Pages

Saturday 30 June 2012

Indahnya hidup ini...

Alhamdulillah, selesai tempoh ziarah ibu dan ayah tempoh hari bagi menghadiri upacara graduasi kakak yang berlangsung di Scotland tempoh hari.. Tak lama lagi mereka akan tiba di KLIA.. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan bahagia..

Been reading a lot these couple of days.. Seriously a lot... Kalau ada orang dengar aku baca dua tiga buku dalam seminggu dua nie.. Sama ada aku dah jadi 'weng' or memang buang tabiat.. Aku pun tak pasti kenapa tiba-tiba aku mula membaca kembali.. Sejak jauh kaki ini melangkah melihat dunia luar.. Semakin banyak masa aku luangkan bersama buku.. Kalau dulu, setiap kali keluar tak pernah menjengah di fikiran ini untuk mengambil mana-mana buku yang tersusun rapi di atas meja.. Tapi kali ini berbeda.. buku pasti akan terselit kemas dalam beg sandang..

Dan selepas membaca beberapa buku dan melihat alam terbentang luas.. Diri ini mula berfikir bertapa indahnya ciptaan Allah dan sudah berapa lama rasa syukur pada nikmat Allah tidak menjengah setiap sel dalam tubuh ini.. Kali ini setiap kali terpukau dengan kehebatan dan keindahan ciptaan Allah, seluruh tubuh seolah-olah bergetar bagaikan arus elektrik melintasi setiap sel dan tisu dalam badan ini.. Lalu membuatkan diri ini terpaku dan merasakan cukup bertuah hidup ini.. Membuatkan diri ini merasakan tidak perlu akan semua kemewahan dan kekayaan namun cukuplah dapat hidup dan menghargai kehidupan ini sebaiknya.. Tak dinafikan dengan kekayaan akan mempunyai lebihan kapasiti untuk membantu insan lain namun dengan apa yang dimiliki sekarang ianya sudah cukup sebenarnya untuk menikmati kehidupan..

Sambil menikmati pemandangan, mata ini bersilih ganti melihat teks-teks di dalam buku dan juga panorama di sekitar gunung, laut dan lembah yang terbentang luas.. Lalu terus berfikir bertapa banyaknya nikmat yang diberikan.. yang mana sering kali diri ini alpa sebelum ini.. Nikmat bernafas, nikmat berjalan, nikmat untuk berfikir dan nikmat untuk berkomunikasi dengan menggunakan 5 pancaindera.. Alangkah lalainya diri ini kerna jarang dan mungkin tidak pernah terlintas untuk berfikir bertapa bertuahnya hidupku jika dibandingkan dengan insan-insan lain yang kurang bertuah..

Bukan wang ringgit, harta mahupun rakan-rakan sebagai kayu ukur kebahagiaan hidup seseorang.. Namun bertapa teguh dan utuhnya hubungan dirinya dengan Allah yang membuatkan diri ini bahagia.. Hubungan kita dengan Allah lebih hebat dan lebih menakjubkan jika dibandingkan dengan internet, broadband dan wireless technology.. Hubungan kita dengan Sang Pencipta direct dan tanpa halangan.. Setiap rintihan dan tangisan terus kepada dirinya dan dengan sepintas lalu, ketenangan dan keharmonian pasti menjengah kerana Dia tak pernah sesekali meninggalkan hambanya yang datang kepadaNya.. Namun aku alpa dan terlupa semua ini.. Tanpa ku sedari aku kadangkala mencari entiti lain untuk aku lepaskan perasaan.. Cuba mencari rakan, mencari teman berbicara untuk meluahkan perasaan.. Tapi aku terlupa pada yang Maha Mendengar lagi Maha Memahami.. Aku terlupa akan penjaga-penjaga yang diutuskan kepadaku.. Bagi menjaga diri ini agar selamat dan sihat sentiasa..

Jika aku percayakan pada kekuasaan-Nya... Aku tidak seharusnya rasa risau dan gusar akan hidupku.. Jika aku percaya pada ketentuan-Nya.. aku hanya perlu berusaha dan percaya.. Tidak perlu aku letakkan pada hubungan dengan insan lain.. Memanglah tak dinafikan hubungan sesama manusia itu penting.. Namun jika hidup ini kerana Allah, apa jenis hubungan yang terjalin pasti akan terjalin mengikut kehendaknya.. Kerana Dia Maha Mengetahui..

Dan ini terus membuatkan aku terfikir.. Ada beberapa bentuk hubungan yang aku rasakan aku perlu dan kadangkala aku paksa dalam kehidupanku.. Dan sesetengah hubungan ini aku berusaha untuk membuatkan ianya terhasil.. Namun selalunya kekecewaan yang kembali kepadaku.. Tidakkah aku terfikir yang jika hubungan itu tidak baik untukku, maka Allah tidak akan mengizinkannya? Tidakkah aku terfikir..

Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah yang terbaik untuk hambaMu ini.. Aku akui aku lemah dan tak bermaya dan seringkali terlupa akan tugasku sebagai hambaMu.. Tetapi tetapkanlah hatiku hanya untuk mendamba kasih sayangMu dan rasa cinta pada diriMu.. Berikanlah apa yang terbaik untuk diriku Ya Allah.. Jadikanlah aku sebaik-sebaik makhluk ciptaanMu, sebaik-baik manusia.. Yang tak menyimpan perasaan hasad, dengki, iri hati, cemburu, tamak, riak dan semua perkara mungkar Ya Allah ya Tuhanku.. Aku tahu aku tak layak untuk meminta semua ini namun berikanlah apa yang terbaik dalam hidupku.. dalam hubunganku denganMu.. hubunganku dengan manusia, makhluk dan alam ini.. Jauhkanlah diriku dari keburukan dunia dan akhirat dan juga dari fitnah dunia serta fitnah dajjal.. Jika ilmu itu baik untukku kurniakanlah padaku, jika tidak jauhkanlah padaku.. Jika kejayaan itu baik untukku kurniakanlah padaku dan jika tidak, jauhkanlah dari diriku Ya Allah... Jika harta, kekayaan dan nikmat dunia itu baik untuk diriku, kurniakanlah dan jika tidak jauhkanlah ianya dari diriku.. Berikanlah dan kurniakanlah apa yang terbaik untuk diriku Ya Allah kerana kau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana... Dan jika Dikau tarik sesuatu yang aku rasakan sebagai nikmat dan jika Dikau tidak memberikan sesuatu nikmat yang aku rasakan perlu tapi sebenarnya ianya memudaratkan diriku, berikanlah aku kekuatan, kesabaran, ketabahan dan kecekalan serta teguhkan kepercayaan aku dengan ketentuanMu Ya Allah.. kerana Dirimu Tuhan sekalian alam, Tuhan kepada langit dan bumi, matahari dan bulan.. Ampunilah segala dosa diriku, ibu bapaku, keluargaku, guru-guruku, rakan-rakan ku serta semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.. Amin Ya Allah...

Thursday 28 June 2012

On fire..

Yeah on fire today.. Dah lama tak masuk lab dengan semangatnya.. Really really on fire.. Saje je test power buat SEM 4 jam sambil meeting dengan dua pakcik yang sangat cool.. Tak sabar nak masuk balik minggu depan.. Bukan apa, semua persediaan dah menjadi.. Maka skang nie nak laksanakan semua perancangan yang lama ditunggu-tunggukan.. Yeah.. Permulaan baru.. Semoga semuanya menjadi lebih baik..

Sunday 24 June 2012

Ready to roll..

Alhamdulillah, selesai sudah beberapa perkara dan juga perancangan untuk dilaksanakan dalam bulan 7 nanti.. Harap-harap gangguann berada di tahap minimum dan full speed will be obtain in an instance.. Hopefully la.. Setakat ni takde lagi ura-ura untuk pape blackout dan semuanya berjalan dengan lancar..

So.. rasanya dah boleh nak annouce balik kowt.. I'm ready for another series of research collaboration (In order to keep me busy and focus in my own life rather than others).. I know you've been reading this.. So Jo, Saufi, Tiha and sesape interested in any research work.. Atau ada pape research problem that need thorough discussion.. or mind blowing project that need critical and creativity touch.. Jangan segan-segan dan jangan risau akan kacau aku.. Just drop by.. and let the imagination run wild... InsyaAllah kali ni akan ada lebih banyak masa ke arah tu..

Tak kisah in any field as long as sciences and engineering.. Tapi most prefered carbon material, gas phase reaction, CVD, catalysis.. I'm ready to face another challenge.. Bagus jugak kalau ada yang mencabar sikit.. bagi otak ni kerja lebih.. mana tau ada rezeki dia generate sekali jawapan untuk percutian aku kali ni.. 

So peeps, I'm back.. Full pledge.. Takde nak main-main dah.. Takde nak suka-suka dah.. Now it is time to work and time to explore.. Give me your best shot.. dan aku tau, Jo ko memang dh ready kan.. So spill out.. Show me what you got..

Last week for this term..

Finally.. Alhamdulillah, mulai minggu depan Uni, School dan Lab akan kosong.. Takde dah semak samun budak-budak merayap sana sini mencari haluan hidup.. Menganggu kehidupan dan merencatkan perkembangan persekitaran.. Sebab Jumaat yang lalu last term for this year.. So summer holiday untuk diorg dah start (aku je takde cuti... Waaaa).... Tapi bagus gak.. Masa macam ni la takde dilepaskan dengan sia-sia.. Waktu siang yang panjang.. Suasana yang aman damai.. Takde manusia yang akan menganggu gugat ketenteraman awam.. Alat-alat semuanya tak perlu queue.. Say bye bye to all the booking system and so forth... Jalan nak pegi school pown aman damai.. Restaurant for lunch will be available anytime anywhere.. Ingatkan aku sorang fikir macam ni.. Rupanya Pakcik Paul dan rakan-rakan pown sebulat suara mengiyakan...

