Pages

Wednesday 29 February 2012

No more Magic Hand...

Kembara mengenali diri diteruskan lagi.. Pencarian dan refleksi terus dilakukan.. Demi melentur identiti pada insan bergelar Zamir.. bukan identiti di mata manusia tetapi identiti diri di mata Penciptanya.. Tuhan sekalian alam.. Allah swt.. Mungkin pada usia 20-an ini baru empunya badan sedar dan menerima hakikat dunia ini sementara dan we are not going to leave this world alive.. Dan semuanya hanyalah sementara.. Tiada apa dalam dunia ini kekal selamanya.. Mungkin ramai yang hafal akan rukun Islam dan rukun Iman namun tidak semua memahami dan meletakkan kepercayaan padanya.. kerana apa yang kita percaya ditonjolkan.. dizahirkan dalam tabiat dan kehidupan seharian... Jika kita semata-mata berkata percaya pada hari kiamat namun perbuatan seharian tidak penjurus pada kepercayaan tersebut maka kita tidak mempraktikan kepercayaan tersebut.. dan ianya hanyalah sebagai sebutan di mulut...

Kesedaran ini membawa kepada kepercayaan dan keyakinan diri ini buat masa sekarang.. Diimbau kenapa hatinya tidak setenang dahulu dan tidak secekal dahulu.. Bukan niat diri ini untuk kembali ke zaman lalu.. kerana tidak guna mengenang sejarah dann aku akui zaman lalu penuh dengan kejahilan dalam hidup ini.. namun ada juga pengajaran dan juga pengalaman yang mampu digunakan untuk melentur identiti pada masa kini.. Jika diberi peluang, aku tak mahu pulang ke zaman-zaman gelapku dulu... Namun dalam zaman kegelapan itu, wujud sinar keikhlasan dalam beberapa perkara.. yang mana ianya makin hanyut dan luput disebabkan kata-kata manusia..

Perjalanannya bermula begini.. Suatu masa dahulu, Alhamdulillah dengan izin-Nya, setiap kali melakukan sesuatu eksperimen, tangan, badan dan jasad ini seolah-olah menari dan bergerak dengan alunan, rentak eksperimen tersebut (bunyi macam tak masuk akal tapi ianya berlaku).. Tiada persiapan yang rapi dilakukan.. bak kata dunia saintifik yang sekular.. tiada sistem dan tidak sistematik sebelum melakukan eksperimen.. Tetapi semasa melakukan, seolah-olah badan ini mengikut rentak dan pada pandangan orang lain ianya penuh bersistem.. Dan, sampai ke satu tahap, ada yang mula melabel "Zamir tangan ko nie tangan emas ke ape.. Pegang sume benda jadi, buat sume benda jadi.. tak pernah tak jadi... kiteorang punya la try dua or tiga minggu, ko datang buat sekali jer tak sampai 1 hari dah jadi"... Dah lebih kurang macam citer mitos Greek la plak kan.. Di waktu itu, perasaan yang ada hanyalah untuk membantu dan menolong rakan yang lain.. Di saat itu, setiap eksperimen dilakukan kerana sifat ingin tahu dan penerokaan terhadap ilmu yang bermanfaat. Masih segar di fikiran, sewaktu melakukan extraction of slag, niat di hati untuk memanipulasikan bahan buangan untuk menjadi bahan termaju bagi mengurangkan kos bahan tersebut.. supaya lebih ramai boleh membelinya untuk tujuan penyelidikan.. Ada juga pada satu masa yang lain.. Menggabungkan bahan termaju dengan foto-pemangkin bagi merungkai dan memusnahkan bahan yang berbahaya terhadap ekosistem Malaysia.. Semua kerja dilaksanakan atas dasar untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk manusia dan juga makhluk ciptaan Allah.. mudah.. tidak pernah diri ini terperangkap dalam kata-kata manusia seperti Magic hand, Gold hand dan sebagainya...

Alasannya pun mudah.. Pada waktu dan ketika itu.. semua perkara dilihat dari aspek pencarian ilmu, dan tiada matlamat khusus terhadap pencarian tersebut.. Masih mekar dan jelas lagi di mana, setiap kajian yang dilakukan.. Diberikan perhatian yang khusus.. Tidak cukup dengan 1 lab, 2 lab diterjah dan akhirnya sampai 3 lab digunakan serentak.. Kalau nak difikirkan akal manusia dan kekuatan manusia.. Ianya hampir ke arah sesuatu yang mustahil.. Dan.. masih ingat lagi teguran dari kedua-dua penyelia " Dah la tu Zamir, awak dah boleh berhenti buat lab work dan mula menulis, dah cukup untuk tesis awak tu".. Dan balasku ringkas " Takpe lah Dr, tesis tu saya tulis jugak nnt, tapi sekarang nie tgh seronok tgk sume benda nie".. Boleh la plak aku cakap tgh seronok tgk semua benda nie... Padahal ramai je pada masa tu stress, depress dan macam-macam lagi on their project.. dan aku boleh cakap seronok.. N Chien Wen, ingat lagi tak, seronok giler time kite try to devise new approach untuk your project.. It is an awesome experience.. rasa hampir 3 minggu jugak kita try kan... I'm so happy waktu tu.. Try and error, try teroka benda baru just dari such a simple theory.. and you keep saying sorry and really sorry sebab took my time away.. drag my project and so on.. but I keep saying its okay.. I'm having fun.. 

Maka bila dilihat setiap tindakan itu membawa kepada pemahaman terhadap ilmu dan juga terrungkap nyer perkataan I'm having fun... Mungkin dari situ lahirnya istilah keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara.. Sebab keseronakan hanya datang pada hati yang tenang tanpa diterjah kerisauan.. dan dalam mengecapi hati yang tenang, perkara yang kita lakukan perlulah bebas dari sebarang kerisauan kerna jika kita percaya dan yakin bahawa Allah itu Tuhan sekalian alam, tidak perlu untuk kita risau.. dan tidak ada sebab untuk kita risau jika benda yang kita lakukan itu baik dan membawa kebaikan..

