Pages

Monday 31 December 2012

Selamat tinggal kekasih gelapku..

Its sound so dodgy post kali ni.. Mungkin bagus jugak bila aku keluar dari state of denial ni.. Thanks babe for the chat, talk and open minded thinking throughout the night.. Kalau nak diikutkan.. Kau antara beberapa orang dalam dunia ni aku berani ceritakan benda alah ni.. Mungkin orang yang ketiga.. Tapi kau lah yang pertama aku cerita ikhlas dari hati aku.. The first time ever aku open up diriku dan jadi sejujur-jujurnya.. Mungkin betul jugak bila Amrul selalu cakap aku Heartbreaker dan Dealbreaker.. Bila kau sendiri cakap semalam aku rasa macam De javu balik jer.. Mungkin kebaikan aku selama ini disalah ertikan oleh terlalu ramai manusia.. Bila respond dari kawan-kawan kau dan dari diri kau sendiri dalam pelbagai situasi kebaikan aku.. Makin aku nampak banyak kebaikan dan kemesraan aku disalah ertikan.. 

Dari kecil aku cuba untuk jadi sebaik mungkin.. Tak pentingkan diri sendiri.. Pentingkan orang lain.. Lebihkan keperluan orang lain berbanding diri aku.. Kadangkala walaupun benda tu menyusahkan aku, aku masih lakukan demi orang lain.. Susah nak cakap tak.. Sentiasa bantu sesiapa dalam kesusahan.. Itu ideologi yang aku bentuk sejak kecil lagi.. Selagi aku rasa aku boleh bantu aku akan bantu.. Aku akan tolong.. Dan mungkin apa yang aku lakukan ni, hanya aku saja yang lakukan.. Yang membuatkan orang lain rasa special.. Rasa dihargai.. Cuma niat aku selama ini ikhlas.. Bagiku setiap manusia wajar dihargai.. kerana setiap satu dari mereka mempunyai keunikan masing-masing.. Maka aku ingat tak salah untuk aku menyerlahkan lagi keunikan diri mereka.. Memberi sokongan dalam pelbagai aspek kebolehan mereka supaya mereka boleh pergi jauh..

Malangnya tanpa aku sedar.. Aku bermain dengan perasaan mereka.. Prinsip yang aku pegang, yakni tak pernah memberi harapan dan janji palsu.. Rupanya aku berikan dalam keadaan tanpa sedar.. Kebaikan yang aku tonjolkan sebenarnya memberi harapan dan janji manis pada mereka.. Babe, bila kau cakap macam tu baru aku perasan yang mana apa yang aku selalu lakukan hanya dilakukan oleh pasangan kekasih or suami isteri.. Aku terlalu berusaha untuk menjadi lebih baik dan baik sehinggakan aku lakukan perkara yang jarang manusia biasa lakukan.. Yang membuatkan ianya disalah ertikan oleh insan lain..

Dan sekarang aku rasakan benda yang sama.. What comes around goes around.. Cuma kali ini bukan disebabkan ada orang sentiasa lakukan kebaikan pada aku.. Permainan kali ini agak berbeza.. Bak kata ko babe, buku bertemu dengan ruas.. Cuma selama ni aku fight a losing battle kot.. Sebab setiap kali aku diserang bila aku tengah down.. Bukan apa, dalam tahun 2012 banyak proses yang melibatkan jatuh bangun aku.. Dan setiap kali aku jatuh, permainannya bermula.. Sentiasa berada di sisi aku untuk papah aku balik.. Thanks for stating the obvious babe.. Tapi bila dah sayang, ular depan mata pun tak nampak.. Semalam aku admit banyak silap aku.. Cinta itu buta.. Ikutkan hati tu mati..

Kalau nak momento kan perasaan aku ni.. Memang aku sayang giler kot kat dia.. Sebagaimana aku pernah sayang seorang gadis pada umur aku 16 tahun, 17 tahun, 20 tahun dan 22 tahun.. Macam tu jugak lah perasaan aku sekarang.. Tapi aku kene tamatkan semua ni dan ucapkan selamat tinggal.. Walaupun alasan kali ini jauh berbeza dengan alasan sewaktu umur aku 16,17,20 dan 22 tahun..

Aku tahu kali ini lebih perit dan menyeksakan.. Sebab dulu aku mudah melepaskan perasaan ini dan mengucapkan selamat tinggal sebab aku masih ada tempat untuk mengadu dan bercerita.. Ada tempat untuk aku menangis sepuas-puasnya.. Aku takut aku tak cukup kuat untuk hadapi semuanya.. Sebab ada masanya aku dah ucapkan selamat tinggal dah dan tolak dia sejauh-jauhnya dari hidup aku tapi bila aku jatuh.. bila aku tersungkur takde sapa-sapa pun untuk duduk kat sebelah aku untuk mendengar semua cerita duka dan lara aku.. Dan permainan dia sungguh keji.. Waktu tu dia kekal disitu bermain permainan biasa dirinya.. dan seperti biasa aku tewas ke-sekian kalinya..

Tapi bak pesanan ko babe, aku kene move on.. Esok dah masuk tahun suku abad aku.. Aku kene move on.. Aku bukan budak kecik lagi.. Aku bukan budak belasan tahun yang mengejar keseronokan dunia.. Aku bukan budak lagi.. Kalau dulu masa 17 tahun boleh la aku merancang permainan yang sama dan bermain itu dan ini.. Aku dah tua.. Tolong la admit Zamir yang ko dah tua.. Ko bukan budak lagi.. 

Maka aku rasakan hari ini hari paling baik untuk tamatkan segalanya.. Hari terakhir sebelum aku menjangkau suku abad tahun ku.. Lepaskan lah segalanya.. Ucapkan selamat tinggal untuk ke-sekian kalinya..

Namun kali ini aku kene berubah.. Aku tak nak setiap kali aku jatuh dirimu bermain dengan perasaan ini lagi.. Dan hanya satu benda je aku nampak.. Satu solusi ke yang aku jumpa.. Shutting down.. Tutup balik dunia aku.. Pendamkan perasaan dan hapuskan segala perasaan yang ada dalam diri aku.. Aku tahu side effect dia cukup besar.. Bak kata Cikgu aku dulu.. Benda ni macam bom jangka masa.. Bila-bila boleh meletup dan aku tahu kalau ianya meletup, ianya merupakan pengakhiran hidup aku.. Penamatnya.. Tapi aku kene tekad dan nekad jugak.. Kali ini aku lebih rela memilih jalan ini berbanding hidup aku jadi boneka perasaan dirimu.. Dipermainkan dalam setiap detik dan ketika.. Kalau aku terpaksa memilih jalan untuk menamatkan hidup aku.. Lebih rela aku jadi bom jangka masa berbanding boneka dirimu..

Babe semalam aku tak cakap kat ko apa side effect aku shutting down.. Sebab aku tak sampai hati ceritakan apa yang jadi masa lampau waktu ianya meletup.. Aku bersyukur masa tu Amrul ada di sisi aku.. Tapi kali ni aku harap ada lah sesiapa yang dapat hentikan aku bila aku meletup.. Cuma kali ni aku dah tekad.. Walaupun tiada siapa lagi untuk hentikan letupan tu.. Aku redha.. Kalau inilah pengakhiran hayatku.. Aku terima seadanya.. Dari aku terus sayangkan sesuatu yang mustahil untuk disayangi dan dicintai.. Lebih baik untuk aku mengundur diri..

Maafkan aku sebab tak berlaku jujur masa ko berikan aku nasihat semalam.. Aku tahu kalau aku bagi tau apa yang akan jadi kalau aku shutting down ko takkan setuju dengan aku dan suruh aku teruskan plan aku ni..

Harapnya inilah kali terakhir aku fikirkan akan dirimu.. Dan inilah hari terakhir untuk aku menyayangi seseorang insan bergelar manusia.. Pabila terbenamnya matahari pada hari ini.. No turning back.. Time to end this once and for all..

Friday 28 December 2012

Allah itu Tuhan segala Alam dan isinya..

Bila aku meletakkan Allah pada tempat-Nya dan sebagai penguasa Alam.. Hati ini kembali tenang.. Ketakutan dan kerunsingan mula hilang.. Cuba azab neraka dan kepanasan jahanam mula menerjah.. Penyesalan demi penyesalan terlintas dalam hati dan sanubari ni.. Perasaan kasih dan sayang yang selama ini aku tersalah bagi.. tersalah beri membuatkan aku terus berada dalam sesalan.. Namun semua sesalan dan penyesalan ini dalam keadaan tenang.. Air mata bergenang dan mengalir dalam keadaan yang tersendiri.. Ketenangan yang aku sendiri tak pernah rasakan..

Khutbah tengah hari tadi membuatkan air mata ini terus mengalir.. Apatah lagi ianya menceritakan akan perihal kematian.. Setiap kali aku mendengar ucapan kematian.. Badan ku bergetar.. Dari hujung kaki ke hujung kepala.. Bagaikan renjatan elektrik mengalir.. Dan bila terbayang dosa yang aku lakukan selama ini.. Layakkah diri ini untuk syurgaMu Ya Allah.. Namun ku tak mampu menanggung api nerakaMu.. Perasaan ini terus buatkan air mata ini mengalir..

Hidup ini begitu singkat.. Bila khatib berbicara bertapa singkatnya hidup ini.. Ianya cukup simbolik.. Sewaktu aku lahir.. Aku diazankan dan diiqamahkan.. Tapi sedar atau tidak selepas azan dan iqamah pasti diikuti dengan solat.. Di mana solatnya?? Sedar atau tidak, solatnya adalah solat jenazah aku sendiri.. Azan dan iqamah yang aku dengar pada permulaan hidup aku adalah persediaan untuk solat jenazahku sendiri.. Maka tempoh antara azan dan iqamah dengan solat cukup sekejap.. Begitu jugaklah sekejapnya hidupku ini.. Hidup aku ini hanyalah beberapa nafas diantara azan dan iqamah sebelum solat untukku menjelma..

Cerita mengenai azab kubur dan soalan Mungkar dan Nangkir terus menusuk diriku.. Tiga soalan bocor yang aku tahu sejak dari kecil.. Siapa Tuhan Kamu? Apa Agama Kamu? Siapa Rasul Kamu?.. Pabila soalan ini meresap masuk dalam jiwaku.. Sejauh mana hatiku mengiyakan Allah Tuhanku, Islam agamaku dan Rasulullah saw rasulku.. Sejauh mana hatiku mengiyakan semua ini.. Semua ini terus membuatkan jiwaku bergetar..

Semua ini menggambarkan bertapa jauhnya diri ini dari Islam.. Dari Allah.. Dari kekasih-Nya.. Sejauh mana aku tersesat dalam dunia ni.. Sejauh mana aku tersasar dari jalan yang lurus.. Aku pun tak tahu.. Sambil berjalan di gigi air buat kali kedua hari ini.. Hatiku bermain-main, memikirkan soal kematian.. Bayangkan kalau inilah hari terakhir aku hidup di dunia ini.. Hari esok merupakan solat untukku.. Cukupkah amalan ku untuk mencium bau syurga.. Cukupkah amalan ini supaya hatiku memberikan jawapan yang ringkas dan tepat pada Mungkar dan Nangkir.. 