Bukan niat aku nak kata budak-budak ni menyusahkan.. Tapi macam biasa lah, budak... What do we expect.. Sentiasa hidup dalam dunia diorg sendiri.. Like the world revolve around them.. Like they are the centre of attraction.. Dan kalau tanpa diorg, dunia ni takkan berfungsi secara normal.. What???? Bullshit je semua tu.. So memandangkan diorg budak.. Buang masa je nak cakap lebih, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. So buang masa je nak didik, nasihat or tabur budi.. Biarlah diorg terjun dengan labu-labunya... hahahaha.. Rupanya ada sebab kenapa diorg diberikan cuti.. Selain dari bagi diorg masa untuk berehat (Berehat dari apa pun aku tak pasti.. sebab setahun belajar 7 bulan jer.. Baru start 2 bulan belajar dah cuti sebulan.. Pastu belajr lagi 3 bulan lepas tu cuti sebulan.. Then belajar 2 bulan lagi pastu cuti 3 bulan..) Apa yang penat sangat sampai kene cuti 5 bulan pown aku tak paham.. Tapi kalau nak tengok pada perspektif berbeza.. Cuti untuk pendidik dan tenaga pengajar kowt.. Tak yah nak pandang muka diorg selalu.. Buat stress jer.. Lagi-lagi yang bajet pandai, bajet bagus tapi haprak.. Buang air liur je layan orang macam tu.. So rupanya cuti lama-lama ni nak bagi pendidik recover and enjoy life.. Lupakan pasal nak ajar diorg apa, nak sediakan soalan, nak tanda kertas diorg n so on.. Semua pendidik boleh luangkan lebih masa untuk benda lain sepanjang diorg cuti seperti untuk keluarga dan juga penyelidikan serta consultancy..

Tapi ada juga sesetengah pelajar ijazah ni yang aku respect.. Sebab diorg amik peluang cuti macam ni untuk menimba ilmu lagi.. Dah diorang tahu kebanyakan pensyarah diorg akan fokus dalam bidang consultancy dan research time cuti cmni.. Dengan selambe diorang request untuk tolong.. Jadi assistant.. Ada yang bergaji ada yang semata-mata untuk menuntut ilmu.. So memang aku tabik spring ar.. Sebab diorang aku work side by side dengan pensyarah diorg.. Belajar all the shortcut while building up the networking.. So 3 whole solid month working side by side dengan distinguish professor and so forth.. Bukan senang kowt nak dapat pengalaman macam tu.. So thumbs up for you guys.. Bayangkan lepas tu, pensyarah yang sama yang akan ajar subjek-subjek tahun depan or akan jadi penyelia projek ke.. Bukan ke lagi senang nak discuss sebab relationship tu dah dibina.. Dan dalam masa 3 bulan ni, lagi senang nak approach pensyarah-pensyarah yang lain.. It will be a good opportunity to get closed and learn the best from the very best.. Itu kepada yang pandai mengambil peluang dan nak belajar sesuatu yang baru.. 

Tapi kepada yang lain.. Enjoy your summer holiday doing what you think is the best for you guys..

Bagi aku, semoga 3 bulan ni bakal memberikan aku kedamaian dan keamanan serta insyaAllah bakal mencatatkan lembaran sejarah baru dalam hidup aku dan jika diberikan rezeki mungkin dalam dunia penyelidikan ini juga... Amin...

Thursday 21 June 2012

Emas dan Perak Part 1

Sedar tak sedar bulan 6 akan meninggalkan kita tak lama lagi.. Dan semalam terjadinya fenomena soltis musim panas.. Merupakan hari terpanjang dalam tahun ini bagi mana-mana negara 4 musim di hemisfera utara.. Jika nak di lihat kembali.. Tahun nie merupakan tahun yang agak perlahan bagi diriku.. Aku sendiri tak pasti kenapa dan mengapa.. Cuma tahun ini aku lihat perkembangan diriku kurang pesat.. Tidak fokus dan mudah hilang arah. Kini aku duduk di depan kaca komputer, menatap dalam-dalam apa yang perlu aku lakukan dan ape yang aku perlu ubah untuk meningkatkan lagi produktiviti diri.. Ada sesuatu yang tak lengkap dalam diri ini untuk memancarkan tenaga pecutan yang dah lama terpendam..
Namun bila dikenangkan pencapaian lain.. Alhamdulillah banyak yang dapat dilaksanakan dalam hidup ini.. Dan pencapaian yang paling aku suka dan hargai ialah terbukanya hati ini untuk fokus dalam mendalami ilmu ekonomi dan kewangan Islam... Alhamdulillah atas berkat usaha kawan-kawan aku.. Kiteorang lebih memahami konsep dan maksud sebenar hadith-hadith dari Rasulullah saw.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadith dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

