Pages

Thursday 29 September 2011

Kehadiranmu cukup buatku...

Sejak kebelakangan ini, aku tak pasti mengapa. tetapi seolah-olah aku telah mendapat rentak lamaku kembali... kerja ku makin terurus dan banyak perkara lain yang aku sudah mulakan... Agak banyak sebenarnya.. adakah kerna aku tahu dirimu sihat dan dirimu dalam keadaan baik belaka.. Ataupun kerna hatiku lega melihat dirimu sekarang bahagia dan membuatkan aku tenang melihat perkembangan mu di sana.. Mungkin inilah jawapan yang aku cari selama ini.. ketenangan yang aku inginkan selama ini.. Just a closure I guess.. Hanya perlu tahu dirimu sihat di sana.. dirimu bahagia dan dikasihi.. dirimu gembira dan tiada lagi penderitaan.. maka.. dengan itu aku tahu bahawa dirimu selesa walaupun aku telah tiada.. walaupun aku telah pergi jauh meninggalkan mu.. Semuanya berfungsi dengan baik.. tiada permasalahan yang timbul.. maka hatiku makin lega.. kerna mengetahui semuanya menjadi lebih baik setelah aku pergi.. 

Dengan itu, bolehlah aku pergi dengan tenang meneruskan ape yang aku perjuangkan dan impikan selama ini.. kerna dirimu mampu berdiri tanpa daku disisi lagi... kerna dirimu telah dewasa..

Wednesday 28 September 2011

Tak semuanya sempurna...

Pernah terdengar tak perumpamaan.. The grass next door is always greener.. Boleh dikatakan fitrah manusia ataupun sikap manusia itu sendiri membandingkan sesuatu perkara dengan perkara lain.. Namun perumpamaan ini lebih merujuk kepada sikap seseorang tak berpuas hati ataupun tidak bersyukur dengan ape yang telah dia perolehi... Selalu melihat kepada ape yang orang lain ade dan bukan ape yang telah dia miliki.. Yang sangat la salah dan juga boleh dikategorikan sebagai kufur nikmat jika dilihat dari aspek yang berbeza..

Macam mana pown ianya berlaku pada diri aku hari ini.. Yang mana seawal aku datang ke bumi asing ini.. Aku terlalu kagum dengan sistem pendidikan pelajar ijazah nyer yang mana aku selalu tertanye-tanye kenapa tempat aku menimba ilmu dahulu  tidak melakukan sedemikian rupa.. dan akhirnya tak semuanya sempurna.. Setelah terlibat beberapa hari sebagai demonstrator lab untuk pelajar ijazah, barulah aku nampak sistem yang aku banggakan dahulu ade kelemahannya juga.. walaupun tidak besar, namun kelemahan tetap ade.. Namun aku bersyukur kerna didedahkan dengan kelemahan ini yang mana.. bila kembalinya aku ke tanah air.. Aku lebih kenal akan kelemahan di sana dan di sini.. semoga aku diberi kekuatan untuk tidak mengulangi kelemahan tersebut dan melaksanakan sistem yang lebih baik.. Walaupun tidak sempurna tetapi lebih baik dari sebelumnya.. Semuanya merupakan proses pembelajaran dan terpulang pada diriku untuk: Create a greener grass on my side...

Jumpa lagi...

Monday 26 September 2011

A busy week..

At last, I felt again the hectic week.. Baru saje lepas abes taklimat for demo (bukan demo MLM okay).. Macam-macam la benda baru dengar tadi.. dan yang paling tak best kene buat risk assessment untuk semua 4 eksperimen.. Dan ofkos la kan.. kene try dulu buat eksperimen tu sebelum bagi budak-budak undergrad buat.. haha.. tak pasal2 plulak nanti diorg buat tak jadi.. aku pulak dipersalahkan.. But the salary is good.. £11.55 sejam.. haha.. mane nak dapatkan.. so layankan ajer..

Secondly, bila dah ade demosntrating nie.. kene la pahamkan teori semua 4 eksperimen nie.. at least kalo budak-budak tanye boleh aku jawab dan diorang pown ade in-lab assessment.. so kene tanyer diorg soklan sambil diorang wt eksprimen.. kalo aku sendiri taktau.. cmne nak tanye diorangkan.. dalam kulit kacangnya, kene la aku belajar balik.. 

Thirdly, ditambah pulak minggu nie dateline RAFSS 2011.. so kene kejar jugak seminar nie.. sayang kalau tak pg.. sebab penyelia kesayangan tu dah tak sabar nak dengar my presentation (hahah.. syok sendiri jer nie).. So kita bagi hint sket ar.. Dr.. tajuk  dia ialah... jeng jeng jeng.. Diamond Technology: Challenges towards n-type semiconductor.. Skang dalam process menyiapkan abstrak dan juga borang pendaftaran.. 

Fourthly, seperti biasa eksperimen aku la kan.. so, minggu nie terpaksa dikorbankan sket.. parameter yang dikaji bergantung pada masa terluang dalam process menyelesaikan hal satu sampai 3... Sowie...

Fifth, hehe mungkin akan sedikit diabaikan.. kesian modelling nie.. asyik dia je diabaikan.. takpe2.. nanti kite pujuk dia elok2..