Dan bila melihat keadaan ku pabila berada di sini.. Aku makin terasa bahang sekularisma... Setiap tindak tanduk harus berasaskan rationality.. bukannya kepercayaan pada kuasa Allah.. Di situ lah masalah bermula.. kehidupan ku semakin hari semakin menjadi self-centred... Ya aku akui aku cakap makin ramai rakan di sekeliling ku menjadi self-centred tanpa ku sedari diri ini berubah dengan lebih pantas... Setiap kali melakukan penyelidikan, aku akan melakukannya sebab inginkan data yang complied dgn teori... Ini salahku... Ini kesalahan pertama.. Mungkin kerana kagum dengan penyelia dan rakan-rakan di sini, aku lupa, aku alpa dengan keagungan dan kehebatan Yang Maha Mengetahui... Pabila aku terperangkap dalam paradigma sebegini, setiap hari aku cuba membuktikan anggapan mereka betul.. Cuba mendapatkan data yang terbaik.. Merancang dan terus merancang.. Badan aku tidak lagi mengikut alunan rentak eksperimen.. Aku memaksa eksperimen mengikut rentakku.. Dan hasilnya... Aku mula hilang arah, tujuan dan sebagainya.. kerana aku tidak lakukannya demi ilmu, demi membantu manusia lain, demi memahami akan Penciptaku.. Aku lakukan demi diriku sendiri, untuk membuktikan diriku sendiri, dan sampai satu tahap, aku sendiri dirasuk dengan suapan manusia biasa.. "Ala Zamir, ko kan ada magic hand.. semua yang ko sentuh mesti jadi la... nanti kalau jadi cnfirm menang hadiah nobel".. Bila rasukan ini mula meracuni badan.. Jadilah aku manusia paling self-centred dalam sejarah hidup aku.. Setiap usaha aku dambakan hasil.. setiap perkara yang aku lakukan, aku inginkan kebaikan pada diriku dahulu.. Tiada la perkataan I'm having fun terpacul dari mulut ini.. Tiada.. None... Dan apabila keadaan ini digabungkan dengan ilusi dari post sebelum ini.. Hiduplah aku dalam dunia kegelapan.. Kemahuan jasad, naluri, rohani dan semuanya tidak dipenuhi... Mengeruhkan lagi keadaan diri.. Tidak wujud pun sekelumit perasaan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.. malah diri ini menjadi terlalu oppurtunist, rebellious dan ingin membuktikan bahawa diriku betul dalam semua aspek... Seolah-olah aku lupa pada Penciptaku.. Nauzubillah....

Say no more to all of this...
No more to Magic hand
No more to Gold hand
No more in trying to prove myself to other humans
No more.... full stop...

Alhamdulillah.. Bila aku sedar akan semua ini, persepsiku mula berubah.. Tiada lagi expectation harian dalam percutian kali ini.. Dan setiap eksperimen yang dilakukan.. dilakukan dengan penuh minat dan kefahaman.. bukan berlandaskan teori manusia dan keinginan untuk membuktikan teori manusia.. Teori dari manusia bukanlah sesuatu yang benar dan mutlak.. mudah.. simple.. full stop..

Hanya Allah yang memiliki kebenaran dan Hanya Dia yang Mengetahui kebenaran dunia ini.. Hiduplah demi Allah, hiduplah dengan melakukan kebaikan dan hiduplah kerana hari akhirat... Percutian, Eksperimen dan sebagainya bukanlah dilakukan untuk membuktikan diri sendiri.. tetapi untuk mendapatkan keredhaan dari Yang Maha Suci...

Dont get too serious in this life because no one going to leave this life ALIVE!!!!...

Tuesday 28 February 2012

Fitrah dikatakan fitrah sebab ianya fitrah...

Proses mendalami diri dan mengenali diri terus dilakukan.. Akhirnya samapai la ke satu tahap yang mana diri ni sebenarnya dalam proses pencarian.. Sam your're right.. Kata-katamu 2 tahun yang lalu memang betul.. Walaupun sekuat mana diri ini denied at that moment.. Diri ini masih dalam proses mencari identiti.. mencuba itu dan ini.. Bila diselami terlalu banyak ilusi yang dibina untuk menidakkan fitrah manusia dalam diri.. terlalu banyak ilusi di bina kerana takut untuk berdepan dengan dunia sebenar.. Namun, tempoh 2 hari yang diberikan untuk aku bernafas semula, untuk meneruskan kehidupan ini.. membuka mata dalam pelbagai aspek. hati ini mula terbuka untuk bersikap lebih jujur.. jujur pada diri sendiri.. Langkah yang cukup indah.. Tiada lagi tipu daya untuk diri sendiri.. dan perkara pertama yang berubah.. pandangan terhadap perkahwinan.. 

Jika diimbau kehidupan 7 tahun yang lalu... Keinginan untuk membantu manusia melepasi batasan dan jangkauan pemikiran manusia sejagat pada masa itu.. Imiginasi melampaui batasan akal fikiran manusia biasa.. dan sejak itu diri ini terjerat antara perjuangan dan perasan kasih dan sayang.. So, meh reveal apa imiginasi dan pemikiran yang disemai 7 tahun yang lalu.. Ianya mudah tapi pelaksanaannya kompleks... Menguasai asas pemahaman alchemist di mana memahami, memusnah dan mencipta semula.. Melalui pemahaman itu ianya akan membawa kepada penguasaan asas elemen dalam dunia ini, sama ada tenaga (api, angin dan sebagainya) ataupun jasad (tanah, air, dan sebagainya). Dalam memahami salah satu elemen, tahap tertinggi merupakan kuasa memanipulasikan elemen tersebut mengikut keadaan.. seperti mana greek fire dan matter transmutation.. Dan dengan itu perjuangan bermula melalui kemusnahan musuh-musuh Islam dari Zionis hinggalah ke boneka-boneka mereka.. Yup.. inilah pemikiran 7 tahun yang lalu.. Mustahil? Tak logik? Itu respond biasa dari hampir pelbagai pihak.. namun macam mana perkara ini membawa kepada ilusi yang menekan fitrah diri sebagai seorang manusia..

Mudah, manusia merupakan makhluk yang lemah dan tak mampu untuk berseorangan.. Manusia memerlukan kasih sayang dan tempat bergantung.. Namun disebabkan objektif dan matlamat hidup pada waktu itu membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah.. Diri ini mula menjauhkan diri dari pelbagai pihak dalam ingatan diri.. pabila semua ini berlaku, orang yang dirinya sayangi tidak akan dilukai.. tidak akan dijadikan bahan korban dalam perjuangannya.. Demi melindungi keluarga dan rakan-rakan.. diri ini memutuskan semua talian kasih sayang dan perasaan cinta antara manusia.. Menutup pintu hatinya untuk sesiapa.. Sound selfish kan... tapi itulah yang berlaku berterusan selama 7 tahun.. Hanya itu memastikan tiada siapa yang terluka..