Usahla aku nak kira amalan yang aku lakukan selama ini.. Pastinya kebaikan dan ibadah ku cukup sikit jika nak dibandingkan dengan dosa-dosa pada Allah, manusia dan sekalian makhluk.. Itulah rontaan hati dan kekosongan yang aku alami sebenarnya.. Dosa-dosa yang aku lakukan dari mulut turun ke tangan turun ke hati.. Bertapanya kotor diri ini.. Dari perbuatan yang menghampiri zina, penderhakaan pada ibu dan ayah aku sehinggakan mereka menangis atas perbuatan aku (belum kira bila aku meninggi suara lagi) sehinggalah pengkhianatan aku pada manusia dan makhluk Allah yang lain.. Tu belum dicampur dengan umpatan dan kutukan dalam diri ini.. Ya Allah ampunilah dosa hamba-Mu ini walaupun aku sedar mungkin aku tidak layak untuk menerima ampunanMu.. Namun DiriMu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.. Bimbinglah diriku.. Masukkanlah aku ke dalam kebenaranMu dan keluarkanlah aku dari dunia ini melalui pintu kebenaranMu jua.. Kurniakanlah bagiku penolong dalam membimbing diriku dalam kebenaran dan keredhaanMu..

3-4 hari lagi nak meninggalkan tahun 2012.. Tiba-tiba diri ini rasakan sesuatu yang seriau.. Apakan jika telah ditentukan bahawasanya tidak akan diriku melihat tahun 2013.. Adakah aku dah bersedia dengan semua ini.. Selain amalanku.. sudahkah aku meminta maaf pada semua insan yang aku musnahkan, hancurkan hidup mereka.. Tidak akan Allah ampunkan dosa hambaNya jika ianya berkaitan dengan hambaNya yang lain.. Sudahkah aku bersedia untuk pergi buat selamanya.. Izrail boleh datang bila-bila masa.. Sekarang? Esok? Malam ni? Tiada siapa yang tahu.. Bersediakah aku.. Adakah tangan ini masih lagi melakukan maksiat.. Akal ini masih memikirkan jalan-jalan maksiat.. Hati ini masih mendambakan maksiat.. Bersediakah aku??

Pesanan buat diriku.. Ingatlah ayat pertama yang ditujukan padaku.. Allahuakbar Allahuakbar.. Allah Maha Besar Allah Maha Besar.. Tahun depan jika aku masih sempat melihatnya.. Ianya merupakan suku abad kehidupan aku dalam dunia ini.. Sampai bila aku nak mengejar keseronokan dunia bergelumang dengan maksiat-maksiat.. Allah itu satu, janji Dia benar dan akhirat itu benar.. Jadikanlah air mata yang mengalir pada hari ini sebagai kunci penyucian diriku..

Dan dalam kesempatan ini aku ingin memohon maaf pada semua yang pernah terluka atas sebab diri ini.. Maafkanlah segala kesalahan yang pernah aku lakukan.. Janganlah dirimu risau, sejak dari dulu lagi.. Aku tak pernah menyimpan dendam dan tiada satu benda pun aku tak maafkan.. Tiada dosa antara dirimu dan diriku.. Jika aku pernah terasa suatu masa dulu.. Telah lama aku maafkan.. Tiada apa yang perlu aku maafkan dalam hidup kalian semua..

Maka pintaku hanya satu.. Jika aku berdosa dalam hati kalian.. Jika aku bersalah dalam hatimu wahai kawan, wahai rakan, wahai musuhku.. Maafkan aku.. Halalkan segalanya dan jika ada yang aku berhutang.. Tuntutlah sebelum jasad ini kaku menyembah bumi.. Maafkan diri ini yang penuh dengan kelemahan..

Thursday 27 December 2012

Menjadi dan Mencari yang lebih baik..

Selama ni aku asyik dan banyak kali katakan lebih baik diriku yang dahulu berbanding diriku yang sekarang.. Kononnya aku yang dulu itu dan ini dan aku yang sekarang entah pape.. Tapi sewaktu berlari-lari di gigi air sebentar tadi sambil bermandikan cahaya purnama.. Membuatkan aku lakukan refleksi yang cukup mendalam dalam diriku... Yang mana banyak pencapaian yang aku dah alami dan perubahan yang cukup aku patut banggakan dalam diri aku.. Antaranya:

Aku jadi lebih baik dari dulu.. Mulut aku dah tak macam dulu.. Jarang kata-kata yang melukakan orang yang keluar dari mulut ini.. Banyak lagi komen yang membina dari sarcasm serta sinisan yang mendalam..

Aku jadi lebih profesional dan penyabar dalam menguruskan emosi aku.. Walaupun ianya masih dalam keadaan yang rapuh, tapi aku rasakan ianya lebih baik berbanding tahun 2011..

Aku lebih menghormati dan menghargai pendapat orang lain dan mula menerima perspektif berbeza..

Dah makin kurang perangai aku tahu semuanya..

Aku lebih banyak bertanya dan tak segan bertanya benda yang aku tak tahu berbanding cuba-cuba bajet tahu..

Lebih banyak memerhatikan ciptaan Allah dan cuba menghargai apa yang dah terbentang di depan mataku..

Lebih banyak bersyukur dan redha dengan apa yang aku ada.. Cuba hidup semudah dan seasas mungkin..

Jadikan rutin bulanan Majlis bacaan Yasiin dan Solat Hajat... 

Kenal erti dan nikmat tawakal serta besarnya kekuasaan Allah..

********************

Namun tak dinafikan banyak perkara yang aku perlu perbaiki.. Banyak terlalu banyak untuk difikirkan namun ianya harus dilakukan.. Antara perkara yang aku nak ubah:

Ikhlaskan diri dalam melaksanakan ibadah aku..

Jangan tinggal solat.. Tak kisahlah sama ada solat wajib ataupun solat dhuha apatah lagi solat-solat lain..

Mengurangkan perasaan buruk sangka dan menilai manusia pada keadaan yang tak sepatutnya..

Kurangkan perbuatan yang sia-sia

Hilangkan terus perkataan dan perbualan yang sia-sia..

Banyakkan bersedekah dan kurangkan perasaan berkira dalam apa jua keadaan..

Tingkatkan lagi ketenangan dalam diri ini.. Ingat Allah selalu.. Setiap masa, sepanjang waktu..

************

Terima kasih la kat kawan-kawan aku yang ingatkan aku pasal semua benda ni.. Kalau bukan sebab aku jumpa diorang semua tadi.. Takkan nyer aku fikir sejauh dan sedalam ni.. Aku rasakan tinggalnya aku di bumi asing ni banyak mengajar aku bahawa harta dan keselesaan itu bersifat abstrak.. Bukan duit yang banyak memberikan aku kebahagiaan.. Bukan makanan yang mahal dan enak yang membuatkan tidur aku lena.. Bukan rumah yang besar menjanjikan kesenangan hidup.. Bukan kawan yang ramai menjanjikan hidup ini ceria dan takkan sunyi..

Cukuplah dengan makanan yang kenyang, rumah yang selesa, kawan yang memahami dan harta yang diberkati.. Cukuplah dengan semua itu untuk aku meneruskan hidup di bumi.. di Alam yang sementara ini.. Apa yang penting aku perlu tingkatkan lagi kebaikan dan pencapaian dalam diriku untuk disumbangkan kepada makhluk Allah yang lain dan juga perbaiki kelemahan-kelemahan aku yang masih lagi goyah dan rapuh.. Banyak lagi kelemahan yang aku nak senaraikan tapi cukuplah banyak ni dulu untuk aku atasi terlebih dulu..

Semoga DiriMu redha Ya Allah dengan hidupku.. Dan tunjukkanlah, bimbinglah diri ini untuk menjadi yang terbaik di sisiMu.. Yang terbaik untuk agamaMu Ya Allah..

Wednesday 26 December 2012

Aku terlalu memaksa..

Bila diimbas kembali.. Dalams setahun ke dua tahun ni.. Lagi-lagi selepas tragedi April berulang dua tahun berturut-turut, membuatkan aku mengubah rentak hidup aku.. Membuka peluang untuk perasaan menyelami segenap tubuh badan ini.. Mengalir dalam setiap arus peredaran dalaman.. Cuma bila aku renungkan dan fikirkan akan semua yang berlaku.. Adakah ini tindakan yang wajar.. Adakah pabila aku membenarkan perasaan membawa pemberatnya sendiri dalam keputusan aku, ianya sesuatu yang membantu atau memusnahkan.. Gembira, suka, sedih, marah, mengamuk, bengang, sedih, dan sayang.. Semuanya membawa entiti yang berbeza dan respond yang berbeza..

Aku akui ada masanya perasaan ini menolak aku supaya pergi lebih jauh.. Tapi adakah ianya berbaloi dengan kemusnahan yang dilakukan.. Secara jujurnya dah lama aku tak rasa seterluka ini.. Tiada sesiapa pun yang melukakan diri ini.. Aku rasakan aku terluka atas perasaan aku sendiri.. Salah aku jugak.. Menyayangi insan yang mustahil untuk disayangi.. Menyayangi dirinya lebih dari seorang kawan, itu silapku.. Mungkin pengalaman ni menambah epilog cinta dalam hidup aku.. Aku tak nafikan ianya memberi sedikit sebanyak jawapan perasaan cinta dan sayang itu sendiri.. Ianya melebarkan maksud cinta itu buta.. Ianya mendefinisikan rasa rindu dan sayang.. Dan kenapa manusia mampu berjanji akan sesuatu yang mustahil demi kegilaan pada insan yang lain.. Bila aku menggunakan akal berbanding perasaan untuk berfikir.. Jelas dan terang semua kegilaan yang aku lakukan demi insan yang aku sayangi.. Cuma bila akal yang bersuara, makin jelas kenapa perasaan ini sesuatu yang terlarang.. Sesuatu yang tak wajar untuk aku lakukan.. Kelakuan dan tindak tanduk selama ini terlalu obsesif dan melampau.. Tiada justifikasi yang jelas dalam kelakuan aku.. Yang mana ianya akan bertambah keruh pabila persoalan give and take masuk campur.. Pabila aku mula mempersoalkan kenapa asyik aku yang memberi dan jarang menerima.. Seolah-olah aku pilihan yang terakhir..

Tapi aku tak nafikan, dalam setiap sakit ada perasaan indahnya.. Bila bersama, berkongsi cerita.. Namun semuanya bersifat sementara.. Bila akal mula bertindak mengatasi perasaan.. Justifikasi setiap tindakan masih lagi tidak jelas dan samar-samar.. Apatah lagi tiada yang sekufu.. tiada persamaan.. Satu pun tidak.. Mungkin kerana aku terlalu memaksa akan semua ini.. 

Mungkinkah kerana trauma dan tragedi April lalu dan yang lepas.. Membuatkan aku menidakkan akalku dan mengambil jalan mudah untuk percaya akan perasaanku.. Memaksa perasaanku mengambil alih tugas untuk akalku befikir.. Dan pastinya ianya satu tindakan yang salah.. Bila aku renungkan kembali.. Pabila gunung-gunung mula bersuara.. Mula berbicara padaku.. Baru ku sedar.. Pabila alam semulajadi menyampaikan amanat dan nasihat.. Barulah hati ini bergetar semula..

Aku tak kata perasaan itu sesuatu yang buruk dan jahat.. Apatah lagi aku tak nafikan ada saatnya aku bahagia dan rasakan dunia ini cukup indah namun aku tak nafikan jua bahawa ada masanya aku rasa terseksa hampir jadi gila.. Cuma mungkin perasaan ini hanyalah mainan manusia.. Dan mungkin juga aku salah gunakan ianya sebagai jalan pintas untuk aku mengalah dalam berfikir akan masalah dunia..

Untuk pengakhiran tahun ini.. usahlah aku imbau akan pencapaian fizikal mahupun mental.. Lebih baik aku melihat pada ukuran kemusnahan yang telah aku lakukan.. Muka bumi yang telah aku rosakkan.. Adakah dengan meletakkan perasaan dalam tindak tandukku, makin banyak kemusnahan yang aku lakukan.. Jika dibandingkan dengan masa silam di mana perasaan diletakkan jauh dalam sudut hati.. Kemusnahan yang terjadi bersifat setempat dan banyaknya hanya memusnahkan diri aku.. Ada keadaan diri aku musnah secara total.. Luar dan dalam.. Namun aku bersyukur kerana ianya tidak melibatkan sesiapa yang lain.. 

