Pages

Thursday 31 May 2012

Let it out.. is it possible?

Perasaan ni datang lagi.. perasan yang mana aku tak rasa ramai yang memahami or ada yang memahami.. Tak tau nak cerita kat siapa atau luahkan dekat siapa.. Dah cukup lama bebanan ini ditanggung jasadku.. Cuma.. sejauh mana aku mampu membawa bebanan ini.. Aku sendiri tak pasti.. Dan aku juga tak mengerti sama ada.. adakah aku sengaja tidak ingin bercerita dan menaggung kepayahan ini seorang diri.. ataupun memang tiada teman yang bisa ku berbicara mengenai soal ini.. mungkin blog ini tempat aku meluahkan segalanya.. cuma aku rasakan sudah tidak sesuai untuk aku ceritakan dalam dunia maya ini.. namun aku sendiri tak punya kekuatan untuk melawan kehangatan bara yang menerjah tiba.. 

Terlalu banyak rahsia kehidupan yang aku temui dan terlalu banyak yang terpaksa aku mamah sendiri.. Ingin dicerna bersama orang lain.. takut salah memilih rakan.. Perjalanan dan percutian makin sukar dan aku dapat rasakan diriku makin malas.. kemalasan mula menerjah dari pintu dan jendela kehidupan.. Untuk mencari kekuatan disebalik gelodak nafsu dan keinginan jiwa bukan sesuatu yang mudah.. namun untuk mencari bantuan dan sokongan juga merupakan satu yang payah.. Tak pasti sama ada aku sendiri yang menyukarkan proses ini.. ataupun anggapan manusia yang selalu ingat keceriaan dan senyuman sentiasa terukir di bibir.. Tiada kerisauan atau kesedihan dalam diri aku.. Ataupun dengan personaliti sedemikian rupa.. Peratusan untuk aku bersedih terlalu sikit dan rendah jika dibandingkan dengan manusia lain.. Aku sendiri pown kurang arif dan kurang pasti.. cuma satu yang ku pasti..

Biarlah hidup ku susah namun jangan sesekali aku cuba menyusahkan hidup orang lain.. Selagi terlarat dan mampu untuk berdiri sendiri akan aku berdiri dengan kudrat yang ada.. Kerana aku yakin dan percaya lebih ramai manusia yang lebih susah dari diriku ini.. terlalu ramai manusia yang nasibnya tidak sebertuah aku.. maka aku tak seharusnya mengeluh dan bergantung harap pada insan lain.. kerana selagi aku boleh menanggung beban ini sendirian.. Itu sudah cukup baik bagiku.. Lebih baik ianya tidak dibicara pada sesiapa.. sekurang-kurangnya aku tidak akan merisaukan mereka semua.. Jika akan ditakdirkan diri ini pergi jua.. Biarlah diri ini pergi dengan senyuman terukir dari bibir-bibir mereka.. bukan tangisan yang meratapi pemergian ini.. Biarlah kenangan terakhir bersama merupakan kenangan terindah.. bukannya seksaan mahupun malu yang menimpa.. Mungkin akan ada katakan aku pentingkan diri sendiri namun lebih baik aku sendiri menanggungnya dari mecambahkan kerisauan pada rakan dan taulan.. Lebih baik mereka risaukan perkara lain berbanding akan kehidupan diriku.. Kerna selagi aku mampu menanggung semua ini dan berdiri dengan dua kaki ini.. Akan aku terus berjuang tanpa merisaukan sesiapa tanpa menyusahkan sesiapa.. Kerna bagiku, jika diri ini mula menyusahkan manusia lain.. Lebih baik aku tinggalkan alam ini buat selamanya kerna hidupku bukan untuk menyusahkan sesiapa tapi untuk menyenangkan mereka semua...

Tuesday 29 May 2012

On top of the World...

Sabtu lalu aku mengorak langkah.. Memulakan pengembaraan baru.. tak pernah-pernah nak panjat gunung.. Ianya menjadi sejarah.. Bermulalah ekspedisi memanjat Ben Nevis (Gunung paling tinggi kat UK nie.. tak silap tinggi dia 100 m lebih tinggi dari Gunung Kinabalu)... Ben Nevis ni leh panjat ikut 2 jalan.. Moutain Track (Gred 3) ataupun via Carn Mor Dearg Arete (Gred 5).. Dan dengan sempoi kita orang decide nak ikut jalan yang susah ar.. sebab review kata pemandangan dia lagi super awesome.. Nak dipendekkan cerita meh follow gambar-gambar kat bawah nie..


  Waktu baru nak start...
Antara pemandangan sepanjang perjalanan













Cabaran makin mencabar kat sini 

Kene panjat puncak benda alah nie.. dan jalan dia pathless.. kene cari jalan sendiri..

Bila dah sampai puncak.. ingatkan ada jalan atas ni.. tapi takde.. So kene jalan celah-celah batu sampai la ke penghujung yang ada ais tu...

 Muka kepenatan sambil elak-elak batu...


 Sekali jatuh abes nie..

 Itulah puncak yang dinanti-nantikan..


Akhirnya sampai jugak kat atas nie..




Waktu sampai kat atas nie macam nak nangis pown ada.. sbb tak sangka leh naik sampai atas nie.. sebab halfway dah nak give up sbb bahaya giler jalan dia.. kalau tersilap langkah memang that's the end kowt.. Sampai hari ni masih tak sangka yang kiteorg dapat panjat Nevis guna jalan susah ni.. Thanks tu ada few couples that helped us throughout the way..

Cuma sepanjang perjalanan ni banyak self reflect pada diri sendiri.. Yang mana terasa perjalanan ni betul-betul push our limit in every single aspect.. Sama je macam kehidupan harian.. sama je macam percutian kali ni.. sama je macam perkara-perkara lain.. Adakalanya perjalanan kita cukup payah.. tapi diri kita yang tentukan.. sama ada nak teruskan atau tidak.. Dan bila dah sampai tahap tertentu.. memang dah takde jalan lain.. sama macam kat gunung tu.. kene terus maju kehadapan.. sebab kalau nak turun dari Arete tu mmg tempah maut sebab naik dan teruskan lagi selamat dari turun bawah balik..

Memang sepanjang perjalanan bergantung pada Allah yang Maha Esa.. kene tawakkal.. Takde tali keselamatan, takde apa-apa alat keselamatan lain.. Yang ada hanyalah kuasa Allah untuk memastikan diri aku selamat.. Sepanjang perjalanan tu memang maut terasa cukup hampir.. Sampai memang tak berani pandang bawah pun.. Terasa helpless memang tak mampu nak buat apa-apa selain teruskan perjalanan.. Barulah rasa bertapa kerdilnya diri ini.. bertapa keciknya diri ini.. Gunung tu tak perlu buat apa-apa pown.. hanya perlu berdiri di situ.. dan ianya cukup untuk merasakan bertapa besarnya pencipta diri ini.. dan bertapa Maha Kaya dan Maha Agungnya dikau Ya Allah..

