Pages

Monday 28 January 2013

Another Journey...

Alhamdulillah, syukur aku ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan pelbagai nikmat hidup di dunia ini.. Tak lama lagi aku akan meneruskan pengembaran percutian pada skop yang baru.. InsyaAllah hari Khamis ni aku akan bertolak ke US untuk kali kedua.. Tak ku sangka percaturan Maha Kuasa itu begitu indah.. 10, 15 tahun dahulu bukan stakat US, UK pun tak pernah tergambar dalam fikiran aku.. Apatah lagi untuk menjejakkan kaki ke sana.. Dan lebih hebat lagi percaturanNya.. Dalam masa kurang dari 6 bulan aku berulang alik US-UK lebih dari sekali dan mungkin lebih kerap lagi lepas ni.. Itu bukan urusan aku, aku hanya serahkan pada yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui..

Cuma.. aku mengerti perjalanan aku kali ini bukannya mudah.. Tempoh untuk aku pergi kali ini bukannya satu tempoh yang sekejap... Ada yang katakan sebulan itu boleh berlalu begitu saja.. Ada yang kata setahun boleh melintasi kita bagaikan angin sepoi-sepoi bahasa.. Namun aku mengerti situasi aku sekarang ini.. Dan aku pasti ianya sebuah epliog berjalan yang lebih sunyi.. Harapnya ianya bukan perjalanan yang tak kembali..

Sejak kebelakangan ini aku sentiasa diingatkan.. Buatlah sesuatu selagi masih ada masa.. Setiap kali aku terbangun di waktu pagi.. Aku selalu teringat apa lagi yang perlu aku lakukan.. Siapa lagi yang perlukan aku penuhi hak mereka sebelum aku pergi.. Sebelum terlewat dan sebelum aku menyesali tindakan yang tidak aku lakukan.. Aku tak pasti sama ada ianya membawa maksud tertentu atau tidak.. Namun setiap hari setiap masa aku cuba untuk terus mengukirkan senyuman dan memberikan apa yang terbaik buat insan di sekeliling aku.. Sebab tiada siapa yang tahu adakah ini yang pertama... adakah ini yang terakhir kerana semuanya milik Allah dan ketentuan dariNya adalah sesuatu yang pasti..

InsyaAllah sekarang ni masih ada masa lagi.. Masih ada beberapa perkara yang aku perlu laksanakan sebelum aku mulakan pengembaraan baru ini.. Perjalanan ini seperti biasa, yang aku sendiri tak pasti mana hujung dan mana pangkalnya.. Mungkin ini jugalah sebabnya kenapa aku sentiasa berlari-lari dari menjawab soalan bila aku nak berpunya dan sebagainya.. Kerana bukan mudah untuk seseorang menerima sebahagian dari dirinya hidup dalam ketidakpastian.. Sebahagian dari dirinya sentiasa tidak mempunyai perancangan yang tetap.. Mungkin dari luaran ada yang katakan perancangan aku tampak cukup teratur untuk 3-5 tahun akan datang.. Tapi sejak 3-5 tahun yang lalu perancangan aku berubah-rubah mengikut keadaan.. Fleksibel dalam keadaan yang tersendiri..

Untuk katakan aku tak risau dan gusar dengan ketidakpastian ini.. Memang tipu ar.. Cuma buat masa ini aku lebih mudah menyerahkan urusan jangka masa panjangku pada tangan Penciptaku.. Yang pasti dalam setiap tindakan, aku lakukan yang terbaik.. dan sejujur mungkin.. sebaik mungkin.. Sebab aku sendiri tak pasti sejauh mana hayatku dalam kitaran hidup ini.. Kerana pabila masanya tiba.. Aku mungkin pergi dan takkan kembali.. Bila dan di mana ketikanya.. Bukan urusan aku.. Urusanku hanyalah lakukan yang terbaik terhadap diriku dan terhadap hak-hak insan yang lain..

Hari ini, Alhamdulillah banyak perkara yang melibatkan tanggungjawab dan amanahku pada insan lain telah aku tunaikan.. Telah aku serahkan ilmu dan tanggungjawab sepatutnya pada mereka yang lebih layak.. Persediaan rapi telah aku laksanakan.. Ilmu yang aku ada telah ditinggalkan pada generasi yang mendatang.. Budaya dan bentuk pemikiran telah aku serapkan sebanyak mungkin dan asimilasikan dalam hidup mereka.. Mungkin ianya tidak sesempurna yang aku harapkan tapi InsyAllah tak banyak sedikit pun cukuplah untuk mencorakkan generasi yang bakal mendatang..

Perasaan ini hampir sama namun tak sekuat seperti aku meninggalkan rakan-rakanku di Malaysia.. Kerana dalam bentak hatiku, aku tahu aku pasti kembali ke sini dengan IzinNya.. Cuma aku khuatir diri yang pergi tak sama dengan diri yang kembali.. Maka buat masa ini aku redha dengan ketentuanNya dan aku dah lakukan yang terbaik.. Semoga aku tidak sesekali menyesal dengan perbuatan yang aku lakukan dan yang aku tak lakukan sebelum aku bertolak meninggalkan kawasan ini  buat sementara waktu..

Monday 21 January 2013

Tegurlah.... Didiklah.. Selagi masih ada masa...

