana selalunya dinding-dindingnya ditampal kisah berbunga-bunga suatu masa lalu.. Lelangitnya diwarnai rasa bahagia bersama.. Kini ianya telah dicat dan digilap seumpama dinding dan lelangit yang baru.. 

Ianya ditambah perit yang membara pabila waktu dan ketika aku ingin melupakan semua onar dan duri.. Kebahagiaan yang palsu dan jalan yang penuh dosa.. Cabaran mula melanda.. Percutian mula memainkan onarnya tersendiri.. Cabaran dari bidang yang suka mencabar diri aku... Simulasi dan permodelan sifat semikonduktor berlian.. Tak dinafikan setiap kali aku menghadapi cabaran ini, pasti aku larikan diri aku pada tabiat lama yang membuatkan aku lupa akan masalah ini.. Setiap kali aku akan lari dari cabaran ini, aku akan mencari jalan dan peluang untuk diulit perasaan kasih dan sayang.. Kebahagiaan yang sementara.. Namun kali ini aku dah berjanji dengan diri aku untuk tidak mengulanginya.. 

Maka ianya akan menjadi titik tolak dalam proses aku meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan terkutuk itu buat selamanya.. Adakah aku akan kembali melakukannya, ataupun aku akan cuba berdepan dengan cabaran kali ini.. Kalau nak ikut keadaan hati ni.. Email sebentar tadi membuatkan ianya remuk, hancur dan musnah.. Terasa percutian ini segaja hendak membunuh aku mental dan fizikal.. Aku ingatkan kerja-kerja simulasi aku dah boleh ditamatkan tahun lepas.. Kini aku rasakan ianya takkan habis-habis.. Never ending.. Nak menangis pun ada, nak menjerit pun ada.. Namun kerana Allah masih lagi memberikan aku nikmat dalam data-data yang aku peroleh di sini.. Aku tak boleh berkelakuan begitu.. kufur nikmat namanya..

Ya aku tahu, semua ini Dia menyuruh supaya aku kembali dekat padaNya.. Menjadi hamba yang baik padaNya.. Mengadu padaNya.. Bercerita padaNya.. Bukannya kasih sayang manusia yang aku harus dambakan.. Bukan pujuk rayu manusia yang aku patut dengari.. Bukannya keseronokan sementara untuk melupakan masalah aku..

Mungkin inilah tujuan aku dicampakkan ditengah-tengah padang pasir kali ini.. Untuk memperbetulkan diri aku dengan memberikan double triple combo pack sekaligus.. Sama ada aku survive dan jadi insan yang lebih baik.. Ataupun aku hancur remuk diranapkan di tengah-tengah padang pasir ini.. Kali ini takde manusia lain yang boleh bantu aku.. Tiada tempat untuk mengadu.. tiada ruang untuk bercerita.. dan jauh sekali untuk ada yang mendengar.. Ianya akan jadi sebuah pertempuran Agung antara aku dan diriku sendiri.. Perlawanan yang bakal mengubah sejarah hidup aku.. Kini aku berlawan dengan diriku.. Kalah menang diletakkan pada diriku sendiri..

Sejauh mana keteguhan aku akan berpaksikan pada Iman yang ada.. Tumpas atau tidak bergantung pada kecekalan aku pada Islam dan Allah serta RasulNya.. Kalau aku lemah dan tewas dengan pujukan Iblis serta Syaitan.. Itu salahku.. 

Kini setiap masa, setiap saat ianya peperangan antara diriku.. Rajin dan Malas.. Baik dan Jahat.. Berfaedah dan Sia-sia.. Keperluan dan Kehendak.. Iman dan Nafsu.. Ultimate Clash.. Dan tiada siapa yang boleh membantu diri ini.. Tiada sesiapa melainkan Pecipta Yang Maha Agung.. 

Ya Allah Ya Tuhanku.. Dikau berikanlah aku kekuatan untuk sentiasa mencari keredhaanMu.. Kekuatan untuk terus mendambakan kasih sayangMu.. Kekuataun untuk menghindarkan diriku dari mencari MurkaMu.. Ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan peliharalah imanku, pertingkatkanlah imanku supaya diriMu terus redha dengan diriku Ya Allah..

Padamkan semuanya..

Akhirnya.. selepas aku simpan hampir semua kenangan dalam tempoh 8 tahun ni..  Dalam bentuk gambar, video dan penulisan.. Aku dah padamkan semuanya.. Memori biarlah tinggal memori.. Kenangan biarlah tinggal sebagai kenangan.. Kasih dah sayang suatu masa dulu biarkan ianya kekal sebagai sejarah.. Aku pun tak pasti mana datangnya kekuatan ini untuk padamkan semuanya.. Tiba-tiba pagi ni aku rasakan inilah masa terbaik untuk letakkan semuanya dibelakang aku.. Hilangkan perasaan sayang yang aku pernah ada pada insan-insan yang tertentu dalam tempoh masa 8 tahun yang lalu.. 