Tapi kini, aku rasakan kemusnahan bersifat ledakan berangkai dan melibatkan pelbagai pihak.. Yang mana aku kesal kerana mulutku banyak badan yang binasa, kerana lagakku yang lain merana, kerana perasaanku habis semuanya.. 

Cuma kalau asyik berbicara pasal kemusnahan, sampai bila-bila tiada perubahan.. Kalau asyik berbicara siapa yang salah dan menunding jari pada yang lain.. Sampai kiamat tiada penyelesaian.. Aku rasakan, aku perlu merancang kembali strategi dan menggunakan akal dalam menilai sesuatu perkara.. Cuma langkah paling mudah aku dapat fikirkan buat masa sekarang hanyalah.....

TSS - Tenang, Sabar dan Senyum..

Walau apa jua keadaan, pastikan diriku dalam keadaan tenang.. Keadaan fizikal dan mental yang tenang mampu memudahkan proses kesabaran dalam apa jua keadaan yang akhirnya membuahkan senyuman.. Walau sakit macam mana diri ini, walau perit macam mana pun.. Walau luka itu mustahil untuk diubati.. Senyuman seharusnya terus terukir dibibir.. Walau gembira, suka dan teruja macam mana pun.. Senyuman yang seharusnya terukir la kan.. Perasaan sebenar??? Tidak perlulah dizahirkan pada sesiapa.. Kerana fitrah manusia pabila perasaannya dizahirkan, ianya mahu difahami.. Dan makin mudah dirinya terluka pabila tiada yang cuba untuk memahami.. Maka lebih mudah untuk tidak dizahirkan.. Hingga tiba masanya pada si Dia yang sedia menerima segalanya..

Thursday 20 December 2012

Kosong..

Entah kenapa.. Ini yang aku rasakan malam ini.. Kekosongan.. Aku tahu, jawapannya cukup mudah.. Iaitu ianya satu tanda yang aku makin jauh dari Sang Pencipta.. Yang mana hatiku merayu-rayu untuk mendekatkan diri pada-Nya.. Tuhan yang satu.. Yang bermain difikiran aku bukan ini.. Tapi kenapa perasaan ini sering terjadi bila di hujung-hujung tahun.. Dan kenapa setiap kali ianya bermain-main di kala waktu khamis dan jumaat.. Ingat lagi tahun lepas.. Aku meluahkan perasaan yang sama dalam bentuk ayat-ayat.. Sayupnya rasa pagi ini, jika ini jumaatku yang terakhir, ampunkan aku wahai ayah dan bonda, abang dan kakakku serta rakan-rakanku yang lain..

Ini yang menjadi suatu misteri.. Yang buatkan aku tertanya-tanya.. Apakah makna kekosongan hati ini.. Rasanya setiap tahun ianya terjadi.. Cuma ianya lebih perit di sini sebabkan aku ingin luahkan.. Keluarkan.. Lontarkan.. Namun, masa dan keadaan tak pernah sesuai.. Dan selalunya aku berdiam diri dan membiarkan ianya memamah diri sedikit demi sedikit.. Kerna aku tau masalah aku ini tidak cukup besar kalau nak dibandingkan dengan insan lain.. Permasalahan aku tak pernah cukup besar.. Tak perlu untuk buatkan orang lain risau.. Itu yang selalu aku tanamkan.. Selalu aku fikirkan..

Makin perit hati ini, makin kerap aku tersenyum.. senyum dan gelak tawa.. Selalu aku cuba untuk sembunyikan semua keperitan hati ini.. Biarlah orang tak nampak bertapa terluka dan sakitnya hati ini.. Cukuplah jika senyuman ini mampu membuatkan orang lain bahagia.. Cukuplah gelak tawa ini mampu menghilangkan kesunyian orang lain.. Cukuplah kehadiran ini untuk membahagiakan orang lain.. Aku tahu sejak dari belasan tahun lalu.. Mungkin inilah pengakhiranku.. Yang mana aku tak seharusnya pentingkan diriku.. Pentingkan perasaanku.. Kerana untuk membuatkan orang menyayangi diri ini.. Aku seharusnya saya insan lain terlebih dahulu.. Untuk membahagiakan diriku, aku kene belajar membahagiakan diri orang lain..

Hidup ini bukan untuk aku.. walaupun kadangkala aku rasakan benda yang aku buat itu tidak adil untuk diriku.. Dan ianya hanya akan membuatkan aku terus terluka.. dan terus berada dalam keadaan kekosongan ini.. Hati ini selalu berdetik.. Cukuplah dengan melihat senyuman orang yang diriku sayangi walaupun dari jauh.. Walaupun beribu batu kita terpisah.. Sayangilah semua insan dan semua manusia.. Kerana hidup ini terlalu singkat untuk membenci.. Mungkin mulut ini pernah membenci namun tidak sesekali hati ini akan terus menyimpan perasaan itu..

Namun fitrah manusia tetap fitrah manusia.. Walau sekuat mana diriku.. Itu bukan lawanku.. Perasaan kasih, sayang, cinta, suka, teman, pengiktirafan dan penghargaan.. Itu fitrah manusia yang perlu diisi.. Walau sekuat mana aku tekan perasaan ini dalam diriku.. Walau setiap hari aku paksa untuk ianya tak pernah keluar menjengah untuk diriku.. Ianya pasti menjelma lambat laun.. Dan itu yang aku rasakan sebabkan kekosongan dalam diriku pada setiap hujung tahun.. Yang mana sepanjang tahun mungkin dengan jayanya aku menekan semua perasaan tu.. Tapi bila hujung tahun menjelma, kekuatan aku tak cukup untuk menampung keinginan fitrah ku sendiri.. Maka semua perasaan itu bergabung membentuk kekosongan dalam hidupku.. Cuba memerangkap aku untuk memenuhi kehendak diriku sendiri..

Alhamdulillah tahun demi tahun, insyaAllah ada saja kekuatan yang datang dalam diriku untuk menekan kembali semua perasaan ini supaya aku dapat menghadapi tahun mendatang dengan lebih baik.. Rasanya inilah bayaran yang aku perlu terima dengan laluan hidup yang sebegini rupa.. Yang mana demi untuk terus menjadi matahari, memancarkan sinar harapan di mana aku berada.. Aku sentiasa berdiri seorang diri.. Yang cuba menghampiri akan melecur terbakar.. Dan mungkin sebab itu aku selalu cuba untuk berada setinggi mungkin supaya tiada yang terluka dan cedera kerana kepanasan jasadku..

Mungkin.. hanya perspektif dalam diriku..

Tuesday 18 December 2012

Borak-Borak Cuti..

Seriously tajuk tu kalau baca sekali lalu memang takkan ada kaitan pun dengan post kali ni.. Sebab borak-borak yang berlaku tadi bukannya borak biasa dan cuti seperti biasa bukanlah percutian yang normal dan bersifat santai... Apa kehal aku tiba-tiba nak terangkan benda alah ni.. Selama ni tak pernah pun aku nak terangkan maksud-maksud tersirat apatah lagi yang tersurat dalam blog ni.. Paham sorang-sorang sudah..

Pakcik kesayangan aku dah selamat bersuka suki kat Malaysia dengan isteri tersayang.. Tadi borak dengan pakcik kesayangan nombor 2.. Biasalah bila background lain.. Sorang cakap bahasa kimia, sorang cakap bahasa fizik.. Memang aku selalunya end up nganga je la.. Pastu asyik tanya ape benda tu.. Boleh ulang lagi sekali.. Rasanya dah hampir 3 tahun aku kat sini... Tapi makin lama aku kat sini, makin aku tak pernah dengar semua terminologi tu.. Delta effect la, Pinning effect la.. Pastu banyak yang bercanggah dengan apa yang aku faham.. Memang tadi lepas abis jumpe.. Rasa nak pergi somewhere jerit kuat-kuat.. Pastu lepak minum-minum sambil menikmati matahari terbenam.. Bagi tenang ini jiwa.. Namun setiap benda kita hanya mampu merancang.. Last-last aku end up buat satu dari beberapa benda tu je..

Alhamdulillah, lepas blur blur tu dapat email dari bakal pakcik kesayangan yang baru.. Dia cakap silalah datang.. Kami menanti-nantikan kedatangan anda.. Nak datang berapa lama.. Sebab nak buat benda alah ni amik masa 3 hari satu sampel... Aku pun hah? TIGA harii!!! Mak aih.. baru ingat nak bawak 10 sampel.. kalau sepuluh memang 30 hari bekerja la.. Aisehman.. Tak leh jadi ni.. Kene fikir-fikir balik.. At most aku boleh bawak 5 sampel.. Tapi takpelah yang penting orang A dah cakap ok.. orang B pun dah cakap ok.. Sekarang ni tunggu orang E, orang J dan orang Z je respond..

Cuma bila aku melihat keadaan ini, aku sering kali terfikir.. Adakah semua ini jadi kerana aku terlalu menginginkan ia.. Ataupun kerana ianya memang terbaik untuk diriku.. Sebab perkara ni antara yang betul-betul aku inginkan.. Selalunya bila berlaku satu perkara.. Aku jarang meletakkan kemahuan aku terlebih dahulu.. Bukan sikapku untuk meletak diriku lebih dari orang lain.. Sebab dalam banyak perkara, orang lain lebih memerlukan daripada ku.. Cuma kali ini aku lebih pentingkan diri sendiri.. Adakah aku dah berubah? Mungkin orang di sekitar saja yang mampu berikan jawapan.. Sebab manusia lain yang mampu menilai diriku lebih baik dari diriku sendiri...

Itu kejadian hari ini.. Dan yang membuatkan aku lebih bahagia dan selesa.. Tiba-tiba kawan baik aku mesej pagi tadi.. Bukan apa, aku faham dia makin sibuk dengan urusan dia.. Dan kadangkala tak tertanggung bebanan dia.. Aku tak salahkan dia.. Kadangkala aku yang terlebih melampau dalam hal-hal tertentu.. Yang menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan.. Lepas mintak maaf, lega sikit la hati ni.. Namun aku bersyukur kerana dianugerahkan antara nikmat paling bermakna dalam hidup aku.. Dia merupakan nikmat yang takkan dapat diganti oleh sesiapa pun.. Dalam hidup aku, selain keluarga aku, takde insan lain lebih penting dari dirinya.. Tadi dia tawarkan kerja untuk ku.. Aku katakan, aku masih tak bersedia lagi-lagi situasi aku masih dalam keadaan yang tak pasti.. Cuma aku pesan elok-elok, kalau ada yang lebih layak berikanlah pada orang lain.. Sebab aku taknak disebabkan hubungan aku dengannya membuatkan aku menarik hak orang lain.. 

Cuma aku selalu fikirkan akan diri ini.. Bukan aku hendak menidakkan kuasa Allah namun aku ragu-ragu dengan diriku.. Apa yang aku lakukan sehinggakan diberikan peluang dan keadaan seperti ini.. Aku bukannya insan yang sebaik itu.. Aku bukannya insan yang sesempurna itu.. Apatah lagi hidup aku penuh dengan kejahilan dan kebodohan yang sering aku lakukan.. Sampaikan aku rasakan aku tak layak untuk menerima nikmat dan pengiktirafan sedemikian rupa.. Dalam kaca mataku, aku dapat lihat lebih ramai lagi insan yang akhlaknya lebih terpuji dariku, agamanya lebih sempurna dari diriku, imannya lebih jitu dari diriku.. Kenapa aku yang diberikan nikmat ini, membuatkan aku rasakan diri ini terlalu kerdil.. Walaupun hati dan jiwaku penuh dengan kehinaan, namun rezeki yang kau berikan bukan sahaja cukup malah melimpah ruah.. Sehinggakan ada satu tahap membuatkan takut untuk menerima rezeki ini, membuatkan aku rasa bersalah jika aku memakan rezeki yang bukan milikku.. 

