Pages

Sunday 31 July 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Selamat berpuasa sume... Maafkan atas kesilapan dan dosa-dosa serta kesalahan kami semua... Update ringkas.. Nanti citer lagi...

Wednesday 27 July 2011

Pencarian Identiti..

Selepas menyemak dokumen-dokumen lame, terjumpe isu Bipolar Disorder.. benda nie rupanya satu penyakit.. or lebih tepat lagi brain or mental illness yang mane dia membuatkan kita masuk dalam state of depression dan totally ubah mood seseorg (adakah split personality sebenarnyer menjurus ke arah nie?).. Antara simptom yang ketara seseorang itu dh tak enjoy kehidupan dia lagi.. Keseronokan dan kenikmatan yang dia rasakan atas aktiviti yang dilakukan sebelum ini hilang begitu saje.. dan kemurungan akan sering melanda.. Secara tidak langsung ketakutan dan paranoia sering menghantui kehidupan individu seperti ini dan tak mustahil jika berlarutan ianya boleh membawa kepada tindakan membunuh diri atau mencederakan orang lain..

Berita baik, penyakit ini ada ubatnya.. haha... seolah-olah seperti mood stabilizer...

Hmmm, bahaya jugak benda alah nie.. Risau jugak dalam percutian kali nie.. sebab potensi untuk depress or murung memang tinggi.. dan jugak stress level boleh melonjak bila-bila masa.. nasib baik hari-hari main dengan lithium (anti-depression).. tu sebab sume orang dalam lab berlian happy sentiasa walaupun takde result... hahaha.. Nak tak nak, betul jugak cakap penyelia percutian, enjoy your life and remember that you already have a life before starting doing this.. So, don't sacrifice it to complete your journey.. but embrace your dreams, live life to the fullest while accomplish your dream to create another ultimate dreams in a future... (Ayat ini diolah daripada nasihat penyelia yg tersayang)... Dengan berpanduakan nasihat nie, takde lagi kerisauan.. dan insyaAllah takde la dapat Bipolar Disorder.. Jangan stress-stress or depress.. nanti dapat Bipolar Disorder jangan salahkan aktivti harian anda... 

Sehingga berjumpa lagi...

Tuesday 26 July 2011

Teori 7 tahun...

Hari demi hari, kian dilupakan teori 7 tahun yang sibuk diwar-warkan oleh diri ini suatu masa dahulu.. Lepas mengimbau kembali teori-teori tersebut baru ku sedar kenapa cabaran ku makin sukar dan tegar untuk diatasi..

Teori ini datangnya dari tafsiran mimpi Raja Mesir semasa zaman Nabi Yusuf (jika tidak silap).. Di mana mimpi Raja itu mengenai 7 ekor lembu gemuk yang kemudian didatangi 7 ekor lembu kurus lalu dimakan lembu gemuk itu bermula dari TELINGAnya dan hanya tanduk lembuk gemuk itu tidak dimakan.. Kemudia 7 ekor lembu kurus itu memakan 7 ladang gandum yang masih bertangkai hijau.. Namun, 7 ekor lembu kurus itu masih tidak gemuk-gemuk jua..

Tafsirannya.. Akan datang 7 tahun yang subur dan kemudian 7 tahun yang kering kontang dan kemarau.. Dengan tafsiran ini, disarankan kepada Raja Mesir tersebut untuk menyimpan tanaman dan ternakan diwaktu subur bagi bersedia menghadapi tahun-tahun yang kering..

Tetapi kami memandang pada sudut yang berbeza.. Kita lihat 7 tahun ini sebagai satu pusingan di mana kejayaan/kegemilangan akan bersilih ganti dengan kegagalan/kejatuhan manusia.. Sewaktu umur 0-7 tahun, pencapaian manusia amatlah menakjubkan.. dari tidak boleh bercakap, kita boleh bercakap, membaca, menulis dan mengira.. dari tidak boleh berjalan, kita boleh merangkak, berjalan, berlari serta menaiki basikal..

Pusingan ke-2, 8-14 tahun.. bermulanya zaman kejatuhan namun tak dinafikan ade yang berjaya meneruskan kejayaan...

Pusingan ke-3, 15-21 tahun... Bagi kebanyakan yang sedar kegagalan mereka sebelum ini akan mula bangkit dan meneruskan kejayaan bagi 7 tahun berikutnya.. dan bagi mereka yang sudah bersedia.. Alhamdulillah akan terus berjaya...