Keje-keje lain ade je lagi.. tapi terpaksa ditangguhkan sementara waktu.. kerna... rasanya tak cukup tangan kowt..  Jangan lah ade sesama nak test aku minggu nie dengan teori or ape kejadah yang lain... cnfirm tak prepare.. Term pown dah nak start.. tak sabar nak jumpe projek student yang baru.. leh pass sikit keje kat dia.. hahaha.. suruh dia siapkan aku nyer literature review pown bagus gak.. hehehehe...

Friday 23 September 2011

New stuff.... Goodbye to the old ones...

Hmmm.. mari review pub lunch hari nie... Ingin diingatkan bahawasanya pub lunch yang berlaku tidak melibatkan apa-apa jua minuman beralkohol mahupun berkaitan dengan benda-benda yang memabukkan... So, my beloved penyelia mulakan cerita dengan apa yang baru untukku... so  dalam kulit kacanganya:

"New Ammonia Setup"
"New Simulation Programme"
"New Project Student"
"New Visiting Acedemia from Malaysia"

adding from my friend:

"New Collaboration with friend in Malaysia"

Sadly, my beloved friend... Dia dah nak pergi.. kembali ke Melbourne.. Alhamdulillah dia dapat keje kt Synchotron.. So lepas nie nak buat collaboration senang la kowt.. Tapi sepanjang duduk kat sini.. Dia yang tolong.. dari tak tau simulation sampai la tau.. Dari tak tau ape tu Hartree energy, tau la sket2.. ape kejadah nyer NGWF, akhirnya tau la jugak maksud.. From ONETEP to CASTEP.. from CASTEP to its utilities using python.. Alhamdulillah aku leh paham dan boleh la guna sedikit sebnayak.. From nothing to something.. From zero to where I am now.. He's such a great help.. Somehow a good teacher..Yup, cikgu yang baik.. Walaupun kekadang advance sangat dia bincang dan aku tak paham... tapi dia tak jemu ajar aku.. walaupun soalan bodoh pown dia layan.. It is a great loss to lose him.. but hopefully our relationship will remain unbreakable forever.. You brought me into this world.. The world of theoretical.. A theorist I grew up.. InsyaAllah a great theorist I will become and also a great chemist.. and a great scientist.. Indeed.. A great one... Thanks to you and without your help (kekadang tu bebel gak pasal keje yang dia bagi cam tak relevan) I will not be here.. and learnt sooooo much.. You came in my life and I have nothing.. You leave from my life leaving a whole bunch of memories and knowldege that God and only God could repay it to you..

All the best, good luck and thank you so much my dear friend..

Thank you...

Thursday 22 September 2011

Kebangkitan sulungmu...

Hoho.. memang betul ape yang mereka pernah katakan suatu masa dahulu.. pabila kita kehilangan seseorang itu baru kita sedar akan betapa besarnya nilai dirinya dalam hidup ini.. Sewaktu dirimu berada disisiku... hanya burukmu yang ku lihat... sedangkan dirimu tidak pernah sesekali melihat buruk diriku.. malah kau mengangkat diriku lebih tinggi dari itu.. dalam diam kau menyimpan pelbagai hasrat yang mencerminkan diriku... dan akhirnya dikau menyerah kalah (walaupun bagiku ianya tempoh bertenang)... tapi dikau berkeras menyerah kalah.. Dengan alasan ini bukan medan pertempuranmu tetapi medan pertempuranku..

Namun, selepas beberapa bulan dirimu berundur.. kebangkitanmu begitu gah sekali... Semangat juang mu yang dahulu lenyap dan sepi bangkit menerjah ke alam fantamorgana ini.. Bak Hunter X Hunter.. 'En' dirimu menerjah menerangi segala kawasan lingkungan pemerhatianmu.. Dengan strategi dan penyusunan yang jitu.. rentak pertarunganmu sudah berubah.. Belang Tarungmu mula menunjukkan diri dan aku percaya.. kebangkitan ini adalah kebangkitan sulungmu setelah lama memendam hasrat untuk memulakan pertarungan yang bagiku kian suram sejak tahun-tahun sebelumnya.. Dengan kejayaan demi kejayaan yang telah dikau capai dalam beberapa bulan ini.. diikuti dengan semangat penerokaan yang baru.. Aku yakin dan pasti.. pertarungan kita akan terus bersambung..

Walaupun medan pertarungan tampak berubah.. walaupun bukan antara molekul dan molekul lagi... walaupun telah berubah jasad dan fizikal.. Cabaran akan tetap aku laksanakan.. Yang mana.. akan berkahir apabila kita berdua berada dipuncak dunia.. bagaikan Naga Emas naik ke langit.. begitulah momentum kita berdua.. Pecutlah rentak mu... kerna aku tidak mahu dirimu dibelakangku lagi... Aku mahukan dirimu disisiku.. demi membuka dunia baru... tamadun baru.. Mencipta sebuah Mahakarya Agung bersamaku..

Wednesday 21 September 2011

Percutian makin mengujakan..