Aku tahu rezeki itu bukan urusanku tapi urusanMU... Dan apa yang mampu aku lakukan hanyalah bersyukur dan berkongsi rezeki ini dengan manusia seluruh alam.. Kerana tiada satu pun nikmat ini layak digunakan untuk diriku.. Untuk keseronokan peribadi.. Semuanya untuk dikongsi.. Dikongsi bersama dengan mereka yang lebih memerlukan..

Monday 17 December 2012

Itu ini bukan duniaku..

Selepas aku masuk keluar dan menyelami beberapa dunia sejak aku mula bernafas di bumi ini.. Banyak yang aku rasakan.. Itu dan ini bukan duniaku.. Dan secara realiti dan hakiki memang dunia tu bukan milik aku pun (tapi tu cerita lain la kan).. Adakala aku meminta pada Sang Pencipta untuk rasakan dunia-dunia itu namun bukan semua permintaan aku itu sebenarnya baik untukku.. Dihadapkan aku akan dunia ini, diberikan aku nikmat untuk merasa dunia itu.. Dan akhirnya aku sedar dunia itu dan ini yang aku cuba untuk selami tak kekal dan tak lekat dalam jiwaku.. Pendek kata aku tak gembira dengan dunia itu.. Mulanya aku ingatkan dunia sebegitu mampu mengisi kekosongan hati.. Mampu membuatkan ku tertawa dan mengukir senyuman di bibir.. Rupanya tidak.. Resonansi dan frekuensi jauh sekali.. Janggal dan kaget.. Itu perasaan yang timbul..

Nak kata krisis identiti tu taktau la kan.. Tapi krisis perspektif la kot.. Nama mudahnya tak sekufu.. Kalau dah bentuk mangga tu segitiga, aku paksa kunci bentuk segiempat masuk.. Memang macam haram pun takkan masuk.. Itu ibarat dunia itu dan ini dengan jiwaku. Aku rasakan didikan aku masih kecil membuatkan aku menolak akan semua dunia itu dan ini.. Antaranya bukan aku menolak teknologi tapi sebagai contoh la.. Phonebook dalam telefon tu, baru aku sedar kemudahan itu membuatkan aku tak peka dan tak menggunakan otak dengan baik.. Kalau dulu tu hampir semua nombor telefon orang aku ingat.. Sekarang ni? Hanya nombor telefon yang aku ingat sebelum tingkatan 4 je kekal dalam ingatan.. 

Bukan aku nak kata aku nak hidup susah (Nauzubillah).. Tapi kadangkala kemudahan itu membuatkan aku lupa akan diri aku.. Kadangkala membuatkan aku alpa yang aku ini hanya insan biasa yang lemah.. Kesusahan mengajar aku banyak erti kehidupan.. Walaupun aku tahu kesusahan yang aku alami jauh lebih nikmat dari kesusahan anak-anak kebuluran di Afrika, kanak-kanak yang berlumuran darah di Syria.. Apatah lagi kanak-kanak yang bertemu dengan kereta kebal hari demi hari di Gaza.. Namun makin kerap nikmat kemudahan diberikan, aku risaukan makin hilang susur galur asal usul aku.. Mungkin itu yang menyebabkan jiwa ini meronta-ronta pabila hidup ini terlalu mudah kerana wujudnya kemudahan-kemudahan ini... Confirm la ada orang nak bangkang nanti.. Kata tak guna kemudahan nanti kufur nikmat dan bla bla bla (Itu hak individu masing-masing.. Itu pendapat orang dan aku takde hak nak kata pape)

Lagi pun susah senang itu abstrak.. Dan selalunya bila orang mengeluh dan katakan apa yang aku buat itu susah dan sengaja nak susahkan diri.. Tak pernah pulak terdetik yang aku lakukan itu benda yang payah.. Susah dan senang itu abstrak.. Ada benda yang susah untuk satu individu, senang untuk individu yang lain dan sebaliknya.. Maka selagi aku tak kata susah dan mengeluh benda tu payah.. Bagi aku ianya boleh dilakukan dan manageable.. Macam bila aku lihat orang berenang 10 km sehari.. Aku rasakan susah, padahal cik kak yang berenang tu kata biasa jer.. Sama la macam aku cakap statik dan dinamik tu payah, padahal jurutera-jurutera tu kata ala kacang je.. Maka benda ni abstrak..

Tapi bagiku, selagi mana aku boleh lakukan dengan tulang empat kerat aku ni.. Selagi mana aku boleh ikhtiar untuk laksanakan.. Aku takkan sesekali katakan ianya susah.. Sebab aku percaya kebolehan manusia itu tiada batasan nya.. Risiko dan ketakutan yang membatasi kudrat manusia.. Itu sebab aku suka bandingkan diri aku dengan diriku yang dulu.. Pencapaian aku yang dulu.. Kalau dulu aku boleh jalan 8 jam tanpa henti kenapa tidak sekarang.. Kalau dulu aku boleh hasilkan kerja sebaik ini kenapa tidak sekarang.. Kalau dulu aku boleh berenang sejauh ini kenapa tidak sekarang.. Kalau dulu aku boleh berserah dan bergantung harap pada yang Maha Suci, kenapa tidak sekarang.. Kalau dulu aku boleh ikhlaskan hati dan sucikan hati dalam setiap pekerjaan aku kenapa tidak sekarang.. Selagi badan aku larat dan sanggup hadapai semua itu.. Sepatutnya aku boleh buat.. Dulu banyak cabaran yang membuatkan badan aku lakukan transformasi.. Berubah menjadi lebih baik.. lebih kuat dan lebih berdaya saing.. Maka tak seharusnya aku terus hidup dalam keselesaan ini membuatkan badan makin lembik, makin lemah dan makin dimanjakan.. Badan, fizikal, mental mahupun akal.. Semuanya berfungsi dalam keadaan yang sama.. Kalau tak dicabar.. kalau tak digunakan ianya akan menjadi semakin lemah dan lemah.. Kalau orang katakan aku tak gunakan kemudahan itu kufur nikmat, tidakkah kita menjadi kufur nikmat jika tak gunakan nikmat asas badan, fizikal, mental dan akal yang dikurniakan Allah ini.. Tidakkah kita terfikir akan hal ini??

Made up my mind..

Lepas fikir punya fikir punya la fikir.. Aku dah amik keputusan.. Mungkin keputusan kali ini bakal mengubah hidup aku.. Alhamdulillah kalau ianya menjadikan hidup aku lebih baik dan harapnya dihindarkan dari ianya menjadikan hidup aku lebih buruk dan teruk.. Cuma lepas berfikir.. Mungkin ianya akan menjadi kesilapan dalam hidup aku tapi lepas aku fikir masak-masak.. InsyaAllah aku takkan menyesal dengan pilihan kali ini.. Risiko memang besar.. Kalau sape yang kenal aku dulu.. Zamir insan yang jarang sekali bermain dengan risiko.. Setiap benda yang dia lakukan.. Dia dah lakukan berulang kali dan paling tak pun dia dah sediakan semua perancangan bagi mengurangkan risiko tu ke tahap terendah.. Serendah mungkin.. Cuma kali ini walaupun dah rendahkan sehabis boleh.. Ianya masih menggunung tinggi..

Aku dah sedia nak amik tawaran untuk ke Arizona.. Bila aku fikir masak-masak.. Rasanya elok untuk aku duduk selama sebulan minimum.. Bukan apa, peluang macam ni mungkin datang sekali seumur hidup.. Untuk bersama-sama dengan antara ciptaan Allah yang mempunyai tahap pemikiran jauh lebih kehadapan berbanding aku.. Yang mempunyai keunikan sendiri.. Ianya rezeki aku pabila ditawarkan secara persendirian oleh tuan punya badan.. Apa yang aku ada sekarang kalau nak diikutkan sudah cukup untuk menamatkan percutian kali ini.. Cuma bila aku melihat rakan-rakan aku yang kembali ke Malaysia.. Cerita-cerita mentor-mentor ku bagaikan tak masuk akal.. 3 tahun yang lalu mereka suruh aku abiskan percutian ini secepat mungkin dan bila kembali ke Malaysia boleh je nak sambung dan teruskan apa yang aku lakukan.. Tapi bila melihat senario kawan-kawan aku.. Aku sedar yang kata-kata mereka tu ibarat mimpi kosong yang aku sendiri kene hasilkan.. Mungkin bukan aku yang akan menikmati hasilnya tapi yang pasti generasi-generasi selepas itu.. Sebabkan itu aku amik keputusan untuk berikan masa dan ketika ini kepada diriku sendiri.. Mungkin jugak aku bersifat pentingkan diri sendiri.. Tapi aku fikirkan, kalaulah ini kali terakhir aku bergelumang dengan teknologi ni.. Biarkan aku rasai nikmatnya sehingga ke penghabisan.. Biar aku tamatkan apa yang aku mulakan.. Biar putih tulang jangan aku putih mata..

Aku tahu keputusan aku kali ini boleh dikategorikan hampir gila.. Mana tak nyer, biasiswa aku akan tamat dalam masa kurang dari setahun.. Dan aku masih lagi melakukan lab work macam budak 1st year.. Banyak dan masih banyak.. Di samping itu, aku bersetuju untuk pergi ke Arizona untuk melengkapkan salah satu bahagian percutian aku..

Tapi aku fikirkan, bodoh kalau aku tak amik peluang ini.. Mungkin Bob bakal menjadi majikan aku suatu hari nanti... Aku pun tak pasti.. Untuk bekerja dengan seorang yang macam tu.. Impian ramai anak tempatan yang mengikuti kerja beliau.. He is a great man.. Bukan dalam bidang berlian semata-mata.. Tapi dalam dunia material.. Ada orang yang cakap aku seolah-olah membuang masa depan aku macam tu jer.. Aku boleh tamatkan dengan senang dan mudah tapi aku jadikan semuanya kacau bilau..

Aku tahu kalau aku amik peluang ni.. Makin lambat untuk aku mula menulis tesisku.. Maka mungkin aku terpaksa menyambung percutian aku dengan duit yang sangat-sangat terhad.. Dan perjalanan ke Arizona pulak bakal mengambil sebahagian dari asetku.. Dan entah bila aku akan tamatkan percutian ini.. Seolah-olah aku sengaja melompat ke dalam api.. Tapi.. Bila lagi.. bila lagi untuk aku dapatkan pengalaman untuk melihat makmal Bob dan untuk belajar dari insan yang selama ini hanya aku baca penulisannya..

Aku dah buat keputusan.. Walaupun mungkin ianya keputusan yang salah.. Bagiku ianya yang terbaik untukku.. Dan aku sentiasa berdoa dan berserah pada Mu Ya Allah.. Tunjukkanlah aku jalan yang diredhaiMu.. Dan kurniakanlah apa yang terbaik untuk diriku..

Friday 14 December 2012

Congrats Khalif...

Akhirnya... bukan akhirnya la.. Alhamdulillah.. kawan aku, Khalif bakal melangsungkan perkahwinan beliau pada esok hari.. I'm really happy for him.. Dan tahniah kat Belle.. "Belle jaga Kalep tu elok-elok, untung giler ko dapat laki cam dia.. hard to get one like that these days".. Yeah itu pesanan aku untuk Belle..

Kalau aku nak citer pasal Kalep ni, tak tau nak mula dari mana.. Banyak perjalanan hidup yang aku berkongsi dengan dia.. Gaduh tu ada la tapi tak la sampai pernah bertumbuk.. Aku ingat lagi bila mula-mula jumpe dia waktu 1st year.. Ayat dia "Ko poyo ar Zamir".. Asal la sume orang cakap aku poyo kan.. Ataupun memang aku poyo la tu.. Kalau tak takde la orang cakap aku poyo kan.. Tapi aku taktau kenapa waktu time tu aku nak sangat kawan dengan dia dan geng-geng dia.. Mungkin sebab waktu tu aku baru abis dari persediaan aku dan aku sorang je budak laki dari persediaan aku.. Nak tak nak aku kene la cari kawan baru..