Dan pabila berjaya sampai ke puncak.. tak percaya kami berjaya dan masih dalam keadaan sihat dan tiada kecederaan.. Bagi diri aku ianya satu keajaiban.. Sebelum aku terbang ke Glasgow.. Aku dapat rasakan firasat yang kurang enak.. Sehinggakan aku jumpa dengan beberapa rakanku di Bristol kerana khuatir itulah kali terakhir akan aku berjumpa dengan mereka... Dan semasa aku berada di atas banjaran antara Arete dan Nevis.. Makin kuat rasa tak sedap hati.. dan pelbagai kerisauan datang menjelma.. Namun Allah lebih mengetahui akan ketetapan hidup aku.. Dia masih ingin aku teruskan hidup ini.. Hidup demi mencari erti kehidupan sebagai hamba-Nya yang hakiki.. Sesudah tiba di puncak, semua rasa tak sedap hati dan penat lelah hilang begitu saja.. Rasa syukur dan gembira terus menjelma.. kerana masih diberikan nikmat untuk terus hidup..

Terus diri ini mendirikan solat di puncak dunia (antara puncak dunia la.. sebab Everest 2 kali ganda Nevis)... Mendoakan apa yang terbaik untuk diriku, keluargaku dan semua rakan-rakanku terutamanya mereka yang sedang menduduki peperiksaan.. Sepanjang aku mendirikan solat.. sayup bunyi-bunyi kedengaran.. Terlalu aman dan nyaman.. dan terasa diri ini terlalu kerdil.. hinggakan sejuk salji tidak sesekali mempercepatkan pergerakanku.. Ianya terlalu indah dan banyak pengajaran yang membuatkan hatiku tersentuh...

Lain kali kalau nak panjat.. disarankan ikut Mountain Track.. lebih selamat.. XD.. tempoh naik dalam 8 jam dan tempoh turun dalam 3 jam...

Wednesday 23 May 2012

It is time to say GoodBye...

Sedar tak sedar dah hampir setahun berlalu sejak Amrul meninggalkan Bristol... Dan sedar tak sedar dah hampir setahun aku hidup tanpa dia.. (hahaha.. ayat nak jiwang tetibe kan)... Walaupun aku tau dia tak ke mana.. namun impak yang dia tinggalkan cukup besar di bumi asing nie.. Dan janji aku Alhamdulillah telah aku tunaikan.. Sedar tak sedar hampir setahun telah aku semai benih didikan dalam hati manusia sekitar aku.. Sama ada diorang nak amek dan amalkan terpulanglah.. Tugas aku kini hampir selesai.. sepertimana aku laksankan di UTM tempoh hari... kini telah aku laksanakan.. Tugas aku hampir selesai di bumi asing ini..

Mungkin ini bukan masa terbaik untuk aku melenyapkan diri.. tapi aku rasakan aku perlu.. untuk mengetahui sejauh mana kekuatan diri ini telah berkembang.. aku kene uji sendiri.. Bukan niat di hati untuk berjuang berseorangan namun kadangkala ianya perlu untuk meningkatkan keupayaan ni.. dan semoga pabila bergabung dengan yang lain..diri ini akan menjadi penggerak dan pemangkin dan bukannya sebagai penghalang dalam perjuangan di masa depan kelak.. Aku sendiri tidak pasti sejauh mana diri ini telah berkembang.. Maka isolation dan solitude diperlukan buat seketika.. mungkin sepurnama, sepenggal mahupun setahun aku sendiri tak pasti.. Namun aku perlu lihat sejauh mana diri ini telah berkembang... Ada yang pernah menyebut dengan mendidik orang lain kita turut mendidik diri kita... Namun aku tak pasti sejauh mana diriku telah didik.. Sejauh mana adaptasi dan evolusi aku kali ini.. Aku risau sejak setahun yang lalu aku banyak bergantung pada kebolehan orang lain dan mengharapkan orang lain.. Lalu membuatkan ilmu dan kebolehan aku menjadi tumpul.. Kini ianya perlu diasah.. Ia perlu ditekan untuk terus hidup dengan semangat yang lebih membara...

Pilihan kali ini bukan untuk membuang ataupun meminggirkan sesiapa.. Jika pertolongan dipinta akan cuba diri ini untuk membantu seperti sedia kala.. Cuma masa lebih diberikan untuk menyendiri dan berkhalwat... Untuk memahami intipati dan juga semangat juang diri sendiri.. Untuk menilai ketabahan dan disiplin hati.. Untuk melihat jiwa ini meletakkan siapa yang paling utama.. Perjuangan apa yang menjadi keutamaan.. Maka ianya harus dilakukan..

Biarpun wang ringgit dan rakan perlu dikorbankan buat seketika.. Aku harap hasilnya cukup berbaloi dan bukannya aku tumpas dengan bayang-bayang sendiri.. Kita saksikan nanti.. Rasanya bermula obor Olimpik kali ini.. ia merupakan petanda bermulanya latihan untuk diriku.. Bagi terus evolusi demi perjuangan bersama rakan-rakan seperjuangan yang setia menanti di balik sinar mentari pagi di ufuk dunia sana...

Monday 21 May 2012

Baik dan Penyayang..

Sometimes the question is complicated but the answer is simple..
 That is life.. Itu pendapat aku.. Kadangkala kita terlalu lama fikirkan sesuatu perkara dan kita terlalu lama fikirkan sebab ianya terjadi.. sedangkan jawapan yang ada mudah... Sejak kebelakangan ni aku dalam dilemma.. Am I too nice.. Aku terlalu baik ke? sebab dapat respond from Amrul.. "Zamir dah jadi baik dan penyayang".. Is it true when I'm being soft.. it is a good thing.. When I'm being nice, it is a good thing... Sebab aku belajar nothing come easy.. and easy come easy go.. So sebelum aku datang sini.. To be honest I'm giving a hell treatment to most of my friends and juniors... bukan sebab aku benci diorg.. bukan sebab aku tak kisah pasal hidup diorg.. tapi might be that the way that I show or menzahirkan my tought and everything in it.. The way that I show I care for them and that is the way I loved them... Ye la, orang tua-tua pown penah cakap, marah tu tanda sayang.. Aku tau mulut aku ada masanya leh tahan.. and its hurt.. but I do care about them.. Every single of them.. Yang aku pernah marah n so on la... because I do care and loved them deep in my heart (So sape yang tak pernah kene marah tu sedar-sedar la kan.. either aku malas nak layan or your're non-existence creature in my life)

Tapi sejak aku datang Bristol.. I've been controlling myself.. bak kata orang behave like a human should be.. Tu yang kuar frasa baik dan penyayang.. Cuma aku rasa seolah-olah semua nie lakonan.. Aku berlakon dalam kehidupan seharian sebab aku tahan diri aku.. tapi ada jugak orang kata bagus untuk melawan nafsu (mungkin mulut aku jadi cmtu sebab ikutkan nafsu kowt).. ataupun sebab didikan pendebat-pendebat mashyur sejak kecik... So is the answer will be that simple.. Be yourself regardless of what people will think about you? Is it that simple.. 