Pusingan ke-4 22-28 tahun... pusingan yang kami sedang dan akan cuba meneruskan kejayaan yang sedia ada... Namun bila dimbau kembali, lembu-lembu tadi dimakan dari telinga dan akhirnya mati.. huhu.. patutlah cabaran kami makin payah.. sebab selama nie tak pernah gagal.. maka entiti kejatuhan dan kegagalan akan menjadi semakin besar dan lebih ganas dalam usaha untuk mengaum kejayaan yang dimiliki buat masa ini.. dan yang lebih parah ianya bermula dari telinga.. maka, selepas ini kami perlu lebih berhati-hati dalam mendengar setiap penceritaan dan perbicaraan.. dan telinga ini perlu dlindungi supaya tidak akan terus dimamah kegagalan.. cuma isu tanduk sahaja tidak berjaya ditafsir lagi (adakah tanduk = kejahatan dan orang jahat takkan dipengaruhi teori 7 tahun ini)... hmmm misteri akan dirungkai tak lama lagi..


Semoga kita semua akan terus dilindungi dan mendapat ape yang terbaik untuk diri masing2...
 

Monday 25 July 2011

Aku tak peduli

Dah lama rasanya copy post nie ade dalam simpanan kami.. Tiba masanya untuk mengingatkan kembali diri ini..

Nukilan MM – akutakpeduli.blogspot.com

Aku hendakkan revolusi. Serius. Sebab aku sudah penat.

Aku tidak bermakna kamu semua perlu memakai topeng Guy Fawkes sepertimana revolusi di dalam mahakarya Alan Moore 'V For Vendetta', dan kamu tidak perlu letupkan bangunan Parlimen juga.

Kamu cuma perlu ikuti langkah-langkah berikut.

1. Aku Tak Peduli, Aku Persoalkan Semua Perkara.
Jangan amalkan sikap 'Boleh-lah'. Persoalkan semua perkara yang kamu lihat. Persoalkan semua benda yang diperintahkan kepada kamu. Persoalkan jumlah wang yang kamu belanja, persoalkan keputusan-keputusan yang dibuat atas pihak kamu, persoalkan segalanya. Tidak semestinya segala yang ada itu tepat. Cari alternatif, fikirkan penyelesaian. Cari punca semuanya berlaku.

2. Aku Tak Peduli, Aku Akan Persenjatakan Diri Dengan Pengetahuan.
Ada wikipedia, ada Google, ada blog-blog nasionalis, ekonomis berhaluan kiri, kanan dan tengah. Baca selagi kamu boleh membaca. Jangan tapiskan apa yang kamu baca, tak kisahlah mak atau bapak kamu larang, ustaz kamu larang, cikgu kamu larang, boss kamu larang, pemimpin kamu larang, imam kamu larang. Baca semuanya. Tiada batasan untuk pengetahuan. Pengetahuan adalah lebih lantang dari jeritan suara kamu yang paling kuat. Dapatkan pendidikan, formal atau tidak, terpulang kepada kamu. Dapatkan pendidikan untuk keluarga kamu, kawan-kawan terdekat kamu, dan beri peluang kepada mereka yang jahil dengan pengetahuan. Itu tugas kamu, berkongsi pengetahuan!

Orang tidak suka menggajikan mereka yang cetek pengetahuan. Buktikan kamu boleh pada mereka, kerana untuk setiap orang yang berjaya masuk ke dalam sistem, makin besarlah minda kolektif kita.

3. Aku Tak Peduli, Tapi Aku Peduli Apa Yang Kamu Tak Pedulikan.
Lupakan yang remeh-temeh. Wujudkan, di depan mata anda, segala apa yang mereka cuba kaburkan. Ambil tahu tentang perkara yang mereka semua tak peduli. Dan pedulikan segala percaturan mereka yang tidak relevan dengan kehidupan kamu. Kamu adalah ketua diri kamu, jangan biarkan kamu dipimpin dengan perkara dan syarat yang remeh-temeh macam talileher.

4. Aku Tak Peduli, Sudah Ada Revolusi Di Dalam Kepala Aku.
Tak perlu laungkan protes lantang yang hanya serakkan suara kamu. Tak perlu juga berpakaian ala Che Guevara moden yang hanya akan membuat kamu menonjol ketika waktu kamu harus bersembunyi. Boloskan diri kamu ke dalam sistem, dan lihat mereka dari dalam. Lihat mereka di dalam tempat yang mereka paling selesa sekali. Dan tunjukkan mereka memang ada cara yang lebih baik untuk semua perkara yang mereka lakukan. Sampai bila kamu hendak bayar RM150 untuk sekotak pensel?

5. Aku Tak Peduli, Aku Hendak Buat Juga.
Kamu dibayar gaji untuk menurut segala perintah mereka? Bukan. Kamu dibayar gaji agar kamu diberi peluang mengutarakan pendapat kamu. Seberapa banyak kali kamu dibisukan, seberapa banyak kalilah kamu harus tetap bersuara. Lembu boleh digembalakan, manusia tidak.