Hari ni baru aku perasaan yang I'm not a full-pledge visual person anymore.. Ntah macam mane, aku dah switch ke arah hybrid kinestatic, visual dan auditori.. Alhamdulillah, latihan selama ini telah membuahkan hasil.. dari dulu nak jadi hybrid macam nie.. rupanya dah lama dah dalam mode nie cuma diri sendiri jer tak perasan.. Bila susun balik kerja-kerja yang perlu dilakukan barulah aku perasaan, yang aku kene nampak benda tu.. and yet bukan kene tulis dalam buku but need to be on paper.. haha.. Sorry. not a book person and will not be one I guess... I'm a paper person (abes la.. kesian environment sebab akanku selalu habis kan kertas..)

Thanks to few of my friends.. Totally appreciate when your're there.. So, bila susun balik.. yes indeed.. Alhamdulillah.. I got a story behind all the 'bad year'.. Walaupun bukanlah cerita percutian yang terbaik buat masa ini dan pasti bukanlah mahakarya yang teragung di abad ini.. namun cerita nya pasti ada.. dan karyanya merupakan rencah untuk mahakarya ku...

Dengan mengenali diriku lebih dekat hari ini.. percutian aku makin mengujakan diri ini.. bak kate chemist.. I'm in excited state dah nie.. hampir separuh percutian telah ku cernakan.. Walaupun dulu aku agak cemburu dengan kawan-kawanku yang ade pelbagai mini percutian.. rupanya ape yang Allah sediakan untuk aku lebih besar.. Kerna mini percutianku bukan datang dari bottom up proses (dah ade objektif, tinggal nak selesaikan jer) tetapi it is a basic top down process (cut and paste sendiri dari ape yang aku peroleh).. Just like last time.. Dikau memang Maha Agung wahai Tuhanku.. Kau sentiasa tahu ape yang terbaik untukku.. dan tidak pernah sesekali Kau meragui keupayaanku dan tidak pernah sesekali Kau meninggalkan aku dari sisiMu.. kerna Kau tahu bahawa aku bukan manusia yang suka terikat dan diikat dengan proses yang telah ditentukan tetapi aku lebih gemar terbang bebas mencari jawapan.. Jawapan kepada ciptaanMu yang Agung...

InsyaAllah

Tuesday 20 September 2011

Moga dikau tenang..

Aku masih berpasak teguh dengan prinsipku.. bahawa untuk menjadi seseorang yang berjaya/hebat atau ape pown seangkatan dengannya.. Aku perlukan ketenangan dalam melakukan sesuatu perkara.. dan jika aku dalam keresahan dan juga kegelisahan.. semua perkara tidak akan menjadi.. dan pabila aku berdoa untuk perolehi ketenangan.. Aku lupa yang Allah tidak akan memberikan ketenangan dengan begitu saja padaku.. Selalunya, aku yakin dan percaya Dia akan berikan keadan yang kacau bilau.. kelam-kabut dan haru-biru padaku supaya aku mempunyai peluang untuk menjadi lebih tenang... Dia tidak akan sesekali.. bagiku.. memberikan sesuatu dengan sebegitu mudah.. Aku percaya hanya jalan yang Dia tunjukkan padaku.... dan terpulanglah pada diri ini untuk memilih atau tidak jalan tersebut...

Kadangkala, perkara-perkara ini dipandang enteng oleh diri aku dalam segenap aspek.. tidak ku tahu kenapa.. tetapi selalunya berakhir dengan keadaan yang lebih huru-hara.. Seakan-akan sesuatu telah hilang dalam diriku ini.. Tapi bila perkara ini berlaku.. Akan ku duduk diam seketika.. berfikir sebagai manusia.. sebagai makhluk terbaik ciptaan-Nya.. fikirkan cara yang terbaik.. cara yang mampu dilaksanakan dengan jiwa yang tenang..

Kerna biasanya, pabila sifat amarah dan juga sifat mazmumah yang lain timbul.. Ini semau bisikan syaitan.. maka.. Abaikan bisikan-bisikan tersebut.. kerna jika diikutkan hati.. perkara yang paling kecil pown boleh membuatkan aku naik darah.. 

Ingatlah... Pabila dikau meminta untuk menjadi seorang yang lebih tenang...
dikau bukan sahaja meminta itu, tetapi dikau meminta untuk menjadi seorang yang lebih sabar..
kerna orang yang tenang sahaja mampu bersabar dalam perlbagai perkara..

Dikau meminta untuk menjadi orang yang lebih tabah..
kerna dirimu yang tenang akan menghadapi dugaan-Nya dengan hati yang tabah...

Dikau juga meminta untuk menjadi orang yang redha..
kerna orang yang tenang, tahu akan kuasa dan juga hikmah setiap kehendak-Nya...

Dikau juga meminta untuk menjadi seorang yang lebih berilmu..
kerna hanya dengan fikiran yang tenang, akan dikau tahu pentingnya ilmu...

Dikau juga meminta untuk menjadi seorang yang beriman...
Kerna ketenangan dalam dirimu mencerminkan kepercayaan pada ketentuan Allah swt.

Dan akhirnya.. 
Dikau juga meminta untuk menjadi sebaik-baik ciptaan-Nya..
kerna dirimu merupakan sebaik-baik ciptaan-Nya...

Moga dikau tenang.. kerna dirimu perlukannya dalam menghadapi sisa-sisa kehidupan ini....

Sunday 18 September 2011

Alive and Kicking...