Hati ini mula tersentuh pabila melihat bagaimana amanah-amanah yang dipegang sahabat Rasulullah saw.. Lagi-lagi pabila hari kelahiran baginda bakal menjelang tiba.. Teringat situasi bagaimana Khalifah-Khalifah ini dengan beraninya menyuruh rakyat jelata menegur dan mengheret mereka ke muka pengadilan jika mereka berlaku kejam.. Itu belum dengan budi pekerti Rasulullah yang mana di saat-saat terakhir hayat baginda, pabila dipersoalkan akan tindakan dan ketidakadilan baginda.. Baginda terus memberi peluang pada umatnya untuk menuntut hak mereka ke atas dirinya.. Bila fikirkan begitu.. Jauh sekali budi pekerti aku nak dibandingkan dengan para sahabat.. Apatah lagi jika ingin menghampiri taraf Kekasih Allah swt..

Beranikah aku untuk secara terang-terangan membuka peluang untuk orang lain menuntut hak mereka di atas ketidakadilan aku selama ini.. Atas kepincangan yang aku lakukan.. Bukan itu saja, atas kelemahan dan kealpaan aku untuk melaksakankan tanggungjawab yang lain.. Sama ada yang aku sedar mahupun tidak.. Gugup rasanya nak mulakan bicara.. Kerana aku yakin dan percaya terlalu banyak salah laku dan pecah amanah yang telah aku lakukan selama ini.. Bukan itu saja, kejujuran aku turut akan dipertikaikan..

Nampak sangat bila aku tak berani lakukan sampai tahap tu.. Masih banyak lagi kekurangan dalam diri ini.. Dan masih jauh lagi gaya hidup Islam yang diterapkan dalam kehidupan seharian aku.. Sehinggakan risau aku pabila diperhalusi sumber halal haram sesebuah perkara yang aku nikmati.. Sejauh mana batas-batas Islam yang telah aku langgar ataupun yang aku pandang enteng selama ini.. Sejauh mana mata ini memandang hina dan jelek pada sesetengan manusia lain.. MasyaAllah.. Terlalu banyak keburukan yang ada pada diri ini dan rasa malu pabila ingin mengatakan diri ini Islam.. Kerana masih jauh untuk aku mencerminkan keperibadian Islam dalam gaya hidupku..

Namun bila aku terperangkap dalam status untuk memperbaiki diri ini.. Aku melakukan kesilapan demi kesilapan dalam aspek yang lain.. Antaranya, walaupun keperibadian aku dalam keadaan yang boleh dipertikaikan, tak semestinya aku berhenti mendidik dan menyeru pada kebaikan.. Ini antara yang aku terlepas pandang.. Di mana dalam usaha untuk aku menjadi baik, aku terlupa tanggungjawab dan amanah yang diberikan padaku terhadap masyarakat sekitar..

Sehinggakan aku terus menutup pintu untuk mendidik dan menegur mereka yang penting dalam hidupku.. Untuk memberi peringatan pada mereka.. Memberi tunjuk ajar dalam liku-liku kehidupan supaya tidak mengulangi kesilapan laluku.. Dan pabila ada yang terlalu cepat terluka atas teguran aku.. Aku sendiri terlalu cepat mengalah dan terus katakan he's unfixable dan sebagainya.. Sedangkan aku sendiri tak istiqamah dalam membawa perubahan.. Aku tak boleh salahkan yang terus bermasalah.. Aku sendiri harus kreatif dalam mendidik.. Hati manusia untuk ciptaannya cukup sempurna.. Ada pelbagai cara untuk lembutkan ataupun keraskan ia.. Maka tanggungjawab aku untuk memahami dan mendidik supaya ianya tergilap bagaikan kilauan berlian dini hari..

Setiap herdikan, kemarahanku dan juga teguranku bukanlah niatnya untuk merendah-rendahkan dirimu.. Semuanya aku lakukan kerana kasih sayang dari diriku ikhlas untuk dirimu dan kadangkala mungkin ianya agak kasar.. Maafkan daku kerana aku juga masih belajar, belajar untuk menjadi seorang pendidik, seorang rakan yang baik..

Begitu juga sebaliknya.. Setiap kali aku diherdik, ditegur dan dimarahi.. Akan aku cuba ingatkan diri aku supaya tidak terus melawan dan bertikam lidah mahupun bermasam muka.. Seharusnya diri ini lebih bersikap rasional dan sentiasa merasakan apa yang dilakukan oleh dirimu semata-mata atas dasar kasih sayangmu pada diriku.. Kerana jika dirimu tidak sesekali menyayangi diri ini, tidakkan dikau kisah akan apa yang aku lakukan, mahupun yang betul ataupun yang salah.. mahupun yang hak ataupun yang batil..

 Terima kasih kerana terus menyayangi diri ini walaupun seteruk mana aku terus melayani dirimu.. Maafkan aku atas kekilafan aku dan tidak sesekali menghargai kasih sayang yang acap kali dirimu berikan..

Thursday 17 January 2013

Selagi masih ada masa...

Hari demi hari.. Aku sedar masa aku kian hampir.. Satu per satu wajah aku tenung hari demi hari.. Ada masanya aku akan sampai pada waktu dan ketika itu jua.. Cuma selalunya lidah ini terikat tidak bisa meluahkan.. Dan pabila aku mencari masa bersama.. Makin kelu lidah ini untuk berkata-kata.. Selagi ada masa akan aku tatap wajah seorang demi seorang yang hadir dan pergi dalam hidupku.. Selagi ada masa diri ini akan terus tersenyum membuatkan suasana terus gembira.. terus ceria.. Selagi ada masa diri ini akan cuba menjadi contoh yang terbaik, tauladan yang elok-elok.. Kerana aku mahu tinggalkan semua khazanah yang berharga untuk semua.. Berapa lama yang aku ada, aku sendiri tak pasti.. Dan aku tak pasti berapa banyak ucapan kasih dan sayang mampu aku lontarkan pada mereka yang aku hargai.. Entah cukup atau tidak penghargaan aku buat mereka.. Selagi masih ada masa, akan aku hargai kalian dalam pelbagai cara..