6. Aku Tak Peduli Jika Kamu Lain Dari Aku.
Baju, kasut, rambut kamu berbeza dari mereka. Kamu compang-camping naik Metrobus, mereka segak berkereta yang perlu dibayar RM2000 sebulan. Tetapi mungkin kedua-dua pembaca blog ini, bukan? Ada banyak lagi perkara yang mengaitkan kita semua selain dari kerakyatan. Banyak lagi.

Tetapi aku tak peduli pun kamu semua hendak buat apa.

Persidangan yang kunjung tiba...

Tadi baru selesai mengadu domba, bercerita dan abes segalanya kat penyelia kesayangan di Malaysia.. dan tup tup dia suruh join persidangan kat Msia time bulan 12 tahun nie... hmmm, terkedu seketika.. sebab sebenarnya takde result pown nak diceritakan sebab memang takde result pown, kalau ade still under restriction from penyelia kat sini.. Aku pown risau gak, sebab bile tgk invited speaker ade orang Jepun n takot-takot kalo ade orang dari China.. Huh, parah kalo ade diorang.. silap2 diorg siapkan percutian aku nie.. bukan ape. sebab work-force diorang, man power diorang dan duit sume byk cume diorg tgh cari idea untuk selesaikan ape yang ak selesaikan.. Kalau terlepas sikit.. habis, silap-silap dua bulan lepas nie diorg publish trus.. haha..

Basically skang nie tgh memerah otak nk bentang ape... sayang plak kalo tak bentang sebab dah balik Msia, n kene bayar yuran jer, benda lain basically free or murah.. sebab dok Msia kowt.. kalo kat europe or uk pkir dua or tiga kali gak la nak pegi... kene tunggu pakcik Paul esok, mane ntah dia pegi hari nie.. tau kowt aku nak cari dia.. tu sebab dia nyorok.. haha

Hari ni tengah test material baru, Hexamethylenetetramine.. fhuh, patot dalam MSDS kate odourless, tapi bila bukak botol yang baru sampai tu.. kembang kuncup jugak la hidung nie sekejap.. dh lame tak bau chemical kowt.. bau memang tak bleh blah.. tp tak seteruk ionic liquid Wen dlu.. haha.. cakap pasal Wen, mane la dia skang nie, rindu pown ade jugak.. harap-harap percutian dia kt USM takde masalah... So skang tgh tgk compatibility test material baru dengan solution sebelum nie.. kalo compatible, harap-harap berlian yang akan ditumbuhkan akan lebih baik dari segala segi.. termasuk konduktivitinya..

Jom mandi manda dengan toluene lepas nie...

Permulaan yang baru..

Selesai pown sudah aktiviti pertama dalam bepersatuan... huhu namun aku kene mengundur diri awal dari jangkaan... Semua nya nampak lancar dan banyak juga data simulation yang diperolehi untuk program modeling di masa akan datang... Selain dari data-data, dapat jugak la nasihat dari beberapa orang mengenai cara pengurusan persatuan dan sebagainya.. Thanks to all those words... (haha... sejak dah balik nie, ayat macam baik jer).. Yup, skang dh balik ke jasad asal, kene la start fresh.. so kita focus pada percutian hari nie dan minggu nie dan abaikan sume rintangan dan halangan yang lain..


So, bile dah kembali ke jasad asal.. percutian menjadi topik utama.. dan selama-lama meluahkan perasaan hati yang dah nak genap setahun nie.. Tak pernah pulak kami lakarkan kisah percutian yang telah kami lalui selama nie...

So, briefly:


1. Kiteorang kene create solar cell generasi baru menggunakan berlian dan 'defect'nya dan kalau sempat bina prototaip (sejak bila skop masuk section engineering pown aku tak pasti)..
2. Dari program simulation, bina profile 'defect' dalam berlian dan macam mane akhirnya dia berfungsi sebagai solar cell..