 Dan beberapa ayat dari Al-Quran itu sendiri

"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)

"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)

Maka tidakkah kita berfikir kenapa begitu tingginya diangkat darjat 2 elemen yang wujud jika dibandingkan dengan 109 elemen-elemen lain yang bertaburan di dunia dan angkasa ini.. Tidakkah kita memikirkannya.. Dinar (Emas, Au) dan Dirham (Perak, Ag) merupakan matawang yang sering diceritakan dalam kisah para anbia suatu masa dulu, namun selepas wafatnya Rasulullah dan jatuhnya semua empayar Islam, jati diri dan status Emas dan Perak makin hilang nilainya dan pabila bermula abad ke 20 nilai dan statusnya mula dibayangi dengan kertas-kertas yang diletakkan nilainya (matawang fiat). Yang mana wang kertas yang digunakan sekarang hanyalah kertas-kertas biasa.. namun setelah diletakkan nilai semua manusia berebut-rebut untuk memilikinya namun kita lupa akan hakikat sebenar bahawa wang kertas ini bukan matawang sebenar dan hanyalah kertas biasa dan akan tiba suatu masa ianya tak ubah seperti kertas dijalanan kerana siapa kita untuk menidakkan kata-kata Rasulullah.

Tambahan lagi duit kertas yang kita gunakan saban hari penuh dengan riba yang jelas haram di sisi Allah. (InsyaAllah jika ada masa akan aku kupas bagaimana riba terlibat dalam penjanaan duit kertas). Mungkin ada yang akan cepat melatah bila aku katakan wang kertas itu haram dan menunding jari pada diriku yang mana aku masih gunakan.. Aku tak nafi aku masih gunakan duit kertas namun aku tetap melawan dan menentang penggunaannya.. Di samping itu aku meminimumkan penggunaan duit kertas, terhad untuk keperluan asas dan tanggungjawab sebagai seorang anak. Alhamdulillah selepas dibuka pintu hati aku dan diberikan kesedaran. Aku mula menolak sistem matawang fiat (duit kertas/ wang kertas) sekeras-kerasnya.. Aku mula kembali kepada Emas dan Perak.. Walaupun aku baru bermula.. Aku yakin dan percaya Emas dan Peraklah merupakan matawang yang sebenar.. Yang mempunyai nilai dalam urusan jual beli dan merupakan aset serta harta seseorang individu.. Dan untuk mengukuhkan lagi akan keunikan Emas dan Perak sebagai harta, tidakkah pernah kita terfikir kenapa hanya dua logam ini sahaja yang dikenakan zakat dan wujud zakat khas untuk mereka dan dipisahkan dari zakat harta. Tidakkah kita terfikir dan berfikir akan hal ini..

Maka aku menyeru pada rakan-rakan dan sahabt taulan.. Kalau boleh, minimumkanlah penggunaan duit kertas dan matawang fiat ni. Kerana percyalah kalau bukan tahun ni mungkin tahun depan atau tahun berikutnya, akan tiba satu zaman semua duit kertas/matawang fiat yang kita simpan dalam bank tu akan hilang nilainya.. Mulalah kumpul emas dan perak.. Namun disebabkan kita tak mempunyai kekuatan untuk menukar sistem matawang lagi, bagi aku tak salah (kerana terpaksa) menggunakan sistem mawatang fiat tapi kurangkan dan minimumkan.. Dan mulai saat ini, semua duit simpanan, gunakan untuk beli emas dan perak.. Pastikan emas dan perak dibeli dengan duit simpanan dan bukannya duit keperluan.. Nanti kesian anak bini tak dapat beli makanan sebab duit semua guna untuk beli Emas dan Perak..

Semoga kita sentiasa berada dibawah rahmat Ilahi kerana terus menerus berjuang untuk membersihkan harta, diri dan keluarga dari riba serta fitnah dunia..


Wednesday 20 June 2012

Rising Dragon, Blazing Sky...