Yang aku suke pasal Kalep ni dia tak pernah anggap aku ni hebat or special.. Dia tak pernah cakap aku genius ke ape.. Gifted memang jauh lagi ar.. Benda ni buat aku selesa.. Sebab waktu aku 1st year, budak-budak lain ada la yang cakap macam tu.. Buat aku tak selesa.. Sebab aku tau aku antara yang paling muda.. Sebab majoriti kelas aku time tu umur dah 19-20 tahun dan aku masih 18 tahun.. Benda ni wat aku tak selasa sikit ar, sebab aku tak nak orang treat aku lain.. Tapi bukan dengan Kalep.. Dia jujur dalam setiap benda dan Impromptu dia tu bukan aku selesa.. Tetibe boleh je dia kuar ayat "Ko memang tak hebat pun" "Tu la bajet pandai lagi" "Aku memang tau ko tak pandai pun" "Ko ni bangsat ar Zamir" "Bongok dowh ko ni"... Ala ayat ni nampak je kasar padahal bila dia cakap tak la makan hati pun.. Jauh sekali..

Yup, tu Kalep yang aku kenal.. Senang dan selesa.. Selain dari tu aku suka semangat nak compete dia tu.. Bila dia tak puas hati memang dia usaha tahap giler ar.. Benda ni yang buat aku rasa tercabar dan excited.. Lagi dia usaha.. lagi aku usaha.. Kalau aku rasa dia beat aku or hampir beat aku.. Memang aku usaha habis-habisan ar untuk jadi lagi baik dari dia..

Dan yang best lagi bila borak pasal research dengan dia.. Idea aku berkembang dengan jauh lagi.. Cara dia pikir memang mantap ar.. Dia selalu nampak bahagian yang aku selalu terlepas pandang.. Ala-ala saling menlengkapi la ni..

Dan banyak pengalaman research aku bermula dengan dia... Dialah yang jadi rakan aku bila aku start wat projek dengan Prof Halimaton Hamdan.. Kalep yang teman aku siang dan malam.. Banyak idea dia yang bukak minda aku dalam interpretasi Aerogel milik Prof Halimaton.. Sampaikan kitaorang jumpa banyak jalan dan kaedah baru nak memanipulasikan produk tu.. 

He is a good man.. A good friend indeed.. Tadi baru lepas telefon dia dan ucapkan tahniah serta mintak maaf sebab tak dapat hadir.. Dia antara kawan aku yang aku nak tengok sangat bila dia mula mendirikan rumahtangga.. He is such a good man.. Dan akhirnya dia InsyaAllah selamat mendirikan rumahtangga esok hari.. Dalam semua perkara dia selalu di hadapan aku.. Mungkin dia tak tau.. Tapi he is the one that I've look upon to.. Banyak aku belajar bila kawan dengan dia.. Pasal belajar, research, kehidupan dan tinggi rendah langit ni.. I'm happy for you Bro.. I'm really happy to hear your voice.. Have a blessed day tomorrow and till the end of your life.. 


Thursday 13 December 2012

Kasih sayangku bukan untukmu sayang..

Kalau ada sape-sape nak muntah or tetibe loya tekak ke ape lepas baca tajuk post ni memang dipersilakan pergi main jauh-jauh.. Paling tak pun tekan la ALT+F4 (wujud lagi ke function ni).. Kasi abis cerita.. Senang simple..

Alkisah cerita ni bermula sejak dua minggu lepas rasanya tapi dikuatkan kan lagi azam itu minggu  lepas dan semalam memang diteguhkan lagi la perasaan ni.. Thanks to my skandal (eh-eh bukan, tak pasal-pasal kene bunuh suami/tunang/balak dia kang), tapi thanks to her this resolution was made and made as clear as it supposed to be.. Meh aku bagi pembuka kata dulu...
"Dalam hidup ini kita kena sentiasa buat pilihan, aku dah buat pilihan aku tapi hati aku, aku tinggalkan dekat sini"
Aku rasakan kata-kata ni cukup untuk mudah untuk diertikan dalam pelbagai perkara.. Untuk aku pergi lebih jauh, aku rasakan lebih baik aku fokus akan kasih sayangku pada insan yang lebih berharga dan pada situasi yang lebih berharga.. Mungkin selama ini kasih sayang, tumpuan dan belaian yang diberikan terlalu mudah untuk dizahirkan sehingga nilai estetika setiap satu darinya merundum dan hilang nilainya.. Yang mana nilai esklusif tak wujud dalam setiap sentuhan.. Senang citer dah jadi murahan sangat la.. 

Cuma kadangkala kasih sayang itu diberikan pada insan yang tidak wajar menerimanya.. Kasih sayang itu dicernakan pada masa dan ketika yang jauh dari bersesuaian.. Kasih sayang itu mungkin juga pernah dan akan disalah ertikan.. Maka dalam keadaan ini, lebih baik hati ini ditinggalkan di sini.. Biarkan ianya di sini buat seketika atapun buat selamanya.. Sehinggakan ada yang layak untuk menerima belaian dan sentuhan perasaan yang sewajarnya..

Sebab dalam hidup ini aku perlu buat pilihan dan aku dah ada pilihan dan haluan hidup aku.. Maka aku tak rasa aku perlu terus salurkan kasih sayang pada insan yang tak tahu untuk menghargai apatah tak pernah terdetik untuk cuba memahami.. Aku tak pernah sesekali mengharapkan setiap perbuatan aku di balas dengan balasan yang setimpal.. Apa yang aku harapkan hanyalah pemahaman.. Proses memahami.. itu saja.. Dan setelah terang lagi bersuluh.. Telah jelas lagi nyata.. Maka untuk tidak terus mengguris hati dan menoreh hati aku dengan pisau lipat ni.. Lebih baik aku tinggalkan hati aku di sini.. 

Kita tengok insan bertuah mana yang mampu untuk ambil hati ini dan letakkan ditempat yang sepatutnya... Dah jadi macam pedang Excalibur dah.. abis.. rosak.. rosak... Hahahhaha

Wednesday 12 December 2012

Putihnya hati putih lagi salji tu..

Hari ni aku ambil keputusan nak duduk rumah siapkan kerja simulation dan rehat-rehat (Bukan aku baru balik dari bercuti ke?)... Ada la satu dua sebab yang mana kalau aku cerita pun tak guna sebab bukan penting sangat tapi yang penting bukan sebab aku malas ke ape.. Lagipun rumah ni pun dah hampir nak jadi tongkang pecah.. Kalau bukan aku nak kemas, bukanada chenta hati ke.. Orang tersayang ke or even bibik nak tolong kemas.. Bibik pun tak pernah ada, nak rasa macam mana la pulak kan.. Maka atas dasar dan prinsip Islam sukakan perkara yang cantik dan kebersihan itu separuh daripada iman.. Maka mulalah ekspidisi mengemas rumah dan menyusun barang di tempat nyer.. Sambil humming lagu-lagu retro.. Sambil mengemas, vakum dan lap-lap sikit habuk yang dah berkumpul lama di cerok-cerok rumah.. Memandangkan rumah sekangkang kera, dalam masa kurang dari 2 jam setel dah.. Hah, kan cantik rumah macam ni.. Baru selesa nak main-main, baring-baring, golek-golek, buat eksperimen, mula tulis tesis.. Paling tak pun bila ada tetamu datang, sedap la mata diorang memandang...

Lepas kemas rumah, mula la dok tenung laptop ni dalam-dalam.. Mula-mula nak ingat bila last sekali aku ngadap untuk buat kerja simulation ni.. Selak buku nota.. Selak file dalam otak ni.. Cari registry.. Lepas jumpa mula la buat kerja.. Dan macam biasa simulasi ni menguji kesabaran aku pada tahap yang kritikal.. Buat satu tak jadi.. Kena fikir ikut lain pulak.. Senang cakap 360 la.. Godek punya godek.. Dapat la jugak siapkan lepas 4 jam menelaah benda tu sambil menyambil layan citer-citer kat youtube dan sebagainya.. Bukan apa, sunyi pulak ngadap benda tu.. Lagi-lagi dok rumah sorang-sorang.. Bagi ada feel meriah tu sikit dan bila layan citer-citer lawak ni, takde la pecah sangat kepala ni nak fikir structure diamond dan possibility untuk elektron ada kat mana dan macam mana nak predict trend HOMO dan LUMO dalam kristal struktur dia kan..

Sambil tu tengok kat luar.. Alhamdulillah masih tak salji lagi.. Bagiku, pendapat peribadi aku.. Aku tak gemarkan sangat bila salji turun kat tempat aku kerja ataupun belajar.. Sebab banyak la perkara yang perlu difikirkan dalam setiap tindakan yang akhirnya agak leceh la nak dilaksanakan.. Kalau nak salji senang, pergi bercuti atas gunung dan sebagainya.. Aku suka je salji tapi untuk main-main ar.. Untuk leisure.. Tapi bila talk about business, aku lagi prefer cuaca tanpa salji, frost ataupun hail.. Hujan aku boleh terima lagi.. Bukan nak cakap aku kufur nikmat ke ape.. Kalau Allah dah tetapkan.. Aku go on je, sebab dah ade kelengkapan yang sepatutnya sebab "There is no bad weather, only bad clothing".. Tapi untuk tidak menyukarkan kehidupan seharian aku lebih gemar suhu harian lebih dari 10 oC..

Selesai buat computational nyer keje.. Ada tetamu datang.. So layan la beliau elok-elok.. Cuma rumahku masih tidak sempurna sejak balik bercuti.. Maka yang mampu hidangkan air masak dan coklat swiss jer.. Baru nak ajak lunch, beliau terpaksa meminta diri untuk uruskan urusan peribadi agak jauh dari sini.. Selesai melambai pergi dalam kedinginan pagi.. Aku sambung melihat apa yang boleh aku buat lagi.. Selesaikan itu dan ini.. 

Sedar tak sedar dah hampir pukul 4 petang.. Namun aku bersyukur banyak perkara yang aku berjaya laksanakan hari ni... Dan yang paling penting aku buktikan beberapa perkara pada diriku hari ini.. Yang mana aku boleh bangun awal pagi, mandi dan uruskan rumah sambil fokus buat kerja di rumah.. Ni semua ala-ala persedian untuk duduk full time kat rumah tahun depan.. Yeah yeah..

Alhamdulillah...

Tuesday 11 December 2012

I did it my way..

Kata-kata yang aku ungkapkan dekat kebanyakan manusia yang aku kenali.. Ada yang menentang.. ada yang membantah.. Tak kurang juga yang  mendiamkan diri.. Namun masih ada yang tersenyum dan memberikan dorongan dan sokongan hingga ke tahap ni.. Aku rasakan kalau ada sorang pun kurang dalam setiap entiti, aku takkan jadi diriku sekarang.. Aku takkan berada dipersada dunia berjuang dalam apa yang aku percayakan.. Bagi yang terus percaya akan diriku dan memberikan sokongan yang tak berbelah bagi sama je impaknya dengan yang menentang dan yang membantah.. Walaupun ianya ibarat dua entiti yang bertentangan, namun momentum untuk menolak aku ke hadapan masih sama.. Pabila aku jatuh ataupun terduduk diam.. Wajah-wajah yang terus percaya akan diri ini seolah-olah bagaikan bayang yang menghulurkan tangan untuk membantu aku berdiri semula.. Namun, bagi yang membantah dan menentang, ianya seolah-olah bagaikan bayang yang menolak aku untuk terus berdiri, untuk memaksa aku buktikan bahawa aku mampu lakukan dan aku boleh lakukan dengan cara ku tersendiri..