Aku sendiri pown tak tau.. I wanna be that person.. The person who are really passionate in his life and what he do.. and really care and loved others in his own unique ways.. The answer is simple right? but is this the right answer??? or there is another simple answer

Thursday 17 May 2012

It is there.. Waiting for me.. All day long...

Alhamdulillah.. Tak sangka idea dan juga pemahaman aku dalam bidang ni masih ada tersepat rapi.. Tak sangka impromptu meeting pagi tadi dengan co-penyelia membuahkan hasil yang cukup lumayan.. Seminggu dua nie aku masuk lab dan lakukan yang terbaik.. Buat semuanya ikut naluri dan sepenuh perasaan.. Dan secara tak langsung dia tegur.. dan siap cakap.. If you can prove by changing the substrate it will enhance the the electronic properties.. It will be good.. That is what I'm trying to do too and it will be a very good deal.. Pastu mula la aku berbicara tentang idea baru aku dan macam mana aku nak approach benda alah nie.. Alhamdulillah dia setuju dengan ketiga-tiga proposal aku.. dan dengan data terbaru ni hari jumaat nak bentangkan kat Pakcik Paul.. Sebab aku yakin dan percaya ada penyelesaian dalam aku punya kajian selama dua tahun lalu.. It is not a waste of time and definately not something to be giving up so easily.. Mungkin orang cakap aku degil dan tak nak terima hakikat.. Nope that is not the case.. There is an absolute different between become someone ignorance and giving up hope and faith on what i belief in.. This field choose me.. This challenge being bestowed to me by Allah.. and it is my duty to understand and revealed the answer.. dan Alhamdulillah.. data yang aku dapat semalam cukup memberansangkan.. Aku punya sampel lagi bagus dari BDD.. dari commercial sample.. Satu petanda yang baik.. Walaupun in teori aku kira ianya mustahil tapi itu ilmu dari pandangan dan jangkaan aku dan bukannya dari Allah swt.. So this is my conviction.. To never lose hope or never giving up on what I started.. Because I'm the chosen one.. I'm the one that being responsible to this very matter.. Semua group dah lose hope but not me.. It is my path and I will prove that by not giving up.. I can solve this mystery and unrevealed the new technology into this world to help people benefit from it..

It is there.. all the time waiting for me to start my discovery.. To reach out my hands and pulling it out from there.. It is always there waiting for me.. For my very soul.. To resonate to communicate..

Thanks Amrul for the chit chat and thanks to Kak Enny.. It is a miracle how suddenly we can connect back and talked about our life even tough there is no viable way for us to connect back.. It is just simply a miracle how Allah do His job... Thank you Khalif for your support too.. By hearing all of your voices.. It is finally awaken.. The sleeping golden dragon finally awaken from his deep slumber..

Wednesday 16 May 2012

Neither Good Nor Evil...

Okay.. kita dah citer benda alah nie dalam isu-isu yang lalu.. Yang mana takde kebaikan mutlak dan kejahatan mutlak kerana kuasa mutlak itu milik Allah.. Yes, dan aku dah citer macam mana ego aku dihancurkan dengan begitu saja.. But it kick me in the back too.. Tapi takpe itu cerita lama.. dan dalam beberapa hari ni aku gali dan gali balik sifat-sifat aku yang dulu.. bukan niat aku nak bina balik Ego tu cuma aku bukan manusia yang sempurna dan aku juga bukannya memiliki sifat maksum.. maka untuk mengejar keinginan aku pada ilmu.. Aku kene ingat dan kembalikan semua latihan yang diterapkan dalam diri aku secara fizikal dan mental.. Latihan yang memaksa aku untuk terus hidup dalam dunia ini... Dengan jalan yang aku pilih.. Memulakan sesuatu bukanlah sesuatu yang mudah namun ianya bermula dengan satu langkah.. diikuti dengan langkah yang lain.. Selama ini aku terlalu takut untuk melangkah semula kerana aku takut untuk menerima kegagalan yang mungkin menjelma bila-bila masa.. Namun semua ini perlu berubah.. Latihan dan pengorbanan yang aku lakukan tahun demi tahun tidak seharusnya berakhir dengan sedemikian rupa.. Semua pengorbanan dan kehidupan yang aku korbankan bukan untuk aku sia-siakan.. Perasaan yang aku buang selama ini, keinginan yang aku pendam selama ini bukan  berakhir di sini.. Masa muda yang aku gunakan demi mendambakan ilmu akan menjadi sia-sia jika kaki ini kaku.. tidak melangkah lagi..

Diri ini harus teguh berdiri kembali.. dan kini aku temui jawapan yang pasti membuat diri ini melangkah kembali.. Aku perlu kembalikan sikap dan sifat dalam diriku yang telah lama terpendam.. Hari demi hari ianya di sorok jauh dalam sanubari.. Tahun demi tahun ianya disembunyikan demi tidak menyakiti sesiapa.. Kerana aku tahu bertapa bahaya jika sifat ini tidak berada dalam kawalan yang sewajarnya.. Namun aku akur dan terpaksa lepaskan juga.. Ianya tidak mengenal mangsa dan tidak mengenal usia.. Aku kene kembali mengambil hidupku.. dan menetapkan haluan hidupku... Seperti mana ibu selalu berpesan.. Be the best now and always.. Be the best at every single thing that I'm doing.. Jangan buat separuh jalan dan jangan buat sambil lewa.. Fokus dan lakukan yang terbaik.. Biar putih tulang dari putih mata.. Do every single thing and give it my best shot.. Tak kisah sama ada dalam kehidupan seharian.. dalam kerja seharian.. Sampaikan pengaturan pernafasan harus dilakukan dengan baik.. Ingat balik, macam aku minimumkan masa untuk bernafas waktu jogging then atur balik pernafasan.. macam mana gerak kaki dan tangan selari dengan pernafasan.. Yang mana at the end lepas jog takkan tercungap pown.. Ingat balik macam mana aku minimumkan jarang perjalanan, masa yang perlu di ambil dan semua benda.. Macam mana aku tengok semua benda, semua detail dan optimumkan semua tenaga dan masa seharian yang aku ada... Keep my mind rolling.. not giving up on single available opportunity.. So itu yang aku belajar dan praktis kan.. Biarkan apa kata orang.. biar ape orang fikir.. Tak kisah la orang nak cakap aku picky ke, nerd ke, skema ke.. Lantak diorg la kan.. bukan nya aku hidup dan mati sebab diorg.. Nope..