Alhamdulillah, I’m back on my feet back.. Hari nie walaupun perlahan.. biasalah baru balik bercuti kan.. Namun banyak kerja dapat disiapkan.. Mostly admin stuff termasuklah training instrument dan juga seminar serta conference yang bakal dihadiri.. Banyak email dah berjaya dibalas dengan sopan dan baiknya.. Alat-alat yang perlu dibook pown dah banyak yang setel..
Maka kini bermulalah pengembaraan solo aku kembali.. I’ve decided that I’m not going to wait anymore to walk side by side with anyone.. It will be full speed ahead.. Its either you try your best to catch up with me or die trying.. Aku dah muak dan mual untuk jadi baik dan menunggu.. Jadi baik dan mengajar sedangkan banyak masa yang aku ada aku boleh luangkan for myself improvement.. Maka lepas ni aku hanya akan mengajar dan mendidik orang yang nak diajar dan dididik jer.. Takde makne aku nak tolong semborono. 2 tahun nie cukup lah aku terhegeh-hegeh nak tolong orang.. Memang lah bagus dan tak salah nak tolong orang.. Tapi kalau dah semuanya opportunist dan tak kenang budi.. Buang masa je kan.. Lagi-lagi yang tak faham bahasa.. Even worst yang tak pernah berfikir pun pasal budi dan jasa.. So lebih baik aku jadi macam dulu.. Yang mana setiap kata yang keluar dari mulut nie berduri dan berbisa.. Dan siapa yang betul-betul tegar jer (the chosen one) that will stick till the end..
Aku dan malas.. aku dah muak dan aku dah jemu.. Permulaan baru untuk kembara baru kali ni.. Siapa yang nak kejar aku, kejarlah sendiri.. Takde nyer aku nak bagi tangga, sediakan lif dan sebagainya.. You want something, get it the hard way.. Tak kira la ko kroni Datuk mane ke, Tan Sri mane ke.. Aku tak kisah.. Kalau sesiapa takleh tahan dengan perangai aku lepas ni.. You know where is the door and just get out from my life.. And if you scared to enter the door.. Do not even think to enter it.. Simple.. Senang.. Cuma who ever can sustain.. I can’t promise any reward but I can assure that you will get the very best of me in your life..
Dan basically aku balik/pulang/kembali ke langit lah (bukan cam citer kerajaan langit ayah Pin okay).. I’m a dragon and I will be always up in the sky.. So dah tiba masa aku pulang.. Sape nak ikut, ikutlah.. aku tak halang but it will be a full speed journey ahead.. Try to catch up and don’t lose the trail.. It would not be a pathless journey but I cannot assure the path will last forever..
Maka jangan terkejutlah lepas ni kalau tetibe ade orang cakap aku sombong, bajet bagus or bongkak and so on.. Terpulang pada manusia nak judge ape (Padahal ni la komen dari majoriti junior kat UTM dulu bila mula-mula jumpe).. Itu mulut korang so korang punye pasal la tapi ni badan aku, so hak aku.. So no more mister nice guy.. Nope, never.. Anyone will need to earn my trust now  onwards and it will not come cheap..
Last but not least.. I’ll be there.. up high in the sky.. Roaming free as a dragon rising into the blazing sky of knowledge..

Wednesday 13 June 2012

Fresh Start..

Aku tak tau la dah bape kali aku cakap pasal fresh start.. dan tak pasti kalau manusia lain ada berapa banyak diorg punyer fresh start.. Tapi bila aku pergi berjalan.. melihat negara orang sambil dapat ceramah percuma pasal kehidupan dan kata-kata berbisa dari insan bergelar ibu.. Makin aku sedari yang aku dah jauh menyimpang dari pembentukan dan didikan ibu bapaku yang telah diterapkan dalam diri ini sewaktu kecil.. Dengan duduk jauh dari mereka dan juga dalam proses adaptasi dan asimilasi aku lupa untuk mengekalkan keunikan didikan mereka.. Walaupun tajam dan berbisa didikan waktu kecilku namun itulah didikan terbaik yang pernah aku terima.. Kasih sayang diberikan dalam bentuk yang berlainan.. dan cukup dengan keunikan yang sedia ada.. Didikan sebegitu mengajar aku untuk hidup dengan cara aku sendiri.. dengan haluan aku sendiri.. Bukan dengan mengikut gaya hidup dan jalan yang dibina insan terdahulu.. Tapi dengan membina kepercayaan dan keteguhan hidup ini sendiri... Didikan itu jugalah yang mengajar untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.. Melakukan sesuatu dengan sepenuh hati dan tidak sesekali meninggalkan kerja separuh jalan.. Didikan itu juga yang mendidik hati ini untuk mengurangkan kebarangkalian melakukan kesilapan dan pada masa yang sama memperbaiki kesilapan yang sedia ada.. Didikan ini jugalah yang mengajar diri ini untuk berfikir sebelum bertindak dan memaksimakan kapasiti tindakan dan mengurangkan pergerakan yang sia-sia... Setiap langkah penuh dengan makna.. Setiap sentuhan akan sentiasa terisi dan setiap persinggahan akan wujudnya peninggalan.. Biar tangan ini sentiasa memberi dari sentiasa menerima.. Biar diri ini be a bigger person.. Beralah tak semestinya kalah namun keteguhan dan prinsip jalan sesekali diperkotak-katikkan.. 