Projek nie ade dua jer obejktif dan cara dia cukup senang, hari-hari buat berlian.. masukkan 'defect' yang sesuai.. cuma kalo kita google n-type semiconductor dari berlian.. dah 20 ke 30 tahun orang cuba hasilkn tapi tak berjaya.. dan sekarang trend gunakan lithium sebab kononnya, lithium la yang paling tinggi kemungkinan untuk menghasilkan material tersbut.. Namun, kalau dilihat kajian-kajian terdahulu.. manusia kian menyerah kalah dengan cabaran-cabaran ini.. Dalam 1 dekad yang lepas, rujukan mengenainya kurang dari 10, dengan lebih tepat lagi kurang dari 5 dan semuanya menyatakan kegagalan mereka.. Tapi, takde yang mustahilkan.. Kami inginkan cabaran dan kini kami dikurniakan dengan cabaran.. Cabaran yang mane manusia lain gagal dalam menghasilkannya.. Skarang baru terasa yang "We are challenging the world"... So beberapa bulan dan hari yang lalu, seolah-olah jasad nie dah nak menyerah kalah.. Tapi, setelah kembalinya kami... Cabaran ini menjadi lebih menarik.. dan banyak benda lain yang masih kurang diterokai oleh saintis-saintis tegar (maaf bukan nak katakan anda tidak hebat, mungkin tidak perasan akan kekangan-kekangan tersebut).. InsyaAllah, kami akan cuba atasi kekangan-kekangan tersebut kerna anda semua telah berusaha keras membuka peluang itu untuk kami...


Selesai update ringkas percutian ini.. Sekarang update terkini selepas setahun bercuti..

1. Back to square one.. sebab baru tau yang sume sample contaminate dengan cotton buds.. haha.. details, biar kami sendiri yang tau.. So, kene la mula semula (tapi takpe sebab kami dah kembali... Bila bekerjasama semua jadi mudah)..
2. Reactor dah tukar design baru.. Banyak pengalaman untuk membina reactor baru di Malaysia di masa hadapan nanti... Kos satu reactor dalam RM50k...
3. Kewangan untuk membina makmal dan kelengkapan serta isi dalamnya masih lagi dalam tahap mengecewakan.. Baru dalam RM20k.. huhu...


Itu saje untuk kali ini.. Ayuh ke sekolah....

Saturday 23 July 2011

From there to here...

We make many friends,
Some become Dearest,
Some become Special,
Some We Fall in Love with,
Some go Abroad,
Some change their cities,
Some Leave us,
We Leave some,
Some are in contact,
Some are not in contact,
Some don't contact because of their ego,
We don't contact some because of our ego,
Wherever they were,
However they were,
We still remember, Love, Miss, Care about them because of the part they played, made MEMORIES in our Lives! 

Receive early this week from you..

Kemusykilan melanda...

Dah lama aku fikirkan perkara nie, tapi tak jumpe jawapan yang ku inginkan.. benda dia simple jer.. pasal zakat dan scholarship aku... Dulu tym kat Jasin dan UTM aku dapat pinjaman MARA, so setahu aku, kalo pinjaman tak jadi masalah dan tak perlu dizakatkan.. Skang nie plak, aku dapat scholarship (huhu, first time merasa scholarship).. so adakah benda nie akan dikira sebagai pendapatan atau tidak... wajib atau tak dikeluarkan zakat? Mmg la kalo nk diikutkan perasaan macam tak yah, sebab bunyi macam hadiah untuk kita belajar.. tapi boleh jadi gak kita dibayar untuk belajar.. knfius pown ade gak.. Sebab kalo duit tu mmg cukup-cukup makan takpe.. Tapi kali nie duit tu macam dah berlebihan sedikit.. sampaikan boleh dibwak membeli belah benda-benda lain dan berjalan-jalan, so bukan lagi setakat keperluan asas.... Risau dan takut harta nie dh dijadikan darah daging dan rupenyer benda nie, slame ini tak bersih dan suci..

Xpe la.. kalo by bulan Ramdhan aku tak jumpe jawapan yang sesuai.. Aku bayar jer la as Zakat.. bukan banyak pown.. dalam 2.5%, sikit jer.. ak pown tak paham kenapa orang lain susah nk kluarkan zakat.. Tapi, ak kene jugak kuarkan.. kate, rukun Islam yang ke-4.. Tapi kalo tak wajib dizakatkan, kira as sedekah la kan.. XD.. Moga harta-harta dan hati nie suci dan bersih selepas nie...

Friday 22 July 2011

Pagi yang indah...

Selamat pagi dan selamat kembali...

It's good to be back.. Masa untuk kami beraksi kembali.. So, kene mulakan perancagan yang lebih effektif bagi menangani percutian yang berada di saat-saat genting.. Sebelum ni kita pakai terjah jer.. Takde pown peraturan yang lebih sistematik, duduk dalam lab pown tak sampai 2 jam sehari (tau la dry lab, tapi kalau keluar jer dari lab, daya penumpuan kan senang lari)... So, mulai hari nie, kene cari satu kawasan dalam lab yang kami boleh bekerja dengan effektif.. Office tu jadi tempat persinggahan jer.. Kene hidupkan kembali synchro.. satukan diri dengan semangat lab plak (sungguh mistik di situ).. One for all and all for one.. kena mula ingt kembali semua perasaan dan sensation dalam lab, dalam kehidupan dan semasa berpijak dibumi nie.. Semua jawapan ade di persekitaran.. Hanya perlu didengari dan digapai..