Kejadian pada ahad yang lalu membuka mata dan hati terhadap dunia ini.. Semua ilusi yang di bina seolah-olah tidak masuk akal.. Expectation dan keinginan untuk membantu umat sejagat melampaui keupayaan diri sendiri.. menjadi diri ini mangsa dalam peperangan yang belum bermula.. Sedangkan Islam tidak menyuruh umatnya berlebihan dalam sesuatu perkara.. Banyak peristiwa yang menegur umatnya supaya tidak melakukan sesuatu diluar kemampuan.. Seperti menginfakkan semua harta ke jalan Allah, berpuasa tanpa henti sehingga memudaratkan diri dan banyak lagi.. Islam bukan satu agama dan cara hidup yang akan membebankna umatnya.. Allah tidak sesekali ingin menyeksa hambanya dengan syariatnya.. syariatnya hanyalah untuk memudahkan kehidupan manusia di dunia ini... Maka, 7 tahun ini, diriku terlalu ekstrim dalam melaksanakan perjuangan ini.. menutup segala bentuk hubungan demi melindungi orang yang aku sayangi.. Menyimpan semuanya dalam diri ini.. Menanggung semua beban... suka mahupun duka.. keperitan.. semuanya demi tidak melibatkan sesiapa dalam perjuangan ini.. Untuk tidak melihat mereka terkorban dan terseska..

Namun, fitrah dikatakan fitrah sebab ianya fitrah.. Mana ada ibu yang ingin melihat anaknya terluka.. Mana ada ayah yang ingin melihat anaknya terseksa.. Dan pabila cinta itu kerana Allah.. Seksaan dunia dan pengorbanan di dunia terlalu kecil nilainya dibandingkan perasaan kasih dan sayang terhap insan yang dicintai itu.. Terlalu banyak sejarah Islam menunjukkan bukti sedemikian seperti zaman Sumaiyah dan juga Mashitah.. Dan kenapa aku tidak berfikir dan memikirkan semua itu.. Jika seorang isteri tidak mampu untuk menerima suaminya seadanya.. Tidak mampu untuk melaksanakan perjuangan suaminya... dan tidak mampu untuk berkorban bersama suaminya.. maka cinta itu bukannya kerana Allah.. Jika perjuangan itu atas jalan Allah dan pengorbanan harus dilakukan.. atas dasar kasih dan sayang, keperitan, kesusahan dan pemergian itu akan diterima dengan redha.. Ianya tidak akan membuat isterinya terluka dan bersedih.. kerna isterinya sedar bahawa semua ini untuk yang Maha Esa dan tiada sesiapa yang kekal selamanya.. dan konteks ini boleh di bawa kepada ibu bapa, para sahabat dan sebagainya.. dan kenapa aku memutuskan hubungan kasih sayang itu.. Dan ingatlah bahawa selepas dirimu berkahwin, lengkaplah sebahagian dari agama mu...

Hanya dengan ujian sekecil itu dan refleksi diri selama 2 hari meranapkan ilusi 7 tahun yang lalu.. Cukuplah.. hentikan ilusi yang menyiksa dirimu lagi.. Jauh disudut hatimu.. dirimu ingin insan lain memahami dirimu.. inginkan belaian dan kasih sayang dari insan yang dikasihi.. Hentikan semua tekanan dan penindasan terhadap perasaan itu.. Perjuangan ini bukanlah lagi untuk dirimu semata-mata.. Dirimu tidak seharusnya dijadikan korban untuk kebahagiaan orang lain.. Jangan takut pada human attachment.. Jangan risau kalau mereka terluka dan bersedih jika sesuatu berlaku padamu.. semua berlaku atas ketentuan Allah dan jika sesuatu itu dikehendaki untuk berlaku.. tiada kuasa lain yang mampu menghentikannya.. Percaya pada Allah dan percaya pada kekuasaannya.. Dan dengan itu, tidak ada sebab untuk hidup keseorangan dalam perjuangan ini.. Tidak ada sebab untuk menolak kasih sayang manusia demi melindungi mereka kerana bukan dirimu yang akan melindungi mereka... Mereka semua dibawah lindungan Allah swt.. Hentikan penyiksaan pada dirimu...

Di kesempatan ini.. mungkin telah terlambat.. tapi.. aku ingin juga memohon maaf kepada semua yang pernah terluka atas sikap diriku.. terutamanya  Shida.. Yup.. 7 tahun dah berlalu dan sampai sekarang aku tak berani nak beritahu dirimu sebab sebenar aku meninggalkan dirimu.. dan juga kepada Anis yang mana aku sentiasa melarikan diri dari isu kasih dan sayang.. dan kepada semua teman-teman tapi mesra yang sepatutnya aku cuba membina hubungan yang ada itu tapi aku tidak pernah sesekali membuka pintu hati ini untuk dirimu. dan kepada admire-admire (kalaua ada.. hahaha) yang mana aku pura-pura tidak sedar akan perasan dirimu.. dan kepada semua insan yang lain di mana dari awal perkenalan aku dengan sempoi nya berkata aku tak bersedia untuk semua ini dan ilmu lebih penting buat masa sekarang.. Maafkan jika statement itu membuatkan dirimu terhalang dari sampai ke dalam hati ini.. 

Manusia tidak akan pernah bersedia dalam apa jua perkara dan apa yang diperlukan hanyalah untuk bertindak.. Tanpa tindakan, semua ilusi ini akan kekal disitu.. maka bertindaklah dalam semua perkara.. Dalam dunia ilmu, cari dan terokalah ilmu itu.. dan dalam perasaan kasih dan sayang, stop saying I'm not ready and not available anymore.. You are single and available.. dan percayalah, manusia itu dijadikan berpasang-pasangan dan setiap pasangan itu dijadikan untuk memahami pasangannya yang lain.. Give them a chance.. and the spark will reach through your heart..

-Thanks epy and ayie for the unanticipated question-

Monday 27 February 2012

Kebenaran bukan milik kita.. Itu satu kepastian...

It is been a rough weekend... a tough one.. Khabar berita tempoh hari masih berlegar dalam ruang lingkup pemikiran ini.. Namun kini, kabar berita itu bertukar dari terkesima, terkedu, speechless kepada sesuatu yang lain.. better.. lebih baik.. Maaf dipinta kalau-kalau diri ini membuatkan perasaan pihak-pihak lain gusar dan juga risau disebabkan kejadian semalam dan jugak berdasarkan penulisan post sebelum ini.. Been better since last night.. lepas dengar few talk about our existance in this world.. Thanks to both Raihan and Abg Zul for the piece of advice.. for being there when I'm not sure to what basis should I hold on.. Thanks also to kak kin, for being there.. listening and trusting myself even further.. and just for being there to listen..

The talk by brother Hamza.. left a deep impact in myself.. Crushing the ego in myself and made me believe in something greater.. Kata-kata dia semalam.. tepat dan jitu.. seolah-olah merasakan sepanjang dua jam tu, seolah-olah it is one to one talk.. very personal, very deep.. 