Rasanya dah lama tak rasa hidup macam nie skali... Fresh luar dan dalam.. Feeling motivated after done some reading, talking and soul searching... Alhamdulillah and thanks to my big Sis, Tiha, Ayuni dan Abg Zul for all their indirect help that they gave me...

So, it is a hell of weekend for me.. Dah lama tak rasa puas macam nie dan seronok giler (not bcause of the Party or Booze.. Done that but not that... Seriously... Never done the second one.. Kalau buat, mampus aku.. supervisor aku belasah dulu kowt.. he such a caring person)

Anyway.. semalam hujan lebat kat Bristol.. sebijik macam kat Malaysia.. Then teringat sesi mandi hujan kat tasik UTM... Aaaaahh... So refreshing... masih segar diingatan.. Masihkah dikau ingat??? It brings back all the memories and memoirs... Then lepas mandi hujan.. dengan basah lenjun nyer.. Jump into the bathub for my first bubble bath since ages... Relaxing, comforting and refreshing.. With the music and everything.. Just perfect.. Lepas tu head for a nice party... small but fantastic.. All the chit chat.. Never felt better..

Hari nie plak.. terjun dalam pool... Lagi la rasa fresh... a few miles than head back for big waffle breakfast.. and then need to sit down with my simulation stuff.. like my friends said... never said never and never ever say ever or giving up... bak kata orang melayu kuno... Biar putih tulang jangan putih mata.. Biarkan aku berjuang hingga titisan darah yang terakhir..

So, persetankan all the negatif mood that I had carrying.. That I had as extras luggages... Keep moving forward and never ever give up.. Give up is just a word in their dictionaries but not it yours.. Not now not ever.. InsyaAllah semangat dan momentum dah kembali.. I'm nearly there.. and going to the finish line soon.. Sooner than I expected if I keep up this way.. In which I'm going to...

InsyaAllah semoga momentum ini akan berterusan dengan niat yang satu.. hanya satu... semua ini hanya untukmu...

Saturday 17 September 2011

Friday 16 September 2011

Mak... Abah... Maafkan Amir..

Selesai berbicara dengan kakak ku pagi ini.. dan seperi biasa.. akhirnya akan habis dengan titisan air mata.. Setiap hari makin aku rasakan sebak.. makin aku persoalkan kenapa aku ada di sini dan bukan di sisi ibu ku.. bukan di sisi ayahku.. bukankah tujuan seorang anak adalah untuk memastikan ibu dan ayahnya hidup bahagia dan gembira..

Kenapa ayahku masih bekerja diusia begini.. adakah kerna menanggung beban sepanjang proses kami membesar.. kenapa.. semua ini adakah kerna aku di sini dan mereka di sana.. adakah kerna aku tidak menjaga mereka dengan baik.. adakah kerna aku terlalu mementingkan diri aku dan tidak menjalankan amanah seorang anak.. adakah semua ini salah ku.. jika benar.. maka maafkan daku... ayah dan ibu...

Mak maafkan Amir kerna pergi jauh..
sedangkan Amir pasti ianya sukar bagi dirimu untuk melepaskan aku pergi..

Mak maafkan Amir kerna sejak dibangku sekolah telah meninggalkan mu...
Sedangkan anak bongsumu tidak seharusnya meninggalkan sisimu..

Mak maafkan Amir kerna tidak pernah menjagamu...
tidak berada disisimu di masa sakit mu...
sedangkan semasa aku sihat apatah lagi sakit.. ko sentiasa bersamaku..
Mak maafkan Amir kerna tak mampu memberi keselesaan kepadamu
sedangkan ramai kawanku mampu meringankan beban ibu mereka...

Mak maafkan Amir kerna bersifat pentingkan diri sendiri dan berada di sini,
sedangkan khidmatku adahlah untuk mu.. kerna syuga ku dibwah tapak kaki mu..

Mak maafkan Amir... Aku doakan semoga dikau sihat slalu...
dan aku ingin berbakti padamu.. Ingin berada bersamamu...
maka tunggulah aku disitu dan janganlah berlalu pergi..
kerna aku sayangkan mu.. Aku akan sentiasa sayngkan dirimu.. Kaulah Ibu yang satu..

Amir sayang Mak...

Abah maafkan Amir jika tidak pernah menjadi anak yang mendengar kata..
sedangkan itu adalah hakmu untuk berkata-kata..

Abah maafkan Amir kerna tidak menjaga dirimu dan isterimu..
Sedangkan sepanjang umurku dikau telah berbakti dan aku tak pernah sesekali memulangkannya kembali..

Abah maafkan Amir kerna pada usiamu,
dikau masih lagi bekerja..
sedangkan, sekarang ini, dikau hanya perlu menikmati teh susu kegenaram mu dipetang hari dengan isterimu..

Abah.. ku pinta dikau jagalah ibuku sedikit masa lagi..
Tunggulah hingga ku kembali..
kerna aku akan membalas jasamu dan aku ingin berkhidmat untuk dikau berdua..
Aku sayangkan dirimu, walaupun susah untuk aku suarakan.. tapi percayalah
aku sentiasa menyayangimu.. selamanya..

Amir sayang Abah..

Amir sayang Mak dan Abah selamanya...

Wednesday 14 September 2011

Pilihan terbaru...