Jika ini yang akan terjadi, jika ini ketentuan Ilahi, akan aku pastikan aku tinggalkan bumi asing ini sebagaimana aku tinggalkan kisah-kisah silam ku yang lain.. Sebagaimana aku keluar melangkah dari Jasin, aku keluar melangkah dari UTM.. Itulah yang aku harapkan di bumi Bristol ini.. Aku tak tahu selepas 14 hari ini apa yang berlaku.. Ataupun sama ada aku mampu melangkah dalam tempoh 14 hari ini.. Berita kehilangan sebentar tadi membuatkan aku terkedu.. Aku tahu saat ini akan tiba.. akan menjelma.. Dia akan tinggalkan aku terlebih dahulu.. Cita-cita dan kerjayanya bukan di sini.. Ini hanyalah sebuah tempat persinggahan.. Aku ingatkan aku takkan rasakan kesedihan ini.. Aku takkan rasakan kerinduan ini.. Aku takkan diulit perasaan ini.. Pemergiannya cukup berat.. Aku harapkan 14 hari ini merupakan 14 hari paling bermakna dalam hidup aku.. Namun, hakikat dia akan meninggalkan aku buat selamanya membuatkan aku hilang tempat bergantung harap.. Aku tahu ketentuan Ilahi itu banyak hikmahnya.. Namun, selepas perginya mereka yang lain.. dialah yang sentiasa memahami.. Menjadi teman aku berbicara.. Aku sedar aku tak kuat.. Selama ini aku meminjam kekuatan semua pihak bagi meneruskan perjuangan ini.. Kerana tonggak-tonggak kekuatan mereka menjadikan tongkat untuk aku memapah diri ini.. Aku harus merelakan pemergiannya.. Dia terseksa dalam diam selama beberapa bulan yang lalu.. Aku tak seharusnya mementingkan diri sendiri.. Cuma... cuma aku terkedu, semua ini terjadi dengan tiba-tiba.. I'm not good with goodbye.. Lagi-lagi bila dengan orang yang aku sayang.. orang yang aku hargai dalam hidup aku..

Bukan untuk aku menafikan kuasa Allah.. Bukan untuk menafikan Allah seharusnya menjadi sumber kekuatan aku.. Bukan itu niatku.. Selagi masih ada masa.. sebelum semua nikmat kasih dan sayang aku ditarik kembali.. Selagi masih ada masa... biarkan kasih sayang ini terbang bebas.. Maafkan aku jika selama ini aku tak menghargai kehadiranmu dalam hidupku.. Ketidakmatangan ku membuatkan dirimu dipinggirkan dalam hidupku.. Maafkan aku..

Perginya dirimu menandakan tamatlah epilog tonggak-tonggak hidupku di sini.. Di dalam percutian dan di dunia luar.. Perginya dirimu menandakan permulaan epilog kehidupan ku kini sepi.. Dirimu merupakan insan terakhir yang memahami duniaku luar dan dalam.. Cabaran dan kegilaan percutian ini.. Aku tak nafikan dirimu antara sebab yang membuatkan aku masih berfikiran waras dan rasional dalam meletakkan hala tuju percutian.. Dirimu yang membuatkan aku tampak yakin dan bersahaja di depan Pakcik Paul kesayanganku.. Nasihat-nasihat darimu, nasihat hari ini, petang tadi.. Akan aku semat dalam hati sampai bila-bila.. Ianya mutiara paling berharga dalam hidupku..

Selagi masih ada masa.. sebelum masaku tiba.. akan aku laksanakan bakti sebagaimana telah dikau laksanakan.. Akan ku tabur bakti.. akan ku lakukan kebaikan sepertimana dirimu lakukan.. Aku pasti dikau tak mahu aku terus bersedih menyelubungi diri kerana pemergianmu.. Dikau  tentu tak mahu aku bermuram durja setiap kali melintasi ruang milikmu.. Setiap yang datang pasti pergi, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Aku tahu saatnya akan tiba jua.. Dan aku harus pasrah menerima takdir dan kenyataan.. Akankku terus mengukir senyuman sehingga bayangmu samar-samar dari penglihatan.. Akan ku biarkan memori terakhir kita bersama adalah senyuman yang terukir yang takkan luput di telan zaman..

Akanku ingat kata-kata kalian semua.. Yang sentiasa memberi kata semangat, pengiktirafan dan penghargaan pabila aku sering terduduk mengatakan aku insan tak berguna.. Takkan aku lupakan keikhlasan kata-kata kalian yang terus memandang tinggi akan usaha-usaha ku dalam menyelesaikan teka-teki ini walaupun ramai yang katakan ianya kerja gila.. Takkan aku lupakan kehangatan tangan kalian dalam menemaniku setiap kali hati ini tenggelam dalam kesejukan.. Inilah pengakhiran sebuah epilog.. Pengakhiran sebuah kisah pengembaraan antara kalian dan diriku.. Tiada yang patah tumbuh dan tiada yang hilang berganti..

Wednesday 16 January 2013

Berikanlah aku kekuatan..