Aku tak nafikan pertemuan dan perkongsian itu sangat bermakna.. Namun hidup harus diteruskan dan jangan dikenang perasaan lalu.. Dosa-dosa lalu.. Onar dan duri masa lalu.. Korang pun dah bahagia sekarang.. Dan insyaAllah tak lama lagi akan tiba masaku.. Dengan izinNya.. Maka tak seharusnya aku simpankan semua perasaan ini.. Kerna aku risau dan khuatir ianya akan memudaratkan kebahagiaan korang.. That's it.. Sejam yang lalu merupakan detik terakhir aku mempunyai memori bersama korang.. Yang hadir dengan pelbagai bukti.. Namun biarkan sejarah menjadi sejarah..

Alhamdulillah akhirnya aku mempunyai kekuatan untuk membuang semuanya dari hidupku.. Melepaskan perasaan yang tak sepatutnya hadir in the first place.. Inilah hari terakhir akan aku ingatkan semuanya.. Ingatkan kasih sayang yang pernah ada antara kita semua (haih ramai benar).. Terbenamnya matahari malam ini, terlelapnya mataku menandakan penamatnya masa silam aku.. 

Semoga semua persediaan ini bakal membuatkan insan yang terpilih di masa akan datang menerima aku seadanya dan sebaik mungkin..

7 tahun dah berlalu..

Makin jauh aku pergi.. makin jauh aku panjat.. makin jauh aku dihantar ke suatu destinasi.. makin jauh dari famili.. Alhamdulillah makin banyak smasa aku refleks akan perbuatan aku.. makin banyak aku ungkapkan kejahilan diri ini.. makin aku cuba keluar dari state of denial.. Sedar tak sedar aku kene terima hakikat dan akui aku dah tua. Itu yang pertama.. Dah tak boleh dah nak senyum dan termakan dengan kata-kata orang yang aku nampak muda la.. Nampak macam baru lepas SPM.. Macam budak undergrad dan sebagainya.. Paling tak leh blah ada senario ingat aku baru abis PMR.. Bukan setakat tu, aku dah tak boleh nak sedap-sedap melayan perasaan orang cakap youngest person ke.. youngest Malaysian yang buat percutian ni.. Semua perkataan muda dan seangkatannya dah tak relevan.. Aku kene sedar dan keluar dari kepompong yang aku masih muda.. Terima hakikat aku dah keluar dari sekolah 7 tahun yang lalu.. Aku dah tamatkan pengajian mengikut sistem yang wajib diambil di Malaysia 7 tahun yang lalu.. 7 tahun yang lalu aku dah diberi kuasa untuk menentukan hala tuju hidup aku mengikut undang-undang.. 7 tahun yang lalu.. masa dah berlalu..

Aku bukan budak lagi yang boleh bermain dengan onar dan duri.. Yang boleh bergelumang dengan dosa-dosa lalu.. Kalau dulu orang boleh cakap.. Ala dia budak lagi.. namun sekarang dah tak relevan.. Itu kisah 7 tahun yang lalu.. Kalau sekarang ni tengok ahli sukan ke, pelakon ke atau sesiapa saja.. Semua tu baya aku tak pun tua sikit dan paling teruk lagi muda kot.. Maka ingat-ingatlah aku dah berumur dah lama dah menghirup udara di muka bumi ini.. Tak semestinya kalau aku kawan dengan mereka yang masih muda.. Aku kekal muda selamanya.. Kawan boleh mencerminkan akhlak dan peribadi kita namun ianya tidak akan sesekali melambangkan siapa diri kita yang sebenarnya..

Ini antara siri refleksi aku yang pertama untuk tahun ni.. Untuk sedar akan usiaku.. Selagi aku ingat aku masih muda.. akan aku teruskan kesilapan dan dosa-dosa yang lalu.. Bila aku lihat persekitaran aku.. aku bukan budak lagi.. aku bukan anak kecil yang salah silapnya tak memberikan impak pada sesiapa.. Mungkin aku pernah berkata-kata aku tak ingin membesar dan kekal seperti dahulu... Namun aku tak hidup di alam fantasi yang mana usiaku statik.. tak bergerak dan kekal begitu selamanya..