Namun antara ayat yang masih aku ingat sampai sekarang.. Dua ayat yang membuatkan aku kekal sebagai diriku.. Dengan caraku.. "Aku tak kisah berapa lama tempoh aku lakukan percutian ni sebab yang pasti ianya berbeza dengan ijazahku kerana proses pembelajarannya takkan dan tak pernah terhad seperti silibus waktu ijazah dulu" dan "I wanted it to be the best that came out from me.. Once it is done, I wanted to say proudly that's my bloods and tears"..

Dan banyak la gak komen yang aku dapat bila kata-kata tu terpacul dari mulut aku sendiri.. Aku hargai semua komen-komen tu lagi-lagi yang membina.. Cuma yang paling aku suka, "Keep on moving forward.. Be the Zamir that we knew.. The one that always did his way.."

Aku tak mengharapkan sesiapa pun memahami kenapa dan mengapa aku lakukan semua ini.. Apatah lagi  nak mengharapkan seseorang itu kekal sentiasa berada di sini untuk hadapai semua perkara ini.. Ada masanya aku sengaja melukakan dan menghancurkan hati seseorang (ye aku tau benda tu kejam dan aku tau aku salah) sebab aku rasakan itu jalan yang terbaik dari terus membawa mereka ke jalan aku sendiri tak pasti penghujungnya.. Yang aku sendiri tak pasti akan penamatnya..

Ada juga masa dan ketika aku terfikir mungkin semua yang aku lakukan ni demi mengelakkan orang lain terluka dan terseksa.. Kerana aku sendiri tak pasti apa yang menanti untuk aku esok hari.. Sebab bukan semua orang suka hidup dalam 'kegelapan' ataupun ketidakpastian.. Ramai yang resah dan ramai yang akan gelisah..

Rasanya ini menjadi penjelasan yang adil dalam setiap tindak tanduk diriku.. Kenapa banyak kali aku menjelajah bersendirian.. Banyak kali aku memilih untuk melaksanakan pelbagai aktiviti seorang diri (Panjat gunung, jalan sana sini ).. Kebanyakan aktiviti yang aku lakukan pertama kali selalunya berakhir dengan aku pergi seorang diri.. Mungkin untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku kat orang lain.. ataupun mungkin aku sengaja lari dari tanggungjawab kalau-kalau ada kemalangan berlaku ke atas orang lain.. Selalunya kalau kali kedua atau ketiga aku laksanakan aktiviti yang sama baru aku berani ajak orang lain.. Bila aku dah laksanakan risk assesement dan worst case scenario n obviously cara untuk atasi semua benda alah tu.. Maka dengan yakinnya baru aku ajak orang lain.. It is just my way I guess..

Ingat lagi bila parent aku nak datang jalan-jalan europe.. Memang takleh blah, aku initially dah pergi semua tempat tu sebelum diorang sampai semata-mata untuk pedict apa yang akan berlaku dan reduce masa untuk semua perkara.. Cam ala-ala bakcground study la plak.. Nak tau makan kat mana okay, apa yang boleh buat dan sebagainya..

As long as aku rasa selesa dan bahagia... Itu dah memadai.. I did it my way..

Monday 10 December 2012

Pencarian SRM bermula..

Kiranya start dari hujung minggu lepas aku dah mula start cari Standard Reference Material untuk electronic kit aku.. Bila aku mula ajukan perkara ni pada rakan-rakan sekerja aku dan boss aku.. Mulanya semua rasa pelik kenapa aku nak buat benda alah ni tapi lepas aku jelaskan pelbagai masalah fundemental yang timbul.. Dan aku mintak maaf kalau apa yang aku cakap ni tak masuk akal dan aku nak dengar sangat pendapat diorang.. Aku tak sangka diorang cakap apa aku nak buat ni make sense.. Maka walaupun data yang dapat ni takde la leh jadi paper ke (Ye la orang sekarang kan sume kejar paper, kalau ikutkan KPI tu aku lah rakyat Malaysia yang paling sampah dan tak produktif sekali.. pape pown takde.. Leh buang la title YDPA ke, best student ke, campak dalam longkang lagi bagus)..

Lantak la, tu kata orang kan dan aku malas nak dengar.. Yang penting aku buat apa yang aku rasa perlu.. Walaupun ilmu ni tak leh jadi paper ke ape.. Yang penting bermanfaat untuk orang sekitar aku.. Dan aku tak nak buat kerja separuh jalan lepas aku pulang dan tinggalkan Bristol buat selamanya.. Dan aku tau, kiranya kalau aku agree nak buat SRM ni memang macam sign kontrak bunuh diri pun ada gak.. Bukan apa, sebab tak mudah nak buat benda alah ni tapi tak la susah mana.. Cuma akan makan masa sikit la.. Dan funding aku pun tinggal lagi berapa bulan je lagi.. Pasrah.. Tapi pape pown, aku buat sebab aku nak buat.. Nak tunjukkan yang aku pegang pada janji aku.. Sebagai orang Islam sebagai rakyat Malaysia.. Bukan untuk buktikan pada diorang yang aku boleh buat.. Tapi live up to ajaran Islam yang sentiasa ingatkan diri aku untuk sentiasa berikan yang terbaik.. Sedangkan dalam apa jua keadaan.. Baik memberi sesuatu, bersedekah, amalam jual beli dan mahupun ibadah korban.. Islam menganjurkan umatnya untuk berikan yang terbaik.. Ada banyak je adengan zaman Rasulullah yang mana peniaga Islam sering kali dalam urus niaga berikan barang yang terbaik dan digambar peniaga beragama lain, sering kali mengambil 'stok' lain dibawah meja yang kurang kualitinya..

Maka salah ke ape yang aku buat.. Nope, definitely not.. Sebab ayat sorang pakcik sentiasa terngiang-ngiang kat telinga aku.. "Zamir, berikan terbaik dari dirimu.. kerana Allah akan sentiasa hidangkan benda yang lebih baik untuk dirimu".. Setiap kali aku dapat bisikan untuk tak buat itu ini, alasan dan sebagainya.. Pesanan pakcik tu selalu aku genggam kemas.. Ilmu Allah tu datang dalam pelbagai bentuk.. Dan dalam pelbagai jasad.. Cuma manusia yang selalu meletakkan nombor dan pangkat serta darjat dalam sesuatu ilmu.. Padahal semua ilmu tu sama pentingnya.. sama nilainya..

Alhamdulillah, sejak aku mula buat kerja-kerja SRM ni.. Hati aku lebih tenang.. Kerja aku lebih fokus.. Lebih terarah.. Walaupun aku besarkan skop kerja aku.. Walaupun aku tahu ianya takkan berpenghujung.. Selagi ianya aku buat atas dasar ilmu bermanfaat untuk manusia kerana Allah.. InsyaAllah dia akan sentiasa membimbing aku ke jalan yang benar.. Aku tahu aku lemah dan kadangkala aku meninggalkan Diri-Nya.. Namun aku yakin dan percaya tidak sesekali dia menjauhkan pandangan-Nya dari hidupku..

Dan bagusnya bila aku fokus kat SRM ni.. Aku makin hilang minat or addiction pada manusia.. Yeah, aku rasa aku dah boleh berbicara pasal isu ni lepas aku hadapi dan adekan konfrontasi dengan diri aku pasal benda alah ni.. Yup aku akui aku ada addiction pada manusia.. Mungkin sebab uniknya hidup setiap manusia buatkan aku suka memerhatikan setiap jenis manusia di serata pelusuk benua.. Baik yang aku kenali atau tak.. Cuma sejak kebelakangan ni aku dah hilang minat kat manusia.. Dah jarang aku toleh dua tiga kali just untuk pastikan ataupun predict tindakan manusia dalam hidup aku.. Dan untuk buatkan eksperimen ni lebih menarik.. Dengan sengaja nyer aku bukak FB aku balik.. Untuk tengok sejauh mana addiction aku.. Yet, FB tu mati di takat situ jer.. Dah takde masuk hyper stalker mode ke.. Ataupun tahap Hyper Human Life Summary ke or mode-mode lain yang biasa nyer automatically switch on bila aku bukak FB..

Mungkin bila aku serahkan diri aku sepenuhnya pada percutian aku... Total submission.. Inilah hasilnya.. Ataupun pesanan kawanku.. "Kau patut risau.. sebab apa yang kau buat sekarang sama dengan apa kau buat 5 or 6 tahun yang lalu.. Kau dah start berputus asa dengan manusia.."

Tapi aku cakap balik.. InsyaAllah aku takkan putus asa kat ciptaan Allah yang cukup sempurna sifatnya.. Dan terus membawa aku kat pesanan Rahman.. "Kenapa ingin bersedih sedangkan ada seribu satu memori yang masih buatkan dirimu tersenyum".. Rindu pulak kat ko Rahman.. Tak kering gusi bila ada kat sisi ko..

Maka isu aku hilang addiction terhadap manusia kali ni takde kaitan dengan aku putus asa dengan manusia.. Sebabkan kata-kata Hazwan, Nurul dan ramai lagi buatkan aku ingat setiap satu pesanan diorang sebelum aku tinggalkan tanah air aku..

Aku rasa dah jauh dah aku lari dari topik SRM ni.. Cuma biasalah bila satu hal terjadi bersangkut paut dengan hal yang lain..

Sunday 9 December 2012

Where I felt belong to..

Lepas balik dari amereka.. Hidup yang aku rasakan di bumi Bristol ni sedikit sebanyak ada kelainannya.. Bukan maksudku ada bangunan baru mahupun budaya baru yang diterapkan dalam masyarakat di Bristol.. Cuma bila aku melihat sesuatu, perspektif ku agak lain dengan diriku yang dahulu.. Mindaku lebih rasional.. Lebih mudah untuk melihat perkara dari sudut yang aku nak lakukan dan yang aku kena lakukan..

Semalam bila aku duduk menyambung percutianku.. Walaupun hari sabtu (gigih ni..), Aku menikmati suasana dalam makmal (okeyh bunyi so wrongkan).. Yup that were what I felt.. Peace and Tranquility.. Entah kenapa kalau dulu mesti rasa takut dan sebagainya sebabkan hallway dan design lab yang banyak ruang gelap dan tersorok tapi semua tu tak terlintas langsung dalam kepala ni.. Yang ada just jom buat ni, jom buat tu.. Cuba buat ni, cuba buat tu.. Seolah-olah macam pentas untuk aku melakarkan apa yang terpapar di mindaku.. Paling takleh blah, boleh plak Pakcik Paul datang melawat.. terkejut beruk la aku kejap.. sebab sape sangka dia datang weekend kan.. Tapi sebab dia what auto-reaction over the weekend, so kene laa dia menjenguk untuk pastikan semuanya ok.. Dan aku tunggu gak ayat cepumas dia tanya kenapa aku datang weekend (sebab macam pantang dia sikit la untuk pelajar dia kerja over time (baiknya Paul)) tapi tak terkeluar pun.. So dalam diam aku paham la yang dia pun sedar kerja aku banyak lagi tak siap dan untuk siapkan dalam tempoh masa weekdays hampir mustahil.. Amik ko, sentap kan bila boss sendiri aknowledge yang aku banyak lagi kerja.. Hahaha.. Well said.. well said..