Beliau mengingatkan diri ini bahawa scientific truth is not the real truth.. and what we claim is not certainly true either.. Bukan kerja kite untuk katakan apa yang benar dan apa yang tidak.. Tujuan kita mudah, hanya untuk mencari kebenaran.. seeking the truth and not claiming the truth.. kerana kebenaran itu hanyalah milik Allah.. Kita sebagai manusia, sebagai muslim.. kita tiada hak untuk katakan bahawa si polan nie masuk syurga dan si polan nie masuk neraka.. Kebenaran semuanya terletak pada tangan Allah.. That simple.. it is that simple.. Manusia hanya diseru untuk percaya pada Tuhan yang satu dan melakukan kebaikan.. Mudah.. dan bukannya untuk melabel ini benar dan itu batil... apatah lagi kalau kebenaran itu datangnya dari ilmu Allah.. siapa kita untuk katakan itu benar dan itu salah.. Ilmu Allah dah termaktub sejak azali lagi begitu dan begini.. dan kita hanya dipertanggunjawabkan untuk mencari dan menerokai.. Ilmu tu dah sedia ada di situ dan memang macam tu.. So there is no reason to be upset when I'm wrong but there is lots of reason why I need to keep seraching rather than questioning it.. 

Dan disitu musnahlah ego seorang manusia terhadp paradigma materialisma.. Dalam pencarian ilmu yang bermanfaat.. Allah itu sentiasa akan membimbing hambanya.. jika tidak benar, maka Dia akan menunjukkan kebenaran.. dan kenapa, kita sebagai manusia bila diri kita salah/gagal.. kita perlu risau dan sedih.. padahal pabila kita salah dan gagal.. Allah sebenarnya membawa dan memberi petunjuk bahawa jalan itu tidak akan membawa kita pada kebenaran-Nya.. mudah.. itu jer.. So, bila manusia mempunyai expectation, ada target pada diri sendiri, maka jika target itu tidak tercapai, expectation dan prediction itu tak dipenuhi.. maka impaknya akan menjadi negatif.. Tetapi pabila manusia itu melakukan yang terbaik, sentiasa melakukan terbaik dan meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi dalam segala aspek dan perkara.. Maka, dirinya tidak akan rasa gagal mahupun sedih pabila setiap jangkaan, target dan expectation tidak dipenuhi... dan takkan ada expectation target dan sebagainya in the first place jika Allah diletakkan dalam segala aspek kehidupan ini.. kerna Allah lebih mengetahui akan perihal hambanya berbanding hambanya sendiri..

Dengan itu, daripada bersedih atas perkara yang tidak sepatutnya.. lebih baik tenaga itu ditumpukan untuk mengatasi perkara tersebut.. dan lakukannya dengan sebaik mungkin.. Dengan tidak meletakkan entiti PhD sebagai expectation dalam hidup.. sebagai kayu ukur dalam hidup... sebagai target dalam hidup.. Maka bila seseorang itu tamat PhDnya, tempoh PhD beliau, bidang PhD beliau dan sebagainya tidak akan menjadi persoalan.. Sama sahaja dalam konteks lain jugak.. dalam pelajaran, pekerjaan dan sebagainya.. Jika apa yang dikejar itu satu bentuk material seperti pangkat, harta dan sebagainya.. maka akan timbul semua persoalan yang sebenarnya tidak munasabah.. seperti inginkan rumah Banglo sebelum berkahwin, professorship sebelum umur 28, ingin mempunyai seorang isteri dan 4 org anak.. semua ini hanya akan menjanjikan kehampaan jika tidak dikecapi.. Sedangkan apabila kita buat yang terbaik dan lakukan kerana Allah.. tidak akan wujud target-target materialistik seperti ini...

Yup.. in UTM dulu aku boleh lakukan.. aku terus meneroka dan mencari ilmu kerna memandang ilmu yang bermanfaat itu sebagai bekalan untuk menemui Allah.. Dengan perspesktif yang macam tu, aku menabur perasaan cinta dan sayangkan ilmu kerana Allah swt.. Maka dengan itu, tidak pernah timbul satu kerisauan pun pada sistem penilaian manusia.. Sama ada aku gagal atau tidak.. itu hanyalah pandangan manusia dan bukan redha manusia yang aku cari.. Jika suatu masa dulu aku boleh lakukan, ketika usia ku masih muda aku boleh lakukan.. kenapa tidak sekarang.. Dengan beradanya di sini seolah-olah aku terperangkap dengan dunia materialisma yang menjadikan PhD sebagai lesen untuk kehidupan penyelidikan.. dan sememangnya ia penuh dengan kepalsuan..

Jabir Al-Hayyan tidak pernah mengatakan apa-apa mengenai PhD.. apatah lagi Ibnu Sina, Al Farabi, Al Khawarizmi dan sebagainya.. Sistem pembelajaran sekarang yang melabelkan level manusia membuatkan kita lupa dunia yang sebenar.. dunia yang mana Allah sebagai entiti paling tinggi dalam setiap tindak tanduk manusia.. bukan ijazah yang membuatkan kita berjaya.. bukan IQ 200++ membuatkan kita berjaya.. dan bukan genetik yang membuatkan kita berjaya.. Semuanya atas kuasa Allah dan juga atas usaha yang kita berikan selama ini..

Matlamat hidup ini mudah.. Percaya dan akui akan kewujudan Allah, laksanakan perintahnya dan hidup sebaik mungkin... mudah... Tak de pun diseru untuk ada mahligai bertatahkan emas, gaji sebulan >10 ribu, simpanan yang berlebih-lebih, menjadi professor, memenangi pelbagai anugerah dan sebagainya.. tiada matlamat sebegitu..

Ingatlah wahai diriku sewaktu dikau memenangi Anugerah Diraja dan YDPA scholar.. pernahkah dirimu meletakkan kedua-duanya sebagai target dalam dirimu? pernahkah setiap hari dikau mengingatkan dirimu mengenai kedua-duanya.. Tidak dan tidak sama sekali.. tidak pernah sesekali dirimu membayangkan bahawa dirimu akan memiliki kedua-duanya.. Sehingga la saat, dikau duduk di dalam dewan konvo dan melihat nama mu terpapar di situ.. sehinggalah paparan di laman web menjemputmu untuk menerima anugerah tersebut.. tidak sedetik pown dirimu meletakkan itu matlamat mu.. kerna sewaktu itu, cinta dan kasih sayangmu pada ilmu..

Maka kembalikanlah perasaan itu.. keinginan dan semangat dahagakan ilmu.. Matlamat hidupmu bukan untuk memenangi hadiah nobel, apatah lagi untuk menamatkan PhD seawal mungkin.. tidak sama sekali.. Pernahkah dikau ingat janji pada dirimu.. Akan tidak kisah dirimu, selama mana PhDmu akan mengambil masa dan sesusah mana PhD itu.. kerna apa yang lebih penting ilmu yang bermanfaat yang akan dikau terokai dan manfaatkan ke jalan Allah... Masih ingatkah dikau janji itu.. janji yang ditabur atas dasar kasih dan sayang pada ilmu.. semata-mata untuk mengetahui dengan lebih mendalam akan keagungan Penciptamu.. Masihkan dikau ingat wahai diriku akan semua ini.. masihkah dikau ingat..