Glad to be back...

Thursday 21 July 2011

Welcome back the old ones...

Tribute to haida for quite a long chat yesterday.. Seems that in this few month I've been trapped in the captivitiy of negativity.. With a maximize soul searching and enrichment of body and soul technique, I've realized something is missing that create the emptiness in my own world.. (ha, bukan girlfren okay.. jgn salah paham)... The true meaning why am I still standing here.. Why I need to sacrifice my destiny and friends in Malaysia and stay here.. Due to gluttony, lust and greed it create wrath, envy and pride. When all of them combine, the virtue of sloth emerge from the darkness soul in the bottomless pit of my soul.. With all of this, the emptiness started to expand.. Move from one point and expand to the others.. All my real hope and dream fade away, or to be exact, being eaten  by the emptiness that I created... 

I need to bring my back the old ones.. the very first creation of myself.. the true pure heart.. the true pure soul into the land of freedom called earth.. To justify the mean and to struck again as a true mankind.. As a start, I'm trully sorry to my daugthers, its been a while since my last prayer and doa to them.. They are the true meaning why I'm still standing here.. To free them from the prison of the earthling, to create a better generation of them that understood the meaning of life.. the meaning of freedom and the meaning of family..

Sometimes people neglected their past and never ever wanted to return to their past.. but for me, my past is my future.. and I need the strength of my past to conquer the quest of my future.. Their freedom, their hope and their smile is the one's that going to shine the world.. Be strong my child, you're the future..

Wednesday 20 July 2011

Why... Why... Why..

I'm not sure why... but it is kinda mess up.. Lost in the depth of the never ending forest.. Total mess up.. What's wrong with everything.. Arghhhh... Just another month of emptiness or a whole year of nothingness..

Pelarut... Maut atau ke laut..

Haih, apelah nak jadi nasib kali nie, tak abes-abes dengan volatile liquid yang berbahaya.. mula-mula kloroform time undergrad (dh la lh mandul)... lepas tu, tetrahydrofuran time keje kejap dlu... (yang nie plak lh kanser kowt)... skang nie toluene (yang nie tak pasti lagi).. haih, kesian la kat badan aku nie... x penah berehat dari solvent2 nie.. Pape pown dh nasib badan kan...

Tuesday 19 July 2011

Makin hari makin kecil kehadiranku ini...

Sejak kebelakangan ini, percutian aku makin hilang maknanya.. Tapi aku tidak rasakan ianya salah percutian itu.. ianya sepatutnya dan pastinya salah diriku... Adakah aku mula hilang minat dengan percutian ini.. atau aku terlalu muak dan mual dengan permasalahan yang  minda separuh sedarku tahu dari dahulu yang ianya mustahil untuk aku selesaikan.. Ataupun selama ini aku hanya dalam 'state of denial' yang menyatakan aku mampu selesaikan permasalahan 20 atau 50 tahun dahulu yang semua orang tak mampu selesaikan.. Secara zahirnya aku kian dan hampir hilang arah tuju dan motivasi.. Kata-kata semangat dari penyelia percutian tak lagi menerjah ke dalam kotak hati ini.. Ape yang 'promising', ape yang 'showing a good behaviour' dan sebagainya tak mampu untuk menampung gelodak dalaman yang ingin jawapan "Ape maknanya semua ini"... Mungkinkah kesempurnaan yang aku inginkan membuatkan semuanya kelihatan mustahil..


Adakah salah aku kerna tidak mencari maklumat dengan lebih effektif? Adakah cara aku untuk memanipulasikan bahan tidak cukup effektif, kreatif atau kritis.. Adakah teknik penyelidikan aku tidak cukup matang? Adakah latihan-latihan dan perangkaan di UTM dahulu hanyalah kegagalan semata-mata? Ataupun aku sebenarnya tidak layak untuk berada disini...


Mungkin aku patut akur dengan penemuduga ku dahulu.. usiaku dan kedudukan ku terlalu muda dan mentah untuk semua ini.. Wajarkah aku berundur sekarang sebelum ianya bertambah buruk.. Aku sudah mencuba dan berusaha sebaik mungkin.. dan kalau inilah penamatnya.. aku patut akur dan redha...

Friday 15 July 2011

Malam Nisfu Syaaban

Mendapat petikan hadis ini dari rakan dalam group mail-list aku. Tribute to rudzidatul dziyauddin...