It is time to be bold.. to be firm.. Untuk tuntut hak aku, untuk tuntut apa yang aku patut dapat.. It is time to be strict.. It is time to say what I want and No to what I hate.. Takde lagi nak jaga hati dan perasaan orang lain.. Now it is the moment of truth.. Takde lagi nak jaga hati orang.. Kalau dah diorg mintak sangat mulut aku jadi macam black hole.. It will be done.. Jujur pada diri sendiri Zamir... Tak yah nak jadi plastik depan orang.. Kalau tak suka cakap je tak suka dan kalau tak boleh cakap je tak boleh.. Redeem your right.. Okay kene mengaku la cara nie akan buat tak ramai orang selesa berdamping dengan aku.. tapi yang pasti sapa yang berdamping nanti jujur dan boleh terima sape diri aku sedia ada... It is time to be the real you.. Dekat UTM dulu ko dah buat macam nie and yet the people that stick with you still stick with you till this very day.. because it been built up under an honest relationship and we owe each others a lot.. We riding the same way to pursue the infinite excellent in our own field.. 

So be yourself.. Aim for the best, be perfectionist, optimized every single movement.. Be knowledgeable.. No room for errors.. Yup you being harsh before but nothing come easy and cheap right.. Either my way or the highway.. Either you accept my method or get out from my life.. Hahahahah.. 

It is time.. Bring back the part that you've been hiding since April 2010 back into this very Earth and Do not hold back anymore..

*Ok macam emotional di situ tapi tu yang terbaik kowt...*

Sunday 13 May 2012

A day to remember...

Alhamdulillah, rezeki hari ni dapat bertemu dengan Habib Ali Al-Jifri.. Antara waris keturunan Rasulullah saw.. Wajahnya terpancar cahaya yang aku sendiri tak dapat ungkapkan.. Yang pasti sepanjang masa aku kian tenang melihat wajahnya.. Resah dan gelisah yang aku alami hilang begitu saja.. Dan apa yang disampaikan oleh diri.. Alhamdulillah membuka mataku sendiri.. Antara beberapa perkara dia tekankan.. mengenai perubahan yang manusia ingin lakukan.. Dan yang paling bahaya dan yang paling merisaukan dia.. Pabila manusia mahu mengubah sesuatu dengan menggunakan kuasa politik.. Itu yang dia risaukan sendiri dan dia rasakan yang paling bahaya.. keran bagi dirinya apa yang paling penting perubahan itu datang dari hati datang dari akhlak peribadi seseorang itu dan bukan dengan kuasa politik atau apa-apa external power lain..

Ada juga beliau berpesan, di akhirat nanti.. ada satu golongan yang akan dihisab.. Solatnya cukup, amalnya cukup, sedekahnya cukup.. Cukup pelbagai kebaikan yang dia lakukan.. tapi hatinya tidak bersih.. Dia mencela orang, mengutuk orang dan melakukan pelbagai kejahatan hati yang lain.. Banyak penyakit hati yang dia lakukan..  Dan sedikit demi sedikit amalan yang dia lakukan, akan di ambil orang yang disakitinya dan bila amalnya telah habis.. Orang-orang yang disakitinya ini akan memberikan keburukan mereka pada dirinya.. Dan akhirnya disebabkan tiada lagi amal yang tinggal maka masuklah dirinya dalam api neraka.. Rasulullah turut bersabda inilah antara golongan yang digelar bankrupt (Nauzubillah, mintak dijauhkan dari menjadi dan menghampiri golongan sedemikan rupa)..

Dari pelbagai pesanan yang ditujukan kepada aku.. Aku dapat rasakan.. intipati yang paling penting ialah akhlak.. Contohi la akhlak Rasulullah.. Lakukan perubahan pada diri sendiri dulu.. Cantikkan Akhlak diri barulah nak betulkan akhlak orang lain.. Bersihkan Akhlak diri dulu baru nak bersihkan orang lain... InsyaAllah aku akan cuba perbaiki diri sendiri  untuk menjadi lebih baik dan mencontohi akhlak Rasulullah...

Dan lagi satu.. Aku dah sedar kenapa aku seolah-olah hilang minat dalam apa yang aku lakukan sebelum ni.. Sebab aku dah hilang sifat perfectionist aku.. Aku dah hilang sifat cabar dan di cabar.. aku terlalu selesa dengan kehidupan sekarang dan aku jarang keluar dari comfort zon aku.. aku terlupa yang diri aku sendiri.. aku terlupa siapa zamir yang sebenarnya.. dia bukan sekadar manusia yang duduk menanti peluang.. dia bukan manusia yang senang berpuasa hati dengan pencapaiannya... dia bukanlah manusia yang hanya duduk dan memerhati semata-mata.. Dan yang pasti dia bukanlah insan yang mengalah di tengah jalan.. 

Dia merupakan antara manusia yang passionate and enthusiastic yang pernah aku jumpa.. dialah manusia yang sentiasa inginkan yang terbaik.. Yang sentiasa mencabar dan dicabar.. Pushing his own limit... pushing the boundaries.. pushing whatever he can push.. It will never ever snap.. it will bent, twiss and what so ever.. but he will never ever backed down and say that's it.. He's the kind of guy that will never stop untill it is finish and even when it is finish he will continue further till mankind never thought the possibilities.. He is that kind of guy.. Dialah manusia yang mencipta peluang.. The man that create his own opportunity.. Walk his own path.,, Create his own legacy in many ways and in his own unique ways.. He was is the man of his own word.. and if all this is his word.. 