Buanglah egomu sejauh mungkin.. ianya hanya menjauhkan dirimu pada perasaan kasih dan sayangmu pada ilmu.. pada Pencipta semua ilmu tersebut.. hidupmu lebih dari menamatkan PhD... lebih dari itu.. untuk tamatkan PhDmu dalam usia yang muda, untuk tamatkan seawal mungkin, untuk mewujudkan kajian yang akan memenangi hadiah nobel.. Itu bukan dirimu dan itu bukan hidupmu...

7 tahun dirimu menolak fitrah kehidupan mu kerna cinta dan sayangkan ilmu.. dan jika dirimu tidak membuang ego ini.. 7 tahun yang lalu akan menjadi sia-sia... Kembalikanlah dirimu pada fitrah manusia.. kerna fitrah itu membuatkan dirimu seorang manusia.. dan berilah peluang pada mereka kerna manusia pada asalnya dijadikan berpasang-pasangan.. Hiduplah kerana Allah dan atas landasan syariat-Nya.. Hiduplah demi kehidupan yang kekal di akhirat.. Tiada gunanya ilmu tanpa amal, tiada gunanya harta tanpa sedekah dan tiada gunanya ilmu yang bermanfaat tanpa zuriat yang akan menyambung kesinambungannya..

Hiduplah sebagai seorang muslim.. dengan erti kata sebenar.. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thanks ayie.. terima kasih banyak-banyak... Semoga Allah membalas dirimu dengan segala kebaikan dalam dunia ini dan di akhirat.. Your talk and thought made me speechless. Made me insignificant. Made me remember who I am.. a slave who forgot about his Master.. not more than that.. Nukilan ni dan juga semua yang aku rasa sekarang coming from you... Allah Maha Besar.. Dibuka mata hati aku untuk mendekatkan diri dengan korg bukan untuk mendidik tapi sebagai peringatan dan juga sebagai didikan kepada diriku.. Thank you bro, semoga hidupmu sentiasa dalam rahmatnya dan dilimpahkan rezeki terhadap segala usahamu... dan semoga dirimu tergolong dalam golongan ahli syurga..

Sunday 26 February 2012

Kebiasaannya begitu...

Ramai yang selalu berkata.. yakni Allah akan sentiasa memberikankan hambanya ribut dan hujan sebelum diberikannya pelangi yang cantik dan jugak cahaya mentari yang menyinari bumi.. Tapi kita kian lupa, matahari yang menyinari itu hanyalah sementara dan apatah lagi pelangi yang hanya seketika kerna malam pasti menjelma.. Bulan akan menggantikan matahari dan bersilih ganti serta tidak pernah mendahului satu sama lain.. Bukan untuk aku menidakkan kuasa Allah.. aku percaya akan kewujudannya.. dan aku juga percaya akan kekuasaan dan ketentuannya.. Tiada apa yang dilakukankan oleh-Nya yang tidak baik untuk diri ini.. tidak pernah diri-Nya akan mengecewakan akan makhluk ciptaan-Nya..

Cuma sebagai makhluk ciptaan-Nya aku seringkali lemah dalam menerima ujiannya.. Namun diri ini percaya tidak akan diberikankan kepada hamba-Nya ujian yang tak termampu ditanggung oleh hamba-Nya sendiri.. Maka, secara zahir dan batin aku mempunyai kekuatan untuk mengatasi cabaran kali ini.. cuba kesakitannya terlalu perit.. terlalu sakit.. keyakinan aku dan kepercayaan aku diuji... Aku nampak hikmah disebaliknya.. Di mana semua ilmu itu hak milik-Nya.. hak milik Allah dan semuanya mengikut ketetapan dan ketentuan-Nya.. Jika diri-Nya mengkehendaki sesuatu dengan berkata jadilah maka jadilah ia.. Sebagai seorang mukmin dan muslim.. Aku yakin dan percaya dengan semua itu. Namun kekuatan aku dan kelemahan aku membuatkan jiwa ini terus merana dan memberontak..

Bentak hatiku pada mulanya mengatakan perjalanan ku kian jelas, makin hampir pada pengakhirannya.. tapi, seperti biasa, ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya tidak.. Bukan hak aku untuk menidakkan dan bukan hak aku untuk mempersoalkan apatah lagi meratapi.. Cuma aku tidak pasti kepada siapa aku patut luahkan.. Sudah ku luahkan pada dirimu Ya Allah.. linangan air mata ini terus mengalir mengharapkan ketenangan dan keredhaanMu. Namun dikau kenal akan hambamu ini.. hatinya masih meronta-ronta... ujian mu kali ini sungguh perit dan aku percaya ada insan lain lebih teruk ianya diuji berbanding diriku.. Aku sedar diriku penuh dosa, onar dan duri.. Ujian ini hanyalah untuk mengembalikan kepercayaan dan kasih sayangku hanya padaMu.. maka Aku pohon agar dikau tunjukkanlah jalan untuk ku.. sinarkanlah jalanku dengan cahaya keimanan dalam hatiku..

Setahun yang lalu aku dikejutkan dengan contamination dalam hampir semua sampel yang aku usahakan selama itu.. kesannya cukup mendalam... Impaknya cukup besar.. cukup mendalam.. mendiamkan diriku seribu bahasa.. linangan air mata menemaniku setiap malam.. Diwaktu itu, perancanganmu cukup sempurna. Telah kau hadirkan kawan baikku dalam hidupku 8 bulan sebelum itu.. untuk menemaniku dalam prosa kesedihan diwaktu itu..

Kini semuanya telah berlalu, dirinya juga telah tamat pengajian dengan sempurna.. Dan... hampir setahun selepas putaran kisah yang itu.. Diriku diuji kali kedua.. dalm erti kata lain round 2. Kali ini bukan dengan contamination dari sampel.. ujiannya lebih besar.. Sejak bermula percutian ini, ianya telah dipisahkan kepada eksperimen dan juga teori ataupun lebih mudah diungkapkan simulasi menggunakan komputer.. Hari ini merupakan detik yang tak terungkap dalam hidupku.. Setelah hampir 2 tahun aku cuba memahami simulasi berkenaan, hari ni, hasilnya kian jelas.. hampir sama dengan hasil saintis-saintis lalu.. cuma pabila diteliti dengan lebih halus.. Teori kini bertentangan sama sekali dengan asas eksperimen aku selama ini.. Apa yang aku sangkakan akan menjadi dan apa yang telah dijangkakan oleh ramai pihak.. ianya seolah-olah tidak benar.. asas objektif kenapa penyelidikan ini dijalankan pada mulanya bertentangan dengan hasil teori yang masih terpapar di skrin laptop ini.. mata ini masih tak mampu mempercayainya.. apatah lagi hati ini.. Selama dua tahun aku cuba memahami dan menjayakan eksperimen yang selama ini hampir semua pihak mula berputus asa.. kini ujian melanda untuk diri aku.. jauh disudut hatiku seolah-olah sia-sia apa yang telah aku lakukan selama ini.. asas kepada wujudnya penyelidikan ini aku sendiri goyahkan dengan simulasi yang aku terokai sendiri.. Biasanya harapan yang kita pegang selama ini dimusnahkan oleh orang lain ataupun pihak ketiga.. Dan kali ini itu bukan kebiasaanya.. Aku sendiri yang membina harapan menggunung dan aku sendiri yang hancurkan.. Seolah aku membina istana pasir di pesisir pantai dan aku sendiri yang memusnahkannya..