The time of the year has arrived.. Kalau kak hyda ada.. Cnfirm aku dah leh jerit-jerit or paling teruk pun air mata ni jatuh berderai.. Yes, the time of the year has arrived.. Rasanya kalau Dr Rusmidah ada pun akan jadi perkara yang sama.. Aku tak tahu kenapa tapi setiap kali bermulanya tahun.. Pabila awal tahun menjelma.. Ia datang lagi.. Supreme mood swing.. Cuma kali ni aku lebih sebak, lebih kecewa dengan diri sendiri.. Rasakan bagai insan yang tak tahu bersyukur ke apa.. Dari tahun ke tahun aku cuba mencari sebab, konklusi yang paling hampir hanyalah aku terlalu meletakkan 'expectation' yang menggunung dalam diri aku.. Aku terlalu mencabar diri aku.. Cuma aku pun tak faham kenapa hari ini aku leh rasa semua ni.. Nak katakan aku put high expectation in my life.. Takdelah macam dulu.. Tak la meletakkan harapan yang super menggunung pun.. Aku rasakan aku dah cukup laid back.. Tak terlalu pushy dan tak terlalu memaksa.. Cuma kenapa mood aku boleh swing dalam tempoh yang sama setiap tahun.. Apa yang trigger semua ni..

Dan to make things worst.. Aku tak jumpe penimbal balik untuk perasaan ni.. Kalau dulu ada Hafidz, Rahman, tak pun Dr Rusmidah, Yus, Hyda.. Cuma kali ni, yeah.. welcome to the real world.. Face it zamir.. Benda ni yang ko risau dalam pertengahan tahun lepas dan.. sekelip mata je 6 bulan berlalu.. Timbul tenggelam hidup ko bergantung macam mana pengurusan emosi bermula pada saat ini.. Kalau ko tak jumpa ballas dan pengimbal balik dalam masa terdekat.. Jangan percutian yang ko kejar ni akan hadapi masalah.. Silap-silap trip ke Arizona pun leh dipersoalkan.. Maka sila-silalah buat refleksi secepat mungkin.. Tengok balik nikmat apa yang ko kufurkan lagi.. Hati sapa yang ko sakiti lagi.. Hidup siapa yang ko musnahkan baru-baru ini..

Aku tak nafikan perasaan ni pun datang dari badan aku yang dah penat.. "Mungkin ko tak rasa diri ko pushy.. Tapi tak mustahil ko push fizikal and mental ko towards their limit.. Tolonglah aknowledge diri ko sendiri.. Sebab banyak kali subconciously ko sentiasa pandang diri ko macam sampah di jalanan.. Takde nilai.. Bila macam tu, ko keep push diri ko untuk achieve lebih tinggi lagi.. Jadi lebih baik lagi... Mungkin mental pressure ni salah satu faktor yang buatkan mood swing.." Am I being tooo hard on myself.. Sampaikan diri aku sendiri rasa aku tak sayang pada diriku.. Parah kalau camni.. 

Yes, at the end aku tak tau apa yang sebabkan semua ini.. Tu yang aku decide untuk rehat kat rumah malam ni.. Owh yes buat masa ni memang aku craving untuk lepak-lepak dengan few peeps.. Cuma entahlah.. nak tunggu memang sumpah berjanggut tapi biarkanlah...

Tuesday 15 January 2013

Sentuhan manusia..

Disclaimer... Abis lah kalau awal-awal letak disclaimer ni mesti ada je benda ngarut aku nak tulis dalam post ni.. Walaupun entah sapa akan baca post melainkan diri aku sendiri bila nak wat sesi muhasabah diri lepas melagha tak tentu hala.. Huha sana sini kan..
*Post kali ni mungkin akan menimbulkan salah faham dalam mereka yang tak terlibat dalam isu ini secara langsung ataupun tidak.. Kepada sesiapa yang cepat melatah dah ada masalah jugdemental, adalah amat tidak digalakkan untuk teruskan membaca benda alah ni* (Jangan cakap aku tak pesan pulak)

Aku tak tau nak katakan ni fitrah manusia ataupun kehendak manusia itu sendiri.. Namun mana ada manusia yang tak dahagakan dan dambakan sentuhan manusia lain.. Sedangkan dalam solat sekalipun, digalakkan kita untuk berjemaah dan biar bahu bersentuh bahu.. Ada banyak makna disebalik sentuhan dan belaian manusia lain.. Antara kaedah saintifik yang cuba dicernakan dalam proses solat berjemaah adalah perpindahan ion dan proses peneutralan ion diantara satu jemaah dengan jemaah yang lain..

Dan kadangkala diriku aku sendiri merasakan sentuhan manusia ni macam perkara rare ar aku nak dapat sekarang ni (Hah, kantoi dah lama tak pergi solat jemaah).. Yup sebagai manusia biasa sentuhan dan belaian manusia itu satu perkara yang indah.. Satu kenikmatan.. Kerana pabila bersentuhan antara kulit dan kulit.. pertukaran haba dan juga aura.. itu proses yang luar biasa (Hah jangan nak fikir ke arah lain plak.. Korang ni takleh bukak topik camni sikit, abis meraban pikir ke sana ke mari).. Tapi banyak perkara yang berlaku sebenarnya.. kalau tengok dari segi ion dan saintifik view.. Manusia amat sukar untuk mem'bumi'kan ion-ion yang terdapat dalam badannya.. Dan kadangkala ion-ion ini mampu mempengaruhi aura dan mood sesetengah individu.. Malahan tak mustahil ianya mampu mencipta gejala 'mood swing'

Tak di nafikan aku sendirian rindukan belaian.. Antaranya belaian dari ibuku sendiri (kantoi anak mak).. Ye la sampai ke besar panjang camni pun ibu aku kekadang akan sikat dan belai rambut anaknya.. Sambil diberi satu dua nasihat kehidupan, sambil tu dia merenung dan membelai rambut serta wajah anaknya yang kian dewasa.. Belaian seorang ibu itu indah, rasa kehangatan tangan yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang.. Yup, Amir sayang Mak (Bukan mode homesick okay).. Sebab diwaktu itulah aku dapat rasakan perasaan kasih dan sayang yang tulus.. Dan nasihat yang diberikan betul-betul memberikan makna dalam kehidupan aku..