Namun setelah beberapa hari melihat negara luar.. Kebolehan hasil dari didikan itu dicabar tahap penguasaannya.. Keputusan harus dilakukan sepantas kilat dengan mengambil kira semua aspek dari segi kekuatan dan kelemahan anggota rombongan.. Jalan yang terbaik dan optimum harus diputuskan dalam sesingkat mungkin tanpa mengabaikan kebajikan mana-mana pihak sambil meminimumkan perbelanjaan serta pembaziran tenaga.. Semua kapasiti harus diambil kira dan semua limitasi harus diberikan perhatian.. Perjalanan kali ini seolah-seolah satu siri latihan untuk minda ini bergerak pantas memutuskan keputusan dan melaksanakan keputusan.. Latihan untuk memantapkan lagi keteguhan didikan yang diterapkan sejak kecil..

Maka selepas berfikir sejenak.. Ini merupakan masa yang terbaik untuk memulakan sesuatu yang baru.. To kick a fresh start.. Lagi-lagi selepas ini semua rakan-rakan rapatku di sini akan pulang.. Bolehlah strategi dirancang bagi mengoptimumkan masa untuk melaksanakan percutian pada tahap yang maksimum.. To kick the final gear.. Kalau dalam cerita one piece nie dah start gear two dan masuk gear three dah nie.. Kalau dalam bleach dan start nak lancarkan Bankai.. kalau dalam naruto dan masuk Kyubi Mode.. kalau dalam wira tunggal belang tarung dah muncul dan tinggal nak laksanakan kuasa 1 juta HP jer..

So basically to start fresh.. Hidup pown kene fresh.. So ni pown tgh bercuti so balik dari cuti kali ni... InsyaAllah akan fresh.. Lepas tu nak cari rumah baru.. Another fresh start.. Cari rumah yang sesuai dengan aura aku sendiri... Takpe la kalau mahal sikit pown.. yang penting boleh enhance mood aku untuk kick this final gear and try to maintain it as long as possible.. Dan bila kawan rapatku semuanya dah kat Malaysia.. Will be another push untuk aku start a fresh life without them.. Somehow it is a good time to start fresh.. Lagi-lagi balik nie pown start new project.. Another fresh start.. Semoga kali ini usaha aku lebih optimum dan berlipat kali ganda.. InsyaAllah tangan-tangan ni (Macam ada banyak tangan pulak kan.. hehehe) akan cuba melaksanakan sebaik mungkin dan seoptimum mungkin kerja-kerja yang bakal dilaksanakan dalam hari-hari mendatang..

P/S: Pakcik Paul dah luluskan abstrak untuk ke Boston.. Tinggal nak hantar ke web persidangan jer.. InsyaAllah kalau ada rezeki akan aku singgah ke bumi sana pulak.. (Another fresh start kan)

Thursday 7 June 2012

Pagi yang penuh syahdu...