Hadis yang boleh dipegang dalam malam Nisfu Syaaban ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

InsyaAllah, malam ini adalah malam nisfu syaaban dan marilah kita berdoa dan memohon kemampunan-Nya.

Moga aku dan kita semua tidak tergolong dalam golongan yang musyrik dan yang bermusuh (ala yang benci membenci tu)...


Thursday 14 July 2011

Indahnya Nikmat Allah...

Manusia merupakan sebaik-baik makhluk yang dijadikan oleh Allah swt. Melalui ungkapan ini, nikmat yang diberikan kepada manusia begitu besar sekali. Namun, pabila sudah biasa dengan nikmat tersebut, kita sering kali terlupa akan-Nya sehingga nikmat itu ditarik kembali sedikit demi sedikit.. Namun, semasa proses nikmat itu ditarik, pelbagai ragam boleh terjadi.. Acap kali kita akan kembali kepada Allah dan senantiasa bersikap tenang dan trus redha dengan ketentuan-Nya.. Tapi jangan terperanjat pada segelintir yang terus berusaha mencari kelemahan dan kekilafan serta kelemahan orang lain bagi menjaga dan menjamin status dirinya dimata masyarakat supaya dia sentiasa rasa selamat dan selesa kerna mengetahui orang lain lebih lemah dari dirinya dan dia masih mempunyai status yang lebih tinggi di mata masyarakat serta mempunyai abiliti untuk membuka aib orang lain..

Semoga aku sentiasa berada di bawah rahmat Allah dan tidak sesekali menjadi golongan yang ke-2 serta dijauhkan dari Laknat Allah swt...

Selain itu, paparan video dibawah hanyalah sebagai pengajaran kepada aku dan anda semua bertapa beruntung yang diri aku dan mungkin anda semua.. Tapi apa yang ku lihat, muka putera kecil itu sentiasa bersih, suci dan penuh dengan ketenangan.. Moga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepadanya kelak... Moga dikau terus tenang putera kecilku... Moga aku juga akan mencapai tahap ketenangan seperti itu atau lebih dari itu suatu hari nanti.. Kerna ak percaya manusia yang hebat bukan kerna kehebatannya dalam bidang-bidang tertentu tetapi mempunyai tahap ketenangan dimana dia mampu bertenang dalam pelbagai keadaan termasuk semasa menghadapi maut..


Wednesday 13 July 2011

Mulutnya... Angkuh Sentiasa...

Sejak kebelakangan ini ak suka melihat dan memerhatikan ragam manusia.. Dari pelbagai kaum, bangsa dan agama.. Cuma pabila kita berbicara tentang manusia, satu perkara yang paling susah untuk kita lakukan iaitu menutup mulut-mulut manusia (termasuk la jugak kata-kata dalam penulisan).. Aku sedar kekadang tu, aku pown ade time keangkuhan nyer.. cume tak la sentiasa.. dah abes dengan orang ni, dia sambung pulak dengan orang lain.. dah abes cakap, dia cari komputer (biasa la, zaman siber).. cari member nak taip dan cerita.. kalau cerita biasa-biasa takpe, nie sume cerita penuh dengan keangkuhannya sebagai manusia sampai tak ingat Allah pown ade jugak.. (Ade ke? aku sendiri pown xtau, cube untuk mengambarkan situasi harian.. sbb kalau aku ade jumpe manusia camni memang pangkah awal-awal untuk dibuat kawan)

 Tapi...

Yang paling susah pabila mereka mabuk dan mula merapu.. Tapi hari tu ak belajar satu trick, kalo ade orang mabuk datang & kaco-kaco kita. Perkara yang perlu dilakukan amatlah mudah. Tenung dalam-dalam dan berikan satu arahan kepada mereka. Sebagai contoh "Go back home" or "Sit Down". dan ajaibnya.. diorg dengar cakap.. Aku tak pernah buat lagi (abes la labmate aku jadi mangsa nanti).. Cuma banyak kawan-kawanku yang sudah mencuba dan ianya berjaya.. Tahniah buat mereka...

Cuma, tu kalo diorg mabuk.. kalo yang tak penah-penah mabuk nie macam mane pulak?

Haih (Mengeluh dalam-dalam)

P/S: Tetibe dah rajin tulis pasal manusia la pulak mungkin sebab bila check traffic baru-baru nie, berpusu-pusu manusia (xtau la plak kalo virus) menerjah blog ini.. ade yang search dari google, ade yang dapat link dalam facebook dan ade jugak la beberapa orang yang hantar link dalam bentuk yahoo mail. Giler cool, tetibe rase popular sekejap.. Kalau ade sesiapa nak cek traffic blog korang, senang jer pergi la traffic source kat dashboard korg (xyah cakap kowt benda nie, sebab sume blogger noob pown tau pasal traffic source)

Tuesday 12 July 2011

Milik siapakah duit ini...