Di samping itu, sentuhan manusia datang dalam pelbagai bentuk.. Walaupun sentuhan ibu merupakan yang terbaik.. Sentuhan ini, ianya mampu menjentik hati manusia.. Mampu mengubah hati manusia malahan mampu menyedarkan hati manusia mengenai sesuatu perkara.. Kehangatan tangan seorang sahabat yang dihulurkan semasa dirimu bersedih, nilainya cukup besar.. Pelukan seorang sahabat dikala kekecewaan melanda seolah-olah mencantumkan balik hati yang pecah berderai.. Genggaman tangan seorang kawan dikala kemenangan, menaikkan semangat dan api perjuangan untuk pergi lebih jauh.. Aku pernah alami semua itu.. dan kehangatan tubuh manusia merupakan antara nikmat yang sukar untuk ditukar ganti.. Pabila ianya datang dari sahabat yang ikhlas membantu dikala susah dan senang.. Perasaan kasih sayang itu terus disalurkan ke hati dan membuatkan perasaan tenang menjelma dengan serta-merta.. Perasaan selamat terus menyelimuti tubuh kecil ini..

Dan aku sedar selepas keluar dari alam persekolahan dan alam universiti.. Ini antara nikmat yang ditarik dalam hidup aku.. Sentuhan manusia merupakan perkara yang jarang berlaku.. Hati ini harus dibentuk untuk berdiri seorang diri dan bangun seorang diri.. Kerana arah tuju dan objektif perjuangan telah berbeza.. Mungkin ada juga yang berpendapat sudah tiba masanya untuk mendirikan rumahtangga.. XD..

Itulah benda yang aku rindui, sentuhan dan belaian seorang ibu.. Genggaman erat dari sahabat yang sentiasa berada di sini taktala dalam kejayaan mahupun kegagalan.. Pelukan yang mampu memberikan rasa selesa dan selamat dalam keadaan getir dan gusar.. Bertapa besarnya sentuhan manusia dalam hidupku.. Bertapa kuatnya sentuhan manusia dalam menolak aku pergi lebih jauh..

Namun aku harus akui dalam setiap sentuhan, sentuhan Ilahi lebih besar peranannya, lebih manis nikmatnya, lebih nyaman rasanya.. Kerana pabila hati ini disentuh oleh Allah swt.. Ianya puncak kenikmatan dalam hidup seorang manusia.. Indahnya sentuhan Sang Pencipta yang mana aku dambakan sampai bila-bila.. Kerana pabila Dia menyentuh, ianya cukup terkesan cukup berkesan..

Monday 14 January 2013

Berilah sesuatu sebelum kita meminta..

Suasana malam ni membuatkan aku berfikir panjang.. Dalam menyusuri jalan-jalan dan rutin biasa yang aku alami dari sehari ke sehari.. Malam ni sesi muhasabah diri dalam bentuk yang berlainan.. Dalam bentuk yang membuatkan aku sedar siapa diri aku dan asimilasikan diri aku dengan nasihat ibu dan ayah.. Sejak kebelakangan ini aku banyak mengeluh.. Sana dan sini.. Sampaikan aku terlupa untuk ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan aku nyawa dan nikmat hidup.. Dalam banyak-banyak hal, masih banyak lagi tertunggak.. Ada beberapa kekangan dan permasalahan dalam trip aku ke Arizona.. Aku pun tak pasti adakah ini petanda untuk diriku.. Ataupun usahaku masih belum cukup lagi..

Cuma aku baru tersedar dan tersentak.. Dalam aku meminta-minta semua ini.. Adakah aku masih tetap memberi.. Sebelum aku mula meminta sesuatu aku haruskan malahan wajib untuk memberi terlebih dahulu.. Aku mula menilai semua perbuatan dan amalan ku yang lalu.. Sedekah dan amal jariah... Sejauh mana aku memberi dalam sesuatu perkara.. Itu aku persoalkan diri aku.. Sejauh mana amal sedekah aku.. Sejauh mana harta aku digunakan di jalan Allah.. Makin lama aku fikir makin gusar dan rasa bersalah diri ini.. Makin rasa seolah-olah tak layak untuk aku meminta-minta pada Ilahi..

Aku dikurniakan pelbagai nikmat tak kira lah sama ada kemudahan asas, kawan-kawan, peluang yang tak pernah dikecapi insan lain dan juga kesejahteraan serta kesihatan.. Namun sejauh manakah aku memberikan balasan yang setimpal dalam pemberian aku kepada insan dan makhluk lain.. Bilakah kali terakhir aku berkongsi nikmat akal dan juga nikmat makanan dengan insan lain.. Bilakah kali terakhir aku sumbangkan pakaian dan wang ringgit kepada insan yang memerlukan.. Bilakah kali terakhir aku bersedekah dalam menegakkan syiar Islam.. Semua ini mula bermain dalam fikiran aku.. 

Mungkinkah kekurangan ini yang membuatkan aku dalam situasi sekarang.. Mungkinkah keadaan ini membuatkan aku gusar dalam melaksanakan tugas harian.. Jika inilah antara penyebabnya, aku kene berubah.. Aku kena lebih banyak memberi sebelum meminta sesuatu..