Air yang bergenang mula jatuh membasahi pipi.. Mata ini masih lagi terus menatap skrin kopmuter.. tak berkelip tak berganjak.. Rasa syahdu dan sebak terus setia dalam hati.. Email yang diterima dari Dr Rusmidah membuatkan diriku hidup dalam kenangan di UTM kembali.. Membuatkan diriku selesa dalam pelukan rakan-rakan dan kehangatan itu cukup selesa.. Seolah-olah ianya memberikan diri ini sedikit sebanyak semangat untuk meneruskan percutian yang diriku sendiri tak pasti bila akan tiba penamatnya.. Walaupun dirinya tiada lagi di depan mataku.. Tiada lagi cerita yang kami berkongsi dan tiada lagi makan mahupun outing bersama.. Kata-katanya bagaikan datang dari seorang ibu kepada anaknya.. Ianya cukup bermakna.. Walaupun ianya tidak menyelesaikan apa-apa masalah namun ianya memberikan kekuatan untuk aku terus mencari solusi.. mencari penyelesaian dalam percutian kali ini..
Tak sangka dikala aku kesunyian.. di kala aku perlukan kata-kata dan mungkin hanya hadirnya insan seperti ini.. Mereka hadir dan bertemu dalam persimpangan kehidupanku.. Allah itu Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.. Memberikan aku kekuatan dan memberikan aku keteguhan untuk terus berjuang.. Untuk tidak sesekali menyerah kalah... Untuk terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir..
Selepas menatap lama skrin computer.. Aku berlalu ke makmal penyelidikan.. menyiapkan beberapa kerja yang tertunggak.. Melihat-melihat reaktor-reaktor kesayangan sambil bercerita dan berbicara (Aku tak giler lagi okay.. saje-saje borak-borak sebab dalam lab tu sunyi sangat).. Beberapa minit kemudian, pakcik Paul datang menjenguk.. Berborak progress kali ini (walaupun takde pape sangat) dan beliau meminta untuk aku uruskan perjalanan ke Leeds untuk menggunakan kemudahan di sana.. Dan tiba-tiba beliau bertanya (untuk kali kedua or ketiga).. Tak nak pegi Boston ke tahun ni.. Aku acap kali mengelak dari perbualan ini.. bukan aku tak nak pergi conference kali ni.. Cuma aku tak jumpa kekuatan untuk percutian aku kali ni.. Aku takut dan risau.. cuma tak pasti apa yang aku risaukan atau takutkan.. Dan aku memberikan alasan mungkin tahun depan sebab aku sendiri tak pasti nak bentangkan apa.. sebab aku takde pape nak dibentangkan.. Dan dia cakap.. No no no, you have your surface study and bulk study. Even if you wanted to present your computational also it is fine. It is a great opportunity for you to get the feedback from the rest of the diamond’s people. Bila dikenang balik.. Ramai je kawan-kawan aku nak pegi US present paper tapi tak kesampaian.. Ada yang berusaha macam-macam baru dapat. Yang aku ni.. yang bulat dah datang bergolek, apatah lagi yang pipih.. dah pasti melayang.. Inilah rezeki aku dan mungkin inilah yang telah tertulis pada diri aku.. Maka, aku kene kuatkan hati dan tenangkan hati.. Tulis abstrak elok-elok.. Dan Paul siap pesan lagi.. Kalau nak tulis 2 abstrak dan present 2 poster pown tak ape.. Dia kata takde masalah.. Macam mana la Paul boleh yakin dengan aku sedangkan aku sendiri tak yakin dengan diri aku.. Kalau dia kata aku dah ready maksudnya memang aku dah ready la kowt kan? Ramai yang berkata orang lain lagi nampak akan diri kita berbanding kita sendiri.. Selain tu, dia pesan, tahun depan dia carikan kan aku spot untuk talk waktu Hasselt kat Belgium.. Aku pown tak tau apa la yang dia nampak kat diri aku dan kajian aku nie.. Macam-macam dia arrange untuk aku.. Cuma aku je yang takde keyakinan.. Self-esteem rendah sangat kowt..
Semoga dikau Ya Allah memberikan kekuatan kepada diri ini untuk meneruskan hidup dalam bahtera pelayaranMu. Dan semoga Dikau limpahkan Rahmat dan Nikmat yang membawa kebaikan pada diriku ini..

Alhamdulillah kerja aku makin teratur kembali.. Dapat buat dua ke tiga kerja dalam satu masa dan siapkan dengan baik.. Walaupun boleh jadikan lebih sempurna.. Ianya cukup baik sebagai permulaan.. Sedikit sebanyak kekuatan dan dorongan dari rakan-rakan yang masih mengingati diri ini dapat membuatkan aku melangkah semula.. Walaupun perlahan.. InsyaAllah langkah kali ini akan bertukar menjadi larian di masa akan datang...

Friday 1 June 2012

Sedar tak sedar.. Persimpangan menerjah tiba...

Masa terlalu cepat berlalu... Itu satu kepastian.. Teringat kembali dan masih terngiang-ngiang kata guruku dulu... Masa selalu mencemburui kita dan berlalu pergi dengan pantas.. Begitu juga ibu selalu berpesan, time and tides wait for no man... Sedar tak sedar.. sudah 24 tahun aku hidup dan bernafas dengan jasad yang dipinjamkan oleh Maha Pencipta... dan bagiku teori 7 tahun masih berlaku dan boleh dipakai seperti mana aku pernah ceritakan suatu masa dulu... Setiap 7 tahun kitaran manusia berubah dan kini tiba antara masa di mana kitaran aku dalam ujian untuk diubah menjadi lebih baik atau tidak.. Aku kini dalam persimpangan di mana jalan untuk naik mahupun turun..

Hari ni.. cukup sejuk hati ini bila dapat berbicara dengan insan yang memahami naluri dan juga keinginanku.. Walaupun tidak banyak mengenai diri dan kehidupanku dibicarakan.. Namun ianya cukup untuk membuatkan hatiku tersentuh.. Cukup untuk membuatkan diri ini rasa akan kasih sayang dan juga perasan selamat serta selesa... Walaupun sekian lama kita telah terpisah dan semasa diriku kembali ke kampung halaman.. Tidak banyak masa yang dapat ku luangkan.. tapi bicara dan tawa kita masih lagi sama.. masih seperti dahulu.. Seolah-olah ianya sentiasa resonansi dan memahami antara satu sama yang lain.. Walaupun tidak lama kita bicarakan mengenai kehidupan ini.. Namun seolah-olah dirimu memahami apa yang aku cuba sampaikan dan menjadi teman setia untuk aku berbicara.. Terima kasih kerna masih lagi ingat pada diri ini.. Semoga kita berjumpa lagi wahai dirimu.. Aku hargai apa yang telah dibina bersama sepanjang tempoh perkenalan kita..