Get out from the comfort zone.. Be a good muslim... Cantikkan akhlak dan perbaiki diri and aim for the best.. in both world.. in the research world and also in the humanity world.. It is not wrong to be a perfectionist even no body is going to be perfect.. Ingat Zamir dengan doa dan usaha, engkau telah diberikan peluang untuk mencipta dan menghasilkan semua peluang yang ada.. maka jangan sia-siakan kerana kau berada dalam keadaan selesa.. This is not you.. Wake up and today is your wake up call.. Kau telah diketemukan dengan pelbagai insan yang bertuah disekeliling kau.. dan kau juga diketemukan dengan berbagai-bagai insan yang membawa cerita dan luka mereka.. It is time for you to move.. move your heart.. Stop being easily satisfied..

Understanding your research is not sufficient.. Zamir that we know understand others too.. He helps others in their research too..

Waiting the next step is wasting time.. Zamir that we know never ever wait.. Either he is doing something for himself or helping others in their strunggle..

Do one thing at a time is not fun... Zamir that we know do multiple stuff at a time... He even doing labwork a day before he is submitting his thesis.. and what he reported in there were the data 6 months back.. The data he obtained yesterday were ripped for the future.. He is that kind of guy.. the guy who will never ever satisfied in seeking any knowledge.. 

Giving was not enough for him.. Zamir that we know never turn back most of the offer.. Either in helping others solving their problems or just being there to listen..

He is the man in his own world.. The world that he lived is to create a better world for others.. That is what he dream to achieved.. I missed that guy.. From the bottom of my heart, I want to see what he can achieved and what will he achieved.. If you're reading this and heard this call.. Wake up and be there.. Not for me but for them.. For the people that you're protecting.. For the people that believe in you.. For the people that you help and you inspired.. For the people that look up to you.. For the people that being moved by your path.. Wake up and continue your life as the way you always did.. It is about your life and how you help others.. Every little helps..

Wake up and get out from the comfort zone.. That is not your life.. You belong to the wilderness.. The the passionate world that burnt with sensation and blazing enthusiasm.. It is not wrong to be the best and do the best.. but it is wrong if you're not even trying to do the best that you can.. So.. wake up and do your best.. No more hiding in the closet.. Because that is not The Zamir that we know...

*Disclaimer - Maaf jika post kali ni banyak pujian diberikan kat diri aku sendiri.. bukan niat nak tulis recommendation letter untuk kerja or so on.. Just as reminder to myself to get out from this comfort zone.. Thanks to everyone that involve today in helping me realise that I've been trapped in my comfort zone and stop being challenged by others ans accepting others challenges*

Saturday 12 May 2012

It is a blast..

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran pada Allah yang Maha Esa.. Diberikan diri ini kudrat untuk meneruskan kehidupan.. Sedar tak sedar.. hayat ini makin menghampiri kematian.. Kini setahun telah berlalu sejak tanggal 12 Mei tahun lepas.. maka setahun diri ini makin menghampiri kematian dan juga untuk bertemu dengan penciptanya...

Alhamdulillah, bangun-bangun pagi dikejutkan dengan ucapan selamat dari kakak di utara bumi asing ni.. and for the first time aku bangun dan siapkan sarapan pagi untuk orang lain.. Tak tau la jampi serapah ape dia pakai.. Merami ke Medroa ke Firaga ke... Sampai boleh la plak aku bangun pagi dan siapkan breakfast untuk insan bertuah tu.. Then terus dengan sambutan kecil-kecilan from my friends.. Thank you guys and girls for the arrangement.. Thanks for the thought and for the giftssssssssss... Dah lama kowt orang tak bagi hadiah sebab selalunya been hiding this event in my life and just kept minimal to family members and closed friends.. So touching sket la tadi bila ada orang lain ingat.. because being purposely hide the date for personal interest.. I dont mind people knowing my age.. One of the reason for hiding it is due to I rarely remember people's important dates.. If I remember yours it is either you're my family, closed friends, loved ones or someone that I have crush on or someone that I stalk 24/7.. haha.. So untuk mengelakkan orang terluka dengan kelemahan aku untuk ingat tarikh-tarikh penting ni. Better not to let mine out kan.. 

The gifts were and are nice... The cards tooo.. Thank you.. It is a blast.. indeed a good one... 

Pastu dapat text from Mom and Dad.. So nice.. dapat pulak time nak Maghrib kat Malaysia.. It is struck deep inside my heart.. Untuk katakan bertapa bertuahnya aku di lahirkan dalam zaman dan keluarga yang aku miliki sekarang nie...

Dan apa yang aku rasa penting.. Alhamdulillah, I achieved so much in this one year time.. Aku jadi lagi bertanggungjawab (okay kekadang tu jadi lagi jahat, going to admit it), pengurusan kewangan lebih terancang, being modest and minimalist. Setiap hari dan masa try untuk dapatkan apa yang penting dalam hidup dan apa yang perlu berbanding apa yang aku nak.. Being doing few charity event. Alhamdulillah, walaupun masih banyak kekurangan.. sekurang-kurangnya, aku sendiri nampak apa perubahan yang berlaku. Terutamanya skang ni dah kurang risau dengan apa yang orang kata, dah kurang risau dengan apa nak jadi dengan percutian kali ni. Lebih kepada.. Buat yang terbaik dan kekalkan yang terbaik.

InsyaAllah aku akan cuba kekalkan keadaan yang baik sekarang ni dan cuba untuk hidup dengan lebih minimalist di masa akan datang. Hidup atas dasar keperluan dan bukan kehendak. Lebih bersemangat dalam menuntut ilmu. Lebih mudah untuk berkongsi ilmu. Dapat menjalankan kerja-kerja amal dengan lebih kerap. Berkongsi kesenangan dengan orang lain. Berhenti menilai orang lain dan kisah akan penilaian orang lain atas diri aku dan teruskan dalam proses mendidik diri ini supaya lebih dekat pada pencipta nya.. Erm mungkin dah kene start tambah ni, maybe it is time to start thinking a family of my own... bukan to create ek.. to start thinking.. ye la.. blaja pown dah nak sampai penghujungnya.. it is time kowt.. but to think first and obviously not to jump into it yet... Okay-okay berhenti merepek di sini.. full stop...

Tapi kan.. kata je minimalist.. bila cek-cek hadiah untuk diri sendiri.. haha.. jangan marah ek..

1. Star Wars Xbox 360 consoles (Kononnya hadiah 2nd year assessment - beli 3/4/2012)

tapi....

2. 10 g 999 Emas (Kononnya sebagai pemangkin ekonomi Islam - beli 10/5/2012)

tapi..