Daripada aku meminta rezeki, aku terlebih dahulu harus memberi makanan dan keperluan asas pada insan lain..
Daripada aku meminta kasih sayang, aku terlebih dahulu harus mengasihi makhluk Allah yang lain..
Daripada aku mengharap redhaNya, aku terlebih dahulu harus memaafkan insan lain..

Aku harus memberi terlebih dahulu sebelum meminta dan meninginkan sesuatu yang baru.. Bukannya menyombong diri dan mengharapkan pemberian dari orang lain.. Allah itu Maha Kuasa, Dialah pemberi rezeki, Dialah penentu, perancang hidup manusia.. Lembutkanlah hatiku Ya Allah untuk terus berjuang dan memberi di jalanMu.. Tetapkanlah hati ini untuk terus mengorbankan harta dan nyawa semata-mata untuk mencari keredhaanMu Ya Allah.. Rezeki itu datang dariMu.. Kadangkala apa yang diriku minta tak semestinya baik untukku.. Maka Ya Allah, berikanlah apa yang terbaik untuk diriku dan bukannya apa yang bakal memudaratkan diriku.. Kerana hanya Dikau yang mengetahui akan kebaikan untuk diri ini.. Dikaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani...

Monday 7 January 2013

Solat malam peneman hati..

Percutian kali ini banyak mengubah hidupku.. Rasanya kalau nak dibandingkan aku yang dulu.. Jauh rasanya dari Agama Allah.. Walaupun solat aku jaga, rukun Iman dan Islam aku jaga.. Rasanya aku tak jadikan Islam sebagai panduan hidup.. Aku tak zahirkan rasa sayang dan cintakan Allah serta Rasulullah saw sewajarnya.. Tu yang aku rasakan hidup aku jauh dengan Islam.. Sukar untuk aku menghayati kemanisan Islam itu sendiri.. Namun sewktu aku melayari bahtera kali ini.. Percutian yang penuh liku-liku maut.. Mendekatkan diri aku dengan-Nya.. Walaupun aku tak nafikan usaha aku masih jauh lagi.. Aku dan Islam walaupun aku rasakan makin dekat di hatiku.. Tapi hakikatnya masih jauh.. Masih banyak yang perlu aku dalami.. Aku fahami.. Intipati demi intipati..

Cuma aku rasakan aku berjaya hadapi semuanya dalam keadaan setenang boleh dan tidak sesekali mengalah kerana aku mula merasa kemanisan dalam amalam ibadah itu sendiri.. Walaupun sekelumit dan secbis, nikmatnya cukup besar.. Kalau sebelum ni solat Dhuha tu hanya aku perhatikan ibuku laksanakan.. InsyaAllah kini ianya jadi sesuatu yang ruji dan hakiki.. Makanan jiwa di waktu pagi.. Setiap kali aku mengharapkan rezeki yang baik dari-Nya.. Aku tundukkan diriku.. Aku sujud menyembah bumi.. Dengan rasa hina aku meminta.. Kadangkala aku hanya sujud tanpa kata-kata.. Malu untuk meminta sesuatu yang lebih.. Aku kalau boleh hanya ingin taat padaNya dan rasa malu untuk meminta rezeki yang lebih.. Selalu aku akhirinya dengan apa yang terbaik buatku.. Bukan apa yang banyak, bukan apa yang kaya tapi apa yang terbaik.. Rezeki yang terbaik untukku..

Selain itu aku makin kenal erti solat malam.. Ajaib, sungguh ajaib kuasa Allah.. Alhamdulillah setiap kali aku ikhlaskan niat untuk bangun malam sebelum melelapkan mata ini.. Pastinya aku bangun dan melaksanakan solat tahajud.. Yang mana tak pernah aku laksanakan sebelum ini selain waktu khemah ibadah dan kem-kem lain yang ada slot qiamullai.. Allah tu Maha Kuasa.. Dia mampu menjentik hati hambaNya bila-bila masa.. Setiap malam ianya sungguh tenang.. Rasanya diri ini terlalu hina di depanNya.. Dan selalu aku akhirinya dengan doa dan pujian terhadapnya tanpa sesuatu aku minta untuk diriku.. Seolah-olah aku rasakan solat itu khas untuknya.. Tanpa aku minta sebarang balasan.. Pengorbanan yang aku lakukan demi diriNya..

Selain itu, aku mula berjinak-jinak buat kenduri doa selamat.. Majlis bacaan Yasiin dan Solat Hajat.. InsyaAllah sebulan sekali.. Entah kenapa aku mulakan.. Niat asal aku sudah lama lupa.. Cuma setiap kali aku laksanakan.. Aku harapkan RedhaNya dalam memimpin hidup aku sebaik mungkin.. Jadikan aku insan yang sebaik dan sepatutnya.. Untuk aku capai tahap kekasihnya mungkin mustahil.. Tapi tak salah untuk ke arah tu kan.. Itu jadi lebih baik.. Lebih sabar.. Lebih yakin dengan kuasaNya..

Ada ustaz-ustaz yang selalu berpesan padaku.. Bangun solat malam.. kerana siapa yang solat malam itu akan kuat dirinya.. kerana siapa yang solat malam tu, kata-katanya akan didengari dan dipercayai insan lain.. kerana siapa yang solat malam tu, tenang dirinya.. kerana solat malam itu kekuatan orang mukmin.. Kata-kata tu aku rasakan sendiri.. Jika aku tak peroleh kekuatan yang diberikan oleh Allah.. Aku sendiri tak rasa aku boleh buat semua ini.. Sampai ke tahap ni dan pergi lebih jauh dari apa yang aku mulakan sebelum ni.. Dengan izinNya aku mampu menelaah dan mendalami pelbagai bidang.. Dari yang tak pernah belajar sampai hampir menjadi yang pakar.. Alhamdulillah.. Syukur pada diriMu Ya Allah..