Aku sedar banyak tindakan ku begitu kebudak-budakan sehinggakan aku melukakan hati dan perasaan pelbagai pihak.. Makin aku lihat persekitaran aku, makin aku sedar yang mana aku bukan seperti dahulu lagi.. Setiap tindakan dan kata-kataku bakal jadi ataupun dah jadi perhatian pelbagai pihak.. Bukan macam dulu yang mana bila aku ponteng takde sapa yang kisah.. Bila aku bakar padang takde siapa yang perasan.. Bila aku musnahkan sesuatu tiada siapa yang dapat meneka.. Apatah lagi bila jadi kes-kes 'nakal' dari aspek bunga api dan mercun sampai la ke tahap booby trap siapa sangka tok dalangnya datang dari insan yang tak dijangka..

Itu semua 7 tahun yang lalu.. Makin aku menghirup udara malam ni makin aku sedar aku hidup dalam fantasi aku sendiri yang mengharapkan orang mengikut kehendak dan telunjuk ku.. bagaikan anak kecil yang inginkan permainan hanya untuk dirinya sendiri.. Namun aku silap.. usia yang bakal mencecah suku abad ni harus sedar.. dirinya bukan budak-budak seperti 7 tahun dahulu.. Kenakalannya bukan sesuatu yang boleh diterima oleh pelbagai pihak.. Permainannya bukan lagi sesuatu yang relevan kerana ramai yang akan terluka..

Harapnya selepas ini.. Walaupun penampilan kekal dalam keadaan yang masih muda.. Tapi aku harapkan pemikiran, tindak-tanduk, emosi dan kematangan berada dalam lingkungan usia yang sepatutnya.. Berada dalam keadaan lebih dinamik.. Bukannya manja dan kebudak-budakan.. Sifat manja, mengada-ngada dan dambakan perhatian.. Itu kisah 7 tahun yang lalu.. itu kisah sewaktu dalam alam remaja dan ingin meneroka dunia luar.. Sepatutnya dalam tempoh 7 tahun ni aku dah sepatutnya puas dengan gaya hidup macam tu..

Dan kini tibalah masanya untuk aku amik serius akan kehidupan insan disekeliling aku.. Lebih sensitif terhadap perasaan mereka dan pastinya lebih menghormati diri mereka sebagaimana mereka harus dihormati.. Tampak mudah tapi insyaAllah aku akan usahakan..

Wednesday 6 February 2013

Jangan jadikan kelemahan diri sebagai alasan untuk terus gagal..

Okay.. fine tajuk post ni aku songlap dari dialog citer melayu.. Ni la masalah aku kan.. Bila dok jauh sikit dan takde keje.. Pi layan citer melayu.. Anyway, citer kali ni bagi aku makna dalam kehidupan sedikit sebanyak.. Mula-mula aku malas nak layan citer Setia Hujung Nyawa ni.. Biasalah, malas nak commit kat drama melayu yang penuh dengan drama.. Masa aku usha pilot eposide dia.. Nampak macam tak best, tapi entah kenapa hati ni suruh bagi peluang kedua dan ketiga...

Rupanya ada mesej tersembunyi.. banyak gak mesej tersembunyi yang aku jumpa dalam meneruskan perjuangan dan pengembaraan aku kali ini.. Plot jalan cerita yang mengisahkan indahnya cinta lepas bernikah membawa maksud yang tersendiri.. Lagi-lagi bila sejak kebelakangan ni entah kenapa aku senang sangat rasa risau dengan usia yang dah semakin meningkat namun komitmen terhadap janji dan impian yang membuatkan aku terpaksa korbankan perasaan cinta dan sayang dalam diri ini.. Kalu 2-3 tahun lepas orang tanya bila nak kawin.. Memang senang je aku nak tepis.. Tapi bila 2012 melabuhkan tirai dan menjemput 2013 hadir dalam hidup aku.. Suku abad menjadi titik tolak kehidupan ni.. Makin kerap aku berbual dan berbicara mengenai isu perkahwinan (Yang mana kalau budak2 UTM dengar mahu kene bahan kaw kaw ar).. Tu r Zamir dulu mulut takde insuran.. Sekarang jilat balik ape yang ko ludah sebelum ni.. Haih.. dah nasib badan.. terima je ar..

Namun cerita ni sedikit sebanyak menenangkan perasaan aku dan ingatkan aku balik akan tujuan, impian dan matlamat aku buat masa ni.. InsyaAllah jodoh tu di tangan Allah.. Bukannya selama ni aku buat benda jahat n maksiat pun sampai aku tak berusaha untuk mendirikan rumah tangga.. Besar kot amanah nak jadi suami yang baik.. Cuma makin aku layankan cerita tu makin aku rasa indahnya dunia perkahwinan ni.. Walaupun penuh cabaran dan liku hidup.. Namun bila dah diredhai untuk bersama.. Semuanya tampak indah (fine aku tau tu cerita.. bukan dunia realiti pun yet aku tak rasa benda tu mustahil)..