Lega sungguh hari nie lepas jumpa En Paul.. bukan Paul Frank tapi Paul kesayanganku... Pagi tadi niat dihati nak bagitau dia teori yang aku rasakan bernas.. mengenai kestabilan solid source aku dalam inert air flow bagi mengurangkan probability vaporisation process.. Tapi akhirnya dia memberi kelulusan yang lebih  menggembirakan...
"Zamir, I think we have other option.. We can used ammonia"

What??? Dah hampir setahun aku dah cakap kt dia yang ak nak try ammonia tapi sebelum nie dia macam reluctant dan tak berapa gemar.. So, lepas tu ak pendamkan je la niat aku nak guna ammonia.. Then, tup tup dia nak guna.. Alhamdulillah.. tak tahu datang dari mana Ilham dia tu.. tapi once dia bersetuju.. ak makin happy r.. sebab alatan sume dah ade sebenarnyer.. so tunggu green light dari dia jer.. So.. dengan happy nyer parameter aku bertambah.. Semoga aku makin hampir dengan harapan yang aku sandarkan.. 

Alhamdulillah syukur pada Illahi..

Tuesday 13 September 2011

Physically... Mentally.. Emotionally... Fit is a must..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerna my big Sis dah lepas dia nyer examination dan jugak dia dapat stay kat sini lagi.. until June to work.. Yeay.. Congratz to her again for this exciting and wondeful news.. Semoga lebih ceria dan gembira.. Semoga lebih cemerlang..

Selesai dengan cerita dia dan jugak kejayaannya.. kali nie kisah aku dan kejayaan aku.. kejayaan ke? Memang satu kejayaan... memang dan pasti.. sebab dah berjaya paham sikit-sikit bahasa alien.. haha.. Alhamdulillah dah paham sikit pasal python.. kefahaman yang sikit ini aku dah boleh gunakan untuk melakukan analisis Band Structure.. Fermi Level, VBM, CBM, average electron potential dan banyak benda alah lain yang tak perlu dipanjang lebarkan lagi.. sebab tak pasal-pasal sume orang ingt ak cakap bahasa alien plak kang...

Walaupun dah berjaya untuk hari ini, timbul persoalan oleh aku to my big Sis.. how can I keep it up.. Sebab makin lama benda nya akan membesar.. yang dahulunya simulation ini seolah-olah sebagai penambah perisa.. sekarang ini aku lihat ianya sebagai satu projek yang lebih serius.. lebih tersusun dan lebih mantap dari sebelumnya.. kalau dahulu niatnya untuk dijadikan satu chapter.. tapi kali ini tak mustahil untuk dijadikan satu tesis.. So, sejauh mane aku mapu lakukan.. kata kawan-kawanku.. Physically dan Mentally memang aku dah fit.. memang dah layak (bukan lebih dari layak okay).. cuma Emotionally.. sejauh mane aku mampu bertahan secara emosi.. berperang dengan emosi dan bertenang dalam peperangan dengan emosi nie...

sejak kebelakangan ini, mungkin emosi aku sangat negatif.. tu sebab akhirnya sume akan memberikan persoalan yang menjurus ke arah dunia yang lebih hitam... Adakala aku selalu mencari alasan sebelum mencuba.. ini aku rasakan perang emosi yang aku sedang alami... Dan aku rasakan aku hampir mengetahui punca dan kunci pada peperangan ini... Aku takut dan risau aku tak mampu menyiapkan semuanya kelak... Mungkin kerna aku rasa, lebih banyak aku buat, lebih banyak aku kene baca (sepatutnya la) dan lebih banyak aku kene tulis... Dan aku risau part baca dan tulis yang membuatkan emosi aku tak stabil dalam proses membuat...

Yang mana so not true kan... (cnfirm ramai tak puas hati dengan aku this part)... Dulu ko buat banyak giler benda zamir dan ko baca punye la sikit.. boleh jer hidup.. 

then another part emosi aku akan balas

Yela tu.. tu dulu.. ko kene ingat.. time dulu ko bagi 28 journal untuk 101 muka surat tesis memang la lepas.. sekarang nie.. at least 70 journal untuk setiap 50 muka kowt...

So.. kalau aku terus berperang macam nie.. cnfirm aku akan takot nak buat banyak benda.. sebab nanti banyak la benda nk kene baca...

Maka.. dengan amanah yang diberikan sebagai penyimpan mohor besar Kesultanan Empayar ini, saya mengisytiharkan.. 
Kita akan mengabaikan pembacaan dan penulisan buat masa ini walaupun ada yang berpendapat ianya akan makan diri suatu masa nanti dan terus menerus belajar dan laksanakan benda baru.. Buang sahaja semua milestone berbentuk penulisan dan pembacaan dan teruskan dengan mempelajari benda baru dan pastikan semua benda yang dilaksanakan disempurnakan dengan baik kerana Beta percaya dalam mempelajari benda baru ini, Anakanda akan melalui proses pembacaan dan penulisan mengikut keperluan dalam menyempurnakan ilmu tersebut.. Dengan itu, Beta perintahkan agar Anakanda tidak perlu risau lagi dan berikan tumpuan sepenuhnya kerana Beta pernah melihat Anakanda melakukannya dahulu dan Beta ingin Anakanda bukan sahaja mengulanginya malah melakukan dengan lebih cemerlang lagi supaya Anakanda mampu bersahaja di dunia luar sana kelak.. Itu titah Beta untuk Anakanda...