Jika Kau tak bukakan pintu hatiku untuk sujud padaMu, aku takkan berdiri di sini.. Ya Allah Dikau teruskanlah berikan apa yang terbaik untuk diriku.. InsyaAllah aku akan terus redha dengan nikmat dan cabaranMu Ya Allah..

Yang mana aku rasakan inilah teman terbaik dalam hidupKu.. Tempat mengadu, tempat bercerita, tempat untuk semua benda.. Aku tahu perjalanan aku untuk memahami Islam itu masih jauh.. Walaupun aku dah mula bergerak ke arah itu.. Tapi perubahan ini terlalu kecil.. Aku bersyukur kerana datangnya aku ke sini, kerana percutian kali ini, kerana masyarakat yang sebegini.. Ianya membentuk diri aku.. Menjadikan diriku lebih dekat pada Islam.. Pada agamaku.. InsyaAllah akan aku cuba jadi lebih baik dari hari ke hari.. dari bulan ke bulan.. Semoga akan aku menjadi yang terbaik dalam hidupku.. Yang terbaik dimataNya..

Friday 4 January 2013

Biru, hijau, merah jambu, ungu..

Aku dah tukarkan makmal aku yang dry chemistry tu kembali pada wet chemistry.. Kalau pakcik Paul tau abis la dia bebel-bebel sana sini.. Sebab  banyak liquid yang aku bawak masuk.. Bukan apa, kata nak kreatifkan diri.. So aku amik pendekatan yang berbeza kali ni untuk selesaikan beberapa permasalahan dalam dunia pecutian aku.. Maka dari semalam bermulalah pengembaraan aku untuk bina method baru dalam dunia berlian ni.. Bukan dalam penghasilan tapi dalam applikasi yang lebih mendalam.. Kalau benda ni jadi.. InsyaAllah akan jadi revolusi dalam banyak perkara di Malaysia nanti.. Pelbagai aplikasi yang aku boleh cuba... Dalam lab tadi penuh dengan pelbagai larutan pelbagai warna.. Indahnya dunia kimia ni.. kadangkala aku terlupa keindahan yang ada... Kerana terlalu leka dengan satu bidang dan tertumpu dalam satu bidang semata-mata..

Cuma aku rasa bersyukur.. Sejak dua menjak ni.. Ramai yang membantu.. Terutamanya rakan-rakan dari Malaysia.. Thanks all of you.. Sebab bantu aku bangun balik dari hari ke hari.. Walaupun aku tak ceritakan kisah yang terjadi.. Namun korang nyer sokongan tak putus-putus.. Motivasi pagi-pagi.. Bagi aku keberanian untuk bermimpi dan meninginkan sesuatu yang lebih besar.. Dan percaya apa yang aku boleh lakukan.. Rasanya itulah sejujur-jujurnya seorang kawan.. yang mana keinginannya tidak lebih dari ingin berkawan.. Tak lebih dari itu.. Yang pasti sentiasa menjaga antara satu sama lain..

Siang tadi pabila beberapa larutan aku berubah warna dari satu warna ke warna yang lain.. Terbayang wajah Dr Rusmidah.. Berceritkan bagaiman energy level split between t2g dan eg yang boleh mengubah warna larutan.. Sedar tak sedar air mata mengalir dari mata ini... Rasa kerinduan pada dirinya dan rakan-rakan yang lain.. Cukup rindu.. Pada rakan sekuliah.. Rakan tahun yang sama.. Adik-adik junior.. Rindu yang tak tau nak gambarkan macam mana.. Sampaikan aku tulis kat dinding rumah aku.. "Kalep suruh balik cepat".. Rindu kat Kalep gak.. Aku tahu ramai yang menanti aku pulang.. Dan bukan harapan mereka untuk aku mengubah dunia, bukan untuk mengubah Malaysia.. Cukup untuk bersama-sama mengorak langkah.. Menjadikan apa yang kami impikan dulu sebagai kenyataan.. Sebagai satu suntikan untuk generasi akan datang.. Untuk jadikan umat Islam akan datang lebih berpendidikan dan lebih hebat.. Malahan lebih bersatu padu dari sekarang..

Itu motivasiku sekarang.. Untuk aku hapuskan perasaan sayang dan cinta pada individu tertentu.. Aku harus ubah motivasiku.. Macam dulu di mana aku campak perasaan aku sejauhnya kerana ingin satukan umat Islam, bebaskan Palestin dan musnah penindasan.. Maka kini aku kembali dengan motivasi yang sama.. Cuma sebelum aku pergi lebih jauh ke Gaza dan Palestin.. Harus aku siap sediakan anak bangsa Malaysia terlebih dahulu.. Perjuangan kali ini bukan perjuangan aku seorang.. Akan jadi perjuanagan anak bangsaku.. Kalau aku tak berjaya.. InsyaAllah anak dan cucuku bakal menyusul..