Setiap kali aku tengok wat aku tersenyum sorang-sorang.. Entah kenapa.. cuma ayat episode 8 ke 9 yang bila Zain cakap kat El "Jangan jadikan kelemahan diri sebagai alasan untuk terus gagal" buat aku sentap kejap.. Nak kata aku dalam kategori gagal buat masa ni, mungkin tidak secara holistiknya.. Tapi kalau secara spesifik dalam beberapa perkara ada kebenarannya.. Dan tak mustahil aku salahkan diri aku sendiri.. Mana tak nya, bila macam sekarang.. Aku kene buat fundamental fizik.. Mau tak berasap kepala aku.. Dengan teori elektron bergerak la, meloncat la dan sebagainya.. Ada masanya aku nak cakap that's it.. Tapi bila kenang balik ayat Zain tadi.. Aku takleh berhenti kat sini kot.. Takleh nak give up.. Kalau aku tak buat untuk diri aku.. at least fikir la pasal orang lain..

Aku kene ingat, Ilmu Allah tu luas.. Ilmu Allah takkan habis tapi hayat aku akan habis.. akan tamat.. Kalau aku berhenti dan putus asa sekarang.. Tak banyak, sikit ianya akan bagi impak kat golongan ilmuan lain.. Lagi-lagi yang baru nak berjinak-jinak dengan ilmu.. Bukan nak cakap aku ni role model yang baik.. Entah ada orang akan follow aku nyer pathway or nasihat aku sendiri tak pasti.. Cuma aku tahu, mungkin ada yang memandang tinggi akan diri aku (bukan aku perasan bajet diri sendiri ok.. bukan tu niat aku.. shut up.. hahaha).. So kalau aku stop kan sini dan mengalah.. Ianya akan set bad record or bad example.. Aku tak nak bila aku tinggalkan dunia ni.. Orang akan cakap, alah Zamir pun tak boleh buat so why should we do it.. Aku tak nak sebabkan aku putus asa, sebabkan aku gagal untuk maju kehadapan.. Aku buatkan orang lain mengalah sebelum berjuang.. Yup.. Aku tak nak rakan-rakan aku, adik-adik aku or even anak-anak mahupun cucu cicit aku sekalipun having that kind of thought.. Maka selagi aku boleh maju kehadapan, bangun balik dari kegagalan.. Aku kene cuba.. Aku takleh bagi alasan sebab aku lemah.. Keupayaan manusia tu limitless, mental strength kita yang akan tentukan our limit.. So it is up to what we think and what we want to be.. 

Hayat aku akan tamat suatu masa nanti.. Kalau aku putus asa dan terus gagal.. tak mustahil aku akan menutup hati-hati manusia lain untuk meneruskan perjuangan kali ini.. Penerokaan ilmu Allah - Sebagai seorang individu tak banyak yang aku boleh kecapi sepanjang hidup aku.. Namun kalau hati dan jiwa ini.. hati dan jiwa yang cintakan ilmu Allah demi mencari keredhaan-Nya terus disemai dalam hati generasi yang mendatang.. Hati yang tak mudah mengalah dan putus asa.. Hati yang sentiasa cuba memperbaiki diri dan berhenti memberi asalan.. InsyaAllah walaupun jasad ini dah terbujur kaku.. Jasad ini dah reput ditelan zaman.. Hati yang disemai akan terus hidup.. Melompat dari satu generasi ke generasi yang lain.. Akan terus berkembang mekar.. Meneruskan azam dan iltihad.. Cita-cita dan impian.. sehingga ke akhir zaman..

Aduhai, makin aku fikir semua ni.. makin aku tak sabar rasanya untuk mempunyai keluarga sendiri.. Untuk mempunyai anak-anak dan berusaha mendidik mereka lebih baik dari didikan yang aku terima selama ini.. Jadikan mereka sebagai perajurit-perajurit ilmu dalam memperkayakan bumi Allah dengan ilmu-ilmu-Nya.. Harta yang dicari dan dikumpul boleh habis dibelanjakan.. Ilmu yang didalami dan dipelajari boleh lesap ditelan zaman.. Namun zuriat yang disemai dengan baik.. Akan meneruskan perjuangan dalam meng'infak'kan hartanya ke jalan Allah dan meneruskan pengembaraan dalam proses perkembangan ilmu yang bersesuaian dengan zamannya..