Monday 12 September 2011

Python.. Bahasa Alien...

Good Morning... So sebelum nak masuk ke isu post kali nie.. Aku ingin mengucapkan semoga berjaya dan all the best to my Sis for her examination today.. approximately 1 and half hour from now.. All the best and may the Allah be with you.. InsyaAllah dikau akan sentiasa tenang dan semua nya dalam genggaman mu... Mari kita sama-sama mendoakan beliau semoga usaha dan air mata selama 4 tahun ini bakal membuahkan hasil yang mampu mewarnai dunia ini dengan lebih indah lagi.. All the best Sis...

So.. back to the story.. Python tu bukan bahasa Alien pown.. so Sergent keroro jangan nak perasaan yang aku nak sibuk-sibuk tau bahasa ko kay.. haha.. So, basically Python ni bahasa dalam programming.. so Is and Rahman should well understood it.. I guess.. hehe.. N yet memang bahasa alien pown bagi aku yang tak celik IT langsung nie.. Fench, Japan and Arabic pown aku takleh nak master.. nie kan plak bahasa komputer.. tapi.. sebab nak wat research punya pasal.. aku pown start la belajar merangkak-rangkak.. Buat dari small step macam baby step tu smpai la ke step yang terakhir.. Tapi tutorial dia.. mak aih.. panjang lebar.. yang 1st nie jer ade 14 chapter... dan aku baru start 2 jam yang lalu.. baru la sampai ke chapter ke 4.. giler slow.. hehe..

Kepada sesiapa nak mencuba.. klik sini...

kalau korg dah master yang tu.. boleh la try yang ni plak.. sini.. sini.. klik sini..

Saturday 10 September 2011

Kahwin.. Masa dan Ketika..

Aik.. tetibe keluar post nie.. dah terpanggil kah... ataupun dah sampai seru.. maybe nature's calling... Haha.. taklah.. mane ade.. tak sampai lagi semua tu.. Just petang tadi pegi open house.. and ade la diorg bincang pasal kawin... dah lame pulak tak dengar isu kawin nie.. maybe sebab kawan dengan sume orang yang dah kawin so tak perasaan plak diri nie tak kawin lagi.. Masa dan ketika tak sampai lagi rasanya.. jodoh pown tak ketemuan lagi.. Siapa la agaknya yang dapat bertahan dengan karenah diri ini dan juga menerima semua kekurangan yang terhinggap lama di bahu aku nie...

Lepas tu baca plak blog kawan aku nie, haih, boleh plak post dia pown pasal kawin.. haha.. (ye aku cakap pasal ko.. jangan pura-pura tak tau).. dah la direct shoot date kawin kawan-kawan kat aku... Macam tau je respond aku bile baca date ialah What? biar btol.. jangan wat lawak plak... You really2 understand me babe... haha.. By the way aku tak boleh komen dekat blog ko.. so aku nak shoot balik.. Fazie mane nie.. jangan kata Fazliana... N dayah nak kawin dah.. biar btol.. waaa.. cepat nyer korg dh settle down. n ade family.. ade baby.. waaa... sweetnyer.. aku nak jugak.. perasaan macam tu.. nak cube rasa.. tapi tak berani amek risiko kowt.. banyak sangat risiko yang tengah diperjudikan skang nie.. so tak nak plak perjudikan hidup anak dara orang.. sebab bak kata orang dulu-dulu.. kalo kite wat macam-macam kat anak dara org.. nanti kene balik kat anak dara kita...

Aku nak sangat tengok diorg kawin... ko post banyak-banyak tau gambar diorg.. n kalo azmel n bibit kawin.. nak tengok gak.. sweet nyer sume orang... seriously sweet.. Why can't I be brave enough to open my heart.. Why???? Nak kate tak ramai peminat.. ade jer (ade ek? kalo ade angkat tangan dan tinggalkan komen kay).. 

Nie kalo kawan sekolah rendah dah start kawen.. kawan uni or even mrsm or VI cnfirm dah start merancang gak.. Sume orang dah masuk fasa family... Congratz tu you guys..

Di kesempatan ini, saya.. Muhammad Zamir Othman memohon ampun dan maaf kerna tidak mengetahui atau menghadiri majlis Perkahwinan/Pertunangan/Persandingan/Pernikahan korg sume (tu pown kalau diajak ar).. Akan ku doakan semoga korang bahagia hingga ke Syurga dan mendapat berkat sepanjang hidup.. Semoga anak-anak serta keturunan korang tergolong dalam orang yang beriman, berakhlak mulia dan juga bijak serta pandai.. Semoga Famili korg sihat sentiasa.. Dan hidup gembira.. Enjoy life to the fullest you guys.. Enjoy it.. Dengan lafaz Bismillah aku doakan yang terbaik untuk korang.. Love you guys and girls always.. and you are always my frens even jika sesekali rupa dan wajah korg dah berubah dan aku ragu-ragu untuk meneka siapakah ini.. hehe

Thursday 8 September 2011

Rajin macam semut...