Maka dengan motivasi ini.. Harus aku mantapkan keadaan di Malaysia.. Satukan Malaysia.. Satukan dunia.. maka bebaslah Palestin.. Cuma perinciannya harus digerakkan sekarang.. Sudah tiba masanya untuk menajana generasi pemikir.. Generasi yang berfikir dan bertindak.. Bukan lagi tindakan yang membabi-buta.. Kini semuanya harus dirancang dan dilaksanakan.. Gerak gempur bermula.. Tibalah masanya untuk melaksanakan perancangan yang diperhalusi dari tahun ke tahun sebelum ini.. Geraklah wahai Gologan Pemikir.. Tiba masanya untuk kita bergerak...

Thursday 3 January 2013

Sakitnya.. Peritnya..

Bukan mudah untuk melepaskan sesuatu ataupun seseorang.. Mungkin ada yang katakan ini karma buat diriku.. Mungkin kerana terlalu ramai yang telah aku sakiti selama ini.. Maka inilah masa untuk aku rasakan semua itu.. 

Sekarang ni baru aku faham istilah, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena.. Semuanya tak kena.. Tapi aku sentiasa kuatkan azam, teguhkan pendirian.. Yang lalu biarkan berlalu.. Aku kene kuatkan semangat, tabahkan hati untuk biarkan masa menjadi pengubat hati.. Kalau aku cakap dalam sehari takde sedetik pun aku teringat pada dirinya memang tipu la.. Tapi Alhamdulillah, bila aku mengambil keputusan melepaskannya.. Ianya lebih mudah, tak seseksa.. Sesengsara masa-masa lalu.. 

Aku cuba sibukkan diri dengan pelbagai perkara.. Aku tak katakan ianya gagal mahupun berjaya.. Namun aku rasakan banyak masaku dipenuhi dengan pelbagai benda yang berfaedah di samping membantu insan lain.. Aku bersyukur.. Aku dianugerahi kekuatan diri.. Ada benarnya Janji Allah yang mana dia takkan membebani hambaNya dengan dugaan yang tak tertanggung hambaNya itu..

Aku redha dan aku pasrah tapi itu tak bermakna hati aku tak terluka.. Itu tak bermakna aku tak rasa peritnya.. sakitnya.. Aku kena kuat.. Aku kene kuat hadapi semua ini.. Aku tak boleh tunjukkan diri aku lemah, aku tak boleh tampak lemah.. Aku kena buktikan tanpa dirinya dalam hidup aku.. Aku boleh hidup.. Hidup dengan lebih baik.. Lebih cemerlang.. Lebih gemilang dan lebih terbilang.. Aku seharusnya tunjukkan dan buktikan.. Aku lebih baik tanpa dirinya dalam hidup aku..

Bukan senang rupanya aku nak tutup hati aku pada dunia ini.. Tak sangka proses shutting down aku memakan masa lebih lama dari jangkaan aku.. Adakah aku mula ragu-ragu? Tidak.. tidak sama sekali.. Demi untuk tidak melangkah ke dalam onar dan duri.. Kancah kehinaan itu kembali.. Aku rela.. rela untuk memilih jalan yang mungkin aku tak kembali..

Biarlah.. biarkan sakit dan perit ini.. kerana ianya bersifat sementara.. Biarkan sakit ini mengajar aku erti kehidupan.. Manisnya kesakitan ini lebih nikmat dari sentuhan dan belaian palsu dari dirimu.. Itu satu kepastian.. Sakit dan perit ini akan aku ingat sampai bila-bila.. sebagai peringatan untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk dan terlarang ini.. Semoga aku beringat dan kekal mengingati kejadian ini..

Tuesday 1 January 2013

2013... Suku abad sudah..

Alhamdulillah.. Masih lagi diri ini diberikan nafas pada tahun 2013.. Rasanya permulaan tahun ini adalah antara yang paling bermakna dalam hidup aku.. Mungkin aku syok sendiri tapi itu terpulang la pada interpretasi pihak-pihak lain.. Cuma bagi aku permulaan tahun ini start with a Bang... Pre-New Year bitch slap by one of my best friends menyedarkan aku tentang pelbagai perkara dan antara langkah paling besar pernah aku ambil dalam hidup aku ni..

Semalam split second decision aku merubah hampir keseluruhan malam aku.. Itulah yang ingin ditonjolkan oleh Sang Penciptaku.. Yang mana semua dibawah telapak tanganNya.. Disebabkan perasaan dan nafsu, aku lupa untuk jalankan tanggungjawab lain.. Disebabkan terlalu percayakan insan lain.. Aku take things for granted.. Dan semalam ianya mengiyakan banyak perkara dalam hidup aku.. 

Thanks to the new and old friends.. and thanks to the freshiesss for the impromptu gathering.. To get to know you all better.. To share my two cents.. To be what to be.. To do what need to be done..

Alhamdulillah.. Dah lama rasanya aku tak start a thinking session.. Walaupun semalam something yang impromptu.. tapi aku rasanya ianya sesuatu yang menarik.. Yang mana mencambahkan minda anak-anak muda untuk terus berfikir dan terus menjadi kreatif.. Cuma sesi semalam banyak kelemahan datang dari diri aku.. Habit lama datang balik (tu la, sapa suruh tak praktis dulu).. Yang mana ada situasi aku terlalu mendominasi..

Harapan dari aku, walaupun tak banyak.. ada la sedikit proses berfikir tu dapat diterapkan dalam minda anak-anak muda ni.. Tapi rasanya banyak luahan kekecewaan aku kot semalam tu.. Ahaksss.. Zamir zamir.. banyak sangat two cents ko yang keluar semalam.. 

The best way to celebrate new year.. I guess.. Start with a thinking session and to enhance the thinking soul inside us.. Rather than bluntly celebration.. Lebih baik ada pengisian macam tu.. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu buat kita semua...