Harapan, Keyakinan, Kepercayaan, Semangat Iltizam.... aku sendiri sudah tidak mengerti maksud semua ini.. adakah ini semua petunjuk yang mengatakan hentikanlah melakukan percutian ini kerna ianya sia-sia.. Dari tahun ke tahun petunjuk ini memberikan makna yang lebih kurang sama.. Ataupun ianya sekadar cabaran dan halangan untuk melihat diriku terus tabah dan kuat menghadapi dugaan.. Tabah dan kuat, aku sendiri makin hilang mengerti kata-kata ini..

Aku sendiri tak pasti apa yang aku harapkan dan apa yang ingin ku dengari..
Aku sendiri tak pasti adakah kata-kata seperti:
-  you're holding up for so long, sikit je lagi nie..
-  The destination is not important, but the learning process are..
-  PhD is not everything, it is just a license
-  Kau zamir kowt, come on ar.. aku tau ko boleh buat..

mampu membuatkan aku rasa selesa dan kembali pada diriku yang asalkan..

I just need someone.. someone right now who understand my true feeling.. Someone who see me as I'm, a normal human being, nothing special, nothing more than that.. Someone that know I made mistake, I'm not perfect and I'm just vulnerable as anybody else.. Just a shoulder to cry on.. It is really painful.. it is really painful to see your own knowledge crush your own believe and understanding.. It is too painful to admit that.. but it is happening now and I hope it is a dream but its not..

Friday 17 February 2012

Refleks bila stress..

Yeah.. mungkin aku mudah melenting or freakout bila terlalu fikirkan sesuatu perkara...so post-post sebelum nie sumenyer sebab aku freakout, overthinking but not overdoing stuff.. so bila rileks dan flashback balik.. baru lah sedar yang it is not that bad... even though it is bad but not that bad yet.. Thanks to abg fahmi and ka jo for yesterday evening.. The retreat that i needed.. not to think stuff and just enjoy life that been bestowed upon me.. Thanks also to my mum.. she remind me a lot of stuff from one of her favourite programme (Tanyalah ustazah at TV 9).. Indeed im in stress tapi tak masuk level yang sangat teruk and severe lagi because i can still sleep at night.. dan tak masuk tahap burn the midnight oil lagi.. so not that bad yet.. Thanks also to Anis Sabri.. ttbe plak masuk nama ko kan.. yup.. our talk from 2009 time kat cafe K9 ttbe screening into my mind macam it was yesterday.. I still remember vividly.. You said - In life there is always 2 options, either you fight or you flight - and i choose flight.. all this while before the talk I always choose fligth but then when I'm here, I choose to fight it up front and it is not my style Anis.. Flight is a better options... Mesti ko ingat lagi argument aku time tu.. Berundur tak semestinya kalah dan berdiam tak semestinya salah... Semalam everything comes pieces by pieces into my mind into my dream.. Thanks also to Raihan.. for your time... your're always there for me... even though it last for less than 10 minutes but the positive thought that you imprinted in myself.. Reminding me how great I am, and how I never ever given up and how I always solved the riddle and puzzle.. Thank you for believing in me.. For putting your faith in me.. For reminding me to believe in myself.. I did it once.. and I can do it again.. So post semalam yang cakap aku takda bala tentera, rakan seperjuangan dan teman sepasukan.. it is bullshit i guess.. There always there.. waiting for me to reach out.. Thank you all.. 

Dan.. punca seterusnya telah dikenalpasti.. dalam one of the tanyalah ustazah programme.. She stated that this 6 simple things that we need to take care of to avoid stress.. sebab stress nie bukan datang dari faktor luaran.. Kadangkala dalaman kita memberontak untuk memberitahu ktia yang ada salah dan silapnya kita ni dalam menjalankan amanat Allah.. Maka peliharalah perkara ini untuk menghindarkan diri dari tekanan perasaan:

- Peliharalah solat
- Banyakkan bersedekah
- Yakin bahawa pembalasan hari akhirat, ini akan membawa kita pada keredhaan-Nya
- Jaga kemaluan kita.. fizikal mahupun emosi
- Jaga amanah walaupun ianya sekecil zarah
- Jadilah saksi yang adil dalam kehidupan seharian...

Jika hilang salah satu ini dalam hidup kita.. maka akan datanglah stress dan tekanan perasaan kerana hati dan roh kita memberontak kerna inilah perkara yang menjamin ketenangan mereka.. dan bab yang kedua tu dah lama tak buat.. rasanya dalam dua minggu yang lalu.. dan itulah masanya stress dalam diri ini bermula.. so kene start balik bersedekah pada yang memerlukan.. kerna Rasulullah sendiri pernah mengingatkan para sahabat yakni sesiapa yang bersedekah tidak akan papa.. maka siapa kita untuk tidak menidakkan kata-kata Rasulullah s.a.w... So zamir, start memberi balik kepada mereka kerna pemberian yang ikhlas itu menjamin hati yang tenang.. menyucikan jiwa membersihkan kekotoran hati..

Thursday 16 February 2012

Worst Nightmare just around the corner...

Yup.. so true... mimpi ngeri yang aku rasakan sejak 5 or even 7 tahun yang lalu bakal menerjah bila-bila masa.. aku sedar dalam melaksanakan tanggungjawab dalam dunia ini mahupun terhadap diriku.. ianya penuh dengan pelbagai kesilapan, kekilafan mahupun ke**** yang lain-lain.. banyak sangat ke*** nak di listkan.. Namun, percutian aku bakal melabuhkan tirai.. dan inilah mimpi ngeri yang akan kunjung tiba.. bukannya ketakutan selepas percutian ini tetapi persaingan  dan peperangan dengan diriku sendiri.. Yup, antara musuh paling hebat yang perlu aku atasi ialah diri ini sendiri..