"Aku percaya dalam cerita tu banyak ditonjolkan dalam senario dunia masa kini, yakni bukan mudah untuk hidup bersama.. Tolak ansur dan saling memahami antara kunci terpenting.. cuma bila diorang nak 'bersama' tu bukan mudah.. Aku tak pernah alami kan.. tapi ada kemungkinan jugak benda tu betul.. yet bila tengok time frame cerita tu.. 50 hari lepas kawin baru timbul rasa sayang dan cinta.. Bukan satu tempoh yang singkat"

Tuesday 5 February 2013

Push the limit.. Expand the boundaries..

Sejak dari kecil jarang kot orang nak kata apa aku buat tu salah dan bukan cara tu yang sepatutnya.. Mungkin orang tak kisah akan hidup aku ataupun memang apa aku buat tu sesuatu yang berketepatan dengan kehendak sosioekonomi masyarakat setempat.. Aku rasa the later macam kurang tepat la sikit.. (Tak nak orang cakap aku masuk bakul angkat sendiri.. Hahaha)

Tapi bila aku dah sampai kat Tempe ni.. Hamik ko.. Bos baru aku ni makan dalam ooo.. Kalau telinga aku tak tebal mau berasap-asap dah.. Kalau dengan pakcik Paul.. Aku argue memang la kene akur at the end tapi pakcik Paul tak bagi banyak sebab untuk backup statement dia.. So aku selalu akur atas dasar superior.. Tapi kali ni.. Mamat tahap dewata raya ni memang aku suspek sama dia la.. Okay satu sebab dia dewa diamond.. Dua sebab dia dewa material kat US ni.. Tiga sebab dia memang antara ahli fizik surface science yang bukan leh bawak mainan ar.. So bila reasoning dia bagi kat aku.. Tergamam kot aku.. takleh nak jawab spontan.. Lagi-lagi bila dia question aku nyer method dan sampel selection.. Maut memang maut.. Ni dia nyer soalan tahap membunuh dia kalah Makcik Hali ataupun Pakcik Hadi.. Tapi nak tak nak aku la defend jugak kan.. Kalau tak memang no point aku datang sini.. 

Maka malam tu dan esok paginya aku pun bertungkus lumus nak bandingkan data dia 15-20 tahun lalu.. Dah la data dan analisis dia sume dalam bahasa fizik.. Aku yang baru tukar bidang sethaun dua ni.. Memang sakit la oooi nak paham ape orang fizik ni cakap.. Tahun lepas dah pecah otak nak faham orang komputer syok sendiri cakap pasal apa.. Kali ni orang fizik.. Tapi nak taknak aku kene la jugak guna kapasiti yang ada untuk cuba jugak faham.. Push the limit, tengok sejauh mana aku leh pergi.. Setinggi mana aku leh berpijak..

Nak dipendekkan cerita, pagi tadi aku dah ready dah nak defend balik (siap jumpe kepincangan dalam data dan analisis dia lagi).. So kira boleh la aku bawak yang aku nyer ni solely untuk improve condition yang dia terlepas pandang suatu masa dulu.. So ada la kenyakinan sikit nak pertahankan maruah aku ni.. Paaangg... Lagi sekali aku kene.. Ingatkan aku dah tutup dah loop hole yang ada.. Dia pergi bukak plak story possibility band bending upwards or downards.. Owh tidak.. more physical term.. Nak dipendekkan cerita sebabkan sampel yang aku guna tu p-type semikonduktor.. Result yang aku dapat selama ni mungkin data dari band bending dan bukannya monolayer metal coverage aku.. PaaaP.. sekali lagi aku diam membisu... nak defend mane plak ni.. Kalau ilmu kimia tu boleh la aku citer celah sini, goreng celah sana.. Ni fizik kot, salah aku citer.. Mampus kredibiliti aku dan group aku kat Bristol tu.. So malam ni lagi sekali pencarian bermula..

Cuma aku tau pakcik tu baik.. Dia buat semua ni sebab nak push aku pergi lebih jauh.. Nak tengok sampai mana aku leh manipulate dan interpret data.. Dan predict best method untuk solve masalah ni.. Lepas tu dia siapkan.. Great work so far.. Well done.. and you have plenty stuff to read.. Keep up the good work.. Thanks pakcik Bob.. At least aku tau yang hari ni aku leh explained pasal NEA lebih baik.. Pasal UPS dan XPS lebih sempurna.. Apatah lagi aku dah makin memahami term-term fizik yang lain.. So target esok untuk defend apa yang dia point out tadi.. Dan tengok sejauh mana aku boleh pergi..

Alhamdulillah buat masa ni 1st sampel yang tengah analisis menunjukkan result positif cuma tak pasti sama ada ianya positif untuk aku nyer aplikasi atau tidak.. Yang pasti ianya positif dan stabil untuk high temperature application.