3. Phone baru (Kononnya nak renew kontrak  - renew 12/5/2012)

last-last semua macam jadi hadiah untuk hari ni jer.. Haha.. InsyaAllah semoga ianya akan dijadikan pemangkin kepada benda-benda yang lebih bermanfaat.. Semoga hari ni akan menjadi antara hari-hari permulaan terciptanya sejarah yang bakal membangkitkan semngat juang dalam diri ini untuk menegakkan syiar Islam semula di atas muka bumi ini.. InsyaAllah

Thursday 10 May 2012

Respond aku tentang Bersih 3.0

Bro.. You put your words as nearly as my thought.. So to sum up, I'll post your blog and your idea here..

By Carl Samsudin
http://carlsamsudin.blogspot.co.uk/
Assalamualaikum
Khas untuk diriku, keluargaku, sahabatku dan muslim Malaysia

Aku mulakan dengan realiti politik di negara tercinta kita, Malaysia. Kebanyakan dari kita sudah maklum bahawa pemerintahan kita mengamalkan sistem DEMOKRASI. Demokrasi secara mudah ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Demokrasi menghendaki pemilihan oleh orang ramai, maka muncullah parti-parti politik. Di dalam  sistem demokrasi, siapa meraih undi yang paling banyak maka dialah juara. Maka untuk  ini, muncullah hukum Machiavelli -"MATLAMAT MENGHALALKAN CARA". Penganut-penganut sistem demokrasi di'halal'kan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk mencapai undi paling maksimum agar begelar juara.

Niccolò Machiavelli - Matlamat meghalalkan cara

Anda dibenarkan memaki-hamun, menjatuhkan maruah lawan, mengeluarkan video-video lucah atau melompat parti. Anda juga boleh merasuah pengundi, menabur janji palsu atau menipu undi pos. Anda juga dibenarkan mencetak beribu-ribu kad pengenalan palsu, memberi kerakyatan kepada warga asing atau membenarkan pengundi mengundi dua kali atau berkali-kali. Anda juga boleh merasuah suruhanjaya pilihanraya atau sekatan media. Terlalu banyak cara sebenarnya untuk anda boleh lakukan untuk meraih undi. Sebab peraturan terpenting demokrasi ialah UNDI. UNDI ialah Tuhan demokrasi. Dalam sistem demokrasi, dari 9 orang bodoh dan seorang yang bijak, sistem akan mengangkat salah seorang dari orang-orang bodoh itu menjadi ketua. Orang yang bijak itu hanya memiliki kebarangkalian 0.00000009% untuk menang. Maksudnya orang bijak itu mustahil untuk menang sehinggalah kesemua orang-orang bodoh tadi mati.

Jangan biarkan Tanah Melayu ini menjadi seperti Tanah Arab

Dalam sistem pemerintahan Islam, kita mempunyai satu majlis pemilihan yang dinamakan Syura. Syura ini terdiri dari kalangan bijak pandai, alim ulama, dan mereka adalah golongan yang yang terpilih hasil sokongan orang ramai. Syura bukanlah kerajaan, tetapi mereka bertanggungjawab untuk memilih kerajaan. Jadi kebarangkalian untuk mendapat kerajaan yang bodoh amat tipis. Orang bijak yang memilih kerajaan, bukan majoriti. Ini adalah sistem Islam, sistem yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ketika nabi wafat, para sahabat nabi yang terpilih berbincang untuk memilih pengganti nabi bagi memikul tanggungjawab memimpin umat Islam. Para sahabat tidak pernah mengadakan pilihanraya dan mereka juga tidak pernah menubuhkan parti. Mereka tidak terjerit-jerit di jalanan. Mereka tidak hantar memorandum kepada raja Mekah. Mereka hanya berdoa kepada Allah SWT. Mereka bermesyuarat dan melaksanakan solat istikharah. Bukan buang masa macam orang bodoh, terpekik terlolong di jalanan.


Dalam situasi di negara kita, kita maklum bahawa sistem politik yang diamalkan ialah demokrasi BUKAN SISTEM ISLAM. Ini hasil penjajahan pemikaran orientalis di seluruh dunia. Namun Islam telah mengajarkan bagaimana untuk menguruskan pemerintahan. Bagaimana untuk mentadbir sebuah negara. Bila orang hendak berkahwin, mereka mahukan syariat. Bila mahu berurusan dalam jual beli atau kewangan, mereka mahukan syariat. Namun apabila mahu mentadbir negara, mereka buang syariat jauh-jauh. Adakah hukum Al-Quran boleh diambil dan dibuang sesuka hati? Di dunia, anda boleh terlepas bebas, namun di akhirat anda tidak boleh lari. Cukuplah dengan kenyataan bahawa anda dan saya akan mati suatu hari nanti. Adakah saya dan anda boleh lari dari kematian? Bekas-bekas ketua negara akan dipanggil pulang oleh Ilahi dan mereka akan ditanya, mengapa tidak jalankan hukum-Nya ketika memegang kuasa nombor satu di Malaysia? Mereka pasti ditanya sebab hukum-Nya tertulis jelas dalam AlQuran.

Adalah Allah SWT menurunkan hukum Hudud hanya untuk dipermainkan? Adakah hukum Hudud boleh dijual dengan harga 'Negara Kebajikan'? Apa itu 'Negara Kebajikan'? Mengapa begitu bodoh sekali sehingga menggadaikan hukum-Nya di telapak kaki musuh-musuh Islam? Ingat, jika anda berusaha sepanjang hidup anda untuk menegakkan hukum-Nya namun masih tidak berjaya, anda memiliki alasan di hadapan Allah di akhirat nanti. Namun apabila anda buang hukum-Nya dan menggantikan dengan 'Negara Kebajikan' atau seangkatan dengannya, apakah lagi alasan anda di hadapan Allah?

Kita ada parti UMNO, PAS dan PKR yang dipimpin oleh Melayu Islam. Kita ada DAP sebagai paksi politik yang dipimpin oleh orang kafir yang bahaya. Dan selebihnya ialah NGO. Dalam sesetengah keadaan,
NGO ini adalah sebenarnya parti dalam parti. Mereka mampu mencatur politik sesebuah parti. Dalam isu terkini, seperti isu Bersih 3.0, kita sebagai orang Islam harus berfikir matang dan waras. Pertamanya, siasat latarbelakang SIAPA YANG MENGGERAKKAN IA. Siapa penganjurnya, siapa pendukungnya? Kaji dahulu dan tanya diri adakah aku perlu menyokongnya?

Perlukah menyokongnya?

Siapakah dia?