Terbaca qoute ni dari blog kawan aku... rindu rasanya dengan si dia... dengan semuanya la skali.. Miss the moment so much.. our moment... walaupun persahabatan itu tampak sekejap tapi besar maknanya buat diriku.. harapnya besar juga maknanya buat dirimu... So dia ajak jom jadi rajin macam semut.. So, kene rajin balik nie.. (sebenarnya ayat yang lebih menarik berkisar sampel untuk dihantar ke luar negara)...

Haih, nak kata tak boleh buat.. dulu aku boleh je buat semua tu.. nak kate environment berbeza.. tak de beza sangat pown dulu time dia hantar sample dengan sekarang.. sama jer.. Kenapa skang aku macam susah nak buat? Malas?? macam yer jer.. tapi bukan satu penyelasaian kan..

So skang kene rajin macam semut.. kene sangat-sangat rajin macam semut.. Kene dan kene.. dan pasti kene sentiasa tenang untuk pastikan semuanyer berjalan dengan lancar.. InsyaAllah, berikan aku masa sebulan dua untuk mengorak-rentak.. membina momentum... dan InsyaAllah.. diri ini akan kembali dahagakan sampel.. dahagakan sampel untuk kita bersama..

Doakan untuk aku kembali seperti dahulu... Yang tak pernah kenal erti putus asa...

Wednesday 7 September 2011

Angin yang bertiup... Kuat lagi pokok yang bertahan...

Sejak kebelakangan nie, angin dibumi Bristol bertiup agak kencang.. menolak aku ke sana ke mari.. Suhu pown dah mula berkurang dan tak lama lagi.. single digit akan mengunjung tiba.. Welcome Autumn/Fall.. Semoga aku terus tegar dalam kehidupan ini dan tidak menjadi seperti daun yang mula layu dan gugur.. Semoga aku terus berjuang dan tidak tunduk mahupun gentar dengan cabaran yang mendatang.. dan jika ku gugur.. Biarkan aku gugur sebagai mujahid di medan perang.. Alhamdulillah, hari ini lebih baik dari semalam walaupun masih tiada lagi sinar harapan.. tapi kepercayaan dan keyakinan aku tidak sepatutnya luntur.. dan tidak sekali-kali akan luntur lagi seperti semalam.. Aku tak pasti kenapa mood swing aku makin kerap tahun nie.. namun.. akan ku cuba hadapi dan tentangi dengan kudrat yang ada... 

Bila ku baca kembali luahan ku yang terdahulu.. aku tidak sepatutnya katakan sesuatu seperti itu.. bukan kerna ianya tidak benar... cuma tidak mahu pula melunturkan semangat anak muda lain yang ingin menyahut cabaran percutian kali ini.. Lagi-lagi kalau ianya datang dari aku... bukan aku nak katakan reputasi dan prestasi ku yang dahulu sebagai kayu ukur.. cuma aku risau ada yang akan terjumud niat mereka pabila insan bernama zamir mula meluahkan rasa.. rasa kepayahannya.. Tak nak lah pula ada desas-desus yang mengatakan jika zamir tak boleh buat, jika zamir pown merana.. kiteorg nie lagi la teruk.. kalau macam tu tak nak la buat percutian nie.. Maka aku rasakan luahan ku yang lalu tidak wajar sekali jika ianya membejatkan anak muda lain untuk meneruskan perjuangan ini.. Lagi-lagi negara ku tercinta memerlukan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang ini mahupun bidang yang sealiran dengannya..

Cuma ape yang aku ingin tekankan dari luahan yang lalu mengenai ape yang percutian ini cuba terapkan dan ajarkan pada kita... 
Kekadang tu bila aku compare dengan orang lain.. they seem to have much easier things to do.. Things that I understand.. That I can understand and I know I can do well in it.. but they don't.. So, I guess that's why I can't do their project.. because all this PhD-ship stuff is teaching you what you can't and not what you can... Its teaching me to become a greater man than before..
 Ianya tidak akan mengajar benda yang kita tahu malah benda yang kita boleh buat.. maka segala projek yang perlu dilaksanakan pastinya diluar kemampuan kita tapi manusia.. kemampuannya tiada batasan.. kitalah sebernarnya limitasi kepada kemampuan diri kita... InsyaAllah aku akan cuba cambahkan limitasi itu kepada kekuatan untuk mengharungi masa hadapan.. InsyaAllah aku takkan biarkan hasil percutian ku menentukan perjuanganku tapi aku sendiri yang akan menentukan hala tuju percuutian ku... Sekencang mana angin bertiup.. akan ku jadi seperti pokok yang teguh bertahan... terus bertahan dan terus tegap di alam fantamorgana ini...

Tuesday 6 September 2011

How hard can it be...

That is my first thought when I decided to start my full-pledge researcher and academician career.. Venturing into the unknown world of PhD-ship.. Sound a bit cocky and arrogant.. That's what I'm thinking about that phrase NOW.... It is supremely hard.. harder than genova in FF7... harder then Xenogears 10 bosses.. it took everything away from me.. and yet.. I can't let all of it go.. SO.. It become harder.. The hardest thing I ever felt.. 

Seriously.. memang serabai.. I'm not sure how people can easily manage it.. people get through of it.. finishing in 3 years or even 3.5 years.. I'm thinking it will took ages for me.. or even decades.. How people can live everyday and have the might to stand up even after going down beneath the earth crust every single day.. how come people have that kind of might.. The might of a Titan.. of a Cyclops or even the Might of all the legendary heroes..