Sedar tak sedar juga.. Makin ramai yang akan meninggalkan aku di bumi asing ini.. Ramai teman dan rakan seperjuanganku akan menamatkan perjalanan mereka dalam masa terdekat ini.. Pulangnya Kak hyda dalam masa terdekat, diikuti dengan kakak ku di Glasgow... secara tak langsung membuatkan aku berfikir akan diriku... Memang benar jika tidak inginkan perpisahan jangan adakan pertemuan.. tapi, hati ini masih meronta-ronta walaupun ianya satu hakikat.. satu kepastian.. Tak lama selepas itu, rakanku yang lain akan meneruskan perjuangan mereka di negara-negara jiran.. Kehilangan satu per satu cukup menyakitkan.. itu satu kepastian... Mereka bertiga antara tunjang dalam hidupku di sini selepas perginya Siti Fairus dan Amrul.. Hydalah pengganti Siti Fairus.. menemani sisa-sisa perjuanganku namun kini tiba masanya untuk pulang.. Aku tak pasti adakah setiap kali bila aku pergi meninggalkan rakanku yang lalu.. mereka mengalami perasaan kehilangan ini sepertimana yang dirasakan oleh diriku ini... Untuk fikirkan akan kehilangan ini sudah cukup menghibakan.. apatah lagi untuk terus hidup dengan hakikat selepas kehilangan semua ini.. Ada yang berkata patah tumbuh hilang berganti cuma bagiku.. setiap yang melintasi hidupku.. mereka semua cukup unik dan tiada pengganti... semuanya mempunyai karakter yang berbeda namun masih berkongsi satu persamaan.. saling memahami antara kami semua...

Bila Khalif berbicara tempoh hari.. menyuruh aku cepat pulang untuk berjuang bersama.. aku memahami akan maksud kesunyian... terlalu sunyi untuk digambarkan pabila tiada yang memahami diri ini.. Kadangkala aku terfikir.. adakah hidupku terlalu kompleks untuk difahami ataupun aku segaja membina dinding supaya tidak dapat dicapai oleh mereka... Bagiku kesunyian yang aku akan alami kali ini cukup berbeza.. Sewaktu aku mula tiba di sini.. Siti Fairus dan Amrul peneman hidupku hari-hari.. Adakala aku makan bersama Amrul dan chillex bersamanya.. dan ada hari-hari berlalu dengan sesi lepak dan masak memasak bersama Siti Fairus.. Wayang tak pernah ketinggalan.. Setiap hari Rabu pasti terisi.. Tak perlu rasa teragak-agak atau berfikir panjang untuk ajak mengajak.. cukup mudah.. Ayat jom makan.. jom wayang.. jom lepak dan jom ape pown jalan.. termasuk la jom buat tom yam.. jom wat sushi.. jom jogging.. jom pg stonehenge.. jom jalan snowdonia.. Jom buat grocery.. Itu belum dengan kakak aku lagi.. takyah ayat jom.. terus je buat.. panjat gunung.. jom... makan sini.. jom.. jalan sana.. jom... bbq... jom... Cuma lepas ni, rasanya ayat jom takkan digunakan buat seketika.. Mungkin inilah bezanya bila kita dah kenal dari di Malaysia sendiri berbanding dengan yang baru kenal di sini.. Keserasian itu cukup serasi.. Tak ada sempadan dan tak ada halangan.. cuma kini tiada lagi.. yang patah tak akan tumbuh lagi dan yang hilang tak pasti akan berganti..

Dan tak pasti bila lagi kehidupan kita dan persimpangan kita akan bersilang lagi.. Jalan-jalan kita makin menyimpang jauh dari satu sama yang lain... Entah bila akan kita bertemu dan berkongsi gelak tawa yang sama.. Ada yang sudah berumah tangga dan ada yang bakal berumah tangga.. ada yang sudah berbadan dua (Congratz Yus)... dan ada yang mengejar impian di bumi sana... Semuanya berpisah di persimpangan kehidupan.. melambai tangan mengucapkan selamat tinggal.. Kitaran ini pasti berulang kerna akan tiba masanya aku melambai pergi pada yang ada.. Kerana semua ini satu perjalanan dan bukannya satu destinasi..

Kesunyian itu pasti menjelma.. tak kira masa dan tak kira keadaan mahupun tempat.. Cuma aku berharap ianya akan memberikan aku kekuatan dalam perjuangan ini.. Memberikan aku kekuatan untuk meneroka seribu satu misteri sebelum aku tiba di destinasi hakiki...