Orang Melayu yang beragama Islam kena bijak, kerana mereka adalah target yang akan dimangsai cukup-cukup dalam Bersih 3.0. PAS telah berjanji akan menggerakkan kira-kira 300,000 orang untuk menyertai perhimpunan itu. Siapa mereka? Orang Melayu-Islam. Adakah ada janji DAP atau Hindraf untuk menggerakkan dengan jumlah yang sama untuk Bersih 3.0? TIDAK! Tidak ada janji seperti itu. Maka yang akan terpekik terlolong adalah Melayu-Islam. Yang buat kerja adalah Melayu Islam. Yang memerhati adalah musuh-musuh Melayu-Islam. Yang buang masa di tengah panas adalah Melayu-Islam, yang tolong tengok adalah  musuh-musuh Melayu-Islam. Kemudian kita tengok di manakan mereka akan BERKUMPUL.

SOGO, Kuala Lumpur

Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur

Mereka berkumpul di SOGO, Masjid Kampung Baru dan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sahabat-sahabatku, ini tempat 'lepak' orang Melayu. Mengapa mahu berkumpul di masjid, tidak di gereja atau tokong? Penganjurnya ialah non-muslim yang memusuhi Islam. Mengapa gunakan masjid?


INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.

Mengapa berkumpul di SOGO, bukan di Low Yatt atau Bukit Bintang?

ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.


Bersih 3.0 didokong oleh orang kafir yang memusuhi kamu orang Melayu dan agama Islam. Hamba rakyatnya ialah ahli-ahli PAS dan orang-orang Melayu PKR. Untuk tidak nampak dipergunakan, beberapa orang Cina dan India (non-muslim) akan turun untuk beri semangat kepada Melayu-Melayu bodoh ini untuk terpekik terlolong di jalanraya.  Majoriti akan mengambil sikap tunggu dan lihat. Provokasi dijalankan, hasilnya Pemuda UMNO dan Perkasa bangkit untuk menentang. Namun pendekatan Perkasa bodoh dan tidak matang. Mereka mengambil pendekatan kasar dan tidak berhikmah. Mereka menjadi rasis secara tidak bijak dan terang-terangan. Hasilnya ia tidak disenangi oleh Pemuda UMNO. Mereka berselisih pendapat. Ketika Pemuda UMNO dan Perkasa bercakaran, musuh-musuh Melayu dan Islam terus menjalankan provokasi dan propaganda. Silap haribulan, yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR,Melayu UMNO dan Melayu Perkasa. Non-Muslim akan bertepuk tangan dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.

Pas menjadi bingung hanya kerana dibuai mimpi demokrasi. Pas telah menjadi hamba demokrasi dan terpaksa mengikut tarian demokrasi. Pas mencapai satu tahap di mana matlamat perjuangannya ialah MENJATUHKAN UMNO. Tidak kira walaupun matlamat menegakkan Negara Islam dibuang jauh-jauh dengan menggantikannya dengan konsep Negara Kebajikan. Rasulullah s.a.w tidak pula menjalankan Negara Kebajikan untuk mengambil hati Yahudi Bani Quraizah,Qainuqa atau Majusi dan Nasrani di kota Madinah. Mengapa untuk mengambil hati DAP dan sekularis PKR, maka hukum Allah boleh diketepikan?


Saya berpesan kepada saudara-saudara saya supaya fikirkan tentang ini. Kali ini kita buat seperti kaum Cina buat setiap kali ada isu, iaitu TUNGGU DAN  LIHAT. Jangan turun ke perhimpunan. Biar Ambiga dan kuncu-kuncunya terpekik terlolong dalam panas. Ingat, biar mereka yang buat kerja, bukan kita. Kita terlalu mulia untuk terpekik terlolong macam anjing di jalanan. Jangan biarkan Ambiga selesa di pejabat memantau kita yang terpekik terlolong, paksa dia turun dan paksa dia terpekik terlolong. Kita diam dan saksikan sahaja dia menjerit.

Ahli PAS, buat macam ini. Tolong. Anda kena bijak. Ini bukan pasal UMNO yang anda benci sampai ke mati, INI DEMI ISLAM YANG TERCINTA. Kita kena membezakan perjuangan menentang UMNO dengan perjuangan menentang musuh-musuh Islam. UMNO adalah saudara kita yang diberi dadah oleh musuh Islam. Kita kasi cantas dahulu musuh Islam. Kemudian kita rawat UMNO, ajak mereka ke masjid, solat berjemaah. Beritahu mereka kebesaran Allah SWT. Beritahu mereka keindahan Islam. Hikmah melaksanakan perintah Allah.




Cintakan Allah, cintakan Nabi. Ingat, caranya mesti tepat dan betul. 
Perjuangan bersama 'panji-panji hitam dari timur' - Dinar Emas

Wednesday 9 May 2012

Fighter not quitter...

Sedar tak sedar dah 3 hari aku selsema.. Balik je dari Cardiff haritu okay je.. Esoknya bila bangun terus suara serak-serak basah dan hingus mula mengalir.. Macam budak hingusan dah.. haha.. Mungkin ada hikmahnya.. Bila fikir-fikir balik.. selsema ni semua macam ujian untuk tengok aku nyer kepercayaan.. How strong my conviction is.. Alhamdulillah.. Bila demam nie, yet aku still pegi skool.. Masuk lab.. even semalam wat keje dari pagi sampai petang.. dengan hingus mengalir... yet boleh je buat keje and felt better.. Still berdiri teguh.. Cuma hari ni tak mampu nak bertahan lama.. Pkol 3 dah tertido kt dalam lecture. so pkul 4 balik umah.. telan panadol soluble dan tetido... Siap lupe nak teman member aku pegi amek barang dia.. (sorry ayie.. :(...)... Bila fikir balik conviction aku still teguh ar kan.. sebab kalau aku trauma takde la aku gigih sampai tahap demam pown masuk lab dan wat keje.. So the fight and the will is still there.. 

Thanks to both of my friend kowt.. Over the weekend aku fikir punya fikir.. barulah la dapat jawapan... I'm doing all this is not because of me.. Its because of them.. This is their dream too.. Their fight too.. If I'm going to fear from all this stuff.. Aku hanya perlu ingatkan diri aku.. semua ni bukan demi aku tapi demi diorang.. For their sake.. Their dream, Our dream.. So zamir embrace the dream and continue to complete it.. It is their life too.. Protect it.. I'm a fighter and even not a strong one.. I'm pretty sure I'm not a quitter.. I will fight and fight no matter what happen.. They been doing their best in Malaysia to educate people on the other part.. So this is my fight on the other side of the world.. So zamir remember whenever you're down.. Just remember our dream, our duty and our passion towards the idea of it.. Fight for it.. and fight for them.. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua cabaran yang telah Kau bentangkan untuk Kami Ya Allah..