Now, it been nearly 1.5 years I'm here.. and the absurdly lithium contamination is still there keep appearing without warning.. Dah naik muak la.. come on.. I'm sick of all this thing.. I just want one simple freaking result.. A single result that show it works.. That will give hope for me to live for another day.. I'm tired of all this.. all this meaningless torturing and suffering.. Seriously, another contamination.. and absurd one.. it will definetly take my breath away.. What do you want me to do anymore.. I'm not moaning.. I'm begging.. I'm trying my best (but not very best yet).. Is that what you want.. leaving everything behind.. Stop caring about other things.. Sacrifice all the loving and compassion feeling towards other and just put you and only you in my world.. Complete seggregation.. isolation and Ideal Solitude.. Is that the sacrifice that I need to do before you can give me anything.. or even a single answer... A single freaking hope.. I just don't understand anymore.. It doesn't make sense.. I kept thinking about you day and night.. but everysingle move that I make.. it is a failure indeed.. Every single freaking one.. I'm running out of idea.. I don't have anymore knowldege that I never tried to satisfied your need and hunger..

And now.. apart from you.. I need to divide my other half for modelling and simulation stuff.. Adoiiii.. Tolong la.. Benda sebelum nie  pown terkapai-kapai.. now.. need to do a full-pledge simulation and modelling... Kalau kene tau nak kira dan analisis takpe jugak.. Skang kene faham all the physic behind it.. Nak kene tau kenapa dan sebab ape dia terjadi.. Tu belum dengan sume terminologi... lepas tu bile nak interpret Band Structure or Density of State.. kene la plak gune certain tool.. yang kene tulis sendiri scriptnyer... Computer Language... Come on.. what else I need to know.. Everything is it.. From Chemistry to Physic to Math to Computational and its Languages.. writing script and all stuff.. All of that..

Kekadang tu bila aku compare dengan orang lain.. they seem to have much easier things to do.. Things that I understand.. That I can understand and I know I can do well in it.. but they don't.. So, I guess that's why I can't do their project.. because all this PhD-ship stuff is teaching you what you can't and not what you can... Its teaching me to become a greater man than before.. somehow like a workout session, to create a good muscle, you have to do what your muscle can't.. at the end, your muscle will and can do that stuff.. but without a good trainer or even inderstanding.. you wouldn't achieve it... 

So, what is the answer for this PhD-ship???? If I succeed, I will become a greater person and surpass my previous capacity and capabilities... That sound really well and good.. indeed... but what should I do.. What can I do.. and What I have to do... What it takes to be a PhD holder.. what kind of sacrifice do I need to make.. I'm lost... and I'm trapped in the captivity of negativity.. Unless I can create double or even triplet to help me go through this.. Somehow, I hope that I can learn all the ninjutsu in Naruto.. especially the Kage Bunshin.. With that, maybe I can go through this rough time.. but without it.. I'm doom I guess.. Just waiting for the day to come.. the day that will end this misery..

Thursday 1 September 2011

Merdekakah kita...

Satu per satu perayaan menjelang dan kunjung tiba di tanah air tercinta.. Selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri.. semalam hari kemerdekaan buat negaraku Malaysia... Sudah lebih setengah abad negaraku merdeka dan bebas dari tangan penjajah namun buat masa ini.. penulis masih lagi terperangkap dalam negara penjajah dan masih lagi memerlukan dan bergantung pada tanah penjajah untuk mengapai cita-cita dan impiannya..

Setelah sekian lama kita dijajah.. sejak hancurnya zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga la Pengisytiharan Kemerdekaan oleh Bapa Kemerdekaan.. Banyak suka dan duka.. pahit dan getir kita alami secara amnya.. dan nenek moyang kita alami secara khususnya... Sudah banyak kesilapan yang dipertontonkan.. dipaparkan.. Banyak yang cuba diterapkan sebagai pengajaran dan menggunung yang terus ingin dijadikan sempadan..

Namun... satu persoalan yang masih timbul dalam diri sang penulis.. merdekakah kah kita.. sejauh mane kita merdeka.. dan apa erti kata sebenar kemerdekaan.. Jika ingin dikupas.. kemerdekaan dan penghijrahan merupakan dua entiti yang berbeza tapi sama.. dan sejauh mana kita menikmatinya.. ataupun sebenarnya kita masih lagi dijajah.. Jika ingin dikupas dari segi penjajahan secara halus.. secara elektronik dan juga pemikiran.. tidak perlu untuk aku kupas.. kerna ianya sudah berasimilasi dalam kehidupan dan sistem pendidikan di Malaysia..

Dan bagiku untuk memberikan contoh penjajahan baru atau neokolonisme.. terlalu banyak contoh dari budaya hedonisme hinggalah ke sifat materialistik.. Cuma ianya sentiasa bermain dalam fikiran penulis.. Adakah dirinya betul-betul merdeka.. merdekakah diri ini.. ataupun ianya sekadar ucapan manis dari mulut.. tetapi hatinya masih lagi terjerat dengan rantaian besi.. yang mengenggam erat kebebasannya dalam erti sebenar kemerdekaan.. 

Merdekakah kita? Ataupun ianya satu ilusi yang dibina sejak 54 tahun dahulu...