Monday 4 February 2013

Rindu.. Bosan.. Annoyed..

Orang selalu cakap.. Bila kita tak dapat sesuatu perkara.. Kita akan berusaha sehabis mungkin untuk dapatkan benda alah tu.. Tapi bila kita dah dapat, jarang kita hargai.. Akhirnya benda tu boleh terbiar dan diabaikan begitu saja.. Namun, sama je kalau benda tu susah kita nak dapat.. Sampai nak masuk tahap kategori mustahil nak dapat.. Akhirnya kita rasa bosan dan annoyed..

Okay statement kat atas takde kaitan dengan situasi sebenar.. Hahahaha..

Cuma aku dah bosan dan annoyed dengan sikap aku sendiri.. Yes.. aku bosan dengan diri aku... bukan apa.. Degil sangat diri ni.. keras kepala plak tu.. Dah bape kali aku pesan jangan nak layankan perasaan tu.. Kan skang ko sendiri rasa bosan sebab mustahil nak achieve benda alah tu.. At the end ko menyampah and annoyed kan.. Annoyed melayan perasaan sendiri yang at the end tak kemana.. 

Dah faham kan sekarang tujuan ko datang Arizona.. Bukan semata-mata nak siapkan percutian kali ni.. Bukan sekadar nak guna alat XPS/UPS dan sebagainya.. Tujuan utama nak perbetulkan balik diri.. Nak tune balik hati, akal dan perasaan.. Untuk pastikan yang diri ko bersedia untuk menghadapi cabaran, ujian dan peperangan seterusnya.. Kalau mental state tahap sampah macam ni.. Jangan harap la nak survive dalam peperangan mendatang.. 

Sejak jatuh bangun ko baru-baru ni, banyak sangat ko bergantung harap kat manusia lain.. Come on, zamir yang aku kenal dulu tak selembik ni.. Lemah tahap cipan.. Sikit-sikit nak ngadu.. sikit-sikit nak sedih.. sikit-skit nak emosi.. Bapuk ke ape.. Kalau aku leh tampar diri sendiri memang dah lama aku tampar laju-laju.. Memang la aku alami trauma sebab kegagalan lalu, tapi tu bukan alasan untuk aku kekal macam ni.. Sejak bila aku belajar tabur masalah aku kat orang.. Man it up.. Orang lain pun ada masalah, yang ko sibuk-sibuk nak tambah masalah orang ape hal.. Lek lek sudah.. Settlekan masalah sendiri and stop bothering other people.. 

So ingat balik kenapa ko dicampakkan kat padang pasir yang kering tandus ni.. Bukan kat kawasan banyak kawan yang ko kenal.. bukan dekat kawasan yang ko selesa dengan persekitaran.. Ingat.. Ko kene campak kat sini untuk sort balik life ko.. Untuk hanya bergantung pada kudrat ko sendiri dan tawakal pada Sang Pencipta yang Maha Agung.. Mudah.. simple.. Campakkan semua perasaan, passionate dan ape kejadah benda lain terhadap orang lain.. Baik perempuan yang ko baru nak ayat ke, ataupun skandal-skandal lama.. Pi campak jauh-jauh.. Bukan kekal lama pun.. Setiap yang datang pasti pergi.. Setiap pertemuan pasti wujud perpisahan.. So takyah nak gedik-gedik.. Ngada-ngada nak bina attachment bagai.. Stop it and live with it..

As simple as that.. tu alasan sebenar kenapa ko kene campak punyalah jauh dari semua kenalan, rakan, taulan dan ape kejadah benda lain.. Sort it out.. sort it out.. Lepas habis trip kali ni.. baik sebulan, dua bulan or tiga bulan.. Ko dah jadi better, stronger and wiser.. Bukan budak lembik cam tapir.. Build a strong body, heart and emotion.. Not to be moved unnecessarily by unwise judgement..

Ingat.. Sort it out.. 

Jatuh cinta...

Arizona.. Tempe.. Bukan senang dan bukan banyak tempat yang boleh buatkan aku jatuh cinta dengan mudah.. Menara Jam di London gagal sama sekali.. Begitu juga nasib besi buruk di Paris.. Apatah lagi bangunan-bangunan pencakar langit di New York.. Semuanya tak sesekali membuatkan aku untuk kembali apatah lagi untuk membuatkan aku terus tinggal dan menetap di sana nanti.. Namun ASU dan Tempe buat masa ni mempunyai daya tarikan tersendiri.. Selain cuaca yang akan melampaui batasan manusia waktu Summer nanti (45 oC) ianya hampir sempurna.. 