Then bila balik rumah.. Dapat la kad from my Family... Bila baca lagi la terharu..

Abah - Study is short.. Make it Sweet.. So 'Balun' Habis.. I mean enjoy yourself. Happy Birthday (Giler r, abah tau cakap Balun skang.. hehehe)

Mak - Allah is always with you. Be good all the time. Happy Birthday my son, Enjoy your life. Be the best now & forever.. (Thanks Mom.. will do, will definitely make you proud Mom..)

Along - Amir, life's full of deception, its your job to manipulate.. ha ha ha ( Yes along, will try my best to manipulate it to make the most out of it)

Kak Vivi - Dear Amir, Happy Birthday. Have a blessed and blast one. (Yup will do Kak Vi)

Aedya - Dear Pak Usu, I love you. Happy Birtday.. ( I love you too Aedya.. Waaa.. Aedya dah besar and dah pandai tulis..)

Ayie - Bila nak diving dengan aku, shayna & satoshi? Happy Birthday.. (Wah Satoshi pown nak join diving ke.. aku nak je diving.. tunggu aku nanti.. balik Msia trus amek kelas.. sama-sama dengan satoshi)

Shayna - Happy Birthday, a year older, a year wiser.. (Thanks shayna.. InsyaAllah will be wiser than last year)

Siti - Jimbaro, Jimbarae, easy peasy PhD yeay, get yours before your next birthday, I'll be waiting and shout hip-hip hooray.. (InsyaAllah siti.. Doakan aku murah rezeki.. will try my best even though aku macam nak stay lama sket untuk belajar benda lain..)

Awel - The Best Year 2012 and have a blast.. (Haha, okeyh Awel, will make 2012 one of my best year.. Yeehaaa)

Thanks all of you for the birthday wish.. So with my family around... Plus both of you Khalif and Amrul.. I can not lose anymore or even said the word fear or quitting right.. I'll do my best.. not for me but for all of you.. It is our journey and will be ours to treasure till the last breath of our life..

I'm a Fighter and not a quitter.. XD..

Friday 4 May 2012

Fear is a fearsome opponent...

Baru lepas cakap pasal eyes of Hunter kan..Tetibe discover benda baru.. when you are using your eyes including your inner eyes to be a good observer.. You will find something absolute.. Yup.. It is true.. and I found one.. Fear that reside deep in my heart.. Konon aku confident bile observed orang lain boleh belajar banyak benda.. dan aku tak sedar dalam diam aku sebenarnya observed diri aku sendiri.. dan lepas seketika aku mengaku.. Aku dalam masalah and I'm not fine.. Lepas borak dengan kawan-kawan aku.. secara ringkas.. aku masih dalam keadaan trauma.. Walaupun badan aku jasad dan fizikal.. even mind state aku dah stabil dengan event yang berlaku februari lepas.. Emosi dan psikologikal aku masih tak recover sepenuhnya.. With few simple event, orang yang dah lama kenal aku mungkin boleh detect.. So at last aku senaraikan semua benda pelik yang aku buat:

1. Dah 2 minggu aku masuk lab tapi most of the time aku baca komik dan tak sentuh reaktor langsung.
2. Tak sampai 5 minit aku duduk dalam lab aku dah gelisah dan keluar dari tempat tu.
3. Bila buat 3 eksperimen serentak. Kept forgetting the other two.
4. Data yang sepatutnya boleh collect hari ni aku tunggu esok dan esok dan esok..
5. Inventori dan barang aku dah tak keep track

dan benda paling aku tak sangka aku buat semalam

6. I walked away from scientific talk because they delayed the time for 15 minutes..

Okay.. aku admit aku freakout bila aku list down benda alah ni.. tapi time its happen aku takde pape perasaan not even a single thing hit me.. Seolah-olah aku dah sampai tahap kekosangan yang tak buat aku risaukan pape pown.. Which is good rite? but on the other hand.. It seem that I lost interest in knowldege and scientific world.. In another point of view.. Mungkin aku taku nak masuk balik dalam dunia tu sebab insiden lepas give one of the greatest impact I ever had.. Mungkin... aku sendiri pown tak pasti..

Apa yang aku pasti.. I didn't put any effort in my research life anymore.. I didn't put any soul into my movement anymore.. It seem like a programed robot doing stuff.. I don't used my head.. my brain to think.. It just work spontaneously.. Somehow.. deep inside me, the scientist that I know just died.. Aku tak nak la kata dah mati.. mungkin koma.. yup.. koma the right word.. nanti dia sedar balik nie.. Tapi semangat juang aku dah hilang.. Belang tarung dan semua benda alah tu dah hilang.. the killing intent just gone.. swift by the wind.. Sampai tahap seolah-olah aku takde sebab nak bangun awal... and I stop doing optimisation in my life.. No more analysis in my daily life.. No more shortest route, no more less energy route, no more optimised work need to be used, optimised time to be anticipate.. No more anticipate the unanticipated. No more thinking of what next.. Just live life in the present.. Is this a normal human life that one should live on.. Without any worries, without any skillful thinking style.. With optimising every single moment of his own life.. Or is it I'm just tired of thinking.. because at the end it will be the same.. Is it that I just lost faith and reason to live anymore.. I'm not sure what happen.. but I know that I'm not okay because it is not my own style and my own way..

When did Zamir ever start his labwork after 10 am.. It is totally absurd...

Somehow deep inside my heart, there still fear.. Fear to enter the world of knowledge again.. because I've been given so much been trying my best and I drop dead just like that.. People said that the strongest person is the one that get up when they fall.. I thought I'm able to do that and stand on my feet.. I did but my soul still lying on the ground afraid to face the fear..

The normal feeling gone too:

Excitement
Happy
Sad
Cheerful
Anger
Enthusiasm
Disappointment


All those feeling is not there when I start to wear my lab coat or even hold a piece of diamond.. The only feeling that I felt is just nothingness and emptiness.. Am I on the path of Asura.. Or Am I already fall into the Abyss of Darkness.. I'm not sure.. and I'm not sure how to encounter it.. How to overcome and to regain the excitement and enthusiasm back.. To bring back the passion and love towards it.. To use the fear as stepping stone.. to use the fear as strength in my endeavor.

It is going to be one of the battle.. The battle between myself.. Whether I'll be retuning as the person that seek knowledge for the greater good or I'll not be returning at all.. I wish there is someone that had walk this path before and guide me to place where I'm belong to... because I know that I should create a strong conviction and belief in myself.. Never ever give and so on.. but fear is a fearsome opponent.. Without a proper guide, it is not going to be an easy battle..