Baru-baru ini, isu paling hangat yang diperkatakan ialah.. jeng jeng jeng.. Bersih 2.0.. Motifnya untuk membersihkan pilihanraya dan motif sebenar aku tak tau dan malas nak amek tau.. Cume aku rasa sebelum nak bersihkan orang lain,baik bersihkan diri, sucikan hati dan teguhkan pendirian.. Sebab kalau diri sendiri tak bersih, macam mana la agak-agak untuk bersihkan orang lain kan..

So, isu yang aku fikirkan kali nie so simple.. pasal duit.. jom kita semak.. (post nie khas dibuat untuk pelajar-pelajar yang mendapat tajaan or sesiapa yang rasa diri mereka layak untuk menjadi lebih bersih dimasa akan datang)...

Duit kerajaan or Duit rakyat?

Rasa tak perlu ulas panjang2, konfem orang akan kata duit rakyat sebab rakyat yang bayar cukai.. So, bagi kita yang ada sponsor nie, mmg sah kita guna duit rakyat kan.. so secara x langsung kita ade kuasa ke atas duit rakyat. Cuma x banyak ar, ade yang RM500/bulan ade yang £800/bulan dan ade yang macam-macam lagi.. Dan.. jeng jeng jeng.. fungsi duit tu untuk suruh kita sebagai pelajar untuk belajar..

Rasanyakan, ape perasaan rakyat kalau tau kita gune duit dia dan tak belajar betul-betul siap fail paper dalam exam, kene tendang univerisiti or dah gune duit rakyat ratusan ribu untuk belajar kat luar negara lepas tu, hampeh, kelulusan yang belajar dalam negara (yang SPM x bagus sangat tu, sebab yang FLY sume hebat-hebat kan) lagi bagus dari korang yang kat luar negara... Kalau rakyat tau duit diorg terbazir macam tu.. Ape agaknya perasaan diorg?

Aku bukan nyer arif sangat dalam bab-bab agama nie, tapi ak tau sume duit yang kita dapat nie 1/3 (rasanya lah) milik kita, yang lain milik orang lain dan jadi tanggungjawab kita untuk menyerahkan dalam bentuk yang kita sukai.. So, jom tgk contoh kedua.. rakyat agak-agak akan marah tak..

Fuh, yang duduk luar negara nie kan, duit dapat masyuk.. lagi-lagi kalau pandai berjimat.. jimat tu.. dapat duit... simpan.. biar jadi makin banyak dan makin banyak.. dan dengan duit rakyat yang kita dapat tu, pegi beli kereta mewah.. fuhhhh, pinggan mangkuk yang mewah-mewah, baju yang mewah-mewah, TV yang mewah-mewah.. Agak-agak kan kalau rakyat tau duit diorang yang bersusah payah diorg usahakan tu kita gune untuk benda-benda kita sendiri (or erti kata laen selfish) diorang marah tak? itu belom kira gune duit diorang jalan sana... jalan sini.. Agak-agak rakyat nie akan pertikaikan tak or kat padang masyar nanti baru diorang tuntut..

Aku tau ak lemah dan byk kelemahan, so tu sebab aku cuba nak bersihkan diri aku dulu sebelum nak menunding jari kat orang lain.. Nie baru dapat kuasa sikit jer, dah ade potensi untuk salah gunakan kuasa.. belum lagi dapat duit rakyat juta-juta, bilion-bilion.. kalo kita dapat sikit pown dah salah guna.. ape bezanya kita dengan orang yang kita asyik menunding jari?

Hanya pandagan dari insan yang lemah dan penuh kekilafan yang sentiasa cuba membersihkan diri sendiri sebelum membersihkan orang lain..

Monday 11 July 2011

Jadi Jugak...

Okay.. nie kesinambungan dari post seblum nie pasal kes Setiausaha.. nak tgk post tu or nak baca komen-komen yang ade or nak membantai komen... sila klik kt sini...

Al-kisah skang plak, dapat la ak jawatan setiausaha tu... damn.. cmne lh dapat ak xtau.. kalo baca komen-komen yang ada.. ade la ayat-ayat penambah perisa cakap ak bijak, pandai, pintar dan sume kosa kata bahasa melayu yang memberi sinonim yang sama iaitu ak nie budak pandai... Adoii... Takkan la ak sorang je kowt yang pandai dan pintar.. Abes tu, orang laen yg dh berkarier dan begitu professional dalam kerjaya mereka tu tak pandai ke? xtau la pulak kalo mmg sume tak pandai.. dan jawatan setiausaha ni kene bagi dekat orang yang pandai jer.. Pape pown kene bersyukur ar sebab ade orang kate ak nie pandai (ikhlas or tak ikhlas belakang kira)... Cume xde spesifikasi la pandai ape kan.. Pandai putar belit ke? Pandai pas keje kat orang laen ke? Pandai menipu ke? So aku pown xtau ape kepandaian aku yang orang nampak.. Mungkin jugak pandai kene buli... hahaha....