Walaupun ada la senario yang aku gelabah dalam lab sebab tak jumpe file sampai kakak aku kene fire sikit sebab text tak kene masa (sorry Sis).. Selain dari tu, aku enjoy suasana dalam lab tu.. Rasa macam aku nyer safe zone.. Rasa selamat je.. Nak buat ape semua aku boleh buat.. Dan tak sangka-sangka ada la kawan-kawan lama aku contact balik.. Ceritakan kisah suka dan duka diorang.. Ade yang nak give up je dalam hal tertentu.. It is so random.. Yang mana aku tak expect hal-hal macam ni boleh wujud.. Yet aku rasa cukup selesa.. we talked and talked.. Ada la sesi-sesi yang mana tak leh nak tahan air mata kan.. Ye ar, bila korang kawan atas dasar ikhlas dan jujur.. Sampai mati pun bonding tu kekal.. Tak kisah la dah beranak ke dah bersuami or dah beristeri pun.. It is still there.. Antara ayat yang wat aku sebak bila ada yang cakap "Tak sangka Allah anugerah aku kawan yang dekat dan walaupun jauh beribu batu, tak sekelumit pun rasa sayang dan memahami dia berubah walaupun 3 tahun kita tak bersua".. Serius aku tak sangka ayat-ayat aku walaupun tak bersua muka mampu meredakan perasaan gundah gulana orang lain (off course dengan izin Allah).. Tapi ayat-ayat aku??? Rasanya dah lama aku tak berlaku jujur dalam perbualan.. Sejak aku datang kat Bristol.. I kept holding back.. Bukan nak kata aku menipu, bohong or apa.. Tapi sejak aku datang sini aku rasa inferior dengan orang lain.. Dan mulanya masa tu, aku holding back dengan kata-kata aku.. Sebab setiap kali aku tengok orang-orang kat sini, aku rasakan semuanya lebih baik dari aku.. Lagi-lagi kalau orang Malaysia.. Mungkin sebabnya bila tengok akak-akak or abang-abang kat sini, semuanya dah establish dan ada career path masing-masing buatkan aku jadi lebih introvert.. Yang mana aku selalu jaga tutur kata dan perbuatan aku supaya tak salah langkah in many ways.. Lepas tu bila dengan budak-budak undergrad pulak, aku tak tau kenapa.. Mungkin sebab aku selalu fikirkan budak-budak yang wat 1st degree kat oversea sume hebat-hebat belaka  (berapa banyak kata jamak aku nak gabung pun tak tau ar) dan aku ni yang sambung kat UTM, universiti tempatan je, mana la samakan.. So selalunya aku rasa tak layak kot nak bagi nasihat dan membuatkan aku lagilah hold back kata-kata aku.. Itu belum tengok background sorang-sorang.. So better stay away from their way la kowt.. Kalau aku nak bandingkan dengan diorang, tak yah la.. aku dengan famili aku sape je.. Pengalaman diorang berlambak kowt.. Seolah-olah kalau aku bagi nasihat pun, tak ubah macam rusa menyalak di pantat gajah (Ni peribahasa asli ok, bukan aku sengaja nak meng"SX"kan post ni)

Sebabkan kalau aku tak hold back.. Dah dapat dah signature komen macam kat UTM dlu.. "Zamir tu asyik nak membebel je, buat ni salah buat tu salah.." Dan bila aku hold back nampak sangat aku tak jujur dengan diri aku sendiri.. Tapi nak wat macam mana, sebabkan aku yang datang kat sini.. Masuk dalam komuniti tu.. Bukannya macam kat UTM yang mana komuniti tu dibina bersama-sama.. So lain la sikit caranya kan.. 

Per said, sebabkan keadaan tu, semalam bila aku mula berlaku jujur dengan kata-kata aku dengan rakan-rakan ku yang sangat random tetibe contact aku balik.. Aku mula berlaku jujur dalam makmal.. Aku tak hold back aku nyer kata-kata mahupun tindakan.. Dan Alhamdulillah aku achieved something even bigger and greater.. Walaupun aku laksanakan benda alah ni pada makhluk yang tak bernyawa (ikut definisi biologi).. Aku rasa lebih aman, bahagia dan tenang.. Just to be myself.. Tak yah nak susun seribu satu ayat sebelum aku utarakan pendapat aku.. Buatkan aku selesa.. sangat selesa..

Maka dengan perasaan yang sama aku melangkah keluar dari sekolah aku.. My day end beautifully without any regrets and any worries.. It felt wonderful.. Banyak yang aku dapat laksanakan walaupun masih banyak lagi yang perlu dilaksanakan..

It continued this morning.. yang mana aku saja-saja walk sekitar kawasan perumahan dan end up kat the Downs (just kawasan padang/taman yang super luas), menikmati sinar mentari pertama yang menghiasi hari Ahad ini.. It is simply amazing when you're being honest to yourself..

Saturday 8 December 2012

Terlalu lama ku tenung pintu yang dah tertutup..

Rasanya sekarang ni la masa paling kerap ayat-ayat yang aku lontarkan suatu masa dulu terkena balik kat batang hidung aku ni.. Skang baru aku sedar ayat feveret aku masa kat jasin dulu singgah tepat je kat muka sendiri..
"Pabila satu pintu kebajikan tertutup, seribu pintu-pintu kebajikan yang lain terbuka dan dihamparkan di depanmu.. Sayangnya kita terlalu lama menenung pintu yang sudah tertutup sehinggakan terabai seribu satu pintu yang telah dihamparkan"
 Dan sekarang aku sedar, aku terlalu lama mengharapkan pintu yang dah tertutup tu terbuka balik untuk menerima diri ini.. Sampailah ada insan bertuah ni ingatkan aku.. "Ada sebabnya Allah menjauhkan sesuatu perkara dari dirimu.. Dan yang pasti makin dijauhkan sesuatu perkara itu dikhuatiri ianya akan membuatkan dirimu sengsara ataupun jatuh dalam kancah kebinasaan.." Aku fikir punya fikir.. Mungkin ada betul jugak kan kata-kata tu.. Kalau diikutkan memang dah beberapa bulan aku paksa jugak benda ni masuk dalam hidup aku.. Tapi makin aku paksa, makin jauh dan makin jauh.. Tapi aku tak pernah berfikir asal benda ni pergi makin jauh, malangnya aku masih paksa supaya ia masuk jugak dalam lingkungan hidup ini..

Nak kata tak dapat signal.. Seribu satu signal aku dah dapat dah.. Mungkin perasaan itu mudah dikaburi dengan nafsu berbanding akal.. Yang membuatkan aku berusaha seribu satu cara untuk pastikan ianya berhasil..

Dan Alhamdulillah kini aku sedar akan senario semasa.. Yang mana aku hanya mengejar bayang-bayangku sendiri.. Demi memuaskan nafsu yang tidak akan puas.. Ianya bukan proses untuk memuaskan nafsu tapi untu mendidik dan mentarbiahkan nafsu supaya ianya dilentur dalam bentuk dan sifat yang sepatutnya..

Dalam situasi ini seharusnya aku menggunakan akal untuk melakukan justifikasi namun aku kerap kali menggunakan tindakan refleks dari nafsu untuk menzahirkan justifikasi dalam bentuk perbuatan mahupun kata-kata..

Maka tidak seharusnya aku untuk memaksa perkara ini agar terus terjadi.. Dan kalau dianalisa dengan lebih mendalam.. Takde persamaan pun antara aku dan dia.. antara aku dan mereka.. Perkataan sekufu jauh sekali untuk didefinisikan dalam perkara ini.. Dan apa yang membuatkan aku seringkali memaksa sesuatu perkara agar terjadi.. Pabila dilihat dan diperinci semuanya berkisar dari segi nafsu yang boleh dibahagikan dalam beberapa entiti.. Tidak perlu untuk diperincikan entiti yang mana, cukuplah untuk melihat seribu satu perhubungan yang dicipta, banyaknya berteraskan pada nafsu berbanding benda lain.. Pada kali pertama bertemu, nafsu yang menguasai justifikasi berbanding akal.. Maka tidak mustahil setiap perkara yang terjalin dan terbina selepas itu lebih berlandaskan nafsu berbanding akal..

Pabila analisa yang lebih mendalam dibuat dalam hubungan yang di bina dalam entiti yang berbeza.. Dapat dilihat hubungan yang dibina menggunakan akal berbanding nafsu mempunyai tahap operasi yang lebih membina dan bermanfaat.. Malahan setiap kali nafsu cuba memporak-porandakan hubungan yang dibina dengan akal.. Nyata ianya gagal dan tidak sekelumit pun kesan nafsu mampu menjejaskan perhubungan tersebut.. Dan hubungan yang dibina melalui akal membawa keseluruhan proses ke peringkat yang lebih tinggi di mana secara tak langsung ianya membawa solusi kepada permasalahan-permasalahan yang menggangu dan mengusarkan individu-individu tertentu..

Walaubagaimanapun, jika perhubungan itu dibina atas dasar nafsu.. hubungan itu tidak mampu berevolusi malahan permasalahan yang mampu diselesaikan hanyalah pada peringkat asas (surface) dan pokok dalam setiap isu tak mampu diatasi dan keadaan selalunya akan bertambah buruk malahan ianya mampu merosakkan perhubungan tersebut.. Dalam perhubungan berdasarkan nafsu, kegembiraan yang dicapai bersifat sementara dan mampu berubah bila-bila masa pabila pokok permasalahan mula timbul dan selalunya bermula dari kepentingan ataupun keutamaan perhubungan tersebut.. Selalunya perhubungan yang dibina atas dasar nafsu kaku pada peringkat asas (takkan berevolusi) dan entiti sekufu ataupun perkongsian minat yang sama jarang hadir maka pabila keutamaan menjadi isu, selalu perhubungan sebegini akan diabaikan dan fokus lebih diberikan pada benda yang lebih utama..

Lepas aku tulis apa yang aku fikirkan, things get really complicated and complex.. Tapi ni lah hasilnya.. Dan tak sangka dalam keadaan sekarang.. Rupanya lebih banyak perhubungan yang aku cipta atas dasar nafsu berbanding akal.. Yang mana merupakan pokok permasalahan aku kali ini.. Kerana pabila ianya tak berevolusi dan perkongsian minat tak terjalin.. Mustahil untuk membawa proses ini ke peringkat yang lebih tinggi.. Ianya juga tak dinafikan berpunca dari desakan diri atas kerisauan dari segi kestabilan emosi, mental mahupun fizikal.. Atas desakan ini, demi mencari jalan pintas.. Hubungan berdasarkan nafsu lebih mudah dicambahkan berbanding hubungan berdasarkan akal..

Semoga atas kesedaran ini, rombakan perhubungan mampu dilakukan dan diperbaiki supaya senario terlalu lama merenung pintu yang telah tertutup dan mengabaikan seribu satu pintu rezeki lain dapat dielakkan..

P/S: Tahniah kepada sesiapa yang mampu membaca dan memahi post kali ini.. Aku sendiri akui ianya jauh lebih complex dari apa yang aku bayangkan..

Friday 7 December 2012

Orang British.. Budak Harvard..

Ni cerita aku time kat amereka dulu ar (macam dah berkurun la pulak kan cerita ni).. Waktu aku kat Boston, sempat la melawat dua institusi yang ramai orang rasa terkemuka tapi aku rasa biasa jer.. Mula-mula melawat MIT.. Pusing kiri pusing kanan, tengok macam biasa jer.. Takde la sampai orang yang belajar kat situ rupa macam alien ke? Or kepala jendul dan otak kembang semacam ke.. Sama je rupa manusianya.. Pastu jalan-jalan cari kedai kopi nak minum-minum tapi tak jumpe yang best.. Maka berlalu la pergi tempat yang seterusnya..