Alangkah indahnya Islam itu.. Dalam isu keganasan dan pelbagai dakyah yang diutarakan dunia malahan Amereka sekalipun.. Aku tak sangka wujud masjid.. Yup masjid yang sempurna dengan kubah dan memiliki kawasan sendiri di dalam kawasan universiti.. Walaupun bukan di tengah2 kampus.. Namun ianya berada di antara kawasan padat manusia.. Dilengkapi dengan kedai Halal dan Pasar basah berhampiran.. Tambahan lagi dengan jarak kurang dari 10 minit dari makmal aku.. Siapa sangka dalam negara yang bukan Islam.. Dalam penguasaan dan tanggapan manusia terhadap agama Islam.. Tempe membawa makna tersendiri dengan Islamnya.. Tak nampak tanda-tanda benci dan cacian masyarakat setempat..

Buat masa ini, inilah tempat yang paling aku rasakan hampir dengan tanah tumpah darahku.. Jika rezekiku di sini aku redha dan menerimanya dengan hati terbuka.. Bukan setakat tu.. Bus-bus turut disediakan oleh kerajaan setempat untuk kemudahan penduduk awam bergerak di tengah-tengah padang pasir ini.. Dari utara selatan timur dan barat.. Secara percuma.. Cuma aku tak boleh nak pick point macam tu untuk benefit ni sebab tak pasti berapa banyak cukai yang harus dibayar oleh pemakan-pemakan gaji di sini..

Cuma being in US.. aku tak tahan dengan tax nyer oooiii.. Semua barang nak kene tax.. dan harga yang dia tunjuk kat dalam kedai sume sebelum tax.. Sakit sakit.. ni je aku takleh nak terima.. Bukan apa, sebab kat UK aku tau la VAT memang cam sial.. 20% tapi bila dia dah letak dalam harga senang la nak bajet barang.. Tapi kat sini.. payah ooo.. walaupun 9% jer tax dia.. tapi sebabkan tak add up awal2 boleh pening ini kepala ooo.. Macam aku nak beli camera Go Pro Black Edition kan.. harga dah cun dah.. 399 usd tapi bila add up tax jadi 440... Mau aku terkedu jap.. Hehe.. so kene la hold on tu kat aku nyer perasaan ngidam ngada2..

Hari ni sepanjang aku berjalan utara selatan timur barat Tempe selama 4 jam (kaki pun mau give up dah).. Ni lah padahnya tak konsisten praktis.. Camne nak wat Walk to Remember kat Grand Canyon nanti.. haih.. Tapi sepanjang aku berjalan aku muhasabah diri.. Aku fikirkan kesalahan lalu aku n yet kesalahan yang aku baru buat pagi tadi.. Ni la masalahnya bila layankan sangat perasaan... Senang je nak buat silap.. Cuma aku kene pastikan ianya tak berulang or makin berkurang la.. itu yang penting..

Aku kene tetapkan balik niat asal aku datang sini.. Untuk ubah diri aku, untuk pastikan aku buang semua perangai lama aku.. Perangai-perangai yang tak sesuai dengan keadaan aku sekarang.. Untuk cari benda baru yang aku passionate.. Dan bukannya kembali ke habit lama.. ke tabiat lama.. setiap kali aku nak jalan mudah.. Tak mustahil sebenarnya aku perlukan bimbingan yang betul.. Tapi sebab teknik putar alam yang spontaneous, yang membimbing tu  boleh terjerumus sekali.. Harapnya sampainya aku di kawasan tanah tandus ni memberikan aku inspirasi untuk menemui jawapan yang aku inginkan selama ni..











Saturday 2 February 2013

2 kali dalam masa 3 bulan..

Alhamdulillah.. Ku panjatkan rasa syukur pada Ilahi kerana masih memberikan aku nikmat yang tak pernah putus-putus sejak aku dilahirkan.. Kelmarin buat kali keduanya aku menjejakkan kaki ke Tanah Amereka ni (hek eleh apa nak dibanggakannya, banyak je student malaysia berulang alik, tak kecoh pon).. Fine aku sorang je yang jakun masuk tanah besar ni kan.. Budak kampung katakan.. Kali ni destinasi aku merupakan padang pasir Pheonix (Tempe).. tapi aku still tak jumpe orang jual tempe kat sini.. Dapat sambal tempe time2 gini memang mengancam la..