Lepas tu, yang ak tersenyum sorang-sorang plak, ade yang bagi alasan sebab ak nie single.. Xde kluarga... So konon nyer ak ade banyak masa terluang... X yah layan suami/isteri.. xyh layan anak.. (kalo ak cakap, sape suruh bawak suami and anak macam kejam pulak kan) tapi Sedap jer manusia-manusia nie assume macam tu... Dia tak tau ak buat keje dari pukul bape sampai pukul bape.. Mungkin sebab percutian diorg senang kowt.. So diorg ingat ak macam diorg.. Cuti dari Isnin sampai Jumaat 9 to 5 jer.. Mungkin salah aku jugak kowt x bgtau time keje aku kat diorg.. So nak bagitau la time keje ak... Secara mudah 24/7 cume berehat waktu tido dan makan serta khidmat diri dan jugak 'me' time.. Xde nyer ak ade masa nak pegi fruit picking ke, camping ke and ape benda lain.. Kalo ak pg jalan mane2 pown, logbook, laptop or BB mesti dalam tangan untuk buat kerja.. Meh ar ak tanye sesape kat sini.. Ade x pg jalan2 shopping kat clark village ke, or swindon ker or bicester village ke or carboot ke... diorg bawak journal.. Ha, cakap sape ade buat cam2.. meh ak nak ucap tahniah kat diorg sebab aku tau diorg pown bersusah payah dalam percutian nie..

Tapi dah dapat jawatan nie.. nak buat macam mane.. kalo letak jawatan pown macam diorg nak bagi... sebab perlembagaan pown tak jelas macam mane nak letak jawatan or kene ade tempoh berkhidmat ke ape jadah pown ak xtau... So, macam dalam post komen ak yang lepas.. Ak buat stakat mane yang larat dan tak menganggu pelajaran.. 

Skang aku dah ade beberapa idea untuk aktiviti.. cume macam biasa ar... Kalo sape yang dh kenal aku, sume aktiviti adalah personality test untuk semua orang.. Dengan ini, dapat la ak tengok macam-macam ragam manusia... Dulu kita dah puas kan (attribute to Rahman dan Hazwan) tengok ragam budak-budak sekolah dan budak-budak Uni... Skang peluang untuk observe golongan professional pulak.. Jangan risau.. aktiviti dia bukan jawab soalan dalam kelas... hahaha..

Oh, terlupe plak nak ulas comment yang cakap ini peluang untuk ak berpesatuan  dan pengurusan persatuan pulak.. mungkin sebelum nie asyk sibuk dengan pelajaran ar... Nie perlu aku ulas ke? Mungkin kowt sbb x hidup se-zaman kan.. Kalo ak jadi macam budak-budak undergrad Malaysia kt UoB or mane2 dalam UK (maaf sbb qoute korg) mungkin la.. sbb ak x nmpak kredibiliti diorg pown dalam berpesatuan (bukan semua tapi segelintir).. mane x nyer.. susah kowt nak nampak diorg pegang jawatan or handle event dalam komuniti  yang bukan majoriti ahlinya orang Melayu.. Secara ringkas x bercampur dengan bangsa asing ar.. macam bawak tempurung Malaysia ke UK... bukan nak kate ak nie pakar or ape sbb banyak yang ak kene belajar lagi.. tapi dari handle persatuan, wujudkan persatuan, sustain kan persatuan dan kuarkan persatuan yang account dia -ve ke keuntungan yang berlipat ganda.. semua ak dah rase.. so, aku datang sini untuk bercuti, so berehat dari semua tu... maka xyah la ak nk upload CV aku untuk paparan umum kan.. buat malu jer.. sebab bukan bagus sangat pown CV ak nie...

So, lepas nie aku akan update sume ragam manusia yang ak observed sejak ak pegang jawatan nie.. sama ada betul atau tidak ini persatuan untuk makan-makan, adakah semua ahli akan memberi kerjasama, adakah aku akan jadi seperti anjing menyalak dipantat gajah.. Mari kita nantikan..

Sehingga berjumpa lagi..

P/S: terlupe nak ucapkan terima kasih kepada semua peraih-peraih undi percuma yang tanpa putus-putus berkempen untk mengundi saya (banyak rasanya masa terluang mereka)...