Naik metro.. Ada la dalam 20 minit gak, sampai la kat Harvard Square.. Aku suka bandar Harvard tu, macam pekan kecil yang aman damai.. Jalan-jalan, pusing-pusing siap sesat bagai tapi aku enjoy semua benda. Dari orang dia sampai la pemandangan.. Yet takde la beza mana orang-orang yang duduk or even belajar kat sana dengan manusia lain yang pernah aku kenal.. Tapi yang buat aku tersenyum ada beberapa insiden ar.. Boleh pulak kan ade beberapa orang tourist tanya aku direction (maka dengan pengalaman sesat bagai aku tau la mane tempat alah diorang nak tuju, siap tau short cut tu.. Hahah).. Sambil bagi direction sambil bual-bual.. Dan antara benda tak boleh blah, siap tanya aku dah belajar berapa lama kat sini.. Waktu dengar tu aku senyum la.. (Dalam hati: WHAT??? Muka aku ade macam muka budak Harvard ke ape).. Aku cakap tak, aku tak belajar kat sini.. Aku pun datang melawat je.. Yet semua yang tanya tu muka nak terkejut.. Lepas tu aku berlalu pergi.. (saje bagi diorang puzzle sket..) Few group la jugak yang cakap macam tu.. Yet aku still tak tau kenapa diorang boleh assume sampai macam tu sekali.. 

Another thing.. waktu kat NYC.. Benda yang sama berulang kali berlaku setiap kali aku beli makanan atau beli tiket untuk pape benda ar.. Kat kedai hard rock pun jadi jugak.. Owh, awak ni dari UK ke ataupun awak ni British ke? Kalau ikutkan hati, aku nak gelak guling-guling dah.. Aku rasa Henglish aku takde la bagus sangat.. Cakap pun cam orang melayu cakap omputih.. Speaking pown tersekat-sekat kan.. Leh la plak tetibe dapat label British.. Hu Mak Aiii... Nak kata aku leh tiru accent orang British ni memang tak dapat la.. Kalua kakak aku tak pun budak kecik yang dah pindah seberang laut tu mungkin la.. berterabur accent diorang tu.. Tapi aku memang tak la.. Yet kalau orang dah cakap macam tu mungkin ada benarnya jugak kan..

Bila aku sedar macam tu.. Matilah... sebab aku selalu kowt kutuk budak-budak ni yang mana nak cuba-cuba accent omputih kat sini.. Selalu aku gelak abis kowt, ye r kelakar la plak dengar anak melayu cakap camtu.. Cakap biasa-biasa sudah.. Tapi kalau betul la selama ni memang aku cakap ala-ala British.. Mampus kene bahan dengan budak-budak ni.. or in fact memang dah kene bahan tapi diorang bahan senyap-senyap ar..

Aku rasa aku la manusia paling susah nak ikut telor or lenggok bahasa orang.. Memang cnfirm fail.. Tapi mungkin bila dah 2 tahun lebih dok sini dan dok cakap dengan native speaker hari-hari.. Sedar tak sedar aku dah adapt dengan lenggok bahasa diorang..  Ni kalau aku balik Malaysia present lagi sekali kat UTM ni.. Mau kene bahan dengan Jo ni.. Paling tak Syafiq dah gelak-gelak kat belakang time aku start pembuka kata.. Haih.. Terima je la nasib badan jadi orang british dan budak harvard..

Peace Yo!!

Thursday 6 December 2012

Mabuk-mabuk..

Aku tak tau apesal hari ni.. Time nak mengajar budak-budak undergrad tadi.. Boleh plak terhuyung-hayang badan aku.. Bape kali nak langgar diorang.. Nak kata sebab baguette yang aku makan tadi memang tak ar.. Bukannya ade pape 'special' ingredient pun yang boleh buat aku weng.. Yet 3 jam tadi aku tangkap high sorang-sorang.. Sampai aku tak sedar aku bagi jawapan salah kat ada minah ni.. Sampai dia cakap kenapa tadi aku cakap lain.. Aduhai.. Sorry la dik ooii.. Mungkin jet lag baru nak kick in ataupun tak bangun-bangun dari dreamland... Dan akibat ketidakcekapan aku, kesian budak-budak ni, diorang la yang paling last sekali keluar dari lab.. Tapi nak buat macam mane.. Ni la pengalaman hidup kan.. (Saje nak cover salah sendiri)

Anyway, bukan setakat petang tadi.. Pagi tadi pun aku dah start weng sebenarnya.. Kelas semikonduktor fizik punya la layan.. Dah la pasal Quantum Hall effect (aah sudah, zamir dah start bukak cerita quantum dah).. Mana tak terbuka mata aku sekejap tapi ajaib nyer.. Muka aku paling blurr dalam kelas tu.. Takde satu benda pun melekat nak masuk dalam otak ni.. Memang rasa high semacam je r.. 40 minit abis macam tu jer.. Nasib baik la aku pernah kene brief dengan pakcik Paul waktu 2 tahun lepas.. So boleh la kaitkan sikit-sikit.. Kalau tak sia-sia je bangun pagi-pagi ngadap cuaca 1 oC..

Nak kata hari ni tak produktif tipu ar.. Banyak la benda buat tadi... Dari buli Sarah sampai la design glovebox (matilah kalau siti fairus dengar.. tersirap darah beliau dengar diri ini membina glovebox sendiri.. hahahha).. At least dah ada garis panduan nak buat apa esok dan sabtu dan ahad.. Ohhh S***.. Dah memang kene start keje weekend la kan.. Kalau tak, tak merasa naik kapal terbang awal tahun depan nanti..

Yet malam ni still penuh dengan alasan.. Waduh cmne nak siap keje ni kalau asyik penuh alasan je.. pastu mata dah kuyu.. Yet esok ada hati nak tanya Paul leh gi Belgium tak tahun depan.. Ada hati tu... Haih.. Zamir zamir.. wake up from this mesmerizing dream la... Hidup tak sentiasa indah.. Baik sedar sekarang dari tak pasal-pasal esok lusa kau meroyan dalam blog ni kan.. Pastu nanti satu dunia ingat ko psycho ke, hilang akal ke or ape kebende (Bajet satu dunia nak bukak blog ni.. Memang tak ar, bukan aku royalti mana-mana orang nak sibuk tau pun)..

Maka esok kene la jadi rajin.. Jumpe Judy tunjuk result, Buli Sarah (suka nya aku.. hahah).. Jumpe James untuk glovebox dan obviously spent masa dengan chenta dekat lab.. Dah lama chenta-chentaku diabaikan.. Bak kata member aku semalam at least walaupun chenta ini tak mampu nak bagi respond tapi setidak-tidaknya takdela dia leh nak betray sesuka hati kan.. Dan kalau dia tak respond xde la nak kecik hati makan dalam.. Senang.. Hahaha (Ni dah masuk tahap serius dah ni, jangan jadi cam kat jepun kawin dengan robot dalam dunia maya sudah.. haih..)

Tengah cari kekuatan sebenarnyer ni nak tangani internal issue yang tak berjaya diuruskan dengan baik.. Nak kata dah luahkan, memang dah luahkan dan terima kasih la pada sapa yang berusaha untuk memahami.. Cuma ntah la kenapa x reda jugak.. Mungkin kene atasi dan bukan luahkan semata-mata kot.. Tapi nak atasi macam mana.. Itu persoalan nyer.. Rasanya kene buangkan semua keinginan yang aku inginkan dan impikan setiap hari.. Perbaiki niat dan tujukan pada diri-Nya.. Hanya kepada dia aku berserah dan kepada dia aku kembali..

Wednesday 5 December 2012

Back in Bristol..

Selepas 12 hari yang aku rasakan lama.. Selamat jugak tibanya di rumah terchenta.. Chenta sangat la rumah ni kan.. Mana tak chentanya.. Walaupun tak sampai 6 bulan duduk kat sini.. Macam-macam kenangan indah dah berlaku.. So memang chenta abis la.. Cuma takde lagi la chenta hidup nak duduk sama-sama dalam rumah terchenta tu lagi.. Stop-stop, berhenti repekan di situ.. Nanti mengundang cerita panas yang susah nak explain di kemudian hari...

In short, aku dah boleh tick to-do-list dalam hidup ni, yakni duduk kat amereka kejap.. Walaupun bukan berbulan-bulan tapi cukup lah kan untuk menikmati kehidupan dan budaya negara lain.. Seronok memang seronok.. Banyak benda yang aku pelajari terutamanya dari segi mengawal nafsu dalam pelbagai aspek.. Biasalah bila duduk negara orang, nafsu ni boleh menjelma dalam pelbagai bentuk.. Dari aspek fizikal, material dan smpai ke mental mahupun seksual.. Banyak kali keteguhan diri di cabar dari beberapa aspek yang tak dijangka.. Namun syukur ke hadrat Ilahi, mampu menangkis serangan-serangan tak di duga tu.. Tapi tak mustahil la nak menangkis semua, maka ada satu dua peristiwa.. ermmm, mungkin tiga empat yang mana aku tewas pada nafsu-nafsu.. Yet it is another experience kan.. Yang mengajar aku untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari..

Sampai Bristol, rutin cam biasa.. Bukak handphone jawab text dari orang-orang yang sayang kat aku (perasan nih).. Ye ar, terharu ar bila ade orang risau dan take care pasal diri aku kan.. Tanya dah sampai ke? Ok? Dan macam-macam lagi.. So at least aku tau la, masih ada orang yang fikirkan pasal aku dalam kesibukan kehidupan seharian masing-masing.. Yang buat lagi terharu bila ada plak yang datang rumah tanya kabar kan.. Thanks ar Ayie and Acad sebab datang.. Bukan apa, sebab benda ni kebiasaan aku kat Malaysia.. Budaya ziarah ni dah makin hilang bila aku tengok kat Bristol ni.. Disebabkan semua selalu sibuk dengan kehidupan masing-masing, kadangkala kita lupa akan perkara kecik cmni.. Aku pun tak terlepas dari benda-benda ni jugak.. Tapi sorry ar, sebab tak dapat jamu diorang as it should be sebab rumah aku memang kosong time tu.. InsyaAllah next time aku wat proper meal..

Dan sepanjang ni US, dalam banyak-banyak benda yang bermain di fikiran aku.. Satu benda yang aku sedar dan aku perasan.. I've changed.. Mungkin ada yang rasakan for the best dan ada rasakan for worse.. Bukan apa, manusia memang akan berubah dari sehari ke sehari.. Dan aku dapati aku berubah dalam pelbagai aspek.. Yang mana aku lebih yakin dengan diri aku sendiri.. Dan aku boleh adaptasi dalam pelbagai keadaan.. Cuma satu perkara yang pasti, aku makin sukar untuk adaptasi dalam rutin harian sesuatu perkara.. Itu sesuatu yang pasti.. Namun kenapa dulu aku boleh dan tidak sekarang..

Dan semalam aku dapat pelbagai respond dari rakan-rakan ku.. Yang mana aku rindukan jawapan dan respond yang macam tu.. Jawapan yang ko rasa ikhlas dari hati.. Bukannya jawapan stereotaip yang aku biasa dengar hanya untuk sedapkan hati aku.. Lepas aku baca satu per satu respond.. Sebak kowt hati aku.. Bukan senang sekarang ni untuk aku jumpa orang yang ikhlas dan jujur dalam mendidik diri aku.. Bukan senang aku nak jumpa insan yang memberi nasihat sebab dia sayangkan diri aku.. So bila aku dapat respond-respond macam ni.. It just struck my heart.. I can felt the loved and warmed that being filled and carved into those words..

Sebab kadangkala aku suka gak bermain teka-teki.. Rahsia dan juga Deception.. Namun, sejak kebelakangan ni.. Kalau dah hari-hari aku menghadap benda alah macam ni.. Mana taknyer aku rasakan hidup aku fake giler dan orang sekitar aku lagi la fake kan.. So bila dapat respond camtu.. Lagi-lagi bila aku nak mulakan hidup baru lepas balik dari amereka ni.. It just made my day.. Thanks to those who contributed walaupun sampai kol 12 tgh malam waktu tempatan n yet korang sudi gak borak dengan aku..

P/S: Pagi tadi konfiden giler boss aku cakap dalam masa 6 bulan aku dah leh abes pastu dia susun balik ayat dalam masa setahun plak.. Gigih kan.. Sayang aku kat pakcik tu atas sifat optimistik beliau..