Aku sedar diriku tidaklah sehebat insan lain.. ilmu yang terkandung dalam diri ini terlalu kerdil jika nak dibandingkan dengan ilmu alam.. pabila ianya dimasukkan dalam skop percutian kali ini.. aku mula risau.. kerna kini waktu belajarku aku tetapkan sendiri.. tiada peperiksaan.. tiada study group dan tiada perbincangan dalam topik yang sama.. itu belum lagi pabila hilangnya seorang guru dan seorang insan untuk mengingatkan aku bila waktu ku perlu belajar.. untuk memarahi atas kekilafan ku.. memarahi aku atas sikap sambil lewa ku.. kini tiada sesiapa yang akan menjaga diri ini.. it is just a war and a battle between myself.. Diriku sendiri yang menentukan bila dan di mana aku ingin bekerja.. it is a total freedom bak kata sesetengah orang.. Tiada lagi dateline itu dan ini.. jika ada pun ianya flexible dengan diriku.. Jika aku tewas pada kehendak dan keingan nafsu.. Kekalahan ku sudah pasti sebelum peperangan ini bermula... Dan inilah mimpi ngeri yang aku risaukan..

Di mana bila masa percutian ini kian melabuhkan tirai.. akan nampaklah hasil peperangan pertama ini.. selama ini, aku mempunyai bala tentera, rakan sepasukan, teman seperjuangan untuk menghadapi perlawanan terdahulu dan Alhamdulillah ianya kemenangan besar buat kami semua (Yup, tanpa korg semua takkan aku berdiri di sini meneruskan perjuangan di bumi asing ini).. Dan kini bakal ku ketahui hasil dari peperangan kali ini yang hanya bersenjatakan diri dan akal ku sendiri.. Aku mula risau.. setiap kelemahan ku makin kian terpapar dan pabila musuh kali ini merupakan diri ku sendiri.. apa lagi yang tidak diketahuinya.. It is a lonely battle.. Yes, now I'm admitting it.. indeed, it is very lonely.. you are on ur own in your own battlefield without any backup.. no ground support, no air strike and not even a help from the medical team.. and no one can even understanding the battle that your're into.. no one.. .. mungkin ada yang cakap aku pernah laluinya dan apa kita lalui adalah sama.. aku takkan percaya.. sebab setiap manusia berbeza-beza.. manakan boleh peperangannya adalah sama..

Dan yang paling merisaukan aku.. is this battle going to be the turning point in my life.. I agreed that this is the first battle within myself.. the starting point of my life start here.. Every step that I took, every beat that I moved.. It will create who I am in the future.. This is the battle that outer influence play a very small effect in it.. Inilah peperangan yang bakal menguji keupayaan aku sendiri.. sama ada kelemahan aku akan bertukar menjadi kekuatan ataupun kelemahan itu akan terus dimanipulasikan untuk menumpaskan diri ini..

It is not a battle to obtain another piece of sheet.. It is a battle... a war to determine how determine I am in my life..

Thursday 9 February 2012

Bila mula menulis...

Bila aku mula menulis untuk report kali nie.. Terasa sedikit payah (eh cmne nie, nnt nak tulis thesis lagi susah kowt).. Bukan penulisan tu yang buatkan susah (padahal English tak seberapa, pura-pura hebat jer) tapi bila kita nak convey message.. nak sampaikan maklumat dengan consistent.. Walaupun report.. nak la jugak benda tu relate antara satu sama lain.. Bila baca ade jalan ceritanya.. ada kesinambungan dari satu ke satu yang lain.. So, bermulalah pengembaraan aku menulis.. Alhamdulillah hari pertama dapat 2 pages (kalau ikutkan 10 hari boleh siap sbb dia nak 10-20 pages jer).. tapi bila masuk hari kedua, mmg dapat 4 pages tapi makin tak puas hati.. jalan cerita dah lari.. maksud tak sampai.. terlalu banyak nak diceritakan tapi semua tak boleh dikeluarkan sekaligus.. nnt maksud utama takkan berjaya disampaikan dengan baik.. Maka mulala knflik dalam penulisan.. Tulis satu page delete dua pages dan berterusan la sampai ke hari nie.. Kene duduk balik diam-diam dan reflect kat mana yang penting dan macam mana nak sampaikan supaya sedap mata penilai bila membacanya.. dan sedap jugak lah diri nie bila flownya cantik... InsyaAllah akan diusahakan.. All is well.. kita kene yakinkan diri ini yang semua akan berakhir dengan baik.. yang penting berusaha..

Selain tu, dapat benda menarik lagi.. lithium yang aku main hari-hari, sejak kebelakangan ni suka pulak dia tunjuk fibrous structure dia nie.. comel plak tu.. siap ada needle-like shape.. dalam seminggu nie tak sentuh pun pasal intan ke berlian ke.. main dengan lithium jer.. macam-macam structure dapat aku lihat.. so bila berubah phase dari fasa alpha ke beta or ke gamma (Ingat lagi bila Dr Hadi cerita pasal benda nie).. maksudnya sebatian aku dalam bentuk solid solution.. so dia dah reach melting point.. tu sebab dia boleh reconstruct balik jadi bentuk yang lebih stabil depends on rapid cooling or slowly cooling.. sebab cabaran jugak sebenarnyer tak nampak lithium nie lebur or melt ke tak.. dengan mengharap bahawa perubahan fasa berlaku dalam keadaan solid solution.. maknanya ada sedikit kebenaran di situ.. Alhamdulillah..

Minggu depan fokus memnbaca, menulis dan menelaah untuk siapkan report.. dan lepas tu kene fokus nak siapkan keje sambil bina lagi satu reaktor baru.. yeay.. tapi jangan lupa plak amanah dari encik Khalif.. bahagian tu yang paling penting dalam penyumbang kehidupan seharian...

Wednesday 8 February 2012

Challenge accepted..

Lama jugak tak update blog nie (ayat tipikal giler kan).. hahaha.. Basically upadate sket ar pasal diri nie.. minggu lepas ada departmental seminar dan Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar... Syukur ke hadrat Illahi semua komen yang diberikan positif belaka dan berjaya dipositifkan..dan.. Eksperimen setakat ni berjalan dengan lancar.. Pyrometer dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk meneliti perubahan suhu dalam reaktor.. Sebarang perubahan zon gas panas dapat di lihat dan dirasai.. Boleh kata gembira tak terkata jugak la sebab lepas nie kalau orang tanya pasal fundamental temperature for diamond growth boleh la bagi sikit-skit penerangan.. Dan pemahaman terhadap bagaiman gas bergerak pun dah makin jelas.. konsep diffusion of gas particle pun  boleh diaplikasikan dengan jelas.. Bape banyak terminologi fizik dan kimia aku nak bagi pun aku tak tau.. tapi it just how happy I am.. to be realising all this small stuff.. Macam mana kejadian diamond tu begitu tersusun dan bukan secara rambang.. Dan ini mengingatkan kita sendiri bahawa Allah it Maha Kuasa.. Ciptaannya cukup sempurna.. Even manusia nak tiru sekalipun.. peniruan itu haruslah bersistem.. Memahami bagaimana kejadian itu terjadi dengan baik.. Allah memberi petunjuk kepada hambanya untuk berfikir.. untuk menyelesaikan teka-teki dunia ni dengan indahnya..