Nak dipendekkan cerita (termasuklah flight delay).. hampir 24 jam perjalanan aku dari door to door.. Alhamdulillah Allah memudahkan segala urusan aku dari pengangkutan, kastam sampailah ke check-in bilik.. Thank you Allah for the blessing.. Namun ada la kisah lawak aku esoknya.. Patutnya aku ada meeting dalam pkol 8.30 pagi.. Dengan gigihnya aku pun bangun pkol 6 pagi nak siap-siap (Bagi 1st impression elok punya kat bos baru ni).. Tup tup boleh plak aku terlock dalam bilik air aku sendiri dan takleh masuk bilik.. Sampai lah housmate aku bangun n tolong bukak kan pintu which dah pukul 8.34 pagi.. Dengan cuaknya aku cepat2 siap dan istighfar banyak-banyak.. Harapnya bos aku tak mengamuk la nanti.. Alhamdulillah bila sampai dia senyum jer.. Meeting dah start dan aku tak abis-abis cakap sorry lambat..

Selesai meeting, dia nak bincang apa aku nak buat kat sini.. Cerita punya cerita, dia nampak interested dengan approach aku dan Paul pesan just jujur dan cerita semua yang dia nak tahu.. Harapnya leh wat future collaboration katanya.. So dia kata great work and have fun working in ASU.. Maka start lah permulaan hidup aku di padang pasir ni.. Cuaca simply awesome.. Langit biru cerah... Suhu 21 degree.. Equipment dalam lab memang mental.. Waktu aku 1st time datang Bristol dah cukup jakun.. Bila sampai sini bukan jakun lagi dah.. Tahap tapir masuk kampung pun ada gak.. Aku belek benda alah sana sini.. Duduk atas lantai bersila sambil usha semua alat yang ada.. Macam playground dah aku buat makmal tu.. Sampai lupa yang aku still jet lag lagi..

Tianyin super helpful, aku tak expect pun hari pertama aku dah boleh run sampel aku.. Alhamdulillah result nampak positif.. Walaupun pada mulanya aku risau macam takde pape signal tapi Tianyin tak putus-putus cakap it is too early.. Let us twick here and there for a bit.. Dan Alhamdulillah aku nampak small signal yang mungkin indicate monolayer of Aluminium sampel aku.. Masa tu dah pkol 5 ptg or 12 malam waktu Bristol.. Aku memang dah rasa mengantuk.. Tapi Hype and happy nyer pasal.. Sanggup aku tunggu sampai kol 6 petang baru balik.. Alhamdulillah syukur pada Allah sampel yang pertama tunjukkan hasil yang memuaskan.. Kalau ni berterusan, insyaAllah percutian kali ini bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi.. Hampir sempurna kajian aku terhadap berlian dan isi dalamnya.. Selepas ini kalau aku diberi peluang untuk aplikasikannya, aku akan terima dengan hati terbuka.. Namun jika tidak.. aku redha dengan perancanganNya..

Cuma aku sedar, kini aku berhadapan dengan lagi satu cabaran hidup.. Yang mana aku kene biasakan.. Bila perjalanan aku sebegini, aku dah agak ianya akan jadi lebih sunyi dan terus sunyi.. So aku kene berhenti bergantung harap pada manusia untuk memahami apa jua situasi dan meletakkannya pada tangan Ilahi.. Masa lalu dah lama berlalu.. Yang patah takkan tumbuh dan yang hilang takkan berganti.. Itu realiti kejam yang aku belajar dari senario yang memeritkan.. Dan aku harus terima hakikat dan keluar dari keadaan state of denial.. Tak guna aku berlari dari senario yang sebenar semata-mata untuk hidup dalam ilusi yang kononnya aku rasakan kebahagiaan.. Dalam setiap satu pengembaraan aku, aku ingin mencari makna kehidupan dalam erti kata yang tersendiri.. Namun pabila aku dirangkul perasaan sunyi dan sepi.. Aku tak seharusnya cepat menagalah.. Masih banyak benda yang aku boleh lakukan dan perlu lengkapkan..

Perasaan sunyi dan sepi ni hanyalah satu perspektif.. Ungkapan "kan bagus kalau" merupakan ungkapan mainan syaitan untuk menjerat aku jauh ke lembah kehinaan.. Itu satu kepastian.. Maka tidak seharusnya aku mengulit perasaan ini dan asimilasikan dalam kehidupan di dunia fatamorgana ni.. Cukuplah ialah perasaan lalu.. Kerana makin dilayan takkan aku jumpa akan penghabisannya.. Aku tahu sejak saat bermulanya pengembaraan seawal hampir 10 tahun yang lalu, aku dah tau akan kejadian ini pasti berlaku.. Maka kini bukanlah masanya untuk diulit perasaan dan ditumpaskan nafsu.. Masa ini harus aku gunakan sebaiknya untuk memahami akan dunia dan fungsi aku terhadap alam dan segala isi kandungnya..

It is a lonely journey and will remain a lonely one as long as I choose this path.. but this is the road less travel by.. The road not taken..