Then, minggu nie something else pulak terjadi.. Leh kata aku diambush dengan suprise attack yang cukup mengagumkan.. Di Bristol, setiap tahun percutian aku akan dinilai dalam bentuk viva.. seperti post yang lalu.. aku dinilai dalam bulan April/Mei 2011.. dan mereka bersetuju untuk meneruskan penilaian pada bulan Jun/Julai tahun berikutnya.. Nak dipendekkan cerita, perbincangan tu tak sampai kepada pihak atasan dan pihak atasan minta aku sediakan laporan dan jalani penilaian selewat-lewatnya awal Mac.. erm 3 minggu dari sekarang.. Time tu degupan jantung aku toksah cakap la.. 2nd year dia buat macam proper viva kowt.. mane tak nervous.. Dalam meeting tu, penyelia aku pun menyampuk, dia cakap "Zamir perlu sediakan 3 pages je kan".. Dan aku dah hampir lega.. namun dipintas lagi.. Bagi bakal penilai aku 3 muka surat terlalu sikit.. kalau boleh dia nak 15-20 mukasurat.. Aku terdiam, terkedu, terkesima.. nak heart attack pown boleh jugak.. nasib baik la muda lagi.. so jantung nie masih boleh menanggung beban sedemikian rupa la.. Tapi yang pasti degupan jantung makin kencang.. rasa tak de stetoskop pown org lain boleh dengar kowt.. Sesudah selesai meeting tu.. Penyelia kesayanganku cuba menenangkan perasaan gundah-gudala yang makin jelas terpapar di bibit wajah aku.. Aku hanya mampu terdiam dan mengiyakan je realti yang menerjah tiba.. Memang hari tu down habis ar.. taktau nak respon macam mana dan nak start macam mana.. Clueless.. Lost.. Nak menangis takde gunanya dah.. nak risau, aku yakin risau takkan ke mana.. Yang pasti aku nak lalui malam tu dalam keadaan yang paling tenang.. Dan alhamdulillah aku laluinya dengan penuh ketenangan..

Malam tu mimpi cukup indah sekali.. Mengimbau setiap kenangan dan turning point dalam hidup aku.. Membawa aku kepada diriku yang sebenar dan juga kepada pemikiran yang rasional.. Seolah-olah diri aku sendiri mengingatkan aku kepada semua yang telah aku kecapi dan kepada semua faktor yang membawa aku kepada percutian kali ini.. Mimpi tu juga mengingatkan padaku manusia sentiasa berevolusi.. bukan sahaja otak kanak-kanak sentiasa berkembang.. otak orang dewasa juga boleh terus berkembang.. Setiap cabaran dan dugaan diberikan padaku adalah untuk meneruskan evolusi aku sebagai manusia.. kerna aku yakin dan percaya setiap cabaran yang datang dari Allah itu meliputi kapasiti dan ruang lingkup diriku sendiri... Ianya semata-mata untuk memastikan aku terus berevolusi.. menjadi manusia yang hari demi hari makin mengagungkan kewujudan Allah swt.. Maka dengan mimpi itu, aku datang dengan konklusi paling mudah.. Give all you got and die trying it.. cukup mudah.. manusia hanya akan mampu berevolusi pabila dia menolak had keupayaan dia pada tahap paling kritikal.. ada pihak panggil survival instinct.. bagi aku it is as simple as level up dalam game..

Dengan mind set begitu mudah, aku teruskan kehidupan esok hari seperti biasa namun dengan keinginan untuk berevolusi.. So.. challenge accepted.. Aku bukan stakat akan siapkan report tu.. aku akan pastikan report adalah yang terbaik dan mock-viva aku akan jadi one of the best experience in my life.. I'll put everything on the line.. Then I can stand up high and proudly said that is the work's of Zamir Othman..  and my work to reveal the great creator that create these creations precisely without single errors.. Maka aku mula menulis outline untuk progress report tu.. tak amek banyak masa pun.. dalam 15 minit rasanyer..  and it came out like this:





Hampir menitis jugak la air mata ni.. Allah itu Maha Kuasa.. itu je yang mampu aku ungkapkan.. Dia berikan aku cabaran kali ini hanya untuk tunjukkan hasil ini padaku.. Ilmu yang ada pada diriku dalam 2 tahun mendalami percutian kali ini.. Aku sering kali berkata-kata.. tiada penemuan yang conclusive.. semuanya seolah-olah tidak menjadi.. aku hampir berputus asa dengan semua itu.. dalam keadaan diriku dibawah dan terlalu bawah.. Dia memberikan aku cabaran untuk menyiapkan laporan dan bersedia dengan mock-viva dalam masa 3 minggu.. Sewaktu khabar berita itu menyinggah.. aku hampir hilang akal... Namun Dia Maha Kuasa.. Dia lebih mengetahui tentang diriku lebih dari diriku sendiri.. Inilah makna tersirat yang ingin disampaikan.. Data aku sebenar cukup conclusive.. Ianya ada disampingku sepanjang masa.. Cuma aku selalu inginkan lebih.. I'm overdoing stuff.. Try to make it better and better each time.. Dalam hampir setiap hari aku memandang data-data yang aku miliki seperti tiada ikatan dan tiada makna.. yet it is there.. kalau tak, mustahil akan wujud outline yang sedemikian rupa.. seolah-olah cantik tersusun bagaikan chapter-chapter thesisku nnt.. Hikmah dan pengajaran dari-Nya datang dalam pelbagai bentuk.. Cabaran paling kritikal dan paling berat itu sebenarnya untuk membuka mata hati kita pada apa yang telah kita kecapi dan miliki.. Seolah-olah cabaran kali ini as a wake up call.. Masaku kian hampir.. semuanya akan berakhir.. Percutian ini semakin hampir dengan penamatnya dan aku tidak seharusnya gusar.. Kerna jika aku dah lakukan sebaik mungkin.. ceritanya telah terpapar dengna jelas.. Aku yang mulakan percutian dan akulah jua yang akan tamatkannya.. Ianya hanyalah peringatan mudah dari Illahi bahawa tidak sesekali dia palingkan dirinya dari hambanya.. cuma aku.. diri ini terlalu lemah dan acap kali terlupa akan kekuasaan-Nya..

It is towards the end.. Positif atau Negatif data dalam percutian kali ini.. Itulah ilmu dan itulah juga pengalaman.. It is great to change the world.. but it is greater to change the world in you.. making it a better place.. Thank you for the gentle reminder you gave me.. In such a beautiful way you remind my path and sole purpose in life.. It is just to beautiful to let it go..

Thus, the challenge will be accepted with and open arms.. the challenge to evolve and achieve higher understanding of you and